Jumaat, September 24, 2010

Bapak kau pun tak layak nak ajak Tun Mahathir berdebat, inikan pula Puteri aljuburi

12 Komen!!!
Tahulah nak bertanding jawatan Naib Presiden PKR... Nurul Izzah dah mula angkuh dan sombong untuk mengajak Tun Mahathir berdebat.. geli aku dengar.. bapak dia pun belum tentu layak nak berdebat dengan Tun Mahathir.. inikan pula anak dia [rujuk sini]..

Biasalah pepatah Melayu, manakan tumpah kuah kalau tidak ke nasi, jadi peel bapak dengan anak sama je..
"Dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan Malaysia yang lebih baik untuk semua rakyat, saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat dapat dijelaskan, sama ada kerana takut Melayu hilang kuasa atau hilang harta?" Kata Puteri Aljuburi
Ini sebenarnya adalah cara murahan Nurul Izzah untuk promosi diri beliau bertanding jawatan Naib Presiden... sama macam bapak dia dulu la...

Sepatutnya Nurul Izzah boleh mulakan topik kronisme dan nepotisme yang didakwa dalam UMNO dan bandingkan pula dengan apa yang berlaku sekarang dalam PKR.... Kalau dahulu dalam pentadbiran Paklah hanya melibatkan menantu, tetapi dalam pentadbiran Anwar melibatkan suami, isteri dan anak..

Apa nak diherankan.. kalau nak kenal bapa kronisme dan nepostisme negara... tak lain dan tak bukan ialah ANuwar Aljuburi..

Rasanya tak perlu penganalisis politik nak bercerita tentang pemilihan PKR... nenek aku pun boleh tahu tentang nepotisme dalam PKR... kalau mak, bapak dan anak berebut jawatan..

Kata bekas naib Presiden PKR, "Saya fikir ini berupa nepotisme politik...ia menunjukkan secara asasnya Anwar mahu mengawal parti sepenuhnya...beliau mahu memastikan parti itu wujud untuk dirinya,"
Chandra, Profesor Kajian Global di Universiti Sains Malaysia, juga berkata PKR sebenarnya merupakan wadah untuk memenuhi impian Anwar untuk menjadi perdana menteri negara ini [rujuk sini].
"PKR tiada kena mengenai dengan slogan yang ia dakwa iaitu untuk memperjuangkan demokrasi, kesamarataan dan keadilan sosial," katanya.
Manakala Dr Sivamurugan Pandian, penganalisis politik di USM, berkata sepatutnya Nurul Izzah bertanding jawatan lain seperti jawatan anggota Majlis Tertinggi.
"Beliau mungkin mempunyai semua kelayakan. Tetapi pastinya dengan bertanding jawatan naib presiden akan menimbulkan hujahan ini (mengenai nepotisme dan dinasti politik)...kerana gandingan tiga ahli keluarga, jika Nurul menang pada pemilihan, saya fikir ini akan meletakkan parti di bawah kuasa mutlak Anwar," katanya.
Puteri Juburi boleh mulakan topik ini.. itupun jika Tun Mahathir nak layan...

Tapi bagi umum, lebih baik Tun Mahathir tak Payah budaj hingusan macam ni..yang tak tahupun perjuangan demi agama, bangsa dan negara..

Apa yang Mahfuz Bean bebelkan tentang Melayu

2 Komen!!!
Memang adat manusia yang bodoh tapi mahu berlagak pandai.. inilah antara sikap pemimpin PAS...

Hakikatnya perjuangan pun tidak jelas untuk bangsa Melayu, jadi PAS perlu perjelaskan perkara ini.. sebab ada pemimpin PAS yang tidak mengaku dirinya Melayu.. jadi apa pasal pula si mr Mahfuz bean ni membebel tentang Melayu yang tidak langsung masuk dalam perjuangan mereka [rujuk sini].

Biasa cerita tentang Melayu mereka pasti sentuh tentang UMNO, kata mahfuz bean,

"Pada masa ini pun ramai orang Melayu terutama di luar bandar yang hilang kuasa dan suara kerana kemiskinan dan dijerat oleh hutang kepada tauke-tauke.

"Antara sebab perkara tersebut berlaku ialah apabila kekayaan negara tidak digunakan dengan saksama dan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat keseluruhannya tetapi lebih banyak yang dibolot oleh kroni-kroni Umno,"
Cuma Mahfuz patut bagi data statistik indeks kemiskinan masa merdeka dahulu dan sekarang.. Pada tahun 1970 kadar kemiskinan pada tahap 49.3% tetapi pada tahun 2007 kadar kemiskinan ialah pada kadar 3.6% iaitu penurunan sebanyak 45.7% (sumber: EPU 2006)

tahun 1970 > 2007
jumlah 49.3% > 3.6%
luar bandar 58.6% > 7.1%
bandar 24.6% > 2.0%
(sumber : EPU 2006)

Angka di atas membuktikan segala yang dikatakan Mhafuz adalah penipuan semata-mata.. sebenarnya tanpa fakta pun kita dah tahu memang pemimpin pembangkang ni memang banyak menipu..

Hakikat masa UMNO memerintah banyak membangunkan anak-anak kampung sehingga kini menjadi 'orang'. Berapa ramai anak-anak kampung yang berjaya menjadi golongan profesional dan belajar sehingga keluar negara dan ibu bapa mereka tidak bayar satu sen pun.

Cuma nak tanya sikit pada si mahfuz bean, nak tahu berapa banyak di keluarkan belanja dari poket beliau untuk pendidikan anak beliau? Ni kira nak tanyalah, sebab Mahfuz tuduh UMNO guna kroni... berapa ramai anak orang PAS yang dapat biasiswa kerajaan dan melanjutkan pelajaran ke IPTA... jawablah..

Hakikatnya PAS hanya membebel semata-mata, ni tanya apa yang PAS dah buat untuk orang Melayu sejak penubuhannya? jawablah..

Zaid bagi 'lacture' bahasa kepada Azmin

1 Komen!!!
Perang antara bakal Timbalan Presiden PKR, Azmin dan Zaid nampaknya semakin panas. Serangan demi serangan dilepaskan oleh kedua-dua pihak termasuklah serangan peribadi dan sebagainya.

Namun kali ini lain sedikit, Azmin di 'sekolahkan' semula untuk belajar bahasa Melayu ianya berikutan kenyataan Zaid beberapa hari lalu sehingga menyebabkan Azmin menyanggah Zaid Ibrahim dengan mengingatkan supaya tidak sombong [rujuk sini].
"Saya sedih kalau Datuk Zaid Ibrahim meneruskan serangan-serangan peribadi seperti ini," Kata Azmin
Portal berita Free Malaysia Today versi bahasa Malaysia beberapa melaporkan Zaid berkata, Syed Husin, yang tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan, sudah lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.

Syed Husin sebelum ini dilaporkan mempertikaikan peranan Zaid sebagai penyelaras Pakatan kerana bekas menteri itu didakwa tidak terlibat secara menyeluruh dalam persiapan draf dasar Pakatan.

Zaid pula bagi membalas kenyataan Azmin, dengan 'menyekolahkan' semula Azmin... pulak dah!!!
"Saya bercakap dengan wartawan berkenaan ketika dalam perjalanan dengan kereta.

"Mungkin wartawan itu salah dengar; tetapi apa yang saya kata, beliau (Syed Husin) mungkin sudah 'nyanyu' dan mungkin lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan dalam wawancara dengan Merdeka Review," beliau dipetik sebagai berkata.

"Saya tidak gelar beliau nyayuk."

Dalam bahasa Melayu, nyanyuk bermaksud berkelakuan seperti kanak-kanak (bukan orang yang sudah terlalu tua), tidak berapa betul lagi (bukan fikiran orang yang sangat tua) dan raban.

Manakala nyanyu pula bermaksud bercakap yang bukan-bukan, meraban dan merepek.

Tak sangka pulak, ingatkan Anwar sahaja pakar bahasa, tetapi rupanya zaid juga pakar bahasa.. hehehe.. tapi tak pasti pula Bahasa Melayu dapat berapa ketika 'exam' dulu...

Sebenarnya siapa pun menang jawatan Timbalan Presiden PKR pastinya ianya adalah parti untuk Kroni Anwar dan keluarga, bukan parti untuk orang Melayu bahkan jauh sekali parti untuk umat Islam dan memartabatkan Syariat, Hukum dan negara Islam.

Ianya hanya merosakkan pemikiran rakyat dengan unsur yang bertentangan dengan sejarah bangsa, agama dan perlembagaan negara. Apatah lagi Anwar Aljuburi merupakan ajen Amerika dan Yahudi yang berperanan untuk menyuntik pengaruh Amerika dan Yahudi di bumi Malaysia.

Pemilihan PKR kali ini merupakan paling kotor dalam sejarah PKR perebutan kuasa, politik wang, fitnah dan sebagainya yang terus menjadi trend kempen PKR.

Kongsi Link Anda