Popular Today

Jumaat, Januari 02, 2009

WAHID ENDUT CALON PAS?

... WAHID ENDUT MUNGKIN TERMENUNG MEMIKIRKAN NASIB PAS YANG DITIPU SETERUNYA DALAM PAKATTIPU RAKYAT

1. PAS yang ketandusan calon untuk meneruskan agenda kemunafikannya dan kedayusan perjuangannya di Kuala Terengganu, memilih YB Wahid Endut ( ADUN Wakaf Mempelam ) sebagai calonnya untuk PRK P.036 Kuala Terengganu.

2. Wahid Endut, walaupun bukan calang-calang orang di Kuala Terengganu, sebenarnya bakal membawa agenda kejatuhan yang PAS alami sekarang. Dalam pilihanraya Umum yang lalu Wahid telah menewaskan calon BN, Othman Awang dengan kelebihan 2,193 undi. Mungkin ini yang dipertaruhkan PAS.

3. PAS mengambil kesempatan dengan kedudukan Wahid di Kuala Terengganu sebagai ADUN, selain daripada kelebihannya sebagai anak tempatan yang berpengaruh di Wakaf Mempelam. Selain daripada pengalamannya sebagai bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

4. Menurut sumber yang boleh dipercayai, telah berlaku perbezaan pendapat di antara 2 Tuan Guru dalam PAS. Nik Aziz dan Hadi Awang mempunyai calon masing-masing. Nik Aziz mahukan Mat Sabu atau Syed Azman, dan Hadi mahukan Wan Mutalib atau Mustafa Ali. Tapi akhirnya calon yang tiada dalam senarai menjadi pilihan PAS

5. Khabarnya juga, dalam PRK ini PAS terpaksa tanggung perbelanjaan sendirian??? mengapa agaknya yer?? mungkin Parti Budak Milo ini didenda kerana degil untuk adakan juga agenda Hudud dalam Pakattipu Rakyat ???????

6. Untuk rekod, dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wahid Endut sendiri mengaku bahawa sepanjang 1999-2004, tiada pembangunan yang dibawa oleh PAS ke dalam negeri Terengganu.
(Klik di sini)

7. Nampaknya Wahid Endut sendiri nampak segala dusta PAS sewaktu memerintah Terengganu, dan beban dosa itu sekarang bakal diletakkan ke bahunya untuk digalas berjuang dai Kuala Terengganu. Wahid kenalah sediakan satu mesin penyedut ludah untuk menjaga perjuangan politiknya oleh sebab sejak PRU-12 yang lalu Pakattipu Rakyat banyak menyembur ludah janji-janji kosong.

APAPUN, SELAMAT BERJUANG KEPADA KEDUA-DUA PIHAK LAWAN. ALLAH AKAN SENTIASA MENOLONG YANG HAK DAN MERUNTUHKAN IDEOLOGI PIHAK YANG BATIL.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam AB,
biar apapun yg AB nukilkan ttg wahid & pas, kita tengok apa yg PASti berlaku pada 17.01.09 nanti. kekuatan tarbiah pas PASti terserlah, insyaAllah.
wallahu'alam.

bungaraya berkata...

Jikalau aku Wahid Endut aku akan mempertahankan PAS dengan cara begini:-

1. Aku akan membina masjid terbesar di Malaysia ditengah bandaraya Kuala Trengganu, lebih besar dari yang telah dibina oleh kerajaan UMNO,

2. Aku akan menyokong sepenuhnya pembinaan Ladang babi jika dibina di Kuala Trengganu kerana ianya sebagai makanan lazat untuk kawan-kawanku di DAP dan PKR.,

3. Aku akan menyokong dasar penghapusan DEB di Pulau Pinang kerana PAS bukan pejuang rakyat miskin saja malah juga kaum cina yang sedia kaya dan mengontrol harta di Malaysia.

4. Bukan sahaja di Pulau Pinang, DEB juga hendaklah dihapuskan di Trengganu.

5. Tanah berstatus 999 juga diberikan kepada Rakyat India dan Keturunan Siam sebagai mengenang jasa mereka mengujudkan Hindraf dan bencana kepada kaum seagamaku di Selatan Siam.

6. Orang-orang melayu tidak patut diberikan Hak Istimewa kerana jika diberikan boleh menjadikan mereka kemah dan layu.

7. Aku nak bersunat semula kerana anuku telah menjadi kulup semula sejak berkawan dengan DAP.

Kongsi Link Anda