Jumaat, November 04, 2011

Hudud Pilihanraya PAS Kelantan berkumandang lagi

1 Komen!!!
Biasanya setiap kali bila musim perayaan lagu raya akan berkumandang..

Tapi di kelantan setiap kali pilihanraya akan datang.. Maka setiap kalilah lagu Hudud Pilihanraya akan kedengaran.

Bukan salah hudud.. Tapi salah Pas Kelantan yang hanya mempolitikkan hudud.. Sebab itu rakyat hanya mendengar hudud pilihanrya bermusim..

Mana taknya.. PASberg dah perintah Kelantan lebih 20 tahun.. Dan sejak pilihanraya 2008 sahaja pun Pas dah perintah Kelantan lebih 3 tahun..

Tapi di sebabkan pilihanraya yang akan kunjung tiba dalam beberapa bulan lagi.. Barulah mereka sibuk terhegeh-hegeh nak buat hudud.. Nak buat jawatankuasa teknikal hudud lah.. Habis sebelum ini yang Pas asyil berkokok makan gaji butalah..

Hudud merupakan janji manifesto kelantan sejak 1990 lagi iaitu sejak kelantan menang pilihanraya yang lalu.. Takkankah selepas 20 tahun atau lebih tepat dah nak dekat pilihanraya baru nak buat jawatankuasa teknikal..

Kepada pas cukuplah mempolitikkan Hudud dan Islam.. Janganlah perbodohkan rakyat lagi..

Kongsi Link Anda