Popular Today

Rabu, Oktober 27, 2010

Pasir lesap wang hilang?



Rakyat Malaysia digembar gemburkan dengan isu perlombongan pasir Selangor yang mengakibatkan selangor hilang berjuta-juta ringgit. Namun akibat kelicikan kerajaan PKR Selangor, akhirnya isu pasir ini senyap dan tiada pihak didapati bersalah...

Namun laporan Laporan Audit 2009 baru-baru ini menunjukkan ada yang tidak kena dalam kes perlombongan pasir di selangor [klik sini]

Laporan Audit menyebut.. Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat hanya mampu mengumpul RM5.4 juta antara Julai 2008 dan Disember 2009 - jumlah yang dianggap tidak memberangsangkan jika dibandingkan dengan RM8.53 juta yang dikutip daripada Januari 2007 hingga Jun 2008 oleh BN.

“Sasaran RM10 juta tidak dipenuhi, dan mereka hanya mampu mengutip royalti RM4.62 juta,” petik laporan itu.

Kerajaan PKR mendakwa perlombongan pasir di negeri tersebut lebih telus dan terbuka khasnya dalam pemberian kepada kontraktor pasir...

Persoalannya ialah pasir habis dilombong tetapi duit itu ke mana? Nampaknya duit tidak masuk dalam poket kerajaan negeri.. ini bermakna duit masuk ke dalam poket pemimpin Pakatan Rakyat.. hasil bumi rakyat diperkosa oleh kepimpinan Pakatan dan kroninya...

Akhirnya rakyat Selangor hanya makan pasir ulam asap... penasihat ekonomi Selangor yang semakin gemok.. pergi keluar negara sana dan sini... tapi satu pun pelaburan tidak dibawa masuk ke Selangor...

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda