Rabu, Februari 11, 2009

UMNO sedia bertanding di Bukit Selambau?

0 Komen!!!
Memang sedia maklum, bahawa Bukit Selambau merupakan kawasan tradisi MIC sejak 4 penggal yang lalu, namun Umno Bahagian Merbok hari ini mencadangkan agar calon daripada Umno dipilih untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bukit Selambau.

Ketuanya Datuk Tajul Urus Md Zain berkata kerusi DUN Bukit Selambau pernah diwakili oleh Umno sebelum ia diberikan kepada MIC selama empat penggal.

"Setelah empat penggal, MIC kini tidak lagi mempunyai pengaruh di kawasan itu dan kita telah menerima maklum balas daripada pengundi di peringkat akar umbi yang mahukan wakil daripada Umno untuk bertanding," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Tajul Urus berkata Umno percaya sudah tiba masanya kerusi DUN berkenaan diberi semula kepada parti itu kerana jumlah pengundi Melayu melebihi 50 peratus.

Katanya mesyuarat khas Umno Bahagian yang diadakan malam tadi juga memutuskan untuk memohon pertimbangan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) agar memilih calon BN daripada Umno untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN itu.

Pada pilihan raya umum lepas, kawasan DUN itu mencatatkan jumlah pengundi seramai 34,977 orang dan daripada jumlah itu, seramai 17,607 pengundi adalah Melayu, 9,688 pengundi kaum India, 7,386 pengundi Cina dan 296 pengundi keturunan lain.

Arumugam memperoleh 13,225 undi dan mengalahkan calon BN daripada MIC S. Krishnan yang memperolehi 10,863 undi.

Kata Aspirasi : Jika UMNO sedia bertanding di Bukit Selambau, adakah MIC bersedia melepaskannya? Apatah lagi sentimen MIC sekarang dalam tahap sokongan paling lemah dari kaum India. Namun jika MIC mahukan kembali kerusi ini, persoalannya ialah apakah jaminan MIC bahawa kaum India akan menyokong MIC?

Tiada pilihanraya kecil di Bukit Selambau?

2 Komen!!!
BANYAK pihak mula membuat andaian kemungkinan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau juga tidak akan menyaksikan pilihan raya kecil, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu meneliti setiap dokumen sebelum mencapai keputusan mutakamad Jumaat ini.

Sambil menegaskan tidak "mengeruhkan keadaaan" dan "tidak boleh bercakap apa-apa lagi sekarang", ekoran andaian pelbagai pihak kini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, setiap kekosongan yang wujud akan dilihat "kes demi kes" bagi menentukan kesahihan kerusi terbabit dikosongkan.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan tiada pilihan raya kecil bagi DUN Bukit Selambau, Wan Ahmad memberitahu: "Saya tidak boleh bercakap tentang perkara itu... kita akan tengok berpandukan pada dokumen yang dilampirkan dan berasaskan pandangan penasihat undang-undang SPR."

"Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan... SPR akan mengadakan mesyuarat. Saya belum melihat dokumen notis kekosongan kerusi (DUN Bukit Selambau), tetapi notis sudah pun diterima," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Notis itu diterima semalam dan difahamkan salinan asal sudah dihantar ke pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Semalam, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah dilaporkan ingin mendengar sendiri daripada V. Arumugam berhubung peletakan jawatan beliau.

Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, Sultan Kedah telah menitahkan pejabatnya supaya Arumugam dipanggil menghadap ke istana berikutan spekulasi bahawa wakil rakyat itu yang mahu meletak jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan exco negeri.

"Kami tidak dapat menghubunginya. Bagaimanapun, kami menerima surat daripada Arumugam yang menyatakan hasrat beliau untuk keluar," katanya.

"SPR akan mengkaji semua dokumen yang dikemukakan mengikut undang-undang dan merit sebelum membuat keputusan yang memuaskan," katanya lagi.

Wan Omar berkata, berdasarkan laporan media beliau juga difahamkan bahawa surat letak jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, Arumugam diterima pejabat Menteri Besar Kedah menerusi wakilnya.

Dalam kes Bukit Selambau, Arumugam belum menafikan kandungan surat yang diterima oleh Menteri Besar Kedah setakat ini.

Arumugam kini berada di Chennai, India sejak kelmarin.

Sumber: KLPOS

ARUMUGAM KAMBING HITAM PKR?

4 Komen!!!
Apabila Arumugam meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan berkuat kuasa serta merta banyak menimbulkan persoalan. Namun yang dituduh adalah kerajaan BN sedangkan di Kedah, jika BN hendak memerintah terpaksa mengambil banyak kerusi DUN yang tidak logik bunyinya jika dikatakan mereka akan melompat kerana jumlahnya yang terlalu banyak...

Namun biasalah orang PAS ni walaupun tak logik, tetapi jika disebut oleh pemimpin mereka, mereka tetap akan percaya.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, beliau menerima surat peletakan jawatan Arumugam sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco kerajaan negeri menerusi dua pucuk surat yang dihantar kepadanya dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail petang tadi.

Namun yang sedapnya, alasan perletakan jawatan hanya dinyatakan oleh Menteri Besar Kedah dan bukan tuannya sendiri, Menurut Speaker DUN Negeri Kedah, Isa beliau akan menghantar surat kepada SPR esok untuk memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau itu.

Dalam sidang akhbar malam ini, menteri besar berkata Arumugam meletakkan jawatan akibat tekanan dari pihak Barisan Nasional. Katanya, tekanan itu agak berat sehingga mengancam dirinya (Arumugam) dan keluarganya

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Senator Ir. Zamri Yusuf mengakui beliau secara peribadi pernah menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam meletakkan jawatan Exco kerajaan Kedah berikutan tekanan yang dihadapinya.

Pengerusi Biro Latihan PKR Kedah itu memberitahu, nasihat itu dibuat atas dasar sebagai seorang rakan yang rapat dengan Arumugam selepas ADUN Bukit Selambau itu menghubunginya bagi membincangkan masalahnya.

Namun kemungkinan juga Arumugam hanya dijadikan kambing hitam oleh Pakatan Pembangkang untuk mengaitkan isu lompat di Perak. Sebab itu alasan hanya disebutkan oleh MB Kedah dan bukannya oleh tuan badan. Dengan kata lain semunya telah dirancang oleh Pakatan Rakyat, bagi mereka-reka isu sebab itu semuanya kelihatan umpama telah disusun seperti surat perletakan jawatan, dan surat Speaker Negeri kepada SPR.

Soalnya apakah ugutan itu ada kaitan dengan skandal berkenaan.

Kata orang ‘ berani kerana benar…takut kerana salah’.Kalau Arumugam tak salah apa perlu beliau takut hingga kena letak jawatan.

Lebih membingungkan ialah tindakan Arumugam menghilangkan diri dan kini dikatakan ‘dibawah perlindungan’ pimpinan atasan PKR.

Kalau ia merupakan kes ugutan berbentuk jenayah kenapa tidak serahkan hal itu kepada pihak polis?

Gara-gara ini jangan salahkan jika ada yang menduga Arumugam terpaksa bertindak letak jawatan ADUN dan Exco semata-mata kerana nak tutup pekongnya.

Katanya Kedah diperintah oleh barisan pembangkang dan bukan BN yang berkuasa di situ.

Menurutnya wang RM 5 juta yang didakwa ditawarkan BN agar Arumugam melompat lebih bagi digunakan oleh projek pembangunan rakyat.

Beliau sebaliknya mempersoalkan kenapa nak menuding jari pada BN sedangkan mungkin Arumugam menghadapi masalah peribadi atau masalah dalaman partinya.

Ada juga yang bertanya apa perlunya BN nak memancing Arumugam sampai tawar RM5 juta?

Ini kerana kalau betulpun ADUN Bukit Selambau itu melompat ia tidak memberi apa kesan kepada kerajaan negerii Kedah dimana perbezaan kerusi ialah 22 barisan pembangkang 14 BN.

Tindakan terdesak PAS

6 Komen!!!

Mana bukti?

Ini berikutan laporan beberapa akhbar on-line yang mendakwa Kementerian Dalam Negeri KDN) merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor yang juga didakwa berlaku di Pulau Pinang dan Johor.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat jumlah rampasan kementerian berkenaan.

Tambahnya, pihak berkuasa juga telah memberikan "tekanan" kepada akhbar tersebut sebelum edisi semalam - yang diedarkan mulai hujung minggu lepas - dicetak.

Namun dalam laporan tersebut hanya menyebutkan secara umum iaitu tajuk semata-mata dan kenyataan dari pemimpin parti PAS dan bukannya lokasi dan dimana kejadian berlaku, ataupun laporan polis yang telah dibuat. Dengan kata lain ianya hanya tuduhan semata-mata.

Namun kita memahami bahawa ini tindakan terdesak PAS bagi menimbulkan sentimen benci yang berterusan kepada UMNO dan kerajaan dengan kononnya UMNO dan kerajaan menzalimi mereka dan seterusnya mengukuhkan sokongan ahli mereka terhadap kepimpinan PAS.

Inilah sebenarnya cara kotor mereka yang sentiasa tanam sifat dendam dan benci yang berterusan kepada UMNO. Ini sebenarnya menunjukkan kotornya hati mereka yang sentiasa menyangka tidak baik sesama saudara seagama.\\


JAWAPAN : Operasi KDN di seluruh negara

Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan rampasan terbaru dua akhbar PAS dan PKR, masing-masing Harakah dan Suara Keadilan.

Setiausaha bahagian itu Che Din Yusoh berkata, operasi itu dijalankan di seluruh negara, bukan di negeri-negeri tertentu seperti didakwa oleh pihak akhbar-akhbar utama pembangkang itu.

Menurutnya, rampasan itu terpaksa dibuat kerana kedua-duanya didapati dijual secara terbuka kepada orang awam, sedangkan akhbar parti hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja.

"Selama ini kita biar, dia jual secara terbuka," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan jumlah terperinci rampasan.

"Saya tidak tahulah berapa (jumlahnya). Anak-anak buah saya yang buat," katanya.

Beliau turut menyifatkan kedua-dua akhbar berkenaan "semakin berani" melakukan jualan terbuka dan kandungannya juga kadang-kadang tidak tepat.

"Akhbar parti ini untuk berita parti dia sahaja, bukan untuk mengkritik orang lain. Kadang-kadang kita tengok tidak ada bukti pun macam kes (ketua polis negara) Tan Sri Musa Hassan didakwa nazak,” katanya, sambil ketawa kecil.

kata Aspirasi : Orang lain kena ikut peraturan, tapi diri sendiri tak ikut peraturan tak pa.

Kongsi Link Anda