Popular Today

Selasa, November 18, 2008

Selepas turun harga minyak kini harga tol pula....



Berita gembira lagi untuk rakyat..

Selepas penurunan harga minyak kepada RM 2.00 kini pengguna Lebuh Raya Utara Selatan dari plaza tol jalan duta ke plaza tol Ipoh Selatan hanya perlu bayar RM23.80 berbanding RM26.50 sehala mulai 1 Januari depan.

Pengurangan RM2.70 itu berkuat kuasa antara 12 tengah malam hingga 7 pagi. Mulai 1 Januari depan, pemandu pemandu kenderaan kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dan Elite antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menikmati diskaun tol 10 peratus.

Menteri Kerja Raya, Datuk Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata langkah Plus dan Elite itu sejajar dengan hasrat kerajaan membantu merigankan beban pengguna dalam keadaan ekonomi sekarang.

Katanya, tempoh diskaun itu akan berakhir 31 Disember 2010.

kata aspirasi : Nampaknya kini usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat semakin ketara. Selepas penurunan harga minyak kini turun pula kadar tol, sekarang giliran peniaga pula... apa kata pihak pembangkang apakah mereka akan bersama kempen untuk turunkan harga barang... atau setakat menyalahkan orang lain....

4 ulasan:

bungaraya berkata...

Minta maaf banyak-banyak. Saja nak mengusik. Turun Tol sebab harga minyak turunkah atau nak bertanding MKT? Kalau nak bertanding MKT itu namanya apa? Bukan rasuahkah tu? Harap-harap bukan rasuah, kerana langkah menurunkan kadar bayaran tol itu adalah satu langkah drastik yang sangat baik dan Mulia. Ramai rakyat akar umbi yang akan mendapat nikmat dari seorang pemimpin UMNOOOO dan bukan dari pakatan rakyat.

Aspirasi berkata...

Tak kisahlah saudara bunga raya... apapun penilaian orang... yang penting rakyat terima manfaat...

Tanpa Nama berkata...

kalau nak bagi, bagi la, pasai pa
nak ikut masa pulak, lebih baik
hampa (PLUS) bagi dari pukui 1 pagi sampai 3 pagi, waktu tu hantu yang guna lebuh raya, bukan orang,
jangan tamak sangat bila dah senang. Nampak sangat depa ni tak iklas kalau betui nak bagi diskaun apa pasai bagi tengah malam buta sampai awai pagi saja....?
ini bukan manfaat tapi balaci umno syok kena tipu idup idup

Tanpa Nama berkata...

Isu harga barang yang naik semakin membimbangkan. Jika kerajaan tidak menaikkan harga minyak terlalu mendadak pada bulan Jun lepas kemungkinan besar masalah ini tidak akan timbul. Saya menyambut baik hasrat kerajaan menurunkan harga minyak tetapi dalam masa yang sama kerajaan perlu memikirkan strategi selanjutnya bagi memastikan harga barang dapat diturunkan. Jika sekadar menyelar dan memboikot tindakan peniaga tanpa membuat pemantauan saya rasa usaha ini tidak akan berjaya dan boleh dianggap sia-sia. Sebagai kerajaan yang sudah memerintah lebih daripada 50 tahun sepatutnya kerajaan lebih peka terhadap segala permasalahan yang ditanggung masyarakat di Malaysia. Tetapi akibat 'kebodohan' melampau mereka inilah mengakibatkan perkara sebegini berlaku.

Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekrang tidak ubah seperti penagih dadah yang hanya tahu mencari penyakit dan tiada usaha mencari jalan penyelesaian. Jika beginilah cara mereka memerintah, turunlah harga minyak sehingga RM 1.00 seliter harga barang tetap tidak akan turun..

Kongsi Link Anda