Rabu, Mei 22, 2013

Kiriman Email : NASIHAT BUAT DS NAJIB, UMNO DAN BN.

berikut adalah kiriman email dari Nasir Rahim

   



NASIHAT BUAT DS NAJIB, UMNO DAN BN.

Pada hakikatnya BN menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen dan gagal mendapat majoriti 2/3 walaupun pelbagai insentif, bantuan dan peruntukan kepada rakyat khasnya kepada orang Cina.

Ramai yang berpendapat BN mesti menarik minat sokongan pengundi Cina ke pangkuan BN. Yang tidak sedap, ia akan melibatkan peruntukan kewangan, kelulusan berkenaan pendidikan dan masa. Mereka tidak perlukan peruntukan tetapi mereka hendak kuasa politik. Boleh ke UMNO/BN berikan KUASA kepada Pakatan Pembangkang khasnya DAP dan PKR.?

Penulis mencadangkan UMNO/BN menumpukan perhatian kepada `benda yang ada’ di depan mata atau yang sedang di kendong. Takut takut pepatah Melayu iaitu `Yang dikejar tidak dapat, yang di kendong tercicir’ betul betul berlaku.

UMNO/BN mesti menjaga harta yang ada sekarang. Pengundi UMNO/BN, pengundi India dan Bumiputera di Sabah / Sarawak. Perkukuhkan sokongan mereka, pertingkatan ekonomi, luaskan skop bantuan, luaskan peluang niaga dan pekerjaan kepada mereka dan sebagainya.

Disamping memberikan perhatian khas kepada kumpulan di atas, UMNO/BN mesti menarik sokongan penjawat awam Melayu kepada Kerajaan. Penjawat Awam yang tidak menyokong Kerajaan mesti di kenalpasti dan usaha menyedarkan mereka mesti dilakukan. Cara baik atau kurang baik mesti dilakukan terhadap mereka. Penulis banyak menuliskan mengenai `pembersihan’ di dalam Penjawat Awam dan GLC. Penulis sudah menyentuh kakitangan PETRONAS, TNB, PNB, KWSP, SIME DARBY, FELDA dan banyak lagi yang bermusang dan pisau dalam lipatan.

Tumpuan `pembersihan anasir jahat politik dan pengukuhan sokongan’ boleh di mulakan di Lembah Klang. Ini adalah kerana Lembah klang adalah PUSAT PENTADBIRAN (penjawat awam dan GLC), PUSAT PEKERJAAN (multi nasional swasta seperti Bank dan kilang kilang seperti PROTON dan banyak lagi) dan PUSAT PENDIDIKAN (Universiti Kebangsaan Malaysia, UiTM dan banyak lagi).

Kementerian Luar
Setiap Kementerian di dalam Kabinet 2013 ini mesti berusaha melakukan pembersihan anasir jahat politik dan pengukuhan sokongan’. Kementerian Luar harus kerja kuat dengan Duta Negara. Melalui facebook, penulis perhatikan pegawai dan keluarga yang di hantar ke Dubai, sebagai contohnya, adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Ramai lagi yang sedang berkhidmat di luar Negara adalah anti kerajaan. Penulis minta Datuk Anifah Aman bertindak tegas terhadap pegawainya. Mereka seumpama `melepaskan anjing tersepit’. Duta duta yang bekerja di luar Negara di Timur tengah khasnya (Negara lain pun mustahak) perlu mendekati pelajar Malaysia `convert’ pendirian mereka. Bekerjasamalah dengan kelab Penuntut Malaysia di sana. Jangan asyik membuang masa `shopping’, bergambar sakan serta melancong ataupun sibuk melayan kedatangan orang Malaysia ke Negara tersebut. Ini satu contoh Kementerian. Pengundi luar Negara tersebut yang telah berdaftar mesti dijemput berdialog. Semaikan maklumat yang terkini. Media yang benar perlu diketengahkan.

Bercakap pasal pelajar luar Negara tadi, selain duta dan pegawainya di Negara berkenaan, penaja Pusat dan Negeri mesti `berat sebelah’ dan melakukan diskriminasi didalam pemberian biasiswa dan pinjaman. Kita mesti melakukan `diskriminasi’ untuk mengelakkan kekacauan negera di tahun mendatang.

Kementerian Pertahanan/Kementerian Dalam Negeri
Kementerian Pertahanan diminta mengawal selia anggota ATMnya manakala Kementerian Dalam Negeri mesti lakukan sesuatu dengan anggota PDRM. Undi awal PRU13 ada menunjukkan berlakunya sokongan kepada pembangkang. UMNO/BN kena tahu mengapa mereka bertindak demikian. Apa yang kurangnya dan apa kah perkara yang tidak puas hati?. Banyak kes di mana pesara ATM (calon Parlimen Johor Bahru) dan PDRM (Parlimen Larut) adalah penyokong dan tali barut pembangkang. Anggota Keselamatan PDRM dan ATM (majoriti nya orang melayu) mesti `di pengaruhi’ supaya menyokong Kerajaan. Tidak boleh tidak.

Kementerian Pelajaran & Pengajian Tinggi
Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi bagaimana? Penulis kata ada 3 kategori yang perlu Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Idris, Datin Mary Yap dan YB Kamalanathan perhatikan. (1)Penjawat awam di Kementerian,Jabatan Pelajaran, Universiti dan sekolah, (2) Pensyarah atau guru (3) Mahasiswa dan pelajar.

Baru baru ini di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, seorang guru Koko telah melakukan jenayah politik terhadap anak muridnya yang mungkin ibubapanya penyokong BN. Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran bertindak. Di Universiti ramai yang berfikiran seperti Dr Aziz Bari. Tahniah kepada UIA yang memecatnya.. Makan gaji Kerajaan tetapi hetam balik. Seperti kata DS Zahid Hamidi, kalau suka sangat dengan Negara republik, sila angkat kaki. Kami tidak perlukan awak semua.

Universiti Penguruan Sultan Idris sedang memberikan latihan kepada Adam Adli untuk menjadi seorang Guru. Penulis harap Adam Adli dan kekawannya di `gagal’kan dan tidak menjadi seorang guru. Kalau dia dan kekawan menjadi guru, pelbagai kemungkinan yang buruk akan terjadi kepada anak murid termasuk anak penulis. Ini adalah contoh terbaik mengapa pembersihan mesti dilakukan.

UiTM
UiTM adalah harta kita yang boleh disandarkan pada masa hadapan. Hampir setiap negeri ada kampus cawangannya. Di Melaka ada kampus di Lendu, di Bandar dan terkini di Merlimau. Penulis tidak sempat mendapatkan data tentang bilangan `intake’ setiap tahun. Tetapi puluhan ribu juga.

Mahasiswa dan siswi yang melangkah masuk UiTM berumur 18 tahun. Anak anak ini masih boleh dibentuk pendirian mereka. Dulu Kerajaan tidak galakkan parti politik memasuki Universiti kerana nak mereka tumpu kepada pelajaran. Malangnya keikhlasan Kerajaan melarang UMNO/BN aktif di Universiti, telah menyusahkan kembali kepada Kerajaan. Impaknya nampak sekarang. Mereka anti Kerajaan. Mereka aktif berdemonstrasi. Rosak akhlak dan mengundi DAP yang rasis, PKR yang mabuk kuasa dan minat LBGT dan pruralisma.

PAS berkembang hebat di kampus kampus dan impaknya besar sekarang. Penyokongnya amat taksub kepada pemimpin. Maaf saya katakan Kerajaan sendiri yang menyebabkan kemerosotan pengundi anak Melayu. Penulis ingin juga meliihat  anak cucu penulis menjadi Menteri satu masa nanti. Tetapi tindak tanduk Kerajaan tidak menjaga harta di dalam tangan, UMNO/BN mungkin tidak relevan lagi dalam tahun mendatang jika tidak berbuat sesuatu. DAP PKR PAS akan merubah segalanya dan amat mustahil untuk kita rebut kembali. Pulau Pinang akan menjadi seperti Singapura (mungkin mereka ingin menjadi sebuah Negara tersendiri) dan Hong Kong. Selangor semakin sukar dirampas. Kelantan yang menjadi mustahil untuk dimiliki oleh UMNO/BN.

Penulis berkata demikian kerana UMNO/BN kalah di Kelantan dan merosot di Terengganu  kerana pengundi Kelantan / Terengganu yang bekerja, belajar dan tinggal luar Kelantan/Terengganu. Mahasiswa dan siswi menyumbang kepada kekalahan dan kemerosotan UMNO/BN pada masakini dan akan datang jika Kerajaan berdiam tanpa tindakan. Kata DS Zahid dan DS S Subramaniam mencegah itu lebih baik daripada rawatan.

Berilah peluang dan kuasa kepada YBhg Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah melaksana agenda `pengkukuhan sokongan kepada UMNO/BN’ dan Prof Dr Sahul Hamid mem`bersih anasir anti Kerajaan’ di kalangan pensyarah dan kakitangan UiTM. Mungkin sukar hendak dilaksanakan kerana melibat cerdik pandai tetapi `start somewhere’. Banyakkan dialog dan interaksi dengan pemimpin Negara dan terapkan pri mustahaknya kuasa politik di tangan UMNO/BN dan TIDAK pada Melayu dalam DAP PKR PAS.

Banyak dan padatkan aktiviti kepelajaran di kampus yang menjuruskan kepada pembentukan mahasiswa siswi yang open dan sokong Kerajaan. Sessi suaikenal UiTM mesti dikendalikan badan pelajar yang pro Kerajaan. Zaman penulis di ITM dulu, sessi suai kenal di kendalikan oleh badan pelajar yang pro Islam (sekarang pro islam bermakna pro pembangkang dan anwar Ibrahim). Pengurusan mesti rombak dan libatkan UMNO/BN. Pengkukuhan bermula di sini lagi.

Fahamkan mereka erti kemerdekaan dan pentingnya menjaga hak istemewa orang Melayu dan UiTM. Suruh mereka mendafter sebagai undi dan dapatkan maklumat di masa mereka mengundi. Terangkan kepada mereka mustahaknya percaturan meletakkan pengundi pengundi di kawasan tertentu.

Penulis yakin dengan kebolehan kedua dua Prof dari UiTM ini. Sepatah kata Tan Sri Sanusi Junid di dalam Mingguan Malaysia 19hb Mei 2013, terlalu ramai cerdik pandai ingin memberi sumbangan idea kepada kerajaan tetapi tiada engagement secara yang sepatutnya. Dikatakan PM ini mempunyai ramai penasihat dan bergerak `within their circle’ sahaja. Ketewasan penasihat pun telah menjadi isu kepada UMNO dan pembangkang. Ada yang sorakkan kekalahan mereka.

Penulis  cadang PM menasihati atau mengarahkan penasihatnya supaya mencari jalan untuk mengemling pendapat veteran UMNO/BN dan para cendiakawan Melayu Cina dan India. Mesti jumpa mereka dan beri mereka pengiktirafan. Mereka nak sumbang idea. Engagement begini akan menguatkan lagi sokongan para veteran UMNO dan cendekiawan terhadap UMNO/BN. Inilah harta kita YAB DS Najib dan YAB TS Muhyiddin. Penulis nak ulang sekali lagi, `yang dikejar (pengundi Cina) tidak dapat, yang dikendong (pengundi Melayu & India dan Bumiputrea Sabah Sarawak) tercicir’.

Kementerian Belia dan Sukan-IKBN
Instituit Kemahiran Belia Negara memberikan latihan kemahiran kepada belia Melayu. Penulis tahu IKBN ini berada di Pagoh, Sepang dan kuala Kubu Baru kerana urusan perniagaan kawan penulis. Ketiga tiga IKBN ini mempunyai bilangan lebih kurang 1500 pelajar. Apa yang UMNO/BN boleh buat di sini untuk menarik minat mereka menyokong UMNO/BN. Bersihkan tenaga pelajarnya dan beri pendedahan sebenar. Sekarang masa untuk bersama sama dengan mereka. Libatkan dengan aktiviti IM4U.

Ikon IM4U perlu terus memainkan peranan. Beri tugasan kepada mereka (artis, sukarelawan, pemimpin belia) seperti realiti show. Yang terbaik diberikan hadiah dan pengiktirafan.


MARA-IKM
Instituit Kemahiran Mara tumbuh di merata tempat di Malaysia. Kebanyakan mereka adalah anak muda Melayu. Dekati mereka dan bantu mereka menjalan perniagaan yang mereka pelajari di IKM. InsyALLAH mereka akan bersama sama kita. Beri mereka geran perniagaan dan pantau pengurusannya sehingga berjaya. Jika mereka berjaya, tambah insentif lagi.

Bagaimana keadaannya di MRSM? Maktab Tentera? Sekolah Sains? Penulis percaya `meluntur buluh biarlah dari rebungnya’.

Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi-Geran Pengkomersilan Kerajaan
Bercakap pasal geran Kerajaan samada MTDC, Malaysia Biotech, MOSTI, Cradle Fund dan SMECorp, Kerajaan mesti merombak polisi dengan memberi keutamaan kepada syarikat Bumiputera. Syarikat Bumiputera pun kena teliti kerana banyak juga syarikat yang pro pembangkang. Penulis boleh namakan syarikat Bumiputera jika ada polisi sudah berubah sedemikian. Syarikat bukan Bumiputera tidak perlu di tolong lagi kerana mereka tidak mahu peruntukan tetapi mahu kuasa. Di Malaysian Biotech dan agensi geran Kerajaan tidak  ada peruntukan teknologi `kuasa politik’, yang ada teknologi hijau dan biotek. Pengurusan di MTDC, Malaysian Biotech dan khasnya Cradle Fund, kebanyakannya pro pembangkang. Ini di lihat daripada kecenderungan mereka melantik pengendali latihan yang terang terang anti kerajaan. Kesimpulannya `top bottom cleasing’ di agensi di atas. Pertuturan mereka macam memperlekehkan kerajaan BN dan UMNO. Dahulu, Datuk Fazillah, Ketua Pemuda PBB, boleh berbuat sesuatu. Sekarang tidak tahu macamana nak buat.

Berhentikan pengurniaan geran tetapi tawarkan pinjaman dan pengecilan staff mungkin menyekat keaktifan pemikiran pembangkang di kalangan pengawai atasan dan pertengahan agensi tersebut. Penulis bagaimanapun memperakui Malaysian Biotech tidak mengamalkan rasuah di dalam urusan mereka.

Biro Penerangan UMNO
Telahan penulis bahawa Penerangan UMNO/BN tidak memainkan peranan yang efektif adalah betul. Tan Sri Sanusi Junid pun menyatakannya di wawancara Mingguan Malaysia. Cybertropper UMNO/BN lebih pandai dan cerdik tetapi bilangannya kecil berbanding dengan Red Bean Army yang tidak cerdik tetapi  bilangannya ramai yang sepanjang tahun beroperasi. Penulis hairan juga Unit Media Baru Pemuda UMNO dan Puteri UMNO GAGAL menyayaingi Red Bean Army.  Penulis tidak pasti macamana keadah operasinya. Tun Faisal masih ada lagi ke?

Cybertropper UMNO/BN melawan Red Bean Army
Berbalik kepada `war room’ yang dibahas terdahulu, penulis berpendapat `war room’ UMNO/BN mempunyai kemudahan dan ruang untuk cybertropper beroperasi. Jika diberikan peluang dan peruntukan (ruang pejabat, computer, elaun cybertropper seramai 10 orang (Melayu yang boleh berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil) sebagai permulaan serta kos operasi seperti elektrik, air, telefon dll,  penulis ingin terajui cybertropper. Penulis akan merintis jalan berjumpa dengan veteran dan cendiakawan menjadi penasihat. Ahli perniagaan UMNO/BN dan Parti UMNO/BN serta Kerajaan boleh mencarum secara tetap untuk menjayakan cybertropper ala guerilla war.

Tugas utama dan permulaan Cybertropper ini mesti beraksi di dalam Sinar Harian, Malaysiakini, Harakah dan sebagainya. Di dapati tiada ulasan balas daripada cybertropper UMNO/BN di dalam penulisan mereka. Tiada lawan langsung.

Kementerian Dalam Negeri-Jabatan Imigresen
Jabatan Imigresen perlu melakukan tindakan besar besaran terhadap kemungkinanan pelancong dari Cina, Vietnam, Hong Kong dan sebagai nya tinggal lebih masa di Malaysia. Berapakah bilangan pelancong daripada Negara berkenaan yang tidak dapat di kesan?. Ketua Pengarah Imigresen mesti mengambil langkah drastik terhadap mereka ini. Kemungkinan mereka ini boleh menjadi pengundi hantu untuk DAP. Syorkan kepada kerajaan hukuman rotan dan denda kepada majikan yang melindungi mereka ini. Sekurang kurang pahala, kita mendapat pahala mengurangkan kepesatan rumah urut dan minuman keras di Malaysia. Tubuhkan segera task force dan buru pendatang sosial ini.

Pejabat Peguam Negara
Peguam Negara mesti umum besar besaran hasrat memperbanyakkan tenaga professional undang undang untuk bertindak terhadap pengacau Negara. Kementerian Dalam Negeri dan PDRM dah ada ketua baru. Peguam Negara pun perlu proaktif. Khidmat kepakaran YBhg Datuk Mohd Noor Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Rayuan boleh difikirkan. Sekarang SPRM telah melantik Y.Bhg Mohd Noor menjadi Pengerusi Aduan SPRM. Panggil pakar luar negeri pun tidak masalah dan ia seolah kelihatan Peguam Negera pun di dalam `mode’ peperangan. Kalau boleh Kerajaan kena cari  100 orang seperti YBhg Datuk Mohd Noor di pelbagai bidang masing masing. Gerun juga Anwar Ibrahim dan Cina.

Pertubuhan Silat
Penulis harap Kerajaan terus membantu semua pertubuhan silat dan membela diri. Beri mereka peruntukan mengendalikan kelas latihan di sekolah sekolah. Kerajaan mesti berganding bahu dengan Mahaguru Omar Din dan Mahaguru lain untuk bersatu padu  menyokong Kerajaan. Ahli yang derhaka kepada Mahaguru harus dikenalpasti dan di tarbiahkan. Buat program yang menguntungkan pesilat pesilat. Penulis percaya jika sejuta pesilat menyokong kerajaan, BN akan meraih kejayaan di dalam PRU14 akan datang. Strategi `pindah tempat mengundi’ perlu di bincang dengan detail. Setiap ahli digalakkan mendaftar sebagai pengundi. Kemudian kena tahu tempat mana yang harus mereka mengundi sebagai strategi.  Beri elaun mengundi kepada mereka. Kerajaan kena faham ini satu lagi asset Melayu.

Usahawan Melayu
Penulis harap Tan Sri Syed Mokhtar AlBukary terus menyokong Kerajaan. Penulis hendak minta satu lagi pertolongan daripada Tan Sri iaitu mengawal selia syarikat syarikat didalam Kumpulan seperti BERNAS, Pelabuhan Tg Pelepas, Lapangan Terbang Senai, DRB HICOM/Proton, Tradewinds, Bank Muamalat, POS Malaysia dan sebagainya. Tolong kawal selia aset Melayu tersebut supaya ia dapat berkembang pesat.

Penulis harap CEO CEO yang dilantik itu selari dan sehasrat dengan pendirian Tan Sri yang menyokong Kerajaan dan membantu pekerja. Ini adalah kerana melalui CEOlah program `pembersihan anasir politik dan pengkukuhan sokongan kepada UMNO/BN’ dapat dilakasanakan.

Benarkan ceramah agama Ustaz Kazim, sebagai contohnya memberikan ceramah dan bercakap pasal ancaman daripada Anwar Ibrahim dan DAP. Kawan karib DS Anwar Ibrahim, Datuk Sidek Baba di berikan ruang bercakap. Presiden Jati, Dato Dr Hassan Ali perlu menerangkan kepada pegawai dan anggota pekerja mengenai mustahaknya memelihara institusi Raja. Buatlah taklimat Tun Dr Mahathir sekali sekala supaya seluruh pekerja terbuka kepada berita terkini dan benar. Ini sebahgian daripada program penyedaran. Program dialog pun OK. Sessi minum petang. Program hijaukan kawasan kilang. Pengumuman insentif kepada pekerja. Sekali sekala `sepetang dengan selebrati 1M4U.

Tan Sri kena bantu kerajaan kerana selain daripada faktor perniagaan, Tan Sri telah melakukan fardu Kifayah yang istimewa untuk orang melayu islam iaitu  sumber rezeki dan pekerjaan yang halal. Tan Sri tidak boleh malu malu menyokong kerajaan dan melancarkan polisi pembersihan dan pengkukuhan kerana Cina Malaysia sudah melampau. Sekarang ini sokongan sumber kewangan tidak cukup, ia mesti disusuli dengan program yang dicadangkan.

Seperti yang Tan Sri Syed sedia maklum, orang Cina telah menghentam Kerajaan kerana memberi peluang perniagaan kepada Tan Sri. Mereka kuatir Tan Sri akan memintas kekayaan orang terkaya di Malaysia. Red Bean Amry menfitnah produk orang Islam kurang bermutu dan mahal berbanding dengan produk keluaran Cina. Cuba kita fikirkan baik baik.

Andaikata syarikat Kumpulan Tan Sri Syed ini mempunyai 200,000 pekerja (tidak pasti) dan 90 peratus adalah penyokong UMNO/BN, alangkah bertuahnya Tan Sri kerana ada juga pekerja yang mendoakan kesejahteraan Tan Sri nanti. Kepada Tan Sri lah, penulis dan orang Melayu Malaysia harapkan untuk menaikkan kedaulatan orang Melayu di dalam perniagaan.

Ramai lagi usahawan Melayu di Malaysia ini. Pengurusan NAZA group macamana? Tan Sri Azman Hashim? Penulis tidak pasti kerana pekerjanya ramai orang Cina.

Penulis ingin ulang bahawa Lembah Klang merupakan pusat  PUSAT PENTADBIRAN (penjawat awam dan GLC), PUSAT PEKERJAAN (multi nasional swasta seperti Bank dan kilang kilang seperti PROTON dan banyak lagi) dan PUSAT PENDIDIKAN (Universiti Kebangsaan Malaysia, UiTM dan banyak lagi).

Para pemikir diminta pertolongan bagaimana hendak menebusi atau berperanan melakukan propaganda UMNO/BN di institusi kewangan MAYBANK, CIMB, BANK ISLAM, BANK RAKYAT, RHB yang mempunyai pekerja Melayu yang dominan. PUBLIC BANK, HONG LEONG, ARAB MALAYSIAN, HSBC yang dimiliki oleh orang Cina, kalau dapat masuk, adalah bonus. MCA dan Gerakan perlu menjalankan tugas di institusi kewangan milik orang Cina.

Bagaimana UMNO/BN nak berinteraksi dengan pekerja di MAXIS, DIGI, U MOBILE, TUNE TALK, CELCOM dan syarikat komunikasi lain.?

Bila pulak UMNO/BN dapat bersahabat dengan pekerja Motorola yang ribuan itu.? Ahli UMNO/BN yang bekerja di Motorola mesti dipikat untuk menjalankan aktiviti politik di sana. Sikit demi sedikit, ia akan membesar. Persoalannya siapa nak identify ahli UMNO yang bekerja di sana.? Siapa bertanggonjawab? Tugasan ini adalah tindakan susulan daripada insentif DS Najib. Contohnya, DS Najib mengumumkan secara am bantunan BRIM3.0 dan perumahan mampu milik untuk rakyat. Apakah tindakan susulan petugas di Motorola mengenai pengumuman DS Najib tadi? Diam diri ? atau bantu me`war war’ kan lagi insentif tadi kepada pekerja Motorola. Bantu mereka mendaftar. Bawa mereka ke pusat perkhidmatan BN. Di samping itu selami masalah pekerja tersebut. Ada terima bantuan persekolahan tidak, ada warga emas yang perlukan perubatan dan sebagainya. Usaha ini nampak kecil tetapi ia efektif untuk perjuang politik.

Inilah cabaran besar UMNO/BN di dalam politik. Jikalau DS Najib dapat `tackle’ anak muda dan pekerja di semua pusat pekerjaan di Lembah Klang, tidak akan berlaku senario pengundi luar (seperti Kelantan / Terengganu sebagai contoh) balik kampong semasa hari undi, lalu mengundi pembangkang dan menyebabkan kekalahan BN di Kelantan dan kemerosotan di Terengganu. Tempat lain pun sama.

Ini lah yang penulis maksudkan dengan zaman `detailing in politic’ Setiap ahli mesti identify target person/group. Ada yang bermula dengan perumahan dimana pengundi tinggal tetapi yang baiknya `we start from its work place’. `Work place Segmentation’


Pengaruh Ustaz Azhar Idrus
Penulis mencelah dengan cerita Ustaz Kazim sebentar. Pada penulis Ustaz Kazim al hafiz adalah salah seorang penceramah yang boleh menarik minat ramai orang. Kerajaan mesti mencari jalan untuk bersama sama aktif di pentas seperti Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Kazim perlu di beri peluang bersaing secara sihat memenangi pendengar. Jikakau cakap Terengganu itu menarik minat, Ustaz Kazim atau penceramah pilihan kena cakap telo. Jika berceramah secara lawak itu lebih menyakinkan dan menghiburkan orang ramai, Ustaz Kazim atau ustaz pilihan tukar stailnya. Jika gandingan dengan pengacara Jijan itu boleh menarik ramai anak muda, Ustaz Kazim kena  cuba juga.

UMNO/BN mesti kena risau kerana Ustaz Azhar berpengaruh dan sedang menyemai dan menyemat  ideologi PAS. Mendekati dan mendalami  Islam amat penulis alukan. Tetapi pada saat ini kita tidak boleh bergantung pada PAS kerana bersahabat akrab dengan PKR dan DAP. Kalau pendirian PAS mengundi DAP, anak muda yang mengagungi ustaz Azhar akan mengundi DAP. Tindakan mengundi tadi bukan proses mendekati Islam dan mendalami Islam.

Terengganu merosot prestasinya kerana pengaruh Ustaz Azhar yang pro PAS? Anak muda luar Terengganu yang balik kampong bukan?

Di perumahan berhampiran rumah penulis, ada sebuah keluarga (Lorong 2, Jalan CB3, Taman Cheng Baru, Melaka) yang begitu taksub dengan Ustaz Azhar dan PAS. Isterinya mengajar di Sekolah Pelembang, Bukit Katil, Melaka. Anak kecil beliau dan jirannya telah merosakkan bendera BN. Ketaksuban anak anak kecil kelihatan amat jelas kerana apabila penulis dan beberapa jentera parti memasang bendera, si anak kecil dan kawan kawan datang dengan membawa poster PAS dan berkata mereka penyokong PAS kepada kami.  Keluarga ini sekarang tidak bertegur sapa dengan penulis walaupun dahulu mereka bermain bolasepak di padang perumahan. Lihatlah impak perpecahan yang berlaku. Penulis akan gembira jika guru dan keluarga ini dipindahkan jauh jauh. Bosan melihat gelagat mereka.

UMNO/BN suka tidak suka kena mencari ramai penceramah seperti Ustaz Azhar. Kita tidak boleh menyekat kemaraan Ustaz Azhar tetapi mencari dan menegahkan 10 atau 20 penceramah dengan segera.

Kementerian Komunikasi
Apabila bercakap pasal Jijan, kelibat beliau tidak nampak di dalam program anjuran BN. So kita kena faham lah kecenderungan politik dia. Pembersihan juga mesti berlaku di RTM dan Media Prima dan ASTRO. RTM dilihat lebih pro Kerajaan daripada Media Prima. Contohnya TV3 masih memberi peluang kepada Wadina di Al Hidayah dan Jijan Lawak di Melodi dan banyak program pengacaraan.

Penulis cadang bertegas terhadap artis artis yang anti Kerajaan seperti Yasin, Bob Lokman, Abby Abadi, Ito, Harie Othman dan bakal menjadi pro pembangkang Jijan.  Artis artis ini, anyway, telah pun mengutuk keras RTM dan TV3.  Ada yang mengatakan bahawa `Rezeki datang daripada ALLAH swt bukan RTM atau TV3’. Memang betullah itu Cuma ia berlaku melalui RTM/TV3. Lagi pun berceramah lebih mendatangkan pendapatan yang tinggi. Abby Abadi dibayar tinggi dengan penampilan di atas pentas politik. Ada Pak Haji PAS yang sponsor terbang dan berbelanja sakan di Kotaraya Bohong blog tersebut maka bohonglah penulis. Harap tidak macam itu. RTM/TV3  yang popularkan mereka dengan memberi peluang di kaca TV.

Luaskan polisi `gam’ artis kepada mereka yang anti Kerajaan. Sebelum ini, TV menggam artis yang melakukan khalwat, kontroversi dan tidak senonah. Kuatkuasa kembali gam lagu di corong radio yang di tulis dan `arrange’ oleh mereka yang anti Kerajaan.  Beri banyak peluang dan bantuan kepada artis baru dan lama mengikut kesesuaian. Para artis bantulah Kerajaan Malaysia untuk menguruskan Negara kita yang tercinta ini dengan baik. Apabila ekonomi baik, contohnya, banyak program kebajikan artis dapat dijalankan. Bro dan Sis anda semua di landasan yang betul.

Tindakan ini mesti dibuat secara serentak dan menyeluruh. Jikalau ia diambil sebahagian atau satu kementerian sahaja, ia akan gagal. Maka apa yang berlaku, artis anti kerajaan akan mempromosi lagi kebencian mereka terhadap kerajaan melalui ceramah dan perhimpunan harm. Huruhara dan perhimpunan akan menjadi jadi apabila artis artis ini terlibat sama. Role model telah disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Ini sangat bertentangan dengan IKON 1M4U yang mempromosi keharmonian. Kepopularatian yang diberikan oleh RTM/TV3, dibalas balik dengan anti kerajaan atau menyelebahi pembangkang. Jika pembangkang itu `sihat’ tidak mengapa, tetapi pembangkang Malaysia merosakkan demokrasi, mengugut ketenteraman awam, bergelombangan dengan fitnah dan kebencian, mengamalkan pruralisma dan menyokong hak LBGT dan banyak lagi.

Penjawat Awam dan Penjawat di GLC
Penulis telah menyentuh FELDA, FELCRA, RISDA, SIME DARBY, TABUNG HAJI dan sebagainya mengenai kemungkinan penyelewangan di sektor perladangannya. Penulis mencadangkan `sumpah laknat’ sebagai salah satu usaha memerangi rasuah. Malangnya melalui bilangan page view,  topik ini tidak mendapat sokongan padu dari pembaca. Mengapa pembaca tidak suka perkataan `sumpah laknat’ atau mungkin terlibat di dalam rasuah secara tidak langsung.

Kabinet  mengambil Pengerusi Transpency International, Senator Paul Low untuk memperbaiki index rasuah Negara. Penekanan DS Najib sama seperti penulis. Ini mustahak kerana parti BN UMNO dan kerajaan dituduh rasuah. Isu rasuah dimainkan oleh pembangkang dengan berkesan dan berjaya menghakis sokongan orang Cina dan rakyat Malaysia terhadap BN. Sebagai orang Islam, sumpah laknat akan membantu pihak penjawat berkenaan takut melakukan rasuah dan penyelewangan. PM pun melakukan sumpah ketika diangkat sebagai PM.

Program Pembersihan dan Pengkukuhan di  FELDA mesti dilakukan. FELDA merupakan aset penting orang Melayu. Kumpulan FELDA adalah syarikat perladangan terbesar di Malaysia dengan keluasan ladang seluas 850,000 hektar (lebih kuang 2 juta ekar) dan 70 (tidak sempat google mencari data) buah kilang kelapa sawit. FELDA telah disenaraikan di Bursa Saham dengan nama Felda Global Ventures (FGV) dengan pengeluaran IPO terbesar di Asia Tenggara. Pencapaian baik ini wajib di teruskan. Sewajarnya anggota pekerja yang pro pembangkang dan kaki penyelewangan di `nyah’kan terus dari FGV.

FGV ini malangnya tidak serious membantu peniaga Bumiputera. FELDA PALM INDUSTRIES, contohnya, meluluskan proposal syarikat CB Industrial dari Telok Panglima Garang, Selangor untuk membina Kilang Kelapa Sawit bergenerasi atau teknologi `vertical sterilization’ dan secara `zero discharges’ di Jengka, Pahang. Pengurusan FPI kaji punya kaji, setuju dan tawarkan tender kepada mereka. Proposal zero discharges tidak menjadi. `Vertical Sterlization’ menjadi huruhara dan Air kumbahan terpaksa di angkut ke kolam kilang berdekatan. Kilang tersebut diberhentikan operasi oleh Alam Sekitar buat seketika. Syarikat dari Telok Panglima Garang itu mendapat hampir 90 peratus wangnya. Baki `retention fund’ ditahan dan bagi mereka tidak dapat pun tidak apa kerana dah ada untung.

Pengajaran daripada kes ini, FELDA amat berhati hati apabila menerima proposal dari syarikat bumiputera dan sukar di berikan kelulusan walaupun FELDA tiada risiko kewangan pembinaan. Ini adalah kerana pembinaan kilang melalui `Build Operate Own’ selepas 10-15 tahun. FELDA menjual FFB pada harga semasa dan keuntungan di bahagi mengikut profit sharing.

FELDA Plantation pun jauh daripada hendak menolong pengilang Baja Bumiputera. Pembeli dan Plantation Advisor `prefer’ membeli daripada syarikat gergasi. Di lambaran sebelum, penulis ada mencerita kemungkinan `pegawai pembeli baja dan Plantation Advisor’ dirasuah  menghadiri seminar tajaan sepenuhnya oleh pembekal. Ia boleh dikatakan seperti lawatan sambil belajar. Yang enaknya ahli keluarga pun boleh diuruskan. Suka suka buat pemeriksaan passport antarabangsa pegawai pembelian dan plantation advisor serta yang berkaitan.

FELDA Plantation menguruskan ladang kelapa sawit hampir 850,000 hektar atau +- 2 juta ekar. Kalau nak bantu senang aje. Sebuah pengilang baja di beri kontrak kecil untuk membekal baja untuk 500 ekar selama 2 tahun. Ini bermakna pengilang akan membekal 500 ekar x 55 pokok/ekar x 12 kg/pokok/tahun atau 330,000 kgs baja atau 330 tan setahun. Dengan andaian harga rendah baja kimia 15:15;15 + TE, ditetapkan pada RM1000 setan, pengilang Bumiputera tadi telah menjana pendapatan RM330,000 setahun. Ini pun sudah `busy’ pengilang. Pembekalan sebanyak 110 tan untuk 3 bulan pertama (suku tahun). Dengan Pesanan Belian FELDA tadi, bolehlah si pengilang Bumiputera ini menjajanya di FELCRA atau RISDA atau syarikat peladang lain.

FELDA melalui Plantation Advisor nya boleh memberikan tunjuk ajar kepada pengilang jika bajanya tidak cukup nutrien. Plantation Advisor mesti bertindak sebagai penasihat kepada usahawan. Kalau pun ada 200 pengilang baja seluruh Negara, ia melibat pengeluaran baja 66,000 tan atau 100,000 ekar berbanding dengan jumlah keluasan 2 juta ekar.   Kelazimannya Plantation Advisor akan kata pengilang baja tiada pengalaman, tidak ada bukti penghasilan, pokok akan rosaklah dan pelbagai alasan. Kalau tidak cuba dan bantu, sampai kiamat pun  pengilang tadi tidak dapat membekal baja ke FELDA. Atas dasar inilah penulis amat setuju dengan perlaksanaan akujanji atau sumpah laknat di kalangan penjawat awam /GLC dari Pengurusan Atasan hinggalah pegawai keselamatan. Ramai yang tidak setuju tetapi itulah langkah yang baik.

Bayangkan kalau ada 200 pengilang yang mendapat kontrak pembekalan baja dengan FELDA. Jika sebuah kilang ada 5 pekerja sahaja, jumlah besar peluang pekerjaan ialah 1000 orang. Penjanaan pendapatan kasar ialah RM100 juta untuk Bumiputera. Ini baru membantu Bumiputera.

Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad mempunyai jumlah pekerja yang ramai bilangannya di seluruh Negara. Para pemikir di dalam `War Room’ ini kena fikirkan cara yang sesuai mendekati para pekerjanya. CEO Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad dan GLC lain mesti bersifat seperti DS Najib dari segi pengurusan. Engagement top bottom di lakukan. Beramah tamah dengan pekerja. Pekerja dipuji dan dihormati. Ada CEO mengejar pencapaian kewangan semata mata daripada public relationship dengan pekerja.

Penulis cadang `asignkan’ Dr Mazlan ismail, orang Telekom juga, calon BN di Permatang Pauh, melakukan pengkukuhan sokongan kepada pekerja Telekom Malaysia. Beliau boleh merangka startegi dan tubuhkan satu team. Menjelajahlah seluruh Negara. Katakan jumlah kedua dua GLC ini 500,000 orang, jikalau 70 peratus pekerja menyokong BN,alangkah bahagia kita semua. Tetapi CEO dan pengurusan atasan mesti bertindak sekarang, sikit demi sedikit, secara ilmiah kita menarik minat anggota pekerja GLC ini.

Pegawai Seranta GLC
FELDA ada pegawai Seranta yang selalunya merupakan lantikan politik. Penulis tidak pasti dengan tepat tugasannya. Datuk Ahmad Maslan, kalau tidak silaplah, pernah menjadi pegawai seranta FELDA. Penulis cadang lakukan rombakan besaran. Pegawai seranta dahulu makan gaji buta dan selalunya di lantik kerana membantu Pengerusi atau Pengarah Urusan. Cuba check Pegawai Seranta di FELDA. Adakah ia berkaitan dengan Pengerusi FELDA? Ahli UMNO dari Negeri Sembilan atau AJK Bahagian UMNO?.

Penulis mahu pegawai Seranta berfungsi melakukan pembersihan dan pengkukuhan sokongan di GLC yang di tetapkan. Buat team seramai 5-10 orang dan bergerak. Ahli dan penyokong UMNO yang tidak mempunyai pekerjaan tetap cukup ramai. Beri mereka kerja. Buat apa FELDA atau FGV untung berbilion, tetapi pekerja dan penerokanya anti Kerajaan. Betul betul tidak kena. Kenakan KPI dan report kad aktiviti yang dijalankan terhadap pegawai seranta. Zaman makan angin dan berbulan madu sudah lepas.

Kabinet Baru
Sebagai salingan, penulis ingin utarakan ialah siapa yang mengantikan Datuk Nazri Aziz yang dahulunya Menteri yang bertanggongjawab perihal Undang undang dan Parlimen. Barisan kabinet baru ini yang menganggotai Menteri di JPM, kalau tidak silap, tiada yang berpendidikan undang undang. Adakah kelantangan Datuk Nazri Aziz tidak akan kedengaran lagi di JPM dan Parlimen?. Sesungguhnya DS Najib boleh memujuk Bekas Hakim Mahkamah Rayuan membantu kerajaan di dalam hal ini. Wawancara di Helo Malaysia BERNAMA TV menunjukkan kesetiaannya kepada Negara, mempunyai kepakaran undang undang yang tinggi dan berani bercakap apa yang benar.  Ramai politikus bercakap `pandang pandang’.

Sejak menerajui  Kementerian Pelancongan, Datuk Nazri Aziz kena ubah stailnya daripada `kelihatan’ tegas dan bengis kepada muka senyum.
Hari pertama beliau menjalankan tugas ialah mengumumkan bahawa Malaysia melalui Kementerian Pelancongan akan terus menyokong F1. Mungkin ada pemberita yang nakal bertanya kepada Datuk Nazri kerana perhubungan Datuk Nazri dengan Tun Dr Mahathir agak `sejuk’. Harap mereka lupakan cerita lama itu. Musuh sebenarnya UMNO/BN ialah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang Haji Hadi Awang ataupun PKR, DAPdan PAS.

Kementerian Kesihatan
Kementerian ini amat mustahak kepada Kerajaan kerana bilangan penjawatnya yang ramai, mempunyai kepakaran kesihatan dan kedoktoran, perkhidmatan mustahak kepada rakyat dan asset nilaian bilion berada di seluruh Negara. Penulis tidak ada maklumat pecahan penjawat awam mengikut Kementerian.

Penulis mendapatkan pemeriksaan pakar Jantung di Hospital Serdang. Setiap bulan mengambil ubat dan setiap 4 bulan berjumpa doktor pakar. Penulis dirujuk di Unit Kardiologi (CTC), Tingkat 1, Klinik Pakar, Hospital Serdang. Jika tidak silap, anggota pekerja di kaunter CTC sehinggalah di kemudahan pemeriksaan ECHO, penjawat awamnya adalah dari Pantai Timur. Baru baru ini penulis melakukan ECHO dan di dalam masa 30minit di sana, penulis pasti mereka dari pantai timur, hampir semuanya.

Penulis harap Kementerian melakukan intergrasi negeri di mana mana bahagian di hospital. Bahaya dan ada risikonya jika mereka penyokong pembangkang.

Datuk S. Subramaniam dan Datuk Dr Hilmi diminta turun padang ke setiap hospital dan lakukan `political detailing’ disamping kerja rasmi. Penulis tidak mahu lawatan singkat tanpa mengetahui perihal dalaman hospital tersebut. Rangka startegi UMNO/BN aktif di dalam hospital supaya segala fitnah dapat di hapuskan `at source’. Apa yang berlaku, fitnah telah merebak ke separuh dunia, dan di percayai, sebelum ia dapat dimatikan. Dah terlambat.

Pemikir pemikir war room mesti mendapatkan pecahan untuk merangka strategi seperti pecahan jenis penjawatan, bilangan, bangsa, umur, tempat mengundi, dan asal. Kerja `pembersihan dan pengkukuhan sokongan’ di satu hospital pun akan mengambil masa yang panjang. Rasanya 5 tahun pun tidak cukup. Jesteru itu ia kena berjalan dari sekarang secara terus menerus. `Engagement’ mesti dirangka secara professional.

Di dalam kesempitan masa dan ruang, Penulis dapat mengemukakan beberapa pandangan demi kebaikan dan kelangsungan UMNO/BN supaya terus relevan. Kepada pemimpin penulis DS Najib dan TS Muhyiddin, jagalah harta Melayu dan Bumiputera yang ada di depan mata dan yang sedang dikendong ini. Jangan kejar bayang bayang. Banyak kementerian dan kumpulan kemasyarakatan belum sempat di ulas. Idea dan pandangan merupakan cadangan dan jika sesuai boleh diimplementasikan. Pandangan tersebut boleh juga di perbaiki agar ia sesuai dipraktikkan. Tiada niat untuk memfitnah atau memburukkan sesiapapun. Sesungguhnya ia untuk kebaikan bangsa kita, agama kita, Negara kita dan parti politik kita.




Nasir Rahim

9 ulasan:

Kenn berkata...

Pernahkah penyokong-penyokong DS Najib terfikir suatu kemungkinan di mana DS Najib sebenarnya tidak meng"imarah"kan sokongan kaum Melayu dan Bumiputera kepada UMNO dan seterusnya BN; malahan DS Najib sebenarnya me"rundum"kan lagi sokongan terhadap UMNO ini?

http://kennvoices.blogspot.com/2011/10/umno-semakin-terpinggir-dek-kerana-ds.html

Tanpa Nama berkata...

Panjang Bona..poning palo den !

Tanpa Nama berkata...

Cuba periksa dgn JPA, knp peratusan kakitangan awam terutama kump sokongan paling ramai dari Kelantan... something is not right here... please investigate puak2 yg mengambil golongan ni.

Tanpa Nama berkata...

Admin, tolong forwardkan email nie ke najib,zahid,tun M,ustaz Kazim...bukan dok publish ajer kat sini..mekasih

Tanpa Nama berkata...

Ada masa ka menteri-menteri terutama PM nak baca tulisan macam ni !.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan pepatah tuan...tapi pihak kerajaan sendiri telah menyebabkan ada pesara kerajaan dlm situasi penuh kekecewaan...contohnya rakan saya seorang pesara kerajaan berasal dari utara...rakan ini bersara(pilihan) dlm kekecewaan setelah berkhidmat selama 32(tiga puluh dua) dan ia bersara pd gred kelulusan spm....sedangkan dia bertungkus lumus memperbaiki tahap akedemik dari ijh sjana muda, sarjana, kemudian sebelum bersara telah diterima meneruskan pengajian ke peringkat doktor falsafah...kemudian bersara supaya dpt meneruskan pengajiannya...tak pernah mendapat apa2 keistimewaan semasa menuntut...semuanya tanggungan sendiri...jika anda sendiri berada di tempatnya adakah anda menjadi pesara yg gembira bila kerajaan tidak memberi tahap jawatan sepatutnya selari dng tempoh perkhidmatan dan akedemik yg diusahakannya...sedangkan pihak pemerintah sendiri sebok nak membawa balik mereka yg berada di luar negara kononnya kepakaran mereka diperlukan...tak ubah seperti kera di hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan...

Muntaha Kaliwon berkata...

Pertama DS Najib kena transform DS Rosmah... pastikan DS Rosmah tutup aurat ( employ penasehat untuk jaga keterampilan diri) Jika DS Rosmah degil jangan bagi dia keluar rumah. DS Najib kena pergi sembahyang waktu berjemaah di masjid sekurang-kurangnya 3 kali sehari istiqomah lepas tu nak buat apa pun buatlah...Inilah masanya untuk tutup semua sekolah cina & tamil. Di Singapore tak ada sekolah Cina pun. Inilah masa untuk beri gran kpd syarikat bumi yang setia. Jangan takut tunjuk dengan jelas laksanakan undang-undang syariah, tutup semua kedai judi , pusat hiburan etc untuk beri tekanan kpd cina & tarik kepercayaan & penuhi harapan orang Islam...Dalam masa 6 bulan kita akan lihat penyokong PAS akan berdiri kuat menyokong kerajaan & masa itu bertindak dengan tegas hapuskan segala kedai yang melanggar undang-undang & dgn sendirinya image kerajaan BN Rasuah akan hilang & cina juga terpaksa sokong kerana kerajaan telus membasmi bisness haram & promote a better & more Islamic value.

Tanpa Nama berkata...

Minta kita dapat PM bau yg tegas..perhimpunan agong umnomakan tentu nyawa politik dia..minta diamtranfom binindia dulu, kalau bini sendiri tak boleh di tranfom jgn harap nak tranfom benda lain..mana media sosial Bn fan umno yg di bangga bangga kan itu..tu lah org kata Najib saorang general tanpa tentera..betul ..PRu13 menghukum najib..Najib kna kencing dgn pegawainya sendiri..JADA dan SB ldrm buat keja apa.. kalau Pakatan lerintah meka semua kerja cari orang hilang, jaga super market, taman lerumahan, jaga parking, Semau gagal gagal gagal memalukan

Tanpa Nama berkata...

Cara senang nak nasihatkan Ah Jib,kita keluar Umno berami-ramai dan join PERKASA.Jadikan perkasa pertubuhan politik,biar pun presidennya Ibrahim Ali,tapi pendirian beliau konsisten ,dulu kini dan selamanya mempertahankan hak Melayu dan Islam.Beliau tidak di gelarkatak,hakikatnya beliau terpaksa melompat kesana kemari kerana mencarai tapak yg lebih sesui utk membela Melayu dan Islam,bukan keran beliau tidak berpendirian,tetapi kerana pendiriannya beliau menjadi begitu.

Kongsi Link Anda