Isnin, Jun 01, 2009

Prof Dr Ahmad Atory : Isu rasuah boleh jejaskan Pas pertahan Manek Urai

1. Isu rasuah politik yang dikatakan menular dalam Pas boleh memberi kesan terhadap usaha parti itu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini. Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata ini kerana pengundi dan penyokong parti itu di DUN berkenaan mungkin sukar bertolak ansur dengan pemimpin rasuah.

2. Walaupun DUN Manek Urai terletak di luar bandar dan kebanyakan penduduk bekerja kampung dan penoreh getah, cara mereka berfikir dan menilai sesuatu sudah jauh berbeza berbanding lebih 30 tahun lalu. Malah, katanya, mereka boleh mendapat dan menilai maklumat daripada pelbagai sumber dan tidak terhad kepada ceramah parti saja.

3. Beliau mengulas sama ada isu rasuah yang dikatakan mula menular dalam Pas menjelang Muktamar Agung Tahunan parti itu mulai Jumaat hingga Ahad ini akan memberi kesan langsung kepada parti itu pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai. Isu gejala rasuah dalam Pas mencuri tumpuan umum menjelang muktamar agung parti itu apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud, mendedahkannya bulan lalu.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda