Sudah terang lagi bersuluh kejadian di Perak telah membuktikan Pakatan Rakyat secara rasmi ditukar nama kepada Penderhaka Raja.
Dengan kenyataan angkuh para pemimpin Penderhaka Raja yang akan sembah derhaka dan seterusnya akan mengambil tindakan menyaman Sultan Perak.
Maka terpalitlah sejarah Hitam dalam sepanjang sejarah Tamadun Tanah Melayu terdapat sekumpulan rakyat yang dinamakan Penderhaka Raja @ Pekatan Rakyat. Maka pada hari tercatatlah sejarah baru didalam negara ini Penderhaka Raja yang diketuai oleh Pakatan Rakyat yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin Melayu yang lain sebelum ini.
Baru sahaja memerintah 5 negeri sudah berani menderhaka kepada raja, apatah lagi jikalau memerintah negara pastinya YDP Agung pasti akan dilanggar oleh Pakatan Rakyat.
Jadi terbuktilah bahawa perjuangan Pakatan Rakyat untuk melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-raja Melayu hanyalah omongan kosong.
4 ulasan:
Kah Kah kah
Ajarkan sekali kat mamat ni.Kurang ajar sungguh!!!
Mahathir: Sultan boleh disaman
KUALA LUMPUR: Undang-undang membolehkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
"Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)... ini undang-undang," katanya.
Berhubung soalan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) sewajarnya telah dibubarkan, bekas Presiden umno itu memberitahu, DUN Perak seharusnya telah bertemu dan memutuskan undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana ia satu-satunya cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinannya.
"Bagaimanapun jika Menteri Besar (Nizar) enggan mengadakan sidang DUN, tiada siapa yang boleh memaksa beliau," katanya.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir yang pernah berhadapan dengan isu krisis Perlembagaan Persekutuan semasa kepimpinannya menjelaskan, dalam keadaan seumpama itu Nizar tidak boleh berbuat demikian untuk tempoh yang lama kerana DUN perlu bersidang untuk membentangkan bajet dan sebagainya.
hahaha..
bile masa plak AMENO jadi Pembela DiRAJA yang tak bertauliah ni..
"KAMI NAK ....., NATANG"
puak mana yng buat tu...tak derhaka kee..
Menang pun ehsan PR..RM50juta kan hehee..
Nk rebut ketua bhgian pakai duit..takkan tampuk negeri tak guna kot huhu..
RASUAH=UMNO...
bertambah meluat aku kat hangpa ni..apa yg ko perjuang pun aku tak paham...
perjuang melayu???huhu..yang aku nampak perjuang masa nak pilihanraya je melayu ni hahaha..
Tuang melyu lagi ada..haha..
setakat modal kata DAP nak pegang kuasa lah..kuasa melayu hilanglah...ini bukan zaman 70'an laa..
Kena jelaskan baik-baik. Pakatan Rakyat / PAS.PAS.PAS.PAS.PAS. Yang bertindak kurang ajar dan Biadab kepada Raja tu ialah PAS. Yang kononya islam. Terbalik-kot. Keluar dari Masjid Ubudiah mereka terus melakukan pekerjaan biadab dan kurang ajar. Orang-orang PAS tidfak berbeza dengan Darul Arqam.
Spt adik beradik dengan kumpulan ayah Pin atau Guru Yahya. Saya tengok semakin lama islam yang dibawa oleh PAS ini semakin jauh dari islam sebenarnya. Nampak seolah mereka SESAT dan terlajak jauh dari syariat islam yang sejatim dan tulin.
16 SEPTEMBER Anwar menjadi kenyataan akhirnya..itulah, Pakatan Rakyat ni angkuh sungguh, termasuk para penyokongnya..
Jemput link:
http://kedapas.blogspot.com
Catat Ulasan