Popular Today

Selasa, Ogos 19, 2014

sajak dari penyokong tegar pakatan

0 Komen!!!


biar kami digigit nyamuk... (denggi)
biar kami berbau busuk... (krisis air)
biar kami berkudis buruk... (HIV)
namun pakatan tetap dihati...

biar kami tak naik takuk... (mundur)
biar kami tak senang duduk... (krisis politik berpanjangan)
biar kami tak cukup lauk... (peluang pekerjaan semakin menguncup)
namun pakatan tetap dihati...

biar kami sedap berurut... (maksiat parlour)
biar kami berkuda lembut... (kedai judi kuda)
biar kami terus hanyut... (pusat hiburan haram)
namun pakatan tetap dihati...


#sajak dari penyokong tegar pakatan

APABILA PAS SUDAH HILANG KETAYAP, JUBAH DAN LEBAI

0 Komen!!!
KRISIS perlantikan MB Selangor yang baru iaitu Wan Azizah merungkai siapa sebenarnya PAS yang sekarang. Jika dahulu kita dapat melihat wajah-wajah jernih dan masih boleh dibanggakan di Malaysia masih lagi punyai parti yang agak Islamik, namun bukan lagi PAS sekarang.

Biar gambar berbicara.

Kepimpinan PAS dahulu dan sekarang memang sudah jauh berbeda. Tiada lagi kelibat Fadzil Nor, Harun Taib, Harun Din, Hadi Awang malah Nik Aziz pada setiap kali press conference yang diadakan.

Tiada lagi kelihatan golongan pemimpin yang berpakaian jubah dan berserban.

Tiada lagi ucapan atau kenyataan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Maka zaman ini kita dapat lihat yang sebuah parti yang dikatakan ditubuhkan untuk menjaga bangsa Melayu dan agama Islam sudah terkubur. Sudah tiada lagi kata-kata garang mempertahankan Melayu dan Islam semenjak menjadi balaci kepada Anwar dalam PR.

Jadi memang tidak mustahil apabila Wan Azizah menjadi pilihan PAS. Sedangkan dalam hadis nabi memang ada berpesan bahawa wanita tidak boleh menjadi ketua negeri/negara.

Malah melalui ceramah-ceramah PAS yang aku sendiri pernah hadir sebelum ini turut menyatakan bahawa jika kerajaan (BN) melantik wanita sebagai ketua negeri/negara maka akan hancurlah Malaysia.

Sekarang segalanya dah terbalik. Terpalit atas muka sendiri.

Fikirkan. Renungkan.

Kredit : Jawa Bernam

Kongsi Link Anda