Popular Today

Khamis, April 23, 2009

Liberalisasi 27 sektor perkhidmatan tanpa kekangan Ekuiti Bumiputra , apa kata anda?

4 Komen!!!
Kerajaan perkenal langkah tambahan pikat pelaburan asing jana ekonomi negara

Dalam usaha menarik pelaburan asing, teknologi dan menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi, kerajaan semalam membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan, berkuat kuasa serta-merta.

Ia meliputi perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan; pelancongan; kesihatan dan sosial; pengangkutan; sukan dan rekreasi; perniagaan; sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga akan membuka pasaran sektor kecil perkhidmatan lain secara berperingkat kerana perkhidmatan yang disasarkan itu menjadi sektor pertumbuhan baru ekonomi.

"Tak ada sebarang syarat ekuiti dan ia akan mencetuskan pelaburan yang makin meningkat dan menjadikan sektor perkhidmatan ini lebih berdaya maju, lebih kompetitif dan membolehkan kita bersaing pada peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media di pejabatnya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu tidak akan memberi kesan buruk kepada industri perkhidmatan domestik kerana kerajaan memberi jaminan terus menyokongnya menerusi pembangunan kapasiti dan pembukaan pasaran eksport.

Sokongan itu juga dilakukan menerusi dana berjumlah RM100 juta diperuntukkan di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama yang diuruskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) bagi memperkukuhkan industri tempatan dalam menghadapi persekitaran sektor perkhidmatan lebih terbuka.

Najib berkata, menerusi liberalisasi sektor kecil perkhidmatan itu, kerajaan menjangka lebih banyak aliran masuk pelaburan asing berlaku berbanding 11 peratus daripada keseluruhan pelaburan sektor perkhidmatan berjumlah RM50.1 bilion tahun lalu.

Kerajaan juga membenarkan lima firma guaman asing yang pakar dalam bidang kewangan Islam untuk menawar perkhidmatan di negara ini sebagai sebahagian usaha membangunkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, sebuah Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Mida ditubuhkan bagi memudahkan pelaburan dalam sektor berkenaan.

Jawatankuasa itu akan bertindak sebagai pusat menerima dan memproses permohonan pelaburan bagi sektor perkhidmatan kecuali perkhidmatan kewangan, pengangkutan udara, utiliti, Koridor Pembangunan Ekonomi, syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Bionexus serta perdagangan pengedaran.

Liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan pula akan diumumkan minggu depan.

Beliau menjelaskan, semua langkah itu sebahagian daripada komitmen Malaysia terhadap Perjanjian Asean mengenai liberalisasi sektor perkhidmatan.

"Pengumuman liberalisasi kewangan juga adalah sebahagian daripada perjanjian itu, walaupun pelaksanaannya bergantung kepada sesebuah negara," katanya.

Ditanya sama ada liberalisasi itu hanya membabitkan negara Asean, Najib berkata: "Ia terbuka. Apabila dibuka (liberalisasi) kita tidak boleh hadkan (negara)."

Najib berkata, sektor perkhidmatan adalah komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tahun lalu dengan 47.6 peratus daripadanya disumbangkan oleh perkhidmatan bukan kerajaan.

Sektor berkenaan turut menyumbang 57 peratus daripada jumlah pekerjaan di negara ini. Tahun lalu, sektor perkhidmatan menyumbang RM102.1 bilion nilai eksport, manakala import sebanyak RM99.8 bilion.

Mengikut Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Malaysia antara 30 pengeksport utama perkhidmatan di dunia, manakala buat pertama kali pada 2007, Malaysia mencatatkan lebihan dagangan dalam sektor perkhidmatan.

Mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang kali pertama akan dipengerusikannya esok serta kemungkinan berlaku rombakan terhadap Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Najib berkata: "Saya tak fikir lagi... balik dari Indonesia baru nak fikir."

Jadi... apa kata anda?

Nizar angkuh, sombong

3 Komen!!!
Sebagai boneka DAP sememang sikap beliau angkuh dan bongkak... kita mengetahui sejak dari dulu lagi perangai Nizar ini walaupun berjuta beliau pernah terima projek hasil DEB UMNO yang membuatkan beliau seorang jutawan sekarang.

Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin membelakangkan teguran Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahu agar parti-parti politik di negeri ini bekerjasama disifatkan sebagai kurang ajar.

Sambil meminta Ahli Parlimen Bukit Gantang itu insaf dengan perbuatannya, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail menegaskan, sikap Mohammad Nizar itu menggambarkan beliau seorang pemimpin yang benar-benar sombong dan angkuh.

''Beliau berada di istana ketika baginda bertitah supaya dicari titik pertemuan antara parti-parti politik berbeza, tetapi selepas itu beliau boleh mengeluarkan kenyataan tidak akan bekerjasama dengan UMNO.

''Tindakannya menunjukkan beliau bukan sahaja membelakangkan nasihat Sultan tetapi juga seorang pemimpin Islam yang angkuh dan sombong serta sanggup melihat kehancuran bangsa sendiri," katanya di sini hari ini.

Ahad lalu, Sultan Azlan Shah bertitah, dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.

Justeru, titah baginda, para pemimpin kumpulan politik berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Kelmarin, Mohammad Nizar dalam reaksinya berkata, Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO walaupun ia bertujuan memastikan kestabilan politik dapat diwujudkan di Perak.

Sebaliknya, beliau meminta Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah terbaik ke arah mencapai kestabilan politik itu.

Menurut Hilmi, titah baginda Sultan jelas merujuk kepada Mohammad Nizar serta sekutunya daripada pakatan pembangkang dan ia sepatutnya direnungkan dengan baik.

Siapakah dalang di sebalik Isu Fairus!

2 Komen!!!
Setelah nama Firus di kaitkan dengan rasuah kuari, digugurkan dari jawatan TKM Pulau Pinang dan meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti...... siapakah dalang di sebalik semua perkara ini.

Inilah persoalan yang timbul bila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairuz Khairuddin mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apakah makna semua perkara dan tindakan yang dibuat oleh Fairus!... siapa yang mengaturnya.... dari tuduhan rasuah hingga ke peletakan jawatan beliau? mestilah ada tangan ajaib yang mengaturkannya!

Tapi apakah motifnya!

Ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung perkara itu petang Rabu.

"Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu malam.

Mohamad Fairuz, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkabn projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu.

Beliau juga melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah.

Mohamad Fairuz berkata berkat kesabarannya mengharungi saat getir dikaitkan dengan isu rasuah kuari, akhirnya membuahkan hasil apabila kebenaran berpihak kepadanya.

Beliau, yang baru mendapat anak lelaki hari ini, menganggap berita baik ini sebagai kegembiraan berganda buat dirinya.

"Inilah berkat kesabaran kita berjuang kerana agama dan bangsa, Alhamdulillah," kata Mohamad Fairuz.

Bagaimanapun, pegawai SPRM tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

Telus - Lim Guan Eng melantik diri sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tender

1 Komen!!!
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diselar kerana melantik diri sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tender sekali gus tidak menggambarkan prinsip Cekap, Akauntibiliti, Telus (CAT) yang diguna pakai kerajaan negeri yang ditadbirnya.

Selepas ini senanglah Lim Guan Eng untuk anugerahkan tender kepada sesiapa yang dia suka. Sebagai seorang ahli politik, Ketua Menteri dan Pengerusi Tender tentunya beliau mempunyai ramai kenalan kontraktor yang memerlukan bantuan dari Lim Guan Eng khasnya kroni-kroni beliau.

Inilah mungkin yang dikatakan sebagai telus dan adil dalam pentadbiran DAP di Pulau Pinang apabila mereka yang memepunyai kepentingan yang melantik diri beliau sebagai pengerusi jawatankuasa tender.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) (gambar) yang mempertikaikan perkara tersebut berkata, ia tidak pernah berlaku di mana-mana negeri lain di negara ini sambil mencadangkan jawatan itu sepatutnya dipegang oleh seorang pegawai kerajaan.

''Saya betul-betul tidak faham macam mana perkara seumpama ini boleh berlaku, macam mana Ketua Menteri boleh lantik dirinya sendiri untuk jawatan tersebut, kalau sendiri jadi Pengerusi macam mana hendak nampak ketelusan.

''Sana sini sibuk laungkan CAT tapi lantik diri sendiri untuk jawatan tertentu pula, tak pernah berlaku perkara macam ini sebelum ini, betul tidak faham," katanya ketika membahaskan usul ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada mesyuarat pertama penggal kedua sidang Dewan Undangan Negeri ke-12 di sini hari ini.

Tambahnya, pada kebiasaannya pegawai kerajaan yang memegang jawatan itu seperti di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Justeru, Jasmin meminta Guan Eng yang juga ADUN Air Putih menjelaskan rasionalnya beliau melantik dirinya sndiri memegang jawatan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa Ketua Menteri juga mengarahkan rakan baiknya iaitu Timbalan Pengurus Besar PDC membantutkan peluang kenaikan pangkat pegawai lain di perbadanan itu.

''Pelantikan itu sepatutnya mengikut prosedur Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

''Satu lagi saya hendak tahu macam mana kerajaan negeri boleh meluluskan sebidang tanah kepada seorang Exco kerajaan negeri dan isterinya, saya bukan cakap sembarangan tetapi ada bukti," ujarnya.

Beliau memberitahu, perkara tersebut telah diluluskan dalam satu mesyuarat pada 2 September 2008 dan minit mesyuarat itu pula telah disahkan pada 10 September.

Lawatan RM 9000 seorang untuk ke Medan

0 Komen!!!
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 9000 seorang untuk membuat lawatan ke Medan Indonesia. Tambang kapal terbang hanya dianggarkan menelan kos sebanyak RM 600 seorang bagi pergi dan balik.

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN Penaga) kemudiannya mencelah dan menjelaskan bahawa perkara dibangkitkan adalah mengenai duit rakyat yang digunakan untuk dibayar kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah PBAPP termasuk Mohamad.

''Selain itu, saya juga hendak tanyalah mengapa jumlah yang dibelanja untuk lawatan ke Medan, Indonesia yang disertai seramai 17 orang menggunakan duit kerajaan negeri mencecah RM164,000 iaitu kira-kira RM9,000 seorang. Bukan jauh pun tempat itu, tapi ke Medan sahaja,'' katanya.

Banyak membeli belah agaknya kerajaan Negeri Pulau Pinang... agaknya atas tujuan apalah mereka pergi ke Medan.....

Mat Sabu dapat banyak elaun sebagai ahli lembaga pengarah di Pulau Pinang

0 Komen!!!
PULAU PINANG 22 April - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hari ini membidas pelantikan serta pemberian elaun kepada Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Mohamad Sabu yang dilantik baru-baru ini.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, selain mendapat elaun RM1,500, beliau juga menikmati elaun luar kawasan melibatkan jumlah yang sama sedangkan Mohamad yang juga Naib Presiden Pas difahamkan berasal dari negeri ini.

Malah, beliau mendakwa, elaun tetap Mohamad sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bebas juga lebih daripada yang diterima Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan juga Ahli Lembaga Pengarah Tidak Bebas PBAPP.

''Saya pun hairanlah, mengapa beliau ini istimewa sikit sampai dibayar elaun luar kawasan, entahlah kita pun tak tahu mungkin dia duduk di tempat lain," katanya sambil disambut gelak ketawa ADUN BN pada sidang DUN di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada mesyuarat pertama penggal kedua sidang DUN ke-12 itu.

Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas-Permatang Pasir) yang terasa 'panas' dengan kenyataan itu lantas bangun dan berkata:

''Rasanya isu tersebut tidak perlulah dicakap di dalam dewan ini, orang yang tidak ada di sini tak payahlah disebut-sebut."

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN Penaga) kemudiannya mencelah dan menjelaskan bahawa perkara dibangkitkan adalah mengenai duit rakyat yang digunakan untuk dibayar kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah PBAPP termasuk Mohamad.

Jasmin kemudiannya menyambung usul ucapan beliau dengan menyatakan jumlah yang diterima oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng termasuk gaji, elaun khas dan elaun ADUN adalah sebanyak RM34,787.94.

Malah, tambah beliau, itu tidak termasuk elaun tambahan lain yang dinikmati Guan Eng, sambil beberapa ADUN BN yang lain dengan selamba mencelah: ''Lebih daripada itu, hampir RM50,000."

Kongsi Link Anda