Khamis, Disember 31, 2009

Bukti Anwar Pengkianat Islam..

0 Komen!!!

Janji Anwar kepada Christian Federation of Malaysia pada 25 Disember 2007.


Sekiranya PR membentuk kerajaan, penganut Kristian Malaysia boleh dibenarkan menggunakan perkataan 'Allah' kerana rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi.




(sumber:PapaGomo)

LAGI PUSAT HIBURAN BARU DIBUKA DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR ...

4 Komen!!!


Setelah dua minggu aku berehat menulis blog ini kerana terlalu banyak kerja-kerja yang menimbun untuk disiapkan, hari ini tangan dan jejari jemari sudah tidak tertahan lagi untuk kembali menghangatkan suasana KEDAH SEJAHTERA di bawah naungan PAS yang berpanjikan bendera hijau lusuh bulan purnama gerhana ...

NAH ! Hari ini AloQStaQBlog dengan bangga dan sukacitanya mendedahkan satu lagi PUSAT HIBURAN KARAOKE YANG BARU DIBUKA di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar beroperasi sejak seminggu yang lepas ... TAHNIAH !! Hari tu Pusat Hiburan PUB & KARAOKE dibuka, Hari ni pula ada lagi KARAOKE baru, esok lusa apa pulak yer yang nak wujud ??? ...

MASIHKAH ANDA INGAT LAGI PENDEDAHAN ALOQSTAQBLOG (06hb DIS 09) ? ... Mengenai kewujudan satu PUB & KARAOKE (BLACK PUB) yang baru dibuka di Pekan Simpang Kuala pada awal bulan Disember 2009 tempohari ? ... Kalau anda terlupa atau belum tahu, bolehlah baca mengenainya di pautan ini .

Kali ini, Jom baca pendedahan mengenai STAR KARAOKE pula!


Pusat Hiburan yang di beri nama STAR KARAOKE yang terletak di tingkat atas bangunan kedai kasut Bata di Jalan Teluk Wanjah dikatakan dibuka secara rasmi pada 21 Disember 2009 (Selepas 3 Hari Umat Islam Menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah!!) dan dari sumber-sumber aku, ada yang mengatakan bahawa kehadiran dan sambutan pelanggan terdiri dari remaja dan anak-anak muda agak memberangsangkan !


Seronoklah orang Alor Setar ! Hanya dalam 1 Bulan sahaja dah dapat 2 Pusat Hiburan !!! ... Dari pengamatan aku sendiri, telah banyak Pusat Hiburan Karaoke yang telah tumbuh dan wujud di Bandaraya Alor Setar sejak Kedah dipimpin oleh Kerajaan PAS. Ini amat menggusarkan rakyat.


Adakah inikah cara pendekatan Parti Islam SeMalaysia PAS Kedah untuk mendekatkan para remajanya kepada budaya Islam ? ... Pusat Hiburan yang tumbuh macam cendawan lepas hujan di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar ini, sedikit sebanyak boleh mendekatkan para remaja dan generasi muda untuk menghampiri perbuatan-perbuatan maksiat (mungkin!) ...


Nampaknya pendirian PAS Kedah dahulu, amat-amat berbeza (macam langit dengan bumi) berbanding PAS Kedah sekarang (pasca Mac 2008) ... Dahulu, PAS Kedah adalah juara menghentam Kerajaan UMNO BN Kedah kerana membenarkan Konsert SURE HEBOH di perkarangan Stadium Darul Aman dan Taman Tasek Bandar Darulaman di Jitra.


Bahkan, PAS Kedah jugalah yang beriya-iya menjadi juara rakyat untuk membanteras maksiat remaja dan dewasa khususnya di Pulau Langkawi. Sepanjang ceramah PAS berdentum dentam memaki hamun Kerajaan UMNO BN Kedah yang disifatkan tidak Islamik dalam pentadbiran negeri.


Setahu aku, PAS Kelantan pimpinan Tuan Haji Nik Aziz tidak pula sebegini caranya ... begitu juga PAS Terengganu pimpinan Tuan Haji Hadi Awang pada 1999-2004 dulu ... Setahu aku, Pusat Hiburan di dua negeri Pantai Timur tersebut yang telah sediaada, mereka cuba kurangkan, tiada pertambahan, tiada kompromi (dalam hal Pusat Hiburan macam ni).


Nampaknya, Gaya Kepimpinan ISLAM PAS PANTAI TIMUR (Versi Kelantan & Terengganu) adalah amat jauh berbeza dengan Kepimpinan ISLAM PAS KEDAH (Mungkinkah ini ISLAM PAS VERSI UTARA?). Menjadi persoalan, yang mana satu cara kepimpinan "ISLAM" yang patut diaplikasikan oleh PAS jika memerintah Malaysia ? Islam Sekadar Alat Politik ... (Na'u zubillahi Min Zaa lik) ...

GAMBAR : Banner yang banyak disimpang-simpang jalan dan di tiang-tiang lampu seluruh Alor Setar mempromosikan pembukaan STAR Karaoke pada 21-12-2009 baru-baru ini. Nampaknya, tiang lampu di jalan besar sekitar Masjid Zahir juga terpasang banner sebegini.


Nampaknya, para penduduk KEDAH SEJAHTERA dipersekitaran Bandaraya "ISLAM" Alor Setar, bolehlah menyambut kedatangan Tahun Baru 2010 dengan begitu meriah dengan pertambahan begitu banyak PUSAT HIBURAN PUB & KARAOKE di sekitar bandaraya, selaras dengan kemajuan hebat yang dicapai oleh kepimpinan PAS Kedah dalam mengurus tadbir negeri ini setelah dirampas dari Parti BN (yang dulunya PAS tuduh tidak ISLAMIK).


Kata Dulang Paku Serpih. PAS FOR ALL DUNGU ...







Berita ini disiasat sendiri,

ditulis sendiri, gambar diambil sendiri,
diterbitkan sendiri oleh ...


AloQStaQ
29/Disember/2009
11:10 Pagi

Kes Dr Rosli melarikan diri - Islam semakin hancur di bawah PAS!

1 Komen!!!
Sangat pelik, janggal dan memalukan apabila penguatkuasaan keputusan Mahkamah Syariah terhadap pasangan yang diperintah tinggal berasingan tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat arahan bertulis daripada Mahkamah Syariah.

Begitulah hukuman hanyalah sia-sia semata-mata jika manusia gagal Melaksanakan.. dan memalukan pihak yang gagal pula Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) tidak boleh menyerbu atau menangkap.

Kenapa lembap sangat Mahkamah Syariah kelantan untuk mengeluarkan arahan penguatkuasaan... memang betul apa yang dikatakan bapa Mertua Dr Rosli,
"Saya pelik dengan tugas JHEAIK, mereka sepatutnya bertindak kelmarin lagi untuk menahan pasangan ini kerana Mahkamah Syariah telah mengeluarkan waran mufarakah sejak 9 November lalu," kata Mohd Noor.

Tempoh 9 November hingga 29 Disember 2009, merupakan tempoh yang lama iaitu 50 hari... takkan disebabkan beliau (Dr Rosli) Ketua Pemuda PAS negeri maka arahan mahkamah boleh dilewat-lewatkan.. Dan sangat memalukan pasangan yang telah diarah mufaraqah ini ditanggap masih tinggal sebumbung bersama-sama...

Jika tidak boleh membuat serbuan, tidakkah Patut JHEIK turun ke bawah memberi nasihat kepada pasangan terbabit... namun apa yang berlaku tiada seorangpun anggota atau pegawai JHEIK yang turun untuk memberi nasihat... atau nasihat pun tidak boleh.. bukankah 'Ad Din Nasihah'.. agama itu nasihat!!!

Dimana peranan Amal Makruf Nahi Mungkar JHEIK.....

Jadi apakah peranan JHEAIK... terhadap pasangan mufaraqah yang tinggal bersama sahaja... Islam dipandang hina kerana ada Mahkamah dan Jabatan Agama yang sepatutnya melaksanakan Islam dengan adil dan berkesan...

Setelah apa yang berlaku sekarang apakah mahkamah syariah masih tidak akan keluarkan surat arahan penguatkuasaan terhadap Dr Rosli lagi..

Namun jika dilihat perkara ini patutlah Mat Sabu terlepas dakwaan Khalwat dengan bini orang iaitu Normah!!!! semuanya gara-gara campurtangan politik PAS terhadap sistem Mahkamah Syariah Kelantan.... semuanya kerana Islam dilaksanakan secara tidak adil dan berkesan...

Sebab itu Islam semakin hancur di bawah PAS!

Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar Ganti rugi RM800 juta

4 Komen!!!
Dalam kekalutan kepimpinan Nik Aziz Celako!x3, ditambah lagi dengan arahan membayar ganti rugi sebanyak RM 800 juta kepada syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu.

Utusan Malaysia difahamkan menurut fakta kes, syarikat pembalakan itu memperoleh konsesi balak beratus ribu hektar di Hulu Kelantan.

Bagaimanapun keluasan asal dikurangkan kepada separuh tetapi masih mengekalkan perkongsian di antara kedua-dua pihak.

Masalah dipercayai timbul apabila kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian konsesi dengan tidak membenarkan syarikat itu menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya.

Ekoran daripada itu syarikat yang dikatakan milik bumiputera terbabit terpaksa menanggung kerugian besar selepas pelaburan bernilai jutaan ringgit termasuk pembinaan beberapa buah kilang kayu tidak dapat beroperasi.

.... hehehe... Kerajaan PAS Kelantan kaya boleh berbelanja sesuka hati... kalau gaji YB kelantan dah naik baru-baru ni... setakat bayar beberapa ratus juta apa salahnya.... apapun ianya tetap duit rakyat Kelantan!!!

Sumber : Utusan Malaysia

Rabu, Disember 30, 2009

Dr. Rosli, isteri kedua tinggalkan kediaman - selepas dikepung rumah pasangan tinggal sebumbung

1 Komen!!!
Sudah jatuh ditimpa tangga, Bekas Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abdull Kadir, 35, dan isteri keduanya, Ilyani Mohd. Noor, 30, melarikan diri dari kediaman mereka ke tempat yang tidak diketahui pada pukul 10.30 pagi ini.

Pasangan terbabit dilihat memasuki sebuah kereta sejurus selepas bapa Ilyani, Mohd. Noor Che Man, 58, menunjukkan Surat Perintah Interim Mufarakah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Surat tersebut adalah perintah melarang pasangan terbabit daripada tinggal bersama dan membenarkan mana-mana penguat kuasa agama serta anggota polis untuk menahan mereka bagi memastikan perintah tersebut dilaksanakan.

Mohd. Noor bersama beberapa ahli keluarganya telah mengepung rumah pasangan berkenaan di Kampung Telipot di sini sejak petang semalam selepas mendapati mereka masih tinggal sebumbung walaupun dilarang oleh mahkamah.

Inilah antara contoh pemimpin PAS muda Kelantan.. semakin hari yang semakin hancur dan menunjukkan contoh yang buruk kepada masyarakat.. apatah lagi nama Islam yang hanya dijaja bagi barangan murah untuk tujuan politik semata-mata..

Sumber : Utusan

Selasa, Disember 29, 2009

Celako! celako! celako... Nik Aziz pecat pula setiausaha politik dan akhbar!

3 Komen!!!
Celako! Celako! Celako!... inilah antara kata-kta Tuan Guru Nik Aziz terhadap blog yang menyerang keluarga beliau... sebagaimana yang dikeluarkan Buletin Utaman TV3...

Keadaan haru biru terus berlaku kepada kepimpinan Nik Aziz dan PAS Kelantan... terbaru setiausaha politiknya, Annual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar beliau, Mohd. Saiba Yaakub, telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak..

Ini antara yang dikatakan Nik Aziz... namun Nik Aziz menafikan diberhentikan atas sebab tertentu ekoran kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, kedua-dua jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diganti bila-bila masa dengan orang lain apabila sampai tempohnya.

Mengikut Malaysiakini, Husam, yang dikatakan rapat dengan Anual Bakhri, diura-urakan tidak senang dengan perkembangan politik dalam kerajaan negeri itu, mutakahir ini.

Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Anual berkata beliau tidak ada apa-apa masalah untuk melepaskan jawatan tersebut kerana "sebelum ini selalu bercakap kemungkinan untuk melepaskan jawatan ini".

"Saya tidak ada apa (masalah), saya sudah berkhidmat 10 tahun," katanya.

Persoalan ialah satu persatu sahabat-sahabat Husam digugurkan satu persatu dari pentadbiran kerajaan Kelantan khasnya berkaitan dengan Nik Aziz.

Peletakan jawatan atau tidak disambung kontrak secara serentak oleh dua Setpol ini menimbulkan banyak persoalan dengan apa yang telah terjadi kepada kepimpinan Nik Aziz yang diketahui bahawa keluarga beliau telah diserang oleh pihak tertentu..

Husam pula dengan lantang menyindir pihak tertantu dalam kerajaan Kelantan untuk memisahkan daripada kepentingan kekeluargaan.

Adakah kenyataan umum Husam ini menujukan kepada Nik Aziz... Apakah tujuan serangan kepada Nik Aziz oleh Husam ini..

Muncul ketika dua pegawai Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan digugurkan, dan desas-desus digantikan dengan mereka yang dekat dengan anggota keluarganya, coretan blog Husam ini menguatkan tanggapan bahawa pentadbiran Kelantan masih lagi bergolak.

Coretan yang penuh berlapik itu bagaimanapun tidak menyebut secara jelas perkembangan politik di negerinya, sekali gus meletakkan orang ramai dalam keadaan terus berteka-teki.

Isu dua pegawai tersebut mendapat perhatian luar biasa kerana diura-urakan berkaitan rapat dengan dakwaan wujudnya pengaruh keluarga Nik Abdul Aziz dalam pentadbiran negeri.

Setelah muncul kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman, isu pengaruh keluarga menteri besar rancak diperkatakan.

Dalam keghairahan membela suaminya Abdul Ariffahmi yang didesak meninggalkan PMBK, Nik Amalina Nik Abdul Aziz pula secara terbuka menudingkan jarinya kepada PAS dan pemimpin-pemimpin negeri tersebut.

Nik Amalina juga mengakui wujudnya perbincangan peringkat keluarganya selama beberapa kali berhubung pelantikan Abdul Ariffahmi.

Kemudian perkara ini disahkan oleh Nik Abdul Aziz sendiri dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini awal bulan ini.

Sementara itu, seorang bekas pegawai mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menulis di blognya bahawa Anual Bakhri terpaksa melepaskan jawatan tersebut.

"Anual dalam pesanan mesej ringkasnya (kepada saya) sekadar berkata, 'beliau mengundur diri dalam keadaan yang sukar'," kata Anuar Hashim di Perakite semalam.

Sebagaimana di ketahui Husam ialah pemimpin PAS yang dikatakan bakal MB kelantan pada masa akan datang.. niat Husam semakin lam semakin jelas...

Sumber : Bernama dan Malaysiakini

Gimik murahan PAS Kelantan - Bukan Melayu Islam bakal MB Kelantan?

0 Komen!!!
Berita baik buat bukan Melayu Islam untuk membuat permohonan menjadi Menteri Besar Kelantan... Mungkin inilah model yang dianggap terbaik bagi PAS untuk populariti PAS Kelantan.

Ini adalah modal politik semata-mata bukan berkaitan dengan melaksanakan hukum Islam pun... jika tidak masakan pelantikan MB bukan Melayu Islam PAS hanya buat di Kelantan sekarang bukan 19 tahun yang lalu dan bukan juga hendak dibuat diseluruh negeri yang ditadbir oleh PAS atau bersama rakan PAS..

Kerajaan Pas Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada orang bukan Melayu yang beragama Islam menjadi Menteri Besar.

APalah nak kecoh sangat, jumlah pengundi Kelantan tahun 2008, 751682 pengundi,

Dengan jumlah pengundi bukan Melayu hanya kurang 10% dari keseluruhan pengundi Kelantan.. mereka telah pun diberikan keistimewaan.. itupun jika diukur jumlah keseluruhan pengundi bukan Melayu di Kelantan.. namun jika diukur dari segi jumlah pengundi Bukan Melayu bergama Islam.. mungkin jumlahnya akan lebih kurang dari 3% (agak-agak je) jumlah keseluruhan pengundi kelantan. Jika kerajaan Kelantan boleh keluarkan stastistik sebenar berapa jumlah pecahan pengundi Kelantan Keseluruhan khasnya Bukan Melayu Islam..

Nampak kecik sangat je pun.... itupun terhad kepada bukan Melayu yang Islam dan tidak Islam pun tak boleh..... sedangkan PAS nak berbincang tentang negara Islam dan hukum hudud pun takut dengan DAP dan PKR...

Inikan pula nak mengharap politik murahan ini diterima bukan Melayu....

Isnin, Disember 21, 2009

Petronas jadi rakan penaja Mercedes GP

0 Komen!!!
21/12/2009 7:04pm

OXFORD, England 21 Dis. - Mercedes GP telah menandatangani persefahaman jangka panjang dengan gergasi petroleum Malaysia, Petronas bagi membolehkan syarikat minyak itu menjadi penaja utama pasukan Formula Satu berkenaan.

Bagaimanapun, perincian kewangan dan tempoh yang ditetapkan masih dirahsiakan dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Jenama Silver Arrows dan Petronas bakal dipamerkan pada jentera Mercedes pada penampilan pertama ketika sesi ujian pramusim di Litar Valencia Februari tahun depan. - AP

Ahad, Disember 20, 2009

Dewan Pemuda PAS Kelantan desak Ariffahmi segera letak jawatan

0 Komen!!!
KOTA BHARU 19 Dis. – Dewan Pemuda Pas Kelantan akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan cadangan mendesak Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) lebih awal tanpa menunggu Mac depan.

Ketua Penerangannya, Dr. Rosli Allani Abd. Kader berkata, dewan itu mungkin akan membincangkan isu itu lebih mendalam termasuk mengadakan undian di kalangan ahli jawatankuasanya untuk membuat desakan tersebut.

Sebelum itu jelasnya, pihaknya akan memanggil menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk kali kedua dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu.

Menurutnya, keputusan memanggil Abdul Ariffahmi yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri itu dibuat pada mesyuarat harian dewan itu kelmarin walaupun sebelum ini beliau telah dipanggil.

Katanya, ia bagi memastikan isu tersebut tidak berlarutan kerana akan menjejaskan tumpuan parti dan kerajaan dalam membangunkan negeri ini.

“Isu ini perlu diselesaikan dengan cepat kerana ia menjejaskan parti. Apa yang kita buat ini adalah bersandarkan kepada konsep parti menguasai kerajaan bukannya kerajaan menguasai parti.

‘‘Lagi pun Abdul Ariffahmi ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

PMBK sebelum ini mengumumkan Abdul Ariffahmi akan meletakkan jawatan pada Mac depan selepas diarahkan Nik Abdul Aziz yang dinasihatkan berbuat demikian oleh kepimpinan Pas Pusat.

Bagaimanapun Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan keputusan tersebut kerana tempoh tiga bulan itu terlalu lama dan memberi ruang yang banyak kepada musuh untuk menyerang.

Rosli Allani berkata, keputusan yang akan dibuat dalam mesyuarat penuh tersebut menunjukkan ketegasan dewan itu supaya isu berkenaan diselesaikan secepat mungkin.

Mengulas mengenai tulisan isteri Abdul Ariffahmi, Nik Amalina di dalam blognya Seri Suri, beliau berkata, tindakan anak perempuan Nik Abdul Aziz itu betul untuk mempertahankan suaminya yang dianggap tidak bersalah selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman.

“Memang diakui tulisan yang meminta seorang Exco meletakkan jawatan sedikit sebanyak menjejaskan parti tetapi di sini ada dua isu yang berbeza terutama dalam mempertahankan institusi kekeluargaan.

“Sebagai kawan lama, saya melihat Nik Amalina ada hak untuk mempertahankan suaminya daripada terus dihukum oleh orang ramai tanpa diberikan peluang membuat penjelasan,” katanya. - utusan Malaysia

Khamis, Disember 17, 2009

Edisi Khas : Resolusi BPN Untuk Boikot Blogger Biadap terhadap Pemimpin Pilihan Rakyat !

0 Komen!!!
BPN memandang serius saranan Perdana Menteri di laman 1Malaysia yang mahukan blogger mengamalkan kod etika yang boleh menjadikan mereka dihormati oleh semua pihak. Antaranya :

* Be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information

* Never plagiarise

* Identify and link to sources whenever feasible

* Never publish information they know is inaccurate -
and if publishing questionable information, make it clear it's in doubt

* Distinguish between advocacy, commentary and factual information

* Admit mistakes and correct them promptly

* Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity

* Explain each blog's mission and invite dialogue with the public
over its content and the bloggers' conduct

* Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas

* Abide by the same high standards to which they hold others

2. BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.

3. Budaya ini sangat tidak sihat di dalam usaha Perdana Menteri untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat dan sebagai Blogger Pembela Negara kami tidak akan membiarkan blogger seperti ini berada di dalam senarai blog di kalangan 85 ahli BPN termasuk 22 Penyokong BPN. Usaha ini juga akan disokong oleh blogger-blogger yang lain kerana mereka juga meminta BPN memainkan peranan yang berkesan di dalam mengatasi masalah yang semakin membarah ini.

4. Untuk itu BPN mendesak blogger yang dimaksudkan agar berhenti dengan segera dari terus menggunakan pendekatan kasar, kesat di dalam mengkritik/ memalukan pemimpin tertentu termasuk menggunakan perkataan ugutan terhadap Perdana Menteri sehingga menimbulkan suasana tidak sihat di kalangan blogger yang pasti akan menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan di PRU akan datang.

5. Jika tidak, maka kami terpaksa mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan blog-blog mereka yang melampau dari senarai blog kami dan meminggirkannya dari terus berada bersama kumpulan yang membela agama, bangsa dan negara. Tempoh diberikan sehingga 17 Disember Khamis 11.59 malam pada 1 Muharam 1431.

Mereka juga perlu meminta maaf kepada semua pihak yang dihentam dan memadamkan semua artikel yang telah mengguris perasaan sebilangan pihak yang lain di dalam UMNO dengan kadar segera.

Semoga kita akan menjadi blogger yang menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama dan menolak sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaskan keamanan yang kita kecapi selama ini khasnya di alam siber.

Sekian, terima kasih !


Yang benar,

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

P/S : Harap dapat disebarkan oleh rakan-rakan samada blogger BPN atau bukan !!!

Jumaat, Disember 11, 2009

PAS Sokong DAP pertikaikan dana bina masjid

4 Komen!!!
Sebagaimana dijangka, pasti akan ada pihak dalam PAS yang akan menjadi pak turut kepada DAP.

Dr Mohd Hatta dan dua lagi wakil rakyat PAS bersama Nga (foto kiri) mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen untuk mempertahankan pemimpin DAP itu.

Turut hadir, ahli parlimen PKR bagi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Dr Mohd Hatta menyalahkan Utusan Malaysia, yang melaporkan isu ini di halaman depannya hari ini, dengan menyifatkan ia telah melanggar etika kewartawanan.

Bersama ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam), beliau bertegas akan mempertahankan Nga.

Wartawan akhbar itu, yang berada di situ, menafikan ia membesar-besarkan isu tersebut, sebaliknya menyatakan ia hanya melaporkan kenyataan beberapa pihak yang tidak berpuas hati pada Nga.

Dalam sidang media sama, Nga menafikan beliau mempertikaikan Islam apabila membuat perbandingan peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat bukan Islam.

Laporan Bernama pula menyebut PERKASA Pahang hari ini membuat aduan di balai polis Bentong terhadap Nga.

Yang dipertuanya Dr Zubir Harun dilaporkan berkata kenyataan Nga
"amat menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh menyebabkan pergaduhan agama yang serius."

Skandal PKFZ: Khamis siri pertama…ramai lagi akan didakwa

0 Komen!!!



Akhirnya…Khamis setelah sekian lama ,saat yang dinantikan sudah bermula bila tiga orang yang disyaki terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), dimana ribuan juta wang rakyat lesap ditahan dan didakwa dimahkamah.Tiga mereka ialah bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C.Phang ,Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd, Stephen Abok, dan seorang arkitek, Bernard Tan Seng Swee.Mereka ditahan dalam operasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.Yang pasti itu adalah siri pertama. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu satu sidang akhbar pada sebelah petang di pejabatnya Putrajaya lebih ramai individu termasuk 'jerung' akan didakwa di mahkamah berhubung projek PKFZ.Projek yang kontroversial itu melibatkan di kawasan seluas 400 hektar.Dakwaan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah bergema melihat kosnya yang melonjak dari lebih RM2 billion kepada lebih RM4.6 billion. Hu ha yang ada kaitan dengan isu PKFZ telah melalui pelbagai senario.Antara paling hangat ialah tuduh menuduh ‘sumbangan’ RM10 juta antara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dengan bos syarikat kontraktor projek berkenaan iaitu Kuala Dimensi yang juga Ahli Parlimen Bintulu,Datuk Seri Tiong King Sing.


Baca seterusnya di Agenda Daily

Khamis, Disember 10, 2009

Amaran Us Nasha : Jangan pertikai dana bina masjid

1 Komen!!!
Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.

Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan wakil rakyat Taiping, Nga Kor Ming, yang juga setiausaha DAP Perak, boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham orang ramai.

Nasharudin, yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."

Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut. (baca seterusnya di Malaysiakini)

Ulasan Aspirasi : Adakah rakyat perlu bezakan antara pendapat Us Nasha yang mewakili dirinya dan bukan partinya atau ianya pendadapat Parti PAS secara rasmi?...

Jawapannya rakyat memang perlu bezakan antara pendapat us Nasha dan pendapat PAS... sebab tak mungkin PAS akan membelakangi sahabat mereka iaitu DAP...

Rakyat boleh mengatakan bahawa ianya hanyalah lakonan semata-mata dari pemimpin PAS... kita akan menunggu respon pemimpin-pemimpin lain dalam PAS khasnya Nik Aziz untuk mengeluarkan 'fatwa' beliau..

Nik Aziz : Mahfuz memandai-mandai

1 Komen!!!
KOTA BHARU 9 Dis. – Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar disifatkan sebagai ‘memandai-mandai’ kerana kembali mencungkil isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, perkara itu telah dibincangkan dan diselesaikan selepas pertemuan dengan pimpinan Pas Pusat baru-baru ini.

Oleh itu katanya, Mahfuz tidak perlu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya kepada media.

Nik Abdul Aziz berkata, tindakan Mahfuz itu adalah satu kesilapan yang tidak mempunyai strategi dan hanya memberi peluang kepada UMNO untuk ‘berpesta’.

“Ucapan Mahfuz itu betul-betul memberi peluang kepada UMNO untuk berpesta. Itu kesilapan dia kerana ini benda yang sudah disiar dan dibincangkan, kenapa tidak berjumpa saya.

“Kalau benda ini belum siap lagi, dia boleh bercakap tetapi ia sudah selesai dengan pejabat agung (kepimpinan Pas pusat).

“Tetapi dia bercakap dengan umum juga, dia pandai-pandai. Itu tidak ada strategi,” katanya kepada para pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena telah meminta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang juga menantu Nik Abdul Aziz melepaskan jawatannya dengan segera bukannya menunggu sehingga Mac tahun depan.

Masjid menjadi mangsa politik biadap DAP!!

0 Komen!!!
Isu bina masjid: Kor Ming dibidas

# Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai biadab apabila mengungkit perbelanjaan kerajaan membina masjid di seluruh negara. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Kor Ming dilihat mahu menyalakan api dalam sekam.

# Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Nga Kor Ming jangan membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dan bukan Islam. Tegas beliau, kenyataan Kor Ming mempersoalkan kerajaan membina banyak masjid di negara ini terang-terang cuba mengapi-apikan sentimen kebencian antara kaum.

# Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz menganggap Kor Ming dengan sengaja tidak menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan yang hanya menyediakan peruntukan kepada pembangunan agama Islam. Kata beliau, nampaknya sikap ihsan kerajaan selama ini (peruntukan kepada institusi ibadat agama lain) langsung tidak dihargai.

baca seterusnya di Utusan Malaysia

Rabu, Disember 09, 2009

SPRM pelajari teknik terkini agensi pencegahan rasuah antarabangsa

1 Komen!!!
KUALA LUMPUR 9 Dis — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi pencegahan rasuah antarabangsa dalam mempelajari teknik latihan terkini mereka dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.

Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Samarajoo Manikam berkata usaha itu dijalankan bagi mengukuhkan kebolehan dan kewibawaan pegawai SPRM dalam menangani kes-kes rasuah yang disiasat.

"Usaha berterusan untuk menangani gejala ini memerlukan komitmen semua pihak dan kerjasama bersama agensi antarabangsa mengadakan kursus latihan dapat mendedahkan pegawai kepada pengajaran teknik terkini dalam usaha membanteras rasuah,” katanya kepada pemberita selepas menutup South East Asia Financial Crime Prevention and Anti-Corruption Forum di ibu pejabatnya di sini, hari ini.

Menurutnya SPRM akan menggunakan pendekatan konsep pembelajaran berterusan untuk pegawainya dalam siasatan kes-kes SPRM bagi persediaan menghadapi situasi mencabar pada masa akan datang.

"Kita akan berusaha menguatkan kepercayaan orang ramai kepada SPRM untuk mengubah persepsi masyarakat tentang kewibawaan agensi ini. SPRM pasti berjaya dan orang ramai patut menyokong SPRM sebagai institusi membanteras rasuah,” katanya.

Beliau berkata konsep pembelajaran berterusan itu dibuktikan dengan mengadakan forum tiga hari itu hasil kerjasama bersama International Financial Crime Prevention and Compliance Training (IFCCT).

"Maklum balas yang kita terima daripada peserta menunjukkan mereka mendapat manfaat terbaik mempelajari teknik dan kaedah terbaru mencegah jenayah kewangan seperti “forensic accounting” dalam menyiasat kes rasuah,” katanya.

Seramai 51 pegawai termasuk 39 dari Malaysia serta Timor Leste, Filipina dan Bhutan menyertai forum itu yang bermula Isnin lepas.

— BERNAMA

Dasar pak turut !!!!.... Kelantan pula tolak BTN

2 Komen!!!
KOTA BHARU: Selepas Selangor dan Pulau Pinang, kini Kerajaan Kelantan pula menolak pegawai dan kakitangannya daripada menyertai program Biro Tata Negara (BTN).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak bersetuju menghantar pegawai dan kakitanganya menyertai program yang dianjurkan BTN selagi modul dan kurikulumnya tidak diubah mengikut acuan Islam.

Malah, beliau mahu kurikulumnya dirombak dan menonjolkan ke arah Islam. Menurutnya, beliau bersama dua negeri di bawah Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menghantar pegawainya mengikuti kursus BTN itu.

"Kalau dalam keadaan (kurikulum sekarang) saya setuju tak kirim. Kalau Selangor tolak, Pulau Pinang tolak, tak ada sebab saya nak kirim. Kirim wat gapo (buat apa)?," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak bercadang untuk ''mengharamkan'' pegawainya menyertainya kerana haram itu perkataan Islam, cuma tidak bersetuju dan tidak menggalakkan menghantar pegawai menyertai program anjuran BTN.

Kerajaan Pulau Pinang 2 Disember lalu melarang semua kakitangannya daripada mengikuti kursus BTN berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Ketua Menterinya, Mansor Othman berkata, tindakan itu dibuat kerana mendapati kursus BTN memberikan kesan negatif dan menjadi medan menyebarkan propaganda Barisan Nasional (BN).

Minggu lalu, kerajaan Selangor mengharamkan kakitangannya dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik penuh kerajaan negeri mengikuti kursus atau program dikendalikan BTN berkuat kuasa serta-merta.

Nik Abdul Aziz berkata, sudah lama beliau memerhatikan bahawa kurikulumnya tidak diajar mengikut Islam dan bercanggah dengan dasar agama.

"Kalau boleh BTN ini mengadakan forum dengan pakar ekonomi ke atau ahli dalam bidang tertentu ke arah Islam merombakkan semula BTN mengikut acuan Islam," katanya. - Bernama

Ariffahmi abaikan nasihat Mahfuz?

3 Komen!!!
kemaskini 6.40pm Menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat kelihatannya enggan mendengar nasihat Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang menggesa peneraju utama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu tidak lagi campur tangan dalam urusan penting syarikat terbabit.

Difahamkan, ketua pegawai eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Ab Razak, semalam mengeluarkan memo dalaman, mengarahkan semua urusan harian terus dilaporkan seperti biasa kepadanya sehingga tarikh pengundurannya pada Mac tahun depan.

"Segala urusan rasmi dan urusan surat-menyurat perlu dilapor dan dialamatkan kepada ketua pegawai eksekutif untuk sebarang tindakan susulan.

"Prosedur ini akan berkekalan sehingga tarikh akhir perkhidmatan saya pada 7 Rabiulakhir 1413H, bersamaan dengan 23 Mac 2010," memo yang ditandatangan Abdul Ariffahmi dipetik.

Ia diedarkan sehari selepas Mahfuz menggesa Nik Aziz, sebagai pengerusi PMBK, mengarahkan menantunya berundur segera atau berhenti membuat keputusan yang boleh mengikat penggantinya dalam soal-soal kewangan atau projek.

Ahli parlimen itu berkata, kedudukan Abdul Ariffahmi harus ditamatkan dengan serta-merta bagi memelihara etika korporat PMBK.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada memo ini, yang turut diterima Malaysiakini pagi tadi, dibuat sebagai reaksi kepada kenyataan pemimpin kanan PAS itu.

Abdul Ariffahmi enggan mengulas perkara ini ketika dihubungi tadi.

Beliau, yang juga exco Pemuda PAS Kelantan, memaklumkan untuk menghantar notis peletakan jawatannya di PMBK pada 24 Disember ini, sebulan selepas mengumumkan untuk meletakkan jawatan 23 November lalu.

Katanya, beliau perlu memberi notis 90 hari untuk berbuat demikian seperti dalam syarat pelantikannya, selain ingin menyiapkan kerja-kerja sedia ada dan bagi membolehkan menteri besar mencari penggantinya.

Tidak jelas memo satu halaman Abdul Ariffahmi itu ditujukan kepada siapa kerana ia hanya bertulis "senarai edaran" dalam bahagian penerimanya.

Bagaimanapun, memo itu mengingatkan, arahan itu mesti dipatuhi semua pengurus dan kakitangan PMBK serta anak syarikatnya.

Satu salinan memorandum itu turut dilampirkan kepada Nik Aziz sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.

Sumber : Malaysiakini

Isnin, Disember 07, 2009

Penang Bangkit:: DAP Jangan Perbodohkan Orang Melayu

0 Komen!!!
Atas cadangan semaremas ,Pisau menyeru kesemua umat islam Pulau Pinang agar bangkit ,dan sampaikan bantahan anda,menyeru kesemua bahagian UMNO Pulau Pinang,penyokong parti pas dan pkr, NGO NGO ,kariah masjid dan penduduk pulau pinang agar mengadakan kempen. Menentang rezoning oleh DAP,mereka menjalankan pecah dan perintah terhadap kesemua kawasan penduduk melayu di Pulau Pinang :klik sini . Menganaiya penduduk melayu Pulau Pinang dengan menyampaikan bantuan fakir miskin di tokong,mengambil alih tanah wakaf di kawasan pulau dan di kontra di tanah besar, takbir raya di haramkan di Bukit Mertajam, menyekat permohonan menukar status tanah T.O.L kepada pegangan kekal(contohnya 10 permohonan ,8 dari cina 2 dari melayu,8 pemohon cina lulus,2 melayu langsung tidak dilayan) menghina tulisan jawi di penang free school , ketua kampung di halang menjalankan tugas(di pantau oleh penyelaras DAP), bantuan sekolah cina 10 juta dan untuk sekolah agama tahfiz hanya 75 ribu. Banyak wang dana dan peruntukan kepada YB DAP disalurkan secara tidak adil,tokong tokong didahulukan,pembaikan dan bantuan kepada rakyat setempat tidak di bantu(rujuk di pejabat daerah)Dan banyak lagi akan didedahkan tidak lama lagi.

Pisau menyeru agar semua bangkit tanpa mengira latar belakang fahaman politik,sama ada anda PKR,PAS atau pun UMNO, ini amat penting untuk survival orang melayu di Pulau Pinang, Anda harus mengambil perhatian yang serius tentang hal ini, tanyalah pemimpin anda,hal ini memang benar benar berlaku.Rujuklah rakan rakan anda yang bertugas di SUK Komtar,ini memang benar benar berlaku.Rujuklah di pejabat daerah dan tanah.

sila rujuk artikel sebelum ini: klik sini , sini , sini, sini , sini, sini , sini , sini , sini

Tindakan yang perlu kita buat.

1. Menghantar MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA MAJLIS TANAH NEGARA.

2. Menghantar MEMEORANDUM BANTAHAN kepada SURUHANJAYA PILIHANRAYA.

3. Menghantar MEMORANDUM BANTAHAN kpd KEPALA CINA SOSIALIS P.PINANG.

4. Membuat ceramah dan seminar terbuka di Pulau Pinang.

5. Membuat undian secara online di Facebook.

6. Meminta agar kakitangan kerajaan Negeri TIDAK MEMATUHI SEBARANG ARAHAN KEPALA CINA SOSIALIS.

7. Bangkit dan bersemuka dgn YB-YB Cina Sosialis P.Pinang.

8. Memasang sepanduk bantahan secara besar-besaran.

9. Melakukan TINDAKAN SIVIL TIDAK MEMATUHI SEBARANG ARAHAN KEPALA CINA SOSIALIS DENGAN MENUTUP PEJABAT-PEJABAT NEGERI SEHINGGA KEPALA CINA SOSIALIS MELATAK JAWATAN.

10. Memulakan TINDAKAN PROSIDINGH SIVIL TERHADAP KEPALA CINA SOSIALIS DENGAN MEMOHON INJUKSI, WRIT MANDAMUS ( PERINTAH MAHKAMAH MENGHALANG DAN MEMBATALKAN SEBARANG PERINTAH KEPALA CINA SOSIALIS).

11. Tindakan prosiding sivil itu hendaklah di buat atas alasan dan hujah bahawa:-

a. Kepala Cina Sosialis telah ultra-vires dlm kuasa-kuasa nya dan bertindak dengan sewenang-wenangnya.

b. Melanggar hak-hak isitimewa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia.

c. Tindakan Kepala Cina Sosialis itu melanggar dan bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan tidak sah serta terbatal.

d. Bahawa tindakan rezoning yg dilakukan oleh kepala Cina sosialis itu adalah di buat dengan niat jahat dan curang serta memprejudiskan hak-hak pengundi yg bukan penyokong parti sosialisnya.

e. Mendapatkan perintah injuksi terhadap DUN dan ahli DUN parti Cina sosialis itu drp terus menerus mengurangkan hak-hak isitmewa orang Melayu dan drp melakukan sebarang tindakan yg boleh menjejaskan kepentingan dan perlindungan hak-hak istimewa Melayu di dalam Perlembagaan.

Kariah masjid dan kesemua parti politik:
f. Mengumpul bilangan jemaah melebihi 40 orang dan membaca Yassin 41 kali terhadap KEPALA CINA SOSIALIS DAN PARTI NYA DAN PARA AHLINYA KESEMUANYA DAN SETIAP SATU DAN TERHADAP MEREKA YG MENYOKONG MEREKA SUPAYA MEREKA MENERIMA BALA BENCANA dan menjadi ORANG YG HINA DAN TIDAK UPAYA MELAKUKAN APA JUA.

Sumber : Pisau.net

Jumaat, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

0 Komen!!!
Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam... marilah kita menghayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS...

Khamis, November 26, 2009

Husam Tidak Mahu Jawatan MB Kelantan - berlawok!!!!!....

1 Komen!!!
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan kerana senioriti serta hiraki di dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan.

"Semua calon layak, Timbalan Menteri Besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.

"(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap down sindrom di Kampung Becah Keranji, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.

Ulasan Aspirasi - Nampaknya semua cerita yang berlaku di Kelantan dah nak sampai penghujungnya.... memang ada usaha pihak tertentu nak turunkan Nik Aziz dan jadikan sebagai MB....

Kita mengetahui Datuk ahmad Yaakob jika dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan bersifat sementara sahaja... kerana desakan untuk Husam menjadi MB sangatlah hebat...
Apatah lagi Husam di sokong ANwar Ibrahim yang menjadi mentor beliau...

Kalau tidak pun Husam pasti menerima jawatan MB atas alasan akar umbi hendak beliau... biasalah orang politik... bab pusing-memusing memenag mereka cekap sekali... apatah lagi pemimpin PAS memang pandai spin 'cerita'..

jadi kisah, menantu Nik Aziz, pemecatan kikcdefella,isu tajaan Nik Aziz, Husam nak letak jawatan telah menjurus kepada suatu perkara... iaitu Nik Aziz perlu turun sebai MB... dan gantikan Husam sebagai Mb...

Rabu, November 25, 2009

Muhyidin : Tengku Razaleigh diminta fikir mendalam mengenai kaukus Petroleum

2 Komen!!!
Tan Sri Muhyiddn Yassin hari ini mminta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh pakatan pembangkang bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pada dasarnya Barisan Nasional (BN) tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti iaitu bekerjasama dengan parti pembangkang yang melibatkan dasar-dasar kerajaan.

Rasanya elok sangatlah amaran ini dibuat awal-awal supaya tengku Razaliegh ingat semula beliau berasal dari parti mana. Jika beliau sayangkan UMNO pastinya tindakan beliau akan mengganggu UMNO.

Namun kita mengetahui sikap pertentangan tengku Razaleigh ni dah memang sifat UMNO kelantan ni kebanyakkannya membelakangkan kesetiaannya kepada parti. Sebab itu kita lihat sehingga hari ini Kelantan masih tidak dapat ditawan lagi. Bukan setakat UMNO di sana berpecah belah, selalu cha keting, tetapi kesetiaan kepada parti amat tipis sekali. Apatah lagi rakyat Kelantan pula bermuka-muka, depan lain nampak sokong tetapi di belakang membantah....

Mungkin ini pula berbeza dengan UMNO Johor, mungkin mereka ada masalah dengan orang tertentu tetapi kesetiaan mereka terhadap UMNO tetap menjadi keutamaan... apatah lagi pemimpin UMNO Johor yang tegas menyebabkan mereka sentiasa konsisten terhadap perjuangan dan dasar parti...

Syabas Muhyidin... sudah tiba masanya UMNO bersikap cermat dan tegas... bertindak sebagai satu pasukan...

Benarkan Banggarma keluar Islam - apa kata Pas?

0 Komen!!!
Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa S Banggarma dibenarkan menganut Hindu, dan sekali gus meninggalkan Islam, tanpa perlu melalui proses biasa di mahkamah.

Presidennya Dr Thomas Philips berkata wanita itu harus dibenarkan memilih agama yang diingininya kerana pertukaran kepada Islam dibuat semasa beliau masih kecil dan tidak pernah menghayati agama barunya itu.


Banggarma (kiri), juga dikenali Siti Hasnah Vengarama Abdullah, mendakwa agamanya ditukar sewaktu berada di rumah kebajikan di Kepala Batas kira-kira 20 tahun lalu sewaktu usianya masih 7 tahun.

Sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mendakwa agama wanita 27 tahun itu ditukar oleh bapanya sendiri di Rompin, Pahang sewaktu usianya setahun.

Jawapan JKM ini berhubung perkara tersebut bagaimanapun dipertikaikan oleh Banggarma, antaranya kerana beliau tidak mempunyai dokumen seperti didakwa jabatan tersebut.

Ulasan Aspirasi : Jadi apa kata PAS? nak tahu juga pendapat pemimpin 'parti Islam' ni? ataupun akan membisu sahaja?

BTN Racist - Selangor rasmi boikot program BTN

2 Komen!!!
Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan penyertaan para pelajar institusi pengajian tinggi miliknya ke program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali.

Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.

Tiga buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS.

Dalam sidang medianya di Shah Alam selepas mesyuarat itu, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinisasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) dan memecah belah penduduk pelbagai bangsa."

Selasa minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam gabungan pembangkang itu menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.

ADUN-ADUN yang membuat desakan itu: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

Ulasan Aspirasi : Bumi dipijak milik orang... memang benarlah lirik dalam lagu warisan!!! Melayu bersedia untuk dijajah!!

Kisah Kezaliman Dan Penyelewengan Di MPKB-BRI - Kota Bharu, Kelantan.

0 Komen!!!


Salam,

Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas bawahan "hamba abdi" di MPKB-BRI... Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji...

Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB -BRI… kononnya "Serambi Mekah"… Bandaraya Islam.

Untuk makluman penbaca, kawan saya ni tak pernah miss pangkah PAS dan bantu PAS (tanpa upah) setiap kali pilihanraya baik umum atau kecil diadakan.

Inikah Model Majlis Bandaraya Untuk Negeri Dibawah Pimpinan Pakatan Rakyat..?

Senarai kezaliman MPKB - BRI kepada pekerja dan juga sedikit kepincangan/kelemahan dalam MPKB - BRI:
  1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (overtime) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian… Ini amatlah zalim dan kejam..!
  2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong (melencong) beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alasan "Lawatan Sambil Belajar" tetapi dalam masa yang sama memaklumkan kepada kami bahawa pada ketika ini MBPK - BRI menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu untuk membayar gaji kerja lebih masa (overtime) kami dalam bentuk wang,
  3. Hanya ada 1 benda sahaja perubahan yang dibuat oleh MPKB-BRI iaitu penstrukturan system jalan-raya/aliran trafik didalam kawasan seliaan MPKB - BRI.
  4. MPKB-BRI sudah "papa-kedana"... banyak harta (aset) MPKB-BRI telah dijual... malahan bangunan MPKB - BRI sekarang disewa dengan PKINK.
Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli–ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap/berperangai kuku besi/firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada EXCO yang memegang portfolio MPKB - BRI, ahli-ahli majlis MPKB - BRI , pegawai-pegawai atasan/pengurusan MPKB-BRI.

Kami diugut akan dipecat/dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB - BRI jika perkara ini sampai kepengetahuan pihak kerajaan negeri/awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU-13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, EXCO-EXCO dan ADUN-ADUN Kelantan sekalian.

Bukan untuk memalukan mana-mana pihak tetapi kami mahukan "KEADILAN/PEMBELAAN".

KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB - BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH, ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB - BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO' HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.

Kami sayangkan PAS yang memerintah negeri kami.

Selama ini kami diam dan hari ini kami merasakan ada sedikit kekuatan untuk bersuara selepas melihat krisis didalam PMBK yang akhirnya berjaya ditangani oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan sebaiknya.

Kalau tiada tindakan dari sekarang, percayalah bahawa PAS akan tumbang dalam PRU-13 di Kelantan dan yang menumbangkan PAS itu tak lain tak bukan ialah kami yang selama ini diabaikan.

HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.

INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN.

Sumber : Perisik Rakyat

Integriti tinggi...Piiirah!!!

3 Komen!!!
Wakil delegasi Pas Pusat, Sallahuddin Ayub menyifatkan keputusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bukti integriti yang tinggi kerana menerima pandangan Pas Pusat dengan mengetepikan kepentingan keluarga dan dirinya demi perjuangan Islam dan parti.

Kalau nak sebut tentang integriti tinggi sepatutnya Nik Aziz tak patut lantik menantunya Ariffahmi... tak kan ni pun nak di beritahu Tok guru wei!!!

Kalau nak sebut juga tentang integriti sepatutnya Nik Aziz pecat je Ariffahmi awal-awal lagi, ini tidak selepas desakan PAS Pusat, Kickdefella dan sebaginya barulah tindakan pecat dibuat... kalau tiada desakan mungkin Ariffahmi masih pegang jawatan tersebut...

Apatah lagi sekarang kelantan sedang bermaslah walaupun mereka menafikan “Ini tak ada kaitan dengan masalah dalaman yang berlaku di Kelantan pada hari ini. Tok Guru buktikan beliau bercakap dan buat apa yang dia cakap. Ini satu integriti yang ditunjukkan seorang Menteri Besar Kelantan,” katanya.

kalau Kelantan tak bermasalah, bukan setakat menantu, anak dan bini Nik Aziz pun akan jadi CEO kepada anak syarikat kerajaan kelantan...

Integriti Tinggi.... PiiiiRah!!! makan rasuah adalah!!!!

Kota Siputeh: Mahkamah tangguh DUN kosong

0 Komen!!!
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.

Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.

Sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.

Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.

Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.

Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong.

"Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.

Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.

Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.

Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon. - Malaysiakini

SPRM teruskan siasatan terhadap Ariffahmi

0 Komen!!!
KOTA BHARU 24 Nov. - Siasatan dakwaan penyalahgunaan dana di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) tetap diteruskan walaupun Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman telah meletakkan jawatan.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kes yang membabitkan menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan disiasat sebagaimana lain-lain kes seumpamanya.

"SPRM akan meneruskan siasatan berhubung kes ini walaupun penjawat berkenaan telah meletakkan jawatan.

"Setelah selesai, kertas siasatan akan dihantar ke jabatan undang-undang bersama bahan bukti yang dikumpulkan sebagai rujukan.

"Kemudian barulah Bahagian Pendakwaan memutuskan sama ada untuk melakukan pendakwaan atau tidak," ujar sumber itu.

Difahamkan, SPRM telah menyiapkan kira-kira 60 peratus siasatan berhubung kes itu dan kini masih mengumpul bahan bukti termasuk dokumen yang diambil di pejabat PMBK.

Abdul Ariffahami dilanda kontroversi apabila SPRM mula menjalankan siasatan ke atasnya kira-kira dua minggu lalu.

Hari ini, media melaporkan beliau telah diarahkan oleh Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan setelah rombongan pimpinan Pas Pusat yang diketuai oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menemuinya semalam.

Mereka menasihatkan Nik Abdul Aziz agar menjaga nama baik kepimpinan Islam khasnya Pas dan langkah sewajarnya ialah agar Abdul Ariffahmi mengundur diri.

Abdul Ariffahmi yang bersedia berbuat demikian bagaimanapun masih belum memutuskan bila akan meletakkan jawatan.

Usaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau gagal setelah Abdul Ariffahmi enggan menemui pihak media yang datang ke pejabatnya di sini hari ini.

Raja Petra hilang 7 bulan bersembunyi di Melbourne

2 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Selepas lebih tujuh bulan menjejak Raja Petra Raja Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak April lalu, polis akhirnya berjaya mengesan penulis blog itu, di Melbourne, Australia.

Menurut sumber, siasatan mendapati Raja Petra lari dari Malaysia menuju ke Thailand melalui jalan haram dan menaiki penerbangan terus ke Australia.

"Rekod imigresen menunjukkan dia tidak keluar dari negara ini, namun siasatan lanjut mendapati Raja Petra keluar melalui laluan haram ke Thailand beberapa bulan lalu.

"Maklumat mendapati dia kemudian menggunakan jalan serta dokumen sah untuk ke Australia," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis bagaimanapun masih menyiasat lokasi persembunyiannya di negara berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dia dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let's Send the Altantuya Murderers to Hell dalam blog www.malaysia-today.net, pada 25 April 2008.

Selain itu, dia dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini pada 18 Jun tahun lalu.

Mahkamah Sesyen, pada 11 dan 13 November lalu membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi hanya berkata polis masih menyiasat lanjut. - Berita Harian

Selasa, November 24, 2009

ada pihak dalam PR nak singkirkan Nizar

0 Komen!!!
Ni tak tau betul ke tak... nampaknya macam ada pihak dalam PR nak singkirkan Nizar

Ketika Pakatan Rakyat memenangi Perak selepas PRU-12 dulu, pelabagai kemelut melanda dalam isu pemilihan MB. Yang menarik perhatian aku, terdapat seorang calon yang kalah memohon kepada Anwar Ibrahim untuk meletakan beliau sebagai MB.

Kini individu itu telah kembali. Aku sedang memerhatikan apakah kembalinya individu itu atas nawaitu yang sama? Sekiranya selepas PRU-13 Pakatan Rakyat menguasai Persekutuan dan Nizar diletakkan di persekutuan dan individu ini diletakkan sebagai MB, aku no hal!

Tetapi sekiranya Pakatan tidak dapat menguasai persekutuan dan individu ini meneruskan nawaitu dan menyingkirkan Nizar? kemelut yang besar akan melanda! Nizar adalah idola pengundi Perak pro Pakatan Rakyat!

Kalau betul bloger ni sebut, rasanya rakyat nak tau juga sipa individu tersebut... tapi nampaknya beliau adalah orang PKR kerana dikatakan beliau berjumpa ANUwar untuk meletakan beliau sebagai MB...

Sumber : Perakume

Chin Peng: Tiada Maaf Bagimu - Muhyiddin

0 Komen!!!
PUTRAJAYA, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan masih kekal dengan keputusan sebelum ini untuk tidak membenarkan kepulangan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata seperti pendirian yang dibuat sebelum ini, kerajaan prihatin atas sentimen rakyat yang masih marah atas keganasan yang dilakukan oleh pemimpin komunis itu semasa darurat dahulu.

"Sebab-sebabnya umum sudah tahu masih ramai di kalangan rakyat yang waktu darurat dulu menghadapi musibah daripada keganasan yang sehingga hari ini mereka tidak boleh lupakan.

"Sebagai kerajaan yang prihatin atas sentimen rakyat yang masih membara itu, kita memutuskan untuk tidak bersedia menerima walaupun dia memohon maaf," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-7, di sini Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permohonan maaf bekas pemimpin PKM itu yang disiarkan dalam sebuah akhbar Inggeris tempatan pada Isnin.

Bagaimanapun, katanya jika ada perubahan dari segi keputusan, perkara itu perlu dibincang semula dalam Kabinet tetapi keputusan yang sudah dibuat itu masih lagi kekal.

"Setakat hari ini, tiada maaf bagimu," katanya.

Pada Isnin, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengingatkan bahawa tidak perlu ada sesiapa lagi menemui Chin Peng dan membangkitkan tentang bekas pemimpin PKM itu yang telah banyak membawa durjana kepada negara.

Katanya banyak perbincangan telah dibuat mengenai Chin Peng dan keputusan telah diambil oleh rakyat bahawa ketua pengganas itu ditolak sepenuhnya di negara ini.

-- BERNAMA

Banjir semakin buruk dan politik kelantan semakin huru hara

0 Komen!!!
Semalam Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat arahkan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ianya berikutan Pas Pusat diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan Nik Aziz supaya mengarahkan Ariffahmi meletak jawatan bagi menjaga nama baik parti.

Bekas Pengarah Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga penulis blog Kickdefella berharap peletakan jawatan Ariffahmi akan mengembalikan hak rakyat.

Laporan berita hari ni pula, Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang dilihat "keletihan" dalam mengharungi politik dalaman PAS negeri itu, menjadi punca tercetusnya spekulasi beliau mahu meletak jawatan dalam parti dan kerajaan, kata seorang pemimpin PAS negeri itu.

"Sampai satu masa, dia pun letih, banyak masalah, banyak tanggungjawab yang dipegangnya. Saya dengar sudah dua tahun dulu lagi perkara ini sudah disebut," kata anggota jawatankuasa PAS negeri yang enggan dikenali.

Manakala perkembangan Keadaan banjir di Pantai Timur terutamanya Kelantan semakin buruk dengan cuaca gelap dan hujan renyai-renyai di negeri itu menyebabkan mangsa di pusat pemindahan banjir meningkat kepada 3,787 orang berbanding 3,303 orang semalam.

Macam-macam berlaku di Kelantan... dari serambi menjadi menjadi serambi RASUAH dan kini jadi pula serambi MASALAH....

KERAjaan PKR Selangor 'Flip Flop'

0 Komen!!!
http://3.bp.blogspot.com/_nskORZt1JP0/SnRSvUQTBRI/AAAAAAAAAss/8FICGyrv3L4/s400/Khalis+idiot1.JPG

Beberapa hari lepas Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan akan mendedahkan laporan mengenai runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa..

Namun semalam Khalid Ibrahim membatalkan hasratnya menerbitkan dokumen sulit laporan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tahun lalu setelah kerajaan persekutuan membantahnya.

Sekali lagi Khalid Ibrahim sengaja nak 'framing' kerajaan persekutan mengenai kewajaran tindakan beliau untuk mendedahkan laporan tersebut. Kerana Khalid gagap sepatutnya mengetahui bahawa laporan tersebut diklafikasikan sebagai rahsia dan tidak boleh didedahkan jika tiada kebenaran jemaah menteri.

Jadi tindakan khalid gagap hanyalah untuk populariti politik semata-mata. Jadi jika Khalid gagap nak popular sangat dedahkan sahaja laporan tersebut apatah lagi beliau mengatakan "Setelah membaca laporan tersebut, kerajaan negeri percaya ia tidak bersifat prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara," kata Abdul Khalid lagi.
Sebaliknya, pendedahan kandungan laporan boleh menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai.

Jadi atas kononnya atas dasar moral jadi kita perlu cabar Khalid Ibrahim dedahkan sahaja laporan tersebut, nak buat apa takut kepada jemaah menteri!!

Sebab itu kita mengatakan kerajaan PKR Flip Flop sebab keputusan sekejap boleh dan tidak boleh di buat KERAjaan PKR Selangor... bukanlah kerajaan pusat.....

Isnin, November 23, 2009

DUN Kota Siputeh akan beraya lagi!!

0 Komen!!!
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penangguhan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan mahkamah 16 November lalu yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong.

Oleh itu, pilihan raya kecil kawasan itu perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan selewat-lewatnya, Rabu ini. - Berita Harian

Nasharuddin dikejarkan ke IJN selepas mengadu sakit dada

1 Komen!!!
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa, 47, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini selepas mengadu sakit dada ketika persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung hari ini.

Timbalan Presiden Pas itu dikejarkan ke IJN selepas menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan di bangunan Parlimen setelah mengadu kepada Ahli Parlimen Tumpat, daripada Pas Datuk Kamaruddin Jaffar.

Beliau kemudiannya dilihat dibawa dengan kerusi roda ditemani Kamaruddin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada pukul 11.40 pagi k IJN.

Mahfuz ketika ditemui pemberita berkata, Nasharuddin pada mulanya mengadu sakit otot di bahagian dada dan selepas pemeriksaan di klinik tadi, beliau dinasihatkan untuk ke IJN bagi pemeriksaan selanjutnya.

Beliau bagaimana pun enggan mengulas lebih lanjut mengenai keadaan Nasharuddin.

Komen Aspirasi : semoga cepat sembuh ustaz.. ramai yang tak sabar nak jawatan Timbalan Presiden tu...

Ahad, November 22, 2009

Jangan politikkan pendidikan

1 Komen!!!
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

SAYA amat berharap kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) supaya membantu 60 Chinese Independent Secondary School serta mengiktiraf sijil yang dikeluarkan.

Cukuplah dengan lebih 1,300 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang sedia ada dan akan bertambah dari masa ke semasa. Pemisahan di sekolah rendah sudah cukup berat bagi kita untuk memperkasa masa hadapan. Apakah kita mahu terus memisahkan mereka apabila berada di sekolah menengah? Ini belum ditambah dengan IPTS yang berasaskan kaum yang begitu ketara bilangannya. Apakah ini semangat 1Malaysia?

Di sekolah vernakular, bahasa Melayu hanya diajar tiga kali dalam seminggu. Apakah mereka ini boleh menguasai bahasa kebangsaan dengan baik? Buatlah kajian. Lihat sahaja keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pelajar-pelajar ini dalam bahasa Melayu dan kelas peralihan. Itu sudah cukup memberikan gambaran.

Selepas itu buatlah bancian di kampung-kampung baharu. Nilailah tahap penguasaan bahasa kebangsaan. Saya bukan anti Cina. Saya amat sayangkan bangsa saya sebab mereka adalah juga kejadian Allah. Jika saya menolak mereka, bermakna saya menolak Allah yang menjadikan saya sebagai orang Cina. Apakah saya anti-Cina bila membangkitkan isu ini?

Biarlah kita bergaduh hari sekarang demi masa depan. Mudah-mudahan anak cucu cicit kita sejahtera hidup selepas ini. Kepentingan mereka mesti diutamakan berbanding kepentingan kita.

Sebelum tahun 1996, kita ada Akta Pelajaran 1961 Seksyen 21 (1B) yang memberi kuasa kepada menteri pelajaran untuk menutup atau memansuhkan SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Akta ini amat ditakuti oleh persatuan-persatuan Cina. Mereka telah merayu dan mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta ini. Atas dasar tolak ansur, pada tahun 1995, menteri pelajaran ketika itu mengambil keputusan berani memenuhi hasrat kaum Cina dengan menarik balik kuasa atau peruntukan itu apabila membentangkan Akta Pelajaran baru pada 1996 yang lebih lunak.

Akta Pelajaran 1996 yang diperkenalkan masih lagi tidak dipersetujui oleh segelintir ultra kiasu. Ultra kiasu ini berpendapat, pindaan terhadap Akta Pelajaran 1961 kepada 1996 telah menyelesaikan satu masalah dengan memansuhkan Seksyen 21 (1)(b), tetapi menimbulkan masalah baru dengan tambahan Seksyen 17 (1).

Kuasa baru

Menurut mereka, Seksyen 17 (1) telah memberi kuasa baru kepada menteri pelajaran untuk memaksa sekolah vernakular menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Ultra kiasu berhujah, akta sebelumnya hanya menghalang sekolah rendah tetapi kini akta baru itu membolehkan kementerian menghalang daripada pendidikan pra- sekolah hingga kepada pendidikan selepas peringkat menengah. Berdasarkan kepada Seksyen 28 dalam akta baru itu, hanya sekolah vernakular milik kerajaan negeri atau yang diberi ‘kebenaran khas’ oleh menteri pelajaran, yang mungkin dikecualikan daripada peruntukan di bawah Seksyen 17 (1).

Sebenarnya, Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 ‘lebih lembut’ berbanding Akta Pelajaran 1961 yang dimansuhkan. Tidakkah ini satu toleransi? Sanggup korbankan kuasa semata-mata untuk meraikan orang lain.

Kepada golongan ultra kisu yang selalu menentang saya bacalah akta ini dan bandingkan dengan akta sebelumnya. Siapakah yang menggubal akta ini kalau bukan Perdana Menteri kita hari ini yang ketika itu adalah menteri pelajaran. Menteri pelajaran sebelum itu, langsung tidak mahu bertolak ansur. Siapakah dia? Tanyalah sekutu parti ultra kiasu ini.

Sekumpulan ultra kiasu ini tidak pernah bersyukur, apatah lagi untuk menghargai. Saya tidak nampak beza SJKC dengan sekolah Cina di negara China dari segi bahasa, kecuali tambahan mata pelajaran bahasa Melayu 3 jam seminggu?

Saya teringat kata-kata Khoo Kay Kim, sistem pendidikan hari ini mesti memenuhi keperluan 1Malaysia. Sistem pendidikan pelbagai tidak akan membantu rakyat memahami gagasan tersebut. Kanak-kanak dipisahkan sejak kecil. Kay Kim amat kesal dengan segelintir pihak yang mempertahankan sekolah berasaskan kaum ini.

Saya berharap mereka yang terlalu banyak bercakap mempertahankan sekolah vernakular supaya membuat kajian secara menyeluruh. Jangan asyik menyalahkan kerajaan sahaja. Apakah agenda mereka?

Jika mahu mempertahankan warisan nenek moyang, jagalah budaya dan cara hidup semua sekali? Jangan hanya isu bahasa sahaja, sebab isu bahasa adalah masalah negara. Saya minta mereka buat kajian tentang prestasi bahasa Melayu (BM) sekolah vernakular.

Pertama, kebolehan dan keupayaan memahami dan bertutur dalam BM, kedua, peratus kegagalan BM, ketiga, masalah kelas-kelas peralihan dan masalah komunikasi antara pelajar dalam BM, keempat, pergaulan pelajar peralihan dengan pelajar Melayu. Kelima, kegagalan dan kelulusan rendah dalam BM peringkat PMR dan SPM. Keenam, kefahaman dan kebolehan BM setelah tamat sekolah menengah. Ketujuh, kebolehan bertutur BM di kalangan bukan Melayu.

Kita teramat sedih apabila baru-baru ini, seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar Cina, beberapa pertubuhan Cina seperti Dong Zong, Hua Zong, Persatuan Ketua-ketua Sekolah Cina, Persatuan Alumni Sekolah-Sekolah Cina dan lain-lain persatuan, menentang keras cadangan Kementerian Pelajaran untuk menyeragamkan silibus Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan SJKC.

Untuk makluman, silibus BM di SJKC lebih mudah berbanding SK. Begitulah bersatunya mereka. Apabila belajar BM mahukan yang mudah-mudah (cincai). Belajar bahasa sendiri mesti secara terperinci. Adakah kita sebenarnya serius memperkasakan negara? Adakah ini bukan ultra kiasu? Adakah kita masih tidak nampak dan sedar?

Simplistik

Alasannya begitu simplistik, pelajar-pelajar SJKC tidak boleh dibebankan dengan BM yang agak susah sebab mereka terpaksa belajar tiga bahasa iaitu bahasa mandarin sebagai utama, bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga. Begini nasib bahasa Melayu di bumi Melayu.

Tidakkah kita sedar bahawa BM adalah bahasa yang paling mudah dipelajari di dunia? Memanglah susah kalau hanya diajar tiga kali seminggu di SJKC. Adakah kita serius?

Saya tidak menafikan ada segelintir pelajar Cina yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam bahasa Melayu, tetapi bilangan amat kecil. Itupun setelah diwajibkan lulus. Bayangkan jika syarat itu tidak ada. Apakah belajar bahasa Melayu kerana terpaksa belajar atau semangat sayangkan bahasa kebangsaan? Fikirkanlah.

Janganlah menegakkan benang yang basah, yang rugi nanti anak cucu cicit kita, ketika itu kita telah tiada. Jangan kerana ego hari ini kita korbankan kepentingan masa hadapan.

Kepada golongan ultra kiasu ini saya ingin bertanya, berikan saya satu contoh negara di dunia ini yang mengamalkan sistem sebegini? Kalau ada saya akan mengalah. Bukankah syurga kita di sini? Jangan selalu gunakan hujah kepelbagaian sebagai satu kekuatan.

Kita perlu mencari banyak persamaan untuk memenuhi matlamat gagasan 1Malaysia. Persamaan itu hanya akan dapat dicapai dengan berkongsi matlamat wawasan negara. Ia bermula dengan berkongsi sekolah satu aliran, tanpa menafikan hak masing-masing.

Jika isu asas seperti bahasa ini pun sudah tidak dipersetujui, apakah dalam perkara lain kita boleh bersetuju? Ringkasnya, sekolah satu aliran adalah satu mimpi jika kita terus berlembut. Kiasu itu dibolehkan. Tidak salah. Malahan Islam membenarkan. Tetapi jangan menjadi ultra kiasu.

Saya juga tidak nafikan guru-guru sekolah vernakular rajin dan dedikasi. Tetapi itu bukan bermakna kita boleh buat generalisasi bahawa guru-guru sekolah kebangsaan tidak sama standard dengan SJKC. Ingat! Tidak semua guru-guru SJKC bagus-bagus. Saya juga berpengalaman. Saya bukan Cina masuk Melayu atau Cina murtad. Saya hanya mempertahankan kepentingan masa depan dan anak cucu cicit kita. Jangan politikkan pendidikan kerana ia amat bahaya untuk masa depan negara. Jangan nafikan peranan kerajaan terhadap sekolah bantuan modal seperti SJKC. Perlu diingatkan lebih 400 SJKC adalah bantuan penuh dan dibina oleh kerajaan dalam setiap rancangan Malaysia.

Exco Pulau Pinang nafi SMS letak jawatan

0 Komen!!!
22/11/2009 1:02pm

PULAU PINANG 22 Nov — Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar Dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang Phee Boon Poh hari ini menafikan khabar angin yang beliau meletak jawatan sebagai Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Phee, yang juga ADUN Sungai Puyu, berkata sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disebarkan sejak beberapa hari lepas menyatakan beliau telah meletak jawatan termasuk dalam parti DAP. "Saya tidak pernah melepaskan apa-apa jawatan dipegang terutama sebagai ADUN dan Exco kerajaan negeri dan penyebaran SMS berkenaan berniat jahat serta cuba menjatuhkan saya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menyifatkan penyebaran itu cuba melemahkan parti pakatan yang memerintah beberapa negeri termasuk di Pulau Pinang, beliau berkata: “Ini semua spekulasi dan saya tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh musuh politik yang mahu memecahbelahkan jalinan persefahaman dalam pakatan.” Ketua Menteri Lim Guan Eng yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata tidak timbul isu peletakan jawatan Phee, yang sebelum ini dikatakan berselisih faham dengan beliau.

"Isu perselisihan faham antara saya dan Phee telah lama selesai. Tidak timbul lagi masalah itu sekarang. Ini semua permainan pihak yang cemburu dengan kesepakatan kami,” katanya tanpa menyatakan perselisihan faham yang timbul sebelum ini.

BERNAMA

Konspirasi PAS Kelantan - Nik Aziz arah Husam bercuti

0 Komen!!!
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Abdul Ariffahmi yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan menantu Nik Abdul Aziz.

Namun Pas Kelantan melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, perkara itu hanya khabar angin dan mereka tidak mahu mencampuri isu yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena dengan politik.

Sumber memberitahu, hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.

“Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak.

“Nik Abdul Aziz telah mengumumkan Husam cuti selama lima hari bermula hari ini pada mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di kediaman rasminya, JKR 10 pagi tadi. Beliau (Husam) tidak hadir pada mesyuarat ini,” kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, sebuah portal berita melaporkan Husam mendakwa wujud konspirasi untuk menyingkirkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri dengan mencetuskan perbalahan di antara beliau dengan Nik Abdul Aziz.

Malah khabar angin menyatakan bahawa Mursyidul Am Pas itu sedang menimbangkan untuk menggugurkan Husam daripada barisan Exco Kelantan ekoran isu pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebagai Pengarah Perhubungan Korporat PMBK minggu lalu.

Syed Azidi yang lebih dikenali dengan laman blognya Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

Sumber itu berkata, dalam tempoh cuti tersebut, Husam juga akan menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

“Husam sebelum ini beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk berundur sekiranya beliau menjadi liabiliti kepada parti.

“Tetapi khidmat beliau masih diperlukan dalam membantu Nik Abdul Aziz mentadbir negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Zaki menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai khabar angin.

Katanya, Pas Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena soal politik.

“Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini).

“Kita tidak pernah membincangkan soal ini, sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar,” katanya. - utusan

Rabu, November 18, 2009

Hukuman mati : Malaysia perlu contohi demokrasi ala-Iran

0 Komen!!!
Lima terlibat pertikaian pilihan raya Iran dihukum mati
18/11/2009 3:01am


TEHERAN 18 Nov. – Sehingga kini seramai lima orang telah dijatuhkan hukuman mati dan 81 lagi dipenjara sehingga 15 tahun ekoran terlibat dengan pertikaian pilihan raya Iran Jun lalu.

Memetik kenyataan daripada mahkamah wilayah Teheran, lima orang yang dijatuhkan hukuman mati itu adalah anggota gabungan `kumpulan penentang revolusi’.

Bagaimanapun ia masih tidak jelas sama ada mereka ini adalah orang yang sama seperti yang dilaporkan oleh kumpulan hak asasi Iran awal minggu ini.

Beribu-ribu orang yang menunjuk perasaan menentang keputusan pilihan raya Iran Jun lalu telah ditahan dan kebanyakan mereka telah dibebaskan, tetapi seratus daripada mereka telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mencetuskan bantahan jalan.

Beberapa orang daripada mereka telah dijatuhkan hukuman penjara. – Reuters

Ulasan Aspirasi : Ramai penyokong PAS yang suka cara Iran berdemokrasi - Rasanya ada 'part' tertentu Malaysia patut contohi demokrasi ala-iran.

Edisi Siasat- Wee Choo Keong MP PKR Penghisap Darah Rakyat

0 Komen!!!

Oleh : Papagomo

Tuesday, November 17, 2009



MP PKR Wangsa Maju Wee Choo Keong merupakan seorang Yang Berhormat di kawasan Wangsa Maju ini. Namun Wee Choo Keong ini sesungguhnya bukanlah orang yang terhormat. Malah lebih jelek lagi beliau ini adalah PARASIT yang menghisap darah rakyat yang berada di sekelilingnya. Tidak cukup dengan itu, mana mana pemaju, tauke kedai, penjaja pun hendak MP PKR ini disogok.

Wee Choo Keong baru baru ini bercakap gah di dalam parlimen berhubung agenda nya hendak menutup periuk nasi peniaga-peniaga melayu di Bazaria Larut Malam Danau Kota ini. Gomo telah pun membuat pendedahan berhubung kenyataan MP PKR ini. (Klik Disini) Agenda menghalau peniaga Melayu nampaknya menjadi keutamaan kepada Wee Choo Keong ini. Tapi atas sebab apa MP PKR ini menyuarakan di parlimen? Mengapa tidak di suarakan ketidak puashatian dia pada kami para peniaga di Uptown ini? Walhalkan setiap minggu MP PKR ini ada di sebuah restoran Cina yang di bawah jagaannya! Wee Choo Keong ini ada agenda yang lebih halus rupanya dalam isu Uptown Danau Kota ini.

Untuk makluman semua, Wee Choo Keong MP PKR Wangsa Maju ini pernah menimbulkan satu isu berkenaan Plantinum Victory di dalam parlimen pada tahun 2008. Malah MP PKR ini berterusan mengasak DBKL dan mana-mana organisasi dalam berkaitan hal pembinaan. Bukti penghentaman MP PKR ini boleh kita dapati di dalam Blogg beliau sendiri. (Klik Disini)

Aduannya berhubung pembinaan yang di jalankan oleh syarikat pemaju Plantinum Victory bermula pada bulan April 2008 sehingga Ogos 2009 dan berterusan sehingga awal 2009. Asakan demi asakan ini membuatkan Plantinum Victory yang mana merupakan salah satu pemaju yang berjaya di sekitar Lembah Klang ini menjadi kepanasan. Pemilik Plantinum Victory telah menangung kerugiaan apabila selama 3 bulan pembangunan di kawasan Danau Kota di hentikan bagi siasatan. Wee Choo Keong MP PKR nampaknya sudah berjaya dalam agenda nya untuk mengaut LABA dari desakannya itu.

Namun pada awal bulan April 2009 Wee Choo Keong MP PKR Wangsa Maju sudah tidak langsung mengkritik ataupun membuat aduan kemana mana berhubung pembangunan yang di lakukan oleh pemaju Plantinum Victory ini. Kenapa setelah MP PKR ini mengasak dengan cukup hebat ke atas Plantinum Victory ini maka secara tiba tiba MP PKR ini sunyi sepi dari sebarang aduan?

Wee Choo Keong diam dari membuat ganguan ke atas Plantinum Victory kerana sudah pun mendapat Habuan dari pemilik Plantinum Victory ini. Hasil yang lumayan masakan tidak MP PKR ini melepaskan. Apatah lagi pekara ini memang sudah biasa dalam agenda PKR ini. Ternyata asakan MP PKR ini berjaya meraih hasil yang lumayan.







Ini lah antara hasil dari sogokan pihak Plantinum Victory ke atas MP PKR Wee Choo Keong ini. 2 buah lot kedai berserta pengubahsuaian dan juga kelengkapan telah di beri kepada MP PKR ini bagi mendiamkan diri dari terus-terusan menggangu pihak pemaju Plantinum Victory. Lot pejabat PKR Wangsa Maju milik Wee Choo Keong ini terletak di Plantinum Walk Danau Kota Setapak, di atas lot Old Town kopitiam. Lot yang di raih MP PKR ini adalah PERCUMA, berserta kos penyelenggaran dan bil-bil yang berkaitan seperti Elektrik dan Air. Semua kos ini ditanggung oleh Plantinium Victory kepada MP PKR ini.

Untuk makluman semua, Lot pejabat ini harga sewaanya adalah di dalam linkungan rm3,500 sehingga rm4,000 bagi sebuah lot. Lot MP PKR ini berjumlah 2 lot dan jika di hitung kadar sewa bulanan dan kos penyelengggaran dan untility keseluruhannya berjumlah rm10,000 lebih kurang. Agak mahal jika ianya di sewa bukan? Namun Wee Choo Keong mampu kerana ianya semua adalah PERCUMA.

Wee Choo Keong berjaya meraih kejayaan nya sebagai MP PKR Wangsa Maju. Berjaya atas usahanya menghisap darah Tauke-tauke kedai, Pemaju dan kontraktor di sekitar kawasan Wangsa Maju ini. Setakat hari ini belum ada apa apa lagi yang MP PKR ini lakukan bagi membantu rakyat di kawasan Wangsa Maju ini.

Kami Bangsa Melayu di sini tidak akan berdiam diri di atas kenyataan MP PKR berhubung aduan nya ke atas para peniaga Melayu di Uptown Danau Kota ini. Kami akan berterusan mendedahkan Kemungkaran dan Korupsi yang Wee Choo Keong lakukan di dalam kawasan kami ini.

Psssttt.....Gomo akan mendedahkan siapa si penghisap darah Wee Choo Keong di post yang akan datang.


Isnin, November 16, 2009

Tun : ANuwar mana tahu pasai ekopnomi!!... pasal xxx tahu la..

0 Komen!!!


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu sangat mengenai ekonomi.Bercakap memang pandai tetapi pasal ekonomi dia tidak tahu.Lihat saja semasa Anwar menjadi menteri kewangan ketika berlaku krisis kewangan, Anwar telah menerima pakai pendekatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memburukkan lagi keadaan di negara ini.Nasib la negara kita ni tak lingkup dikerjakan oleh si Anwar ni.

Kalau kerajaan Selangor mahukan Anwar menjadi penasihat ekonominya ,itu tak lain tak bukan kerana Anwar mahu membolot harta kekayaan Selangor untuk dibawa ke Pulau Pinang dan untuk menerima segala imbuhan dari kerajaan Selangor.Percayalah walau pun Anwar menerima bayaran elaun simbolik RM1 sebulan tapi percayalah yang Anwar akan mengaut segala kekayaan negeri Selangor untuk kepentingan politiknya nanti.

Yang pandai Anwar lakukan adalah perkara yang kita ketahui sekarang.Sebenarnya itulah kelebihan diri Anwar.Selain itu menipu rakyat adalah satu lagi kelebihan Anwar.

Sumber : Kamalfarsya

Baca Ni..! Kupasan 1 : Transaksi Wang & Saham Azmin & Shamsidar

0 Komen!!!


Terima kasih kepada sahabat Blogger kita – X-PKR [http://x-pkr.blogspot.com] diatas kejayaannya “menunaikan” janji janii untuk mempamerkan beberapa keping dokumen BUKTI bahawa Azmin Ali memiliki “kemampuan luar biasa” untuk berurus niaga pada nilai ratusan ribu [transacted hundreds of thousand in Ringgit Msia].

Nah..! Lihat sendiri dengan mata hati, bukan buta hati… Jelas tak..?

Pada 03/02./1992 – terdapat pembelian Cashier’s Order sebanyak empat keping –
Cashier’s Order nbr : 713017 bernilai RM50,000 dicatit tulisan tangan, saham Mak Azmin
Cashier’s Order nbr : 713018 bernilai RM50,000 dicatit tulisan tangan, saham Azwan
Cashier’s Order nbr : 713019 bernilai RM50,000 dicatit tulisan tangan, saham Azmin
Cashier’s Order nbr : 713020 bernilai RM100,000 dicatit tulisan tangan, saham Shamsidar

[nota: kepada pemimpin pemimpin PKR, sudah pasti mengenali bahawa tulisan tangan tersebut milik Azmin Ali]

Jumlah untuk transaksi yang diatas sebanyak RM250,00. Suatu pembelian saham untuk ahli ahli keluarga sendiri..? Tapi lihatlah juga bagaimana Azmin lebih kasihkan Shamsidar daripada emaknya sendiri, saham untuk emak hanya RM50,000 tetapi buat Shamsidar..? RM100,000..!!

Dsini juga timbul persoalan dari manakah datangnya wang yang sedemikian banyak..? Ini baru satu transaksi, kita difahamkan ada lagi dokumen dokumen akan menyusul, tungguu…!

Tahun 1992, usia Azmin baru 28 tahun. Gaji sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan ketika itu sekitar RM1,900 dan dicampur dengan elaun elaun akan mencecah RM2,200 sahaja..!

Diambil kira sifir mudah, gaji sebanyak RM2,000 jika dihimpunkan selama setahun hanya akan menjadi sebanyak RM24,000, sekiranya Azmin sudah “berkhidmat” dengan Anwar selama lapan [8] tahun sejak 1984, jumlah kasar [gross amount] hanya mampu mencecah RM192,000. Itu pun seandainya Azmin bersikap TIDAK LANGSUNG membelanjakan wang gajinya, mustahil untuk ianya terjadi, setuju..?

Sekali lagi persoalannya, dari mana datangnya wang sebanyak RM250,000 itu…? Diulangi juga, ini baru satu daripada berpuluh-puluh transaksi yang sedang dan bakal dibongkarkan oleh sahabat Blogger kita
X-PKR…!!


Sekarang lihat pula sesalinan Slip Kemasukan Wang [Paying-In Slip] diatas nama Azmin Ali..! Wow! Tahun 1992 sudah mampu mendepositkan wang sebesar RM173,000 tunai kedalam akaun bank..? Dapat durian runtuh barangkali..? Kena ekor 4-D atau Sport Toto..?

Wang apakah yang dimiliki oleh Azmin Ali ketika itu..? Jual saham atau jual dot dot dot…??

Dokumen ini turut membuktikan transaksi yang ada computer generated printing dibahagian bawah oleh Bank berkenaan, nombor akaun yang tertera juga dapat dibaca dengan jelas.

Sekiranya ada pihak daripada AMLA – Anti Money Laundering Act 2001 yang membaca serta mengikuti pembongkaran ini, maka perlulah satu Immediate Action “menggali” semula transaksi yang telah dibuktikan…!

Sekian Kupasan 1 dari Medan Info Kita, ada juga kupasan dari Gerakan Anti PKR, klik sini.
Kita nantikan lagi pembongkaran oleh sahabat Blogger X-PKR.

Kongsi Link Anda