Popular Today

Rabu, Mei 04, 2011

Kerajaan Selangor bazirkan RM 87 juta duit rakyat untuk pilihanraya kampung!!!

1 Komen!!!

RM 87 juta atau lebih tepat RM 87,600,000 untuk pilihanraya Kampung!!!

Setiap pilihanraya Kampung akan menghabiskan RM 200,000 [klik sini]

"Terdapat 78 kampung baru dan "lebih 360" kampung Melayu di Selangor... Pilihan raya itu dianggarkan bakal menelan belanja antara RM100,000 hingg RM200,000 untuk setiap kampung" kata ADUN Seri Kembangan itu..

Apakah RM 200,000 boleh buat bagi setiap kampung.. sebuah balairaya, tadika, surau dan sebagainya.. dengan kata lain banyak pembangunan boleh dibuat untuk setiap kampung.. tetapi duit tersebut dihabiskan untuk buat pilihanraya..

Kenapakah setiap pilihanrya perlu makan kos sebanyak RM 200,000.. tidakkah ianya membazir wang rakyat!!! ini semua hanya nak membankrupkan duit rakyat.. persoalannya RM 200,00 akan pergi ke mana? kalau tidak ke poket kroni-kroni pemimpin Pakatan!!!

Apa faedahnya pilihanraya Kampung.. nak pilih ketua kampung?.. lepas pemilihan akan ada puak-puak.. maka perpecahan akan berlaku.. maka keadaan ini tidak berkesudahan.. bila masa kampung nak maju!!!

Jangan lupa juga bila ada pemilihan... rasuah boleh berlaku.. kerana ketua kampung pegang projek kerajaan tempatan.. manusia selagi ada kuasa ia pasti akan cuba dapatkan kuasa dengan apa cara sekalipun!!!

Hakikatnya pilihanraya Kampung dengan kos yang begitu besar pastinya akan membazir duit rakyat.. RM 87 juta itu boleh dibuat banyak perkara untuk melonjakkan ekonomi orang kampung!!!

Pembela?.. bela apa?

0 Komen!!!
Syabas kepada Pembela yang dikatakan disertai oleh gabungan lebih 80 Ngos Islam yang dikatakan akan mebincangkan mengenai isu-isu semasa umat Islam di Malaysia [klik sini]..

Di sebutkan juga bahawa pembela akan menyentuh pelbagai topik, aantaranya isu Alkitab, isu pertukaran agama dan kebebasan beragama untuk dibincangkan.

Hasil perbicangan itu akan dikemukakan kepada kabinet, perdana menteri, Majlis Raja-raja, parti politik dan mufti..

Ianya adalah satu tindakan yang baik bagi umat Islam untuk menuntut haknya di negaranya sendiri..

Namun apa yang lebih penting Ngo's seperti pembela ini perlu membela kepentingan umat Islam mengenai semua perkara dan bukannya perkara tertentu.. kerana jika tidakan pembela hanya memperjuangkan isu-isu tertentu pastinya ianya dilihat sebagai bias terhadap mana-mana fahaman politik.

Antara isu yang patut pembela bawa ialah antaranya Isu Kalimah Allah, Isu Alkitab, isu menggunkan masjid sebagai platform politik, isu menggunakan agama sebagai pletform politik, isu sumpah mubahalah, sumpah qazaf, hudud, negara Islam dan sebagainya yang berkaitan dengan umat Islam.. akhirnya apa yang penting ialah umat Islam mendapat faedah dan terhindar dari kekeliruan mengenai hukum Islam yang kini terlalu dipolitikkan!!

Umat Islam di Malaysia kini sudah tidak hormat lagi institusi Agama seperti mufti apabila pendapat mufti tidak selari dengan pendapat tok guru mereka!! tok guru mereka mempunyai kuasa untuk menghalalkan dan mengharamkan ikut fatwa parti politik mereka menyebabkan umat Islam tidak dapat membezakan mana yang lebih utama dalam beragama!!!

Jadi rakyat malaysia akan melihat sejauh mana tindakan Pembela ini.. adakah ianya benar-benar mahu perjuangkan Islam atau ianya hanya mainan politik pihak tertentu sahaja...

Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan kamu mati dalam kecuali dalam Islam!!!

Jangan tegur PAS, nanti kena maki!!!

0 Komen!!!
Jangan tegur... Kalau tegur nanti.. Hang kena maki nanti!!!!

Inilah namanya kebebasan bersuara ala naib presiden PAS yang perasan namanya Parti Islam!!!

Nama sahaja parti Islam tapi perangai lebih teruk dari bukan Islam!!!

Ianya berkenaan Naib Presiden PAS ini yang tidak boleh ditegur...

Mahfuz dikesan berbuat demikian sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak Pas meninggalkan pembangkang kerana dilihat kerjasama itu hanya membawa keuntungan kepada DAP.

Mahfuz didapati memaki seorang rakan dalam talian Twitternya iaitu Jack Fadzli.

"Kalau dah Melayu kuasai BN, apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini," kata Mahfuz kepada Jack Fadzli, Sabtu lalu.

Sebenarnya apa yang ditunjukkan oleh Mahfuz menunjukkan perangai sebenar pemimpin pembangkang.. Cuba lihat akhlak Anwar masa ditanya oleh wartawan TV3.. Muka bengis.. Siap marah-marah lagi.. Inilah dia namanya pemimpin yang memperjuangkan kebebasan suara dan kebebasn media.. Namun inilah dia sikap cakap tak serupa bikin!!!

Teringat cerita P. Ramlee.. Seniman Bujang Lapok yang kaitkan bahasa menunjukkan bangsa..

Hakikatnya Pemimpin pembangkang tak layak nak bercakap mengenai kebebasan media Dan kebebasan bersuara..

Satu aspek lagi ialah mengenai kerjasama Pas dan DAP yang sememangnya sangat merugikan PAS.. Lihat sahajalah masa Pilihanraya Sarawak yang lalu.. Pas tewas dengan Hina.. DAP pula menjadi parti cina cauvanis yang terkuat berjaya menyemai budaya rasis di kalangan kaum Cina..

Apa Gunanya Pas berada dalam Pakatan jika tidak mampu bersuara.. Pas hanyalah boneka Dan kambing hitam DAP.. Di manakah maruah PAS..

Oleh itu, ajakan Najib adalah berasas untuk selamatkan PAS dari terus hilang arah Dan hilang sokongan...

Sikap Mahfuz menunjukkan beliau tidak kisah Pas terus dihina Dan dijadikan boneka.. Sebab itu apa yang DAP buat hanya berdiam diri.. Kecut telur.. Tak boleh bersuara..

Orang macam mahfuzlah yang sebenarnya merosakkan maruah dan menyongsangkan perjuangan Pas!!!

Fikir-fikirkanlah!!!

Sent with Xobni Mobile - http://xobni.com/mobile

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kongsi Link Anda