Popular Today

Selasa, November 18, 2008

Kedah Kurangkan Defisit Bajet 2009 Sebanyak 3.5 Peratus

0 Komen!!!
Pelaksanaan konsep perbelanjaan berhemah oleh kerajaan Kedah dengan mengurangkan perbelanjaan pembangunan dan mengurus masing-masing sebanyak 30 dan 10 peratus, menyebabkan defisit pada bajet negeri bagi 2009 turun pada kadar 3.5 peratus.

Tahniah bagi negeri Kedah untuk bajet 2009, sebelum ini Kerajaan PAS negeri Kedah telah meningkatkan pegangan 30% kouta bumiputra kepada 50% bagi setiap projek perumahan di negeri tersebut. Laporan berita hari ini juga ada menyebut Pakatan akan pertahan Islam dan hak istimewa Melayu sebagaimana yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim. Tapi tak tahulah jika ini dianggap sebagai keistimewaan Melayu atau macammana yang telah disebut oleh Nik Aziz tentang ketuanan Melayu... Kelebihan pembangkang ialah mereka tidak konsisten untuk membuat kenyataan. Depan cakap lain dan belakang cakap lain ataupun cakap lain buat lain..

Sepatutnya "saya duduk politik yang gunakan Islam"

2 Komen!!!
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.

"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Nik Abdul Aziz berkata beliau menyifatkan perjuangan sesuatu parti terhadap satu bangsa tanpa mementingkan agama boleh membawa kepada satu kesan yang tidak sihat dan tidak berkekalan.

"Sebab itu saya masuk parti Islam, yang memperjuangkan agama kerana ianya tidak akan kehabisan. Matlamat perjuangannya sentiasa ada iaitu demi agama tanpa mengira kepentingan bangsa pun.

"Saya tidak duduk dalam politik yang gunakan Melayu, tetapi saya duduk dalam gerakan Islam,"

Kata Aspirasi: Nilai Islam ialah nilai yang universal. Tetapi nilai PAS yang tidak Universal sebab PAS menganggap siapa yang bukan PAS dianggap sebagai tidak Islam dengan kata lain sebagai kafir. Sepatutnya Nik Aziz kata "Saya tidak duduk dalam politik yang gunakan Melayu, tetapi saya duduk politik yang gunakan Islam" itu yang lebih tepat. Sebab itu yang PAS buat selama ini hanya menggunakan hukum dan ayat al-Quran sesukahati, hari ini haram, esok halal. Hari ini tidak boleh berkawan bersama orang kafir tetapi kemudiannya boleh.

Bagi orang Kelantan pula, mungkin tidak kisah jika yang memerintah bukan dari kalangan Melayu dan Islam dan patut dilaksanakan pada Pilihanraya Umum ke-13. Rakyat mahukan tindakan bukan cakap semata-mata.. Bukan ke bengong jika majoriti rakyat adalah kaum Melayu tetapi hendak memberi pemerintahan kepada bukan Melayu. Lekeh sangat ke Melayu Islam ini....

Namun PAS hanya berani dengan UMNO sahaja tetapi dengan DAP penakut....

SELEPAS HARGA MINYAK DAN KADAR TOL TURUN, HARGA BERAS TURUT TURUN

0 Komen!!!
Harga siling beras lima peratus hancur tempatan (ST5) turun 20 sen kepada RM2.60 sekilogram daripada RM2.80 manakala beras 10 peratus hancur tempatan (ST10) turun 30 sen kepada RM2.40 berbanding RM2.70 sebelum ini.

"Harga beras ini merupakan harga barang yang dikawal kerajaan. Pewartaan ini bagi membolehkan kerajaan membuat kawalan terhadap harga tersebut," katanya.

Mustapa berkata berdasarkan pemantauan, terdapat pasar raya yang telah menurunkan harga beras manakala beberapa kedai runcit masih menjualnya pada harga yang lama.

"Mana-mana peruncit yang tidak mematuhi harga siling ini boleh diambil tindakan oleh pihak kawal selia padi dan beras di bawah Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga (1992)," katanya.

-- BERNAMA

Kata Aspirasi ; Harga Beras, harga minyak dan kadar tol sudah turun...

KERAJAAN PULAU PINANG : CAKAP TAK IKUT FAKTA!

0 Komen!!!
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat menegur kerajaan negeri Pulau Pinang yang membuat tuduhan melulu bahawa projek pembinaan landasan kereta api berkembar menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini banjir.

"Saya tidak akan menunding jari pada mana-mana pihak tetapi ingin menjelaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng itu tidak benar sama kali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-49 Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Malaysia, di sini Isnin.

Ong berkata, kontraktor utama yang dilantik bagi projek itu, MMC Corporation Berhad-Gamuda Berhad (MMC-Gamuda JV) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut kesal dengan arahan supaya kerja pembinaan diberhentikan.

Pada 22 Okt lalu, kerajaan negeri mengarahkan KTMB memberhentikan pembinaan landasan kereta api berkembar berkuatkuasa serta-merta atas alasan ia menyebabkan banjir.

-- BERNAMA

Kata Aspirasi : Memang cara pembangkang untuk menyalahkan orang lain....

NAJIB : KERAJAAN TERBUKA TERHADAP LIBERALISASI SETERUSNYA

0 Komen!!!
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sentiasa bersikap terbuka bagi melaksanakan seterusnya libaralisasi pada tahap mengikut keselesaannya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan telah berusaha meliberalisasikan keperluan penyenaraian baru-baru ini untuk menjadi lebih kompetitif di seluruh dunia.

"Wujud keperluan bagi kita untuk menjadi lebih kompetitif di peringkat dunia," katanya di sidang media di sini hari ini. Minggu lepas, kerajaan telah melonggarkan keperluan pemilikan ekuiti bumiputera 30 peratus bagi syarikat-syarikat yang mahu disenaraikan tetapi masih belum dapat memenuhi kuota.

Langkah itu adalah untuk memastikan pasaran pelaburan modal Malaysia kekal progresif dan kompetitif. Katanya kerajaan telah mengkaji melaksanakan langkah itu sejak beberapa lama.

"Kita telah menimbangkannya sejak beberapa lama. Secara perlahan-lahan kita akan menimbangkannya," katanyA.

Aspirasi kata : najib akan lebih liberal dan terbuka? Mungkin ini berlawanan dengan pihak pembangkang yang mengatakan UMNO sebagai perkauman...

BERNAMA

Selepas turun harga minyak kini harga tol pula....

4 Komen!!!


Berita gembira lagi untuk rakyat..

Selepas penurunan harga minyak kepada RM 2.00 kini pengguna Lebuh Raya Utara Selatan dari plaza tol jalan duta ke plaza tol Ipoh Selatan hanya perlu bayar RM23.80 berbanding RM26.50 sehala mulai 1 Januari depan.

Pengurangan RM2.70 itu berkuat kuasa antara 12 tengah malam hingga 7 pagi. Mulai 1 Januari depan, pemandu pemandu kenderaan kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dan Elite antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menikmati diskaun tol 10 peratus.

Menteri Kerja Raya, Datuk Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata langkah Plus dan Elite itu sejajar dengan hasrat kerajaan membantu merigankan beban pengguna dalam keadaan ekonomi sekarang.

Katanya, tempoh diskaun itu akan berakhir 31 Disember 2010.

kata aspirasi : Nampaknya kini usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat semakin ketara. Selepas penurunan harga minyak kini turun pula kadar tol, sekarang giliran peniaga pula... apa kata pihak pembangkang apakah mereka akan bersama kempen untuk turunkan harga barang... atau setakat menyalahkan orang lain....

Penurunan harga minyak kali ke lima - harga minyak petrol RON97 kini RM 2.00

0 Komen!!!
Grafik : Berita Harian
Harga minyak turun lagi, kerajaan hari ini menurunkan lagi harga minyak sebanyak 15 sen berkuat kuasa esok, kali kelima sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penurunan itu berkata, petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

Serentak itu, beliau meminta para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak supaya orang ramai mendapat manfaat sepenuhnya.

‘‘Ini merupakan penurunan yang kelima sejak Ogos 2008, sebagaimana janji kerajaan untuk menurunkan harga jika ada penurunan dalam pasaran dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$55.85 (RM195).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut berharap para pengguna akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harga bahan bakar itu telah turun.

‘‘Ini selaras dengan hasrat kita memastikan penggunaan tenaga yang efisien,” katanya.

Harga minyak petrol dan diesel telah mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Bagaimanapun, dua bulan kemudian iaitu pada 23 Ogos, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen menjadikannya RM2.55 seliter, ketika kadar inflasi bagi bulan Ogos meningkat kepada 8.5 peratus, manakala diesel sebanyak lapan sen menjadikannya RM2.50 seliter.

Pada 24 September lalu, kerajaan sekali lagi mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 dikurangkan 10 sen iaitu masing-masing daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter.

Pada 14 Oktober pula, kerajaan menurunkan harga runcit petrol sebanyak 15 sen dan 20 sen bagi diesel ketika harga minyak mentah dunia berlegar sekitar AS$77 setong.

Terakhir, kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen pada hujung bulan lalu, menjadikan harga runcit dua bahan api itu masing-masing pada kadar RM2.15 dan RM2.05 seliter.

Kongsi Link Anda