Rabu, Jun 17, 2009

Anwaq ketaq lutut dah!

3 Komen!!!
Ketaq lutut dah tu... Anwar aljuburi nampaknya semakin takut untuk menghadapi hari liwat beliau.. Laporan Akhbar hari ini Anwar minta buang pertuduhan liwat....

Anwar mohon buang tuduhan liwat

Datuk Seri Anwar Ibrahim menfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk mengetepikan pertuduhan liwat yang bakal dihadapinya mulai awal bulan depan.

Rabu lepas, Anwar memfailkan satu notis usul meminta mahkamah memaksa pihak pendakwaan menyediakan kepadanya dokumen-dokumen berkaitan kes liwatnya sebelum perbicaraan bagi memudahkannya membela diri.

Dokumen yang dimohon, antaranya, rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kalau hang betui-betui tak buat... Kalau hang pa hebat sangat hang pa nak buat apa tengok dokumen dan bukti yang berkaitan... hang pa buat apa nak takut... awatnya hang pa takut sangat!.. ini hang pa memang buat jahat... memang la hang pa ketaq lutut....

ni hang pa nak lari mana lagi.. pejabat kedutaan mana lagi hang pa nak pegi? . ada lagi ke tuduhan mahu membunuh beliau...

Namun rakyat tahu skrip Anwar... bersedia sahajalah dengan lakonan Anwar bertaraf sampah tu.. sekali sekala cakap loghat utara!

Isu royalti minyak Kelantan hanya modal kempen sahaja!

6 Komen!!!
Aku rasa Husam ni mengarut lagi lah... ni pun spesis dengan Nik Aziz dah nyanyuk dah... Husam kata "Kerajaan negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004."

Sementara itu, di Kuala Lumpur, ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata pakatan pembangkang akan memainkan isu royalti minyak itu dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Aku nak tanya Husamlah... aku bukan memperlekehkan kerajaan PAS Kelantan cuma nak tanya kat mana agaknya loji minyak mentah kat Kelantan nih... berapa tong yang disedut keluar?.. berapa keuntungan yang petronas dapat di kelantan? Harga minyak turun ni tak beri kesan ke terhadap hrga royalti? Apa yang aku tahu ianya setakat cadangan sahaja... tu pun entah sumber dari manapun aku tak tau?

Memang betullah kata saifudin ianya hanya modal PAS untuk jadikan bahan kempen pilihanraya sahaja. Itupun ada persoalan yang tidak ditanya, kenapa baru sekarang timbul isu royalti minyak. Oops terlupa artikel tentang royalti minyak pun pernah timbul tetapi... masa nak pilihanraya umum yang lalu... kebetulan?.. atau memang dah tiada modal lain untuk mencari isu..

Maklumlah isu kerajaan perpaduan, kumpulan erodgan dan pemilihan PAS... sangat menyakitkan hati penyokong PAS... jadi kenalah cari isu lain...

Tindakan melulu Nik Aziz disanggah lagi pemimpin PAS

3 Komen!!!
Terlajak perahu boleh berundur, tetapi terlajak kata badan binasa inilah pepatah yang biasa kita dengar... Apa yang Azizan kata mengesahkan Nik Aziz ni memang dah nyanyuk dan cakap tanpa berfikir lagi...

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mahu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapatkan maklumat lebih jelas daripada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung idea penubuhan kerajaan perpaduan sebelum membuat kenyataan melulu.

Azizan berkata, adalah tidak wajar Nik Abdul Aziz membuat kenyataan melulu dan meminta Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa meletak jawatan jika masih menyokong idea mewujudkan kerajaan perpaduan.

Katanya, tindakan pemimpin parti itu yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang bercanggah dikhuatiri akan memberi kesan negatif kepada parti itu.

Kita sebenarnya kasihan melihat Nik Aziz, Beliau ialah mangsa orang yang sekelilingnya dan penasihat-penasihat beliau. Beliau hanya menjadi alat Husam dan Anwar, kesian kat orang tua ni. Kalau dilihat Husam sebenarnya tiada sudah kekuatan hanya bersandar kepapda tubuh uzur Nik Aziz ni. Nik Aziz sepatutnya berehat, dengan teguran sebegini di kalangan pemimpin PAS sendiri nampaknya ada yang tidak bersetuju dengan cara Nik Aziz ni. Kedah tak semestinya sependapat dengan Kelantan dan begitulah sebaliknya.. Setiap sekeping duit syiling mestilah ada dua muka, muka depan dan muka belakang! itulah lumrah kehidupan..

MP monyet - nafi tindakan dirancang

4 Komen!!!
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan kelakuannya di Dewan Rakyat Isnin lalu adalah dirancang.

Beliau berkata, ia adalah secara spontan kerana kecewa dengan kemelut politik yang berlaku di Perak, ketika ini.

Aku nak tanya Nizar jika tidak dirancang bagaimana boleh MP beberapa pembangkang lain mengikut lengkap dengan pelilit kepala... Kita lihat MP PAS yang terlibat dengan tindakan Nizar ini terdiri dari kumpulan pro erdogan.

Aku rasa ini alasan paling bodoh aku dengar dari MP monyet dan MP mangkuk ayun ni.

Nik Aziz marah Us Nasha: Keluar dari PAS!

3 Komen!!!
Kemarahan Nik Aziz tidak dapat dibendung lagi, Mursyidul Am PAS ini telah menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan menyertai Umno jika ingin kerajaan perpaduan, lapor The Star.

Kenyataan tokoh PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan oleh menteri besar Kelantan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Kasihan aku tengok orang tua ni (Nik Aziz), aku rasa dah tua-tua ni beliau patut berehat macam Tun Mahathir. Letak sahaja jawatan dalam prestasi terbaik sama ada PAS pusat atau PAS Kelantan. Ni Aku tengok PAS dah retak semacam, silap langkah akan semakin parah perpecahan PAS ni. Aku percaya PAS Kelantan ada pengaruh sebagaimana PAS Terengganu pun ada pengaruh. Jika Nasha keluar aku pasti ada kumpulan yang mengikut dia sebagai tokoh kepimpinan dalam PAS.

Nasihat aku pada Nik Aziz, berehatlah TGNA, jangan sampai sakit lagi, biarlah mereka yang muda pimpin PAS... nanti kalau TNGA sakit siapa nak jadi MB Kelantan?

Kerajaan perpaduan - Perpecahan dalaman, PAS semakin tertekan

1 Komen!!!

Nampaknya PAS kembali takut kepada DAP dan PKR. Malaysiakini mengulas "Kenyataan PAS ini dilihat sebagai usaha meredakan bantahan daripada PKR dan DAP yang sebelum ini menyatakan idea tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat gabungan pembangkang dan juga menolak saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang."

Nampaknya PKR dan DAP tidak mempercayai jika PAS sahaja yang terlibat dengan perbincangan Perpaduan... kita hendak lihat reaksi DAP dan PKR terhadap kenyataan Mustafa Ali ini...

Dalam perkara lain semalam Husam berkata jika UMNO ikhlas untuk berbincang kerajaan perpaduan maka UMNO perlu tarik diri. Adakah Husam bimbang jika UMNO bertanding di Manik Urai. Maklumlah PAS sekarang sedang perang besar antara mereka. Lidah rasmi PAS masih berusaha supaya kepimpinan ulama masih relevan memeimpin dalam PAS. Tetapi ramai ahli PAS kebanyakan telah menolak kepimpinan ulama ini dan mereka lebih selesa kumpulan profesional yang memimpin ini dapat dilihat melalui blog-blog pro pembangkang yang sanggup mengkeji dan menghina ulama PAS mereka. Sehingga KPP Kelantan pun dah berani beri amaran kepada kumpulan ulama' supaya jangan datang ke manik urai.

Bagitulah dilihat keadaan PAS sekarang ini... dengan kekalahan ramai calon PAS Kelantan dan suara Nik Aziz kini semakin tenggelam oleh generasi baru PAS seperti us Nasha.. PAS semakin bimbang... Husam semakin bimbang... adakah PAS mampu memenangi manik urai dengan keadaan PAS sekarang?

PAS tiada kebebasan bersuara!

2 Komen!!!
Puak erdogan nampaknya tak senang duduk gara-gara sikap ulama' yang menyokong perpaduan Islam.. ini ekoran pemimpin ulama PAS yang mahukan kerajaan perpaduan

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata parti itu telah mengeluarkan arahan "tutup mulut" kepada semua pemimpin tingginya daripada bercakap tentang kerajaan perpaduan. "Arahan tersebut dibuat kerana perkara itu telah diputarbelitkan oleh orang seperti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

Khalid menegaskan demikian diminta mengulas kenyataan Najib hari ini yang menyatakan beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum itu Timbalan Presiden PAS mengulas cadangan Najib mengenai kerajaan Perpaduan
Beliau berkata PAS menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden BN, begitu terbuka untuk menerima perbincangan kerajaan perpaduan.

“Respon (kali ini) yang saya rasa pertama kali agak serius daripada Perdana Menteri, dan saya sendiri bawa balik ke Presiden parti sendiri. Saya tidak boleh cakap bagi konteks parti.

“Kita tidak boleh buat keputusan secara individu. Muktamar merupakan pihak berkuasa tertinggi,” katanya.

Kerajaan Perpaduan tak salah dan yang salah pemimpin erdogan yang pro kepada perpecahan umat Islam di negara ini.. inilah akibatnya jika berkawan dengan Anwar AlJuburi...

Kongsi Link Anda