IPOH 21 April - Kerajaan Negeri Perak akan melelong 16 kereta Toyota Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan pakatan pembangkang sebelum ini.
Dalam kenyataan tender terbuka yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini, lelongan itu akan dibuat dari 4 Mei hingga 18 Mei di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada dari pukul 9.30 pagi hingga 4 petang.
Menurut kenyataan itu, kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.
Kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606.
Semuanya didaftarkan pada 9 Januari 2009.
Kenyataan itu turut menyebut, semua kenderaan itu baru digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.
Malah, kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan becermin gelap yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kemalangan.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, semua kenderaan itu akan dilelong termasuk kereta rasmi AGS 10 digunakan secara tidak sah oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Nizar jamaludin
Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.
Tawaran perlu dihantar sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini.
3 ulasan:
Terkejut saya mendengar berita Kerajaan Kudeta Perak yang dikatakan akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi EXCO Pakatan Rakyat ketika menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri. Khabarnya lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.
Saya tidak pasti sama ada lelongan ini mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan Kerajaan. Tapi latar belakang lelongan itu seperti menggambarkan ia tidak mengikut peraturan kewangan. Mengikut Arahan Perbendaharaan, lelongan harta Kerajaan boleh dibuat sebagai salah satu dari prosedur pelupusan barang-barang yang tidak lagi ekonomik untuk digunakan. Namun kesemua Camry yang hendak dilelong ini adalah kereta baru yang didaftarkan pada 9 Jan tahun ini. Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah kenderaan baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar. Dengan latar belakang sedemikian adalah mustahil kereta-kereta itu tidak ekonomik lagi untuk digunakan.
Apabila Kerajaan Negeri Terengganu, Selangor dan Perak (di bawah Nizar) dulu hendak membeli kenderaan baru bagi menggantikan Perdana yang telah tua dan tidak ekonomik itu, ia pernah menjadi isu besar hingga Pak Lah yang menjadi PM ketika itu pun perlu bercakap mengenainya. Tapi apabila Kerajaan Kudeta Perak hendak melelong Camry yang baru berusia 3 bulan, tiada pula yang membantah.
Kereta baru hendak dilelong adalah satu kerja ganjil dan luar biasa, jika pun bukan kerja gila. Jika yang hendak dilelong ialah kereta lama dan tidak ekonomik, itu boleh diterima. Entah peraturan mana yang dipakai untuk menghalalkan lelongan Camry yang kelihatan ganjil, luar biasa dan gila itu, tidak tahulah. Dan entah arahan dari orang ganjil mana, orang luar biasa mana dan orang gila mana untuk melelong kereta baru itu, tak tahulah. Tak kan pula arahan itu datangnya dari Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pegawai Kewangan Negeri yang merupakan dua jawatan yang paling kanan di Perak yang semestinya sedar mengenai peraturan kewangan?
Namun siapa pun yang mengarahkan lelongan itu ia adalah hasil kerja orang ganjil, luar biasa dan gila!
Bangsa KUDETA ZAMBRI BABI TUNGGAI
TUMBANGKAN UMNO(BN)!
HIDUP KERAJAAN RAKYAT !
HIDUP RAKYAT !
saya wakil pekerja sambilan dari jabatan kerajaan ingin menaruh harapan dari pihak kerajaan.dibwh kepimpinan dato seri najib tun razak agar menyerap atau menyambung kontrak pekerjaa2 seperti kami.untuk pengtahuan PM kami telah memegang jawatan ini selama satu tahun setengah.ini sudah cukup mengajar kami tentang alam pekerjaan.memandangkan kegawatan sekarang amat payah untuk kami mandapatkan pekerjaan.kami berharap agar PM menitik beratkan permintaan kami ini memandangkan kami ini adalah pengundi muda yang mempengaruhi pembentukkan kerajaan sekarang ini.
saya wakil pekerja sambilan dari jabatan kerajaan ingin menaruh harapan dari pihak kerajaan.dibwh kepimpinan dato seri najib tun razak agar menyerap atau menyambung kontrak pekerjaa2 seperti kami.untuk pengtahuan PM kami telah memegang jawatan ini selama satu tahun setengah.ini sudah cukup mengajar kami tentang alam pekerjaan.memandangkan kegawatan sekarang amat payah untuk kami mandapatkan pekerjaan.kami berharap agar PM menitik beratkan permintaan kami ini memandangkan kami ini adalah pengundi muda yang mempengaruhi pembentukkan kerajaan sekarang ini.
Sempena hari pekerja pada esok hari, kami berharap komen dan cadang ini diambil perhatian walaupun komen ini tidak sesuai dengan keadaan.
Catat Ulasan