Popular Today

Jumaat, Ogos 22, 2008

Seorang lagi pemimpin Islam PKR meninggalkan parti

Seorang lagi bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim `menyerang' penasihat PKR itu , dalam kempennya membantu Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Said Keruak berkata, negara akan menjadi huru-hara jika Anwar berkuasa atau menjadi perdana menteri.

Ketika berkempen membantu calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, beliau berkata, jangan sesekali memberi kemenangan kepada Anwar dalam pilihanraya kecil ini.

Saidatul Badru berkata, beliau sangat kecewa cara Anwar mengendalikan PKR dan mendakwa, pemimpin pembangkang itu mahu membalas dendam kepada orang Sabah.

"Saya tidak tahu sebabnya, tetapi dia menawarkan jawatan pengerusi PKR negeri kepada Jeffrey Kitingan yang sebelum ini dipegang oleh orang Islam," katanya.

Ini jelas bermakna bermakna DSAI sanggup menjual dan memperdagangkan Islam untuk mendapatkan kuasa dan sokongan yang bukan Islam.

Ketika ditemui di Seberang Jaya semalam, Saidatul Badru berkata, sepatutnya Anwar mengambil daya usaha menyatukan umat Islam di seluruh negara dan bukannya membiarkan ia terus berpecah. Katanya, atas alasan itu, beliau mengambil keputusan meninggalkan PKR dan kembali ke pangkuan Umno sebulan lalu.

Semasa bersama PKR, beliau pernah menjadi pengerusi perhubungan negeri dan bertanding di kerusi Parlimen Sepanggar dalam pilihanraya umum 2004 . Bagaimanapun, anak bekas ketua menteri Sabah itu tidak bertanding dalam pilihanraya umum lalu.

Semalam bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor turut berkempen membantu calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Semakin ramai pemimpin Melayu Islam meninggalkan PKR,dan yakinlah selepas ini ramai lagi pemimpin Islam PKR akan meninggalkan parti itu... parti yang ditubuhkan unutk kepentingan peribadi dan untuk tujuan mengangungkan inividu pasti akan hancur..

Bagi kes Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Said Keruak yang sahaja keluar sebulan yang lalu sememangnya membangkitkan pelbagai persoalan. Dalam keadaan Pakatan Rakyat dilihat kuat dan akan berkuasa, berlaku pula naib presidennya pula keluar dari parti tersebut... kenapa?

Apakah ada sesuatu berlaku di dalam PKR?... adakah PKR bakal menjadi parti Bukan Melayu dalam masa terdekat...????

2 ulasan:

GAA berkata...

mintak izin utk copy artikel ini dan pos di blog saya..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana menegakkan kebenaran..

Kongsi Link Anda