Popular Today

Khamis, Disember 02, 2010

Hanya ada ketuanan Anwar bukan Rakyat!!!

5 Komen!!!
Menyampah betul aku dengar bila ada pemimpin PKR sebut Ketuanan Rakyat... benarkah ada ketuanan rakyat dalam Pakatan???

Apa jadahnya ketuanan rakyat dalam PKR.. dalam PKR tidak pernah ada istilah ketuanan rakyat.. kini pemimpin PKR kata .. ketuanan Rakyat.. apa yang ada dalam PKR ialah ketuanan Anwar..

Ketuanan 3 A + 1 N... Anwar.. Azizah.. Azmin dan Nurul Izzah.. Krrrrrroooonismeee...

Kini PKR nak kata dan laungkan slogan Ketuanan Rakyat.. ini pemimpin paling hipokrit... dalam PKR pun masih tak boleh nak praktik ketuanan Rakyat..

Kita lihat semasa pemilihan PKR yang baru sahaj lepas.. berapa banyak aduan dan pandangan akar umbi di berikan kepada pemimpin mereka.. apa dah jadi kepada mereka semua...

Zaid di pecat dari PKR.. Janapala digugurkan... aduan dibakulsampahkan... mana dia ketuanan rakyat.. dalam PKR sahaja ada Suami , Isteri dan Anak.. ini bukan ketuanan Rakyat.. yang ada hanya ketuanan Anwar sahaja..

Ketuanan rakyat hanya ditimbulkan untuk kaburkan ketuanan Anwar dalam Pakatan...

Kata Khalid gagap “Ketuanan rakyat is a common feature of the democratic process,” [sini]

Buktinya.. macamana Anwar tanpa ada perbincangan dengan komponen Pakatan boleh melantik sesukahati Kit Siang sebagai TPM.. sedangkan tiadapun kesepakatan tentang perkara tersebut.. macam Presiden PAS kata..

Begitu juga DAP bagaimana Kit Siang sebenarnya berkuasa dalam DAP... lihat sahajalh keputusan pemilihan DAP Selangor dan Perak semuanya dengan kehendak Kit Siang.. Bagaimana Teresa kok yang menang dengan undi 437 lebih sahaja dilantik sebagai pengerusi DAP.. sedangkan Jenice Lee yang menang dengan 703 undi hanya duduk dalam jawatankuasa [sini]. Ini semuanya disebabkan kroni dengan Kit Siang.. jika Ketuanan Rakyat dengan undi yang lebih dengan suara rakyat yangt lebih sepatutnya jenice lee yang patut jadi pengerusi DAP Selangor..

Instilah Ketuanan Rakyat hanyalah pembohongan yang tidak wujud dalam Pakatan.. tujuannya adalh untuk memperbodohkan rakyat untuk mempercayai mereka..

Panas!!! Nasrudin tak puas hati dengan Nik Aziz..

2 Komen!!!
Tak payah nak cakap banyak...

Kalu dah sesat tu tetap sesat jugak..

Rupanya Si Nasrudin tak puas hati dengan Nik Aziz... akhirnya yang terpendam.. keluar juga akhirnya..

Semalm Nik Aziz keluar kenyataan sokong Kit Siang sebagai TPM macam yang anwar janji dalam wawancara bersama beliau.

Dalam masa yang sama, Presiden Pas juga kata dalam Pakatan tidak dinyatakan siapa PM dan siapa TPM... Maknanya sekali Ketuanan Anwar dah digunakan dalam Pakatan.. Anwar overule kesepakatan dalam Pakatan..

Sebenarnya Nasrudin boleh dianggap vokal dalam Pas.. Tapi apa gunanya.. Pas semakin rosak.

Tapi akhirnya nanti tinggal si nasrudin ni sorang.. dia keluarkanlah sebanyak mana ayat Quran ke, hadis ke.. dan apa-apa makasid syariah.. akhirnya kata Nik Aziz tetapi jadi sandaran.. kira dah Nik Aziz ni jadi Nabi alaf baru.. habisnya dah semua sekali ikut cakap dia..

Kata Nasrudin,
""Larangan-larang tersebut jelas melarang Umat Islam mengambil orang bukan Islam sebagai pemimpin di dalam urusannya secara umum. Ketahuilah bahwasanya dengan melantik orang bukan Islam sebagai Perdana Menteri atau timbalannya seolah-olah menyerahkan urusan umat Islam kepada orang yang bukan daripada umat Islam.

Simbol pemerintahan Islam turut digadaikan dengan perlantikan orang bukan Islam sebagai pemimpin utama Negara Malaysia. Kita tidak menolak sekiranya kedapatan orang Islam dari bangsa lain yang menjadi Perdana Menteri atau timbalannya akan tetapi syaratnya mestilah dia Islam. Ini kerana di dalam Islam itu sudah lengkap dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam."[klik sini]

Tapi.. ada Nik Aziz kisah.. siapa nasrudin nak lawan Nik Aziz.. dah cukup ke ilmu dia...

Inilah beza PAS dengan Islam.. PAS dahulukan politik bukan agama...

Panas!!! Nik Aziz jilat ludah sendiri..

1 Komen!!!
Nik Aziz mengulangi kata-kata beliau yang menyokong Kit Siang jadi TPM.. ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan.. inilah pemimpin jiwanya yang telah dibeli oleh DAP...

Nik Aziz masih ceritakan benda yang sama.. iaitu umpama UMNO sahaja memperjuangkan Melayu..

Kata Nik Aziz “Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini,” [sini]..

Jawapannya memanglah UMNO sahaja memperjuangkan hak Melayu.. habis!!! dimana PAS dan PKR dalam pertahankan hak Melayu.. bodoh!!!.. mana dia kenyataan pemimpin mereka pro kepada Melayu..

Nak jelas lagi.. ialah kenyataan Wan Azizah supaya bakulsampahkan Ketuanan Melayu... mana dia kenyataan pemimpin Pakatan mahu pertahankan Melayu..

Lihat sahaja di Pulau Pinang yang dibanggakan PAS.. mana letaknya YB PAS.. sekor pun tak dilantik jadi exco.. Inilah layanan DAPig terhadap PASberg..

Pas yang sahaja yang terhegeh-hegeh nak sujud pada DAP.. supaya diberikan layanan sewajarnya.. sedarlah.. bagi DAP dan PKR.. PAS tu tiada apa-apa..

Pakatan kini pun hanya harap pada Nik Aziz.. tapi berapa lama lagi Nik Aziz ni ada.. tanpa Nik Aziz. .. PAS tidak akan dapat sokongan kuat daripada PAS..

Kemudian Nik Ar Jizz pertikaikan media pula... “Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?”..

Apa bezanya media milik PAS dan Pakatan.. adakah media mereka betul-betul telus.. lihatlah sahaja laporan Harakah, Malaysiakini dan Malaysian Insider.. apatah lagi suara keadilan... laporan memang taraf sampah.. kalau Malaysikini berapa kali mereka berbohong dalam pelaporan mereka..

Kata Nik Aziz lagi “YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!”

Hai.. dah pusing ke... Nik Aziz lupa.. dia juga terlibat dengan korup.. Siapa bagi duit rasuah masa pilihanraya Galas kepada Orang Asli [sini].. Siapa lantik menantu jadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan [sini].. ini kira tak salah guna kuasa.. siapa menerima rasuah untuk pergi ke Mekah bersama keluarga RM 65,000 untuk tunaikan haji [sini]..

Ini namanya jilat ludah sendiri.. sendiri rasuah, tapi tuduh orang lain.. tak malu ke!!!

Rehat sat... Proton Tuah Konsep..

1 Komen!!!











Sumber : Paultan

Tangguh Pemilihan : Pemimpin Pakatan meracau

1 Komen!!!
Dahsyatnya respon yang diterima mengenai tindakan UMNO menangguhkan Pemilihan UMNO selama 18 bulan ini..

Paling sahsyat ialah respon pemimpin Pakatan yang dilihat meracau-racu umpama kena hiteria akibat dek tersampuk dengan hantu Altantuya [klik sini]...

Kat Mahfuz Bean “menunjukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak masih berhadapan dengan “konflik” dalaman parti teras Barisan Nasional (BN) itu"

“Najib mungkin bertambah cemas apabila akar umbi Umno melihat Muhyiddin sekarang lebih ‘Umno’ daripada Najib."

Kata Tian Chua pula “Ketakutan kali ini ketara apabila Najib tidak lagi berupaya selesaikan konflik dalaman dalam Barisan Nasional serta memenuhi tuntutan rasis dari pertubuhan-pertubuhan tertentu, yang sebenarnya adalah daripada kalangan mereka (penyokong Umno).

Tak habis-habis nakmpaknya Pakatan serang BN dengan penipuan dan firnah yang dibuat.. pemimpin akar umbi tidak rasapun kepimpinan Najib dan Muhdyidin ada masalah.. bahkan masing-maing dilihat menjalan tugas dan fungsi masing-masing dengan baik.

PKR sebenarnya cemburu dengan keadaan UMNO dan BN yang jauh lebih baik dengan keadaan PKR, DAP dan PAS.. Kita maklum ke semua parti ini berpecah dua..

PKR.. berpecah, bergadauh dalam pemilihan yang lepas.. semua tidak puas hati dengan ketuanan Anwar yang dilihat melampau untuk mengekalkan kuasa beliau sebagai ketua Diktator..

DAP.. lihat sahajalah di Perak dan Selangor.. bagaimana mereka bergaduh sesama sendiri.. bagaimana Nga dan Ngeh bersaudara berkomplot untuk menjatuhkan musuh mereka dalam DAP Perak..

PAS juga berpecah dan sehingga kini PAS pun masih berpecah.. masih lagi ada tim Erdogan dan tim ulama.. semuanya bukanlah baik sangat.. yang ada kini hanya suara Mursyidul Am PAS itupun suaranya banyak bertentangan dengan suara Presiden PAS... Nik Aziz kata lain.. Hj Hadi kata lain..

Cukup-cukuplah Mahfuz bean berbohong.. lebih baik mahfuz bean bertaubat.. kalau tak buat dosa kering.. dosa dengan Tuhan boleh minta ampun dan maghfirah dengan Tuhan.. tetapi kalau dosa sesama manusia.. kena meminta maaf sesama manusia...

Mahasiswa jadi keldai tunggangan Pakatan

0 Komen!!!
Aku tak tahu budak ni punya CGPA berapa?.. Tapai kalau setakat bawah 3 point.. sibuk nak berpolitik, aku nasihatkan balik je.. dok kat universiti tu... fokus naikkan CGPA.. nanti kalau tak dapat kerja, salahkan kerajaan pulak.. tapi kalau dah CGPA hancur.. tu tuan punya badan lah bertanggungjawab...

Budak Melayu ni sibuk nak terlibat dalam politik.. tapi tengok pencapaian mereka tak setara mana pun kat universiti... yang ramai dapat cemerlang yang bukan Melayu.. sebab mereka ni tumpu kepada pelajaran.. jadi kalau keputusan mereak tidak bagus sebabnya mereka ni tak fokus kepada pelajaran dan pencapaian di universiti.. tapi yang tak sedap didengar mereka tetap salahkan kerajaan.

Masa belajar di luar negara dahulu, ada seorang pelajar ni. sibuk pergi usrah sampaikan malam periksan pun.. masih sibuk nak berusrah.. sedangkan dahlah keputusan pelajar ni bukannya baik puan.. tetapi akibat mendahulukan politik.. pelajaran entah dimana.. sekarang pelajar ni dah jadi cikgu.. tu pun guna kabel, maklumlah ramai orang Kelantan yang jadi kakitangan awam... mana-mana ore kito je..

Ni sekali lagi Kumpulan mahasiswa melayu sibuk berpolitik... memang komfirm Melayu.. mahasiswa bukan Melayu tak sibuk Melayu nak berpolitik.. mereka lebih suka cemerlang dalam pelajaran dan dapat kerja yang baik di syarikat besar samada dalam atau luar negara...

Mahasiswa keldai tunggangan Pakatan ni berikrar mengiringi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Ahad ini [klik sini].

Anatar yang terbabit, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) dan akan disertai sekurang-kurangnya 300 mahasiswa dari seluruh Lembah Klang dalam Selangor dan luar Selangor..

Alasanya sebab turut terjejas secara langsung sekiranya tarif air dinaikkan sebanyak 37 peratus... Masa kedah dan Pulau Pinang naikkan harga air tak sibuk pulak pelajar ni.. nak ikut demo.. senyap sunyi..

Nasihat kepada mahasiswa ni.. lebih baik belajarlah.. biar dapat CGPA yang bagus.. orang Cina kerja dapat gaji besar.. budak Melayu dapat kerja jugak.. tapi gaji kecil.. CGPA tak bagus...

Kongsi Link Anda