Popular Today

Sabtu, Mac 28, 2009

Fakta penderhakaan PAS yang disembunyikan

PAS sengaja menyembunyikan fakta penderhakaan tahun 2009 yang sengaja mereka tidak meletakkan dalam pemplet dan risalah Mereka.

6 Fakta penderhakaan 2009 ialah Nizar juga dengan jelas menderhaka kepada DYMM Sultan Perak melalui perbuatan, tindakan dan percakapan beliau antaranya:

1. Enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun telah dititahkan oleh DYMM Sultan Perak.
2. Enggan menyerahkan kereta hak milik Kerajaan Negeri Perak.
3. Membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perkenan DYMM Sultan.
4. Orang Melayu pertama yang menyembah MOHON DERHAKA KEPADA SULTAN yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sekalipun. Tindakan biadab ini mencemarkan Kedaulatan Raja-raja Melayu
5. Memalukan Sultan, Kerajaan dan rakyat Perak apabila mengadakan sidang DUN di bawah pokok.
6. Nizar melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak apabila beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar melalui Perkara 47 (1) iaitu melanggar sumpah semasa dilantik menjadi ADUN dengan menyatakan SESUNGGUHNYA SAYA NIZAR JAMALUDDIN BERSUMPAH AKAN TAAT SETIA KEPADA SULTAN Persoalan Adakah Nizar Layak menjadi Pemimpin Yang Akan Memperjuangkan Bangsa Melayu, Kedaulatan Raja-raja Melayu, Memelihara Agama Islam dan berlaku adil kepada semua kaum seperti termaktud dalam PERLEMBAGAAN NEGARA????

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umno layak ke? Ha...ha... ha...

Cheguman berkata...

Jika dibandingkan dengan negara-negara di Asia Tenggara, Malaysia jauh lebih baik dari segi ekonomi dan perlaksanaan hukum Islam, cuma belum sempurna. Begitu juga jika dibandingkan dengan negara-negara Islam lain, Malaysia berjaya mengangkat martabat orang Islam dan mengekalkan keamanan.

Ketika merdeka dulu orang Melayu cuma memiliki 0.02% pegangan ekonomi. Kini telah melebihi 18%.

Ertinya; UMNO memang layak memerintah Malaysia dan telah membuktikannya. Cuma rakyat jangan terlalu banyak komplen. Buat kerja masing-masing, terutama penjawat awam.

Jumayatara berkata...

Cheguman

Siapa yang menguasai 18% tu.

Berapa lama masa diambil untuk cecah 18%. Maka purata pencapaian seatahun berapa agak nya?


Kesimpulan : UMNO patut dikuburkan saje.


Just ban yourself from oral sex. Hargai doa dari bibir merah isteri anda.

KHAIRUL NAZRI berkata...

Begitulah sikap Melayu. Jika dah benci, musnahkan segalanya walaupun pada suatu ketika dahulu kita sendiri telah mendapat nikmat dan faedah samada secara langsung dan tidak langsung, sedar atau disebaliknya.

Kita sebenarnya tidak bersyukur atas apa yang dikurniakan oleh Tuhan selama ini tetapi hanya kepada hal-hal yang menyenangkan dan tampak di depan mata kita sahaja.

Namun pada hakikatnya, perkara-perkara yang berlaku disekeliling kitalah sebenarnya membawa nikmat syukur itu kepada kita juga sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

hak rakyat bagilah pada rakyat biar rakyat beri keputusan.tentu mudah selesai.jangan jadkan hak orang lain sebagai barang peribadi kita.

mat_terab berkata...

SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO TERHADAP SULTAN

1) Presiden Umno pertama Dato’ Onn Jaafar ketika berucap dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949 menderhakai Raja-raja Melayu dengan menuduh raja-raja lebih mementingkan diri daripada menjaga kepentingan orang Melayu. Presiden Umno itu menuduh Sultan Kedah, Tunku Badlishah sebagai ‘kacang lupakan kulit’ dan mengugut untuk mengajak ahli Umno menamatkan pemerintahan beraja.

2) Pada tahun 1974, Menteri Besar Perak Tan Sri Ghazali Jawi (bapa kepada bekas MB Tajul Rosli Ghazali) enggan meletak jawatan sebagai MB walaupun dititahkan oleh Sultan Perak untuk berbuat demikian.

3) Pada tahun 1983 dan 1993, UMNO yang memiliki mandat dua pertiga di Parlimen telah meminda perlembagaan yang membuang kuasa dan kekebalan raja-raja.

4) Pada 1983 UMNO peralatkan semua media pro mereka melancarkan propaganda memburukkan raja-raja, menyerang peribadi serta mengaibkan raja di luar batas perikemanusiaan

5) Pada Jun 1993, Annuar Musa mendakwa Sultan Kelantan tidak layak duduki takhta, seterusnya Annuar Musa dan UMNO Kelantan ‘menabalkan’ Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

6) Pada November 1983 UMNO adakan beberapa perhimpunan haram di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka bagi menyatakan sokongan terhadap PM yang mahu membuang kuasa Raja-raja.

7) Kepimpinan UMNO yang ketuai Pak Lah menolak Ahmad Said sebagai MB Terengganu walaupun Ahmad mendapat perkenan Sultan. Penyokong UMNO adakan demonstrasi menghina Sultan Terengganu dengan memapar banner bertulis ‘Kami nak Idris, natang (binatang)’ yang ditujukan terhadap baginda.

nik berkata...

Mat Terab sembunyikan fakya yang ke-8 iaitu penderhakaan PAS tahun 2009 iaitu:

1. Enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun telah dititahkan oleh DYMM Sultan Perak.
2. Enggan menyerahkan kereta hak milik Kerajaan Negeri Perak.
3. Membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perkenan DYMM Sultan.
4. Orang Melayu pertama yang menyembah MOHON DERHAKA KEPADA SULTAN yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sekalipun. Tindakan biadab ini mencemarkan Kedaulatan Raja-raja Melayu
5. Memalukan Sultan, Kerajaan dan rakyat Perak apabila mengadakan sidang DUN di bawah pokok.
6. Nizar melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak apabila beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar melalui Perkara 47 (1) iaitu melanggar sumpah semasa dilantik menjadi ADUN dengan menyatakan SESUNGGUHNYA SAYA NIZAR JAMALUDDIN BERSUMPAH AKAN TAAT SETIA KEPADA SULTAN

Kenapa PAS tak masukkan fakta ini. INilah pembohongan PAS kepada rakyat Perak

mat_terab berkata...

Bila nak bawa ka makamah orang yang menghasut dengan mengelarkan Sultan Natang....? atau kes tu dapat di sapu bawah karpet oleh puak-puak UMNO.....?

nik berkata...

nak tanya Mat Terab.. apa komen penderhakan Nizar ni... setuju ke tidak..

Kongsi Link Anda