Rabu, Mac 24, 2010

Akibat bohong, SU Agong PKR akan disaman

2 Komen!!!


Sebagaimana diketahui rakyat, MP PKR dan PAS kini hanyalah boneka, mayat hidup dan barua DAP semata-mata. Suaranya tidak lain hanyalah untuk mempertahankan kepentingan politik DAP yang bersifat Anti Melayu dan Islam.

Pada 23 Mac lalu SU AGong PKR, Saifudin Nasution mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat judi yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan. Dakwaan ini tak lain dan tak bukan hanya berniat jahat untuk menjatuhkan imej Ibrahim Ali sebagai suara Melayu yang Vokal khasnya bersama Perkasa.

Serangan Saifuidin ini ini membukti beliau tidak lain hanyalah barua DAP yang takut Melayu bangkit melalui suara Perkasa. Inilah suara puak yang mahu Melayu hilang kuasa di tanah airnya.. inilah pengkhianat bangsa.

Namun pada hari ini, MP Pasir Mas menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai saham dalam syarikat judi dan menyifatkan tuduhan itu sengaja dibuat bagi mencemarkan imejnya. Bukan setakat bitu sahaja bahkan beliau mendakwa tidak pernah mempunyai saham dalam mana-mana syarikat judi secara lansung atau tidak langsung, dan sedia bersumpah dengan Al Quran mengenainya.

Fakta sebenar, Ibrahim Ali vuma ahli lembaga pengarah (tanpa sebarang saham) dalam sebuah syarikat pendingin hawa, dan saham syarikat itu turut dimiliki oleh sebuah syarikat yang turut mempunyai syarikat yang menjalankan perniagaan perjudian.

Berikutan pembohongan dan tuduhan berniat jahat dan menjatuhkan imej, S/U PKR dan Malaysiakini akan disaman kerana membuat tuduhan itu dan portal Malaysiakini kerana menyiarkan dakwaan itu.

Cuma kali ini aku suka tengok MP termasuk kerajaan sekarang tidak menunggu masa lama untuk menjawab tohmahan pembangkang. Bukan setakat itu kerajaan BN juga kini mula menyerang pemimpin Pakatan Aljuburi.. dari satu pendedahan kepada satu pendedahan.. sehingga mereka pula terpaksa menjawab isu-isu penyelwewngan berkaitan mereka.

Kongsi Link Anda