Popular Today

Jumaat, Ogos 28, 2009

PERMATANG PASIR - PAKATAN RAKYAT HILANG SOKONGAN PENGUNDI MELAYU

By M.Perry


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.11 Permatang Pasir, Pulau Pinag telah selesai diadakan pada 25.8.2009 tanpa sebarang masalah yang melibatkan keamanan dan keselamatan negara kecuali sedikit kekecohan dilaporkan berlaku pada hari penamaan calon.

Ahli Parlimen Kawasan Padang Serai N.Gopalakrishnan laporkan ditahan oleh polis kerana tidak menghiraukan amaran Polis supaya berundur dari menyampaikan ucapan yang berbentuk mengasut di perkarangan pusat penamaan calon.

Dalam PRK tersebut, calon PAS Mohamad Salleh (52) di isytihar menang kerana memperolehi 9618 undi berbanding dengan calon BN Mohd.Rohaizat Osman (38) yang memperolehi 5,067 undi. Undi rosak adalah 83. Peratus keluar undi adalah 73 peratus. Dengan ini, PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti 4551 undi.

Namun,sekiranya kita meneliti keputusan PRK tersebut, ternyata sokongan politik terhadap parti PAS, yang menyertai gabungan Pakatan Rakyat, makin terhakis berbanding dengan sokongan yang diperolehi oleh PAS pada tahun 2008 atau Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU12). Majoriti undi bagi PAS telah jatuh dari 5,433 (2008) kepada 4551.

Menurut PAS, kemerosotan undi majoriti tersebut itu adalah disebabkan oleh kekurangan 10 % peratus pengundi keluar mengundi. Namun, sekiranya kita meneliti undi populariti calon PAS, jelas menunjukkan populariti PAS merosot dari 66.45 % pada PRU12 kepada 65.1% dalam PRK ini. Ini bermakna, PAS menghadapi kehakisan sokongan 1.3% dalam PRK ini. Dakwaan ketua umum PKR bahawa calon PAS memenangi semua saluran didapati tidak mengambarkan realiti keseluruhan sokongan dikalangan pengundi Melayu.

Manakala, sokongan dan polulariti BN didapati meningkat, terutamanya dikalangan pengundi Melayu. Sokongan terhadap BN di catat meningkat di kebanyakan saluran-saluran yang mempunyai majoriti pengundi Melayu. Sebagai contoh, saluran Permatang Ara yang mempunyai 97% pengundi Melayu, mencatatkan peningkatan sokongan terhadap calon BN dari 40.6 % pada tahun 2008 kepada 43.3% dalam PRK ini. Ini bermakna peningkatan sokongan 2.6%.

Pada keseluruhannya, kebanyakan saluran yang mempunyai majoriti pengundi Melayu didapati mencatatkan peningkatan sokongan 3% kepada calon BN.

Keputusan PRK Manek Urai , Kelantan, baru-baru ini juga mencatatkan peningkatan sokongan hampir 7 % terhadap BN berbanding dengan sokongan yang di perolehi oleh BN dalam PRU12. Begitu juga, BN mencatat peningkatan yang signifikan dalam peratusan sokongan di kalangan pengundi Melayu dalam PRK Bukit Gantang,Perak, baru-baru ini.

Keputusan pilihan raya kecil di kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu jelas menunjukkan pengundi Melayu kembali menyokong BN. Manakala, peratus pengundi Cina keluar mengundi merosot dalam PRK di Kuala Terengganu dan Permatang Pasir kerana diandaikan mereka menolak calon PAS.

Pada keseluruhannya, walaupun peratusan peningkatan sokongan terhadap BN dikalangan pengundi Melayu adalah kecil, tetapi ianya membayangkan berlakunya perubahan besar dalam sikap, sokongan dan pemikiran politik di kalangan pengundi Melayu.

Pada masa yang sama, sikap pengundi Cina terhadap PAS juga didapati berubah sejak PRU12,malah sokongan politik bagi calon PAS di kalangan pengundi Cina kian merosot .

Sejak PRU12, Pakatan Rakyat juga dikesan tidak mampu menembusi dan mengekal sokongan politik di kalangan pengundi Melayu yang diperolehi dalam PRU12. Pengarah Strategi PKR, Tian Chua turut mengaku bahawa akhir-akhir ini, PKR kehilangan sokongan pengundi Melayu.
Sesungguhnya, sokongan pengundi Melayu terhadap BN jelas kelihatan meningkat sejak YAB Dato’ Sri Mohd.Najib Tun Rzak mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan. Perubahan besar dalam persepsi terhadap BN di kalangan pengundi bukan Melayu juga dijangka berlaku apabila kaum bukan Melayu dapat memahami dan menghayati gagasan 1 Malaysia yang diumumkan oleh Najib baru-baru ini.

Sekiranya dasar-dasar kerajaan yang dianggap adil bagi semua kaum yang diumumkan oleh PM dibawah gagasan 1 Malaysia itu dilaksanakan dengan berkesan,maka sebahagian besar pengundi Melayu dan bukan Melayu akan kembali menyokong BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13. Pakatan Rakyat kini menghadapi dilema dalam mengekalkan sokongan politik di kalangan pengundi Melayu dan bukan Melayu kerana perjuangan PR bukanlah bagi membela kepentingan rakyat seperti digempargemburkan dalam PRU12,malah bagi membela seorang individu tertentu.

Sumber: WiraMalaysia

3 ulasan:

bungaraya berkata...

Tanyalah pada orang India dan Cina, apakah mereka percaya Anwar Ibrahim itu akan membela nasib kaum mereka? Sejak dahulu lagi selain MCA< GERAKAN dan MIC, mana ada parti atau individu tertentu yang berjuang untuk membela nasib kedua kaum tersebut. Bercakap ramailah. Tapi yang berusaha membela mereka adalah parti perikatan dan kini dikenali sebagai komponen BN. Jika ada terdpt kaum India yang masih jauh ketinggalan, itu bukan kerana BN tidak membela mereka, tetapi mereka yang tidak mahukan pembelaan tersebut. Mereka masih duduk disetate-estate yang dikuasi sepenuhnya oleh pihak swasta yang kadang tidak prihatin dengan masalah kebajikan mereka. Ini berlaku di Bukit Selambau. Apa Kbahar dengan kaum India disana?

InsanMarhaen berkata...

Dari segi angka majoriti PAS berkurangan Undi PAS berkurangan, tapi undi UMNO pun berkurangan..... malah btul kata TPM,..tiada perubahan kehendak rakyat.

UMNO bole cakap pengaruh PAS terhakis walaupun sikit,,,etc

PAS bole ckp.. undi berkurangan sebab orang jauh2 x balik mengundi sebab confident PAS pasti menang,,,etc

So masing2 boleh bagi alasan..

Hakikatnya UMNO TEWAS!!!

Tanpa Nama berkata...

Dalam RPK benda nie biasa la.. BN menggunakan semua agensi kerajaan( ingat bapak dia punya kot). SPR Pun satu buat ari selasa iaitu hari bekerja.. macam taknak bagi mengundi ja.. saya sokong undi PAS merosot tapi memalukan undi umno pun merosot juga. dahla dapat sikit kali ni lagi sikit.. rugi la macam nie, duit dah kuar banyak tapi hasil merosot..

Kongsi Link Anda