Popular Today

Rabu, April 29, 2009

Ulama dalam PAS... adakah mereka masih relevan ataupun mereka akan disingkirkan..

Hakikat yang berlaku di dalam PAS sekarang ialah terdapat pihak yang menyeleweng dan menyongsangkan fakta dan putar belit mengenai kenyataan Nik Aziz khasnya di kalangan pembantu-pembantu beliau

Perkara ini diakui oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Beliau menjelaskan tulisan beliau dalam blognya mengenai kerajaan perpaduan hanya untuk menyerang para pembantu bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pembantu-pembantu itu memberikan gambaran salah kepada bapanya yang juga Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan untuk melagakan-lagakan kepimpinan ulama dalam parti itu. Apa yang dimaksudkannya ialah di kalangan mereka yang memberi nasihat dalam isu politik. Pembantu-pembantu politik itu sebagai ‘pejuang nafsu’ yang cuba melaga-lagakan ulama dalam Pas terutama antara bapanya dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Abduh menulis “Pekerjaan bodoh hanyalah satu dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Kerja bodoh bukan menolak kerajaan perpaduan, kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud tidak benar, dengan tujuan yang tidak benar di sisi agama. “Mereka ini pejuang nafsu, saya tidak mahu katakan nafsu politik atau wang tetapi apabila disebut nafsu ia bertentangan dengan agama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tulisannya mengenai kesediaan Nik Abdul Aziz menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Abdul Hadi dengan syarat Barisan Nasional (BN) memberi jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Dengan jelas Nik Abduh menyifatkan para pembantu bapanya memberi gambaran salah tentang situasi berlaku demi meraih keuntungan peribadi sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas. Bapanya yang mengerjakan umrah telah menelefon dari Mekah dan memintanya memberi penjelasan lanjut berhubung tulisannya itu bagi mengelakkan orang ramai terkeliru.

Katanya, biarpun ramai yang marah malah mengecamnya kerana tulisan tersebut, beliau terpaksa melakukannya kerana bimbang ‘pembantu-pembantu’ terbabit mengancam keutuhan parti tersebut yang dipimpin oleh ulama. “Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan antara ulama. Inilah kerja bodoh! Saya maksudkan kerja seperti ini dan tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.

Kata beliau, ungkapan perbualannya dengan bapanya mengenai kerajaan perpaduan yang ditulis dalam blog tersebut adalah untuk memberitahu umum jawapan sebenar bapanya mengenai perkara tersebut.

Dengan ini, pendirian Nik Aziz mengenai muzakarah bersama UMNO itu adalah sesuatu yang diterima. Tetapi 'syaitan-syaitan' bisu di dalam PAS yang sebenarnya menyeleweng dan memberi anggapan yang salah mengenai kerajaan perpaduan.

Nampaknya ada pihak yang kini cuba menggagalkan kerajaan perpaduan. Umum mengetahui pmilihan PAS kali ini bermakna survival Ulama dalam PAS... adakah mereka masih relevan ataupun mereka akan disingkirkan.....

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nik aziz kata ramai ulama 'mee celup' dalam PAS....

rasanya musang yang berbulu ayam ramai di dalam pas.... semua nak mengaku ulama....

kalau macam mat sabu dan mahfuz tu sijil agama apa yang ada pada mereka!

noi/moi berkata...

UMNO kalau betul2 memperjuangkan islam, sepatutnya, UMNO DARI DULU LAGI:

-banteras gejala rasuah.Kalau orang atasan umno pun dah kaki rasuah, yg kat bawah2 tu lagi la takyah cakap..
-banteras gejala maksiat dikalangan muda mudi.Kenapa masih berlaku Sambutan Tahun Baru, JOM HEBOH DSBG.Rancangan televisyen dinegara kita TERLALU BYK disajikan dengan rancangan unsur hiburan, Hedonisme dan MAKSIAT yang terang.Kenapa perlu Akademi Fantasia, Malaysia Idol dan macam macam lagi yang ana rasa sakit hati bila menontonya.TV3 secara terang2 menyatakan pembelaan terhadap umat Islam Palastin, sedangkan diwaktu yang sama, menayang iklan produk barangan JENAMA YAHUDI..
-Apa perlu Masjid Besi, Masjid Putrajaya, Masjid Kristal dan macam macam masjid DHIRAR, kalau jemaah hanya setengah saf.Islam bukan terletak pada mercu masjid, tapi pada SYIAR itu sendiri.
-UMNO sepatut dari dulu lagi sedar, sudah terlalu RAMAI rakyat Malaysia ingin pulang ke pangkal jalan, ingin kembali kepada ISLAM yang syumul.Rakyat Malaysia tak perlu kepada Produk HADHARI.Rakyat Malaysia tak perlu Perkampungan HADHARI dan Rakyat Malaysia tak perlukan Pemimpin Melayu yang tamak dan pentingkan darjat dari ISLAM itu sendiri.
-akhir kalam, ALQURAN SUDAH TERANG MENGATAKAN, bahawa PARTI berteraskan Syaitan akan rugi dan PARTI berteraskan ISLAM, PASTI AKAN MENANG.ITU JANJI ALLAH..PERSOALAN dari ANA, antara UMNO, DAP, PKR dan PAS, MANE SATU YANG PALING CENDORONG KEARAH ISLAM???????????

kifli berkata...

UMNO lebih banyak menimbulkan masalah daripada menyelesaikannya.


Bolehkah masalah Melayu diselesaikan dalam bingkai UMNO? Diskusi buku Imbasan oleh Dr. Datuk Hassan Ahmad di DBP baru-baru ini nampaknya mengambil pendirian hanya UMNO yang boleh menyelesaikan masalah orang Melayu, tanpa menyedari, atau melupakannya, bahawa sejak merdeka hingga kini UMNO lebih banyak menimbulkan masalah daripada menyelesaikannya. Pandangan begini tidak dibenarkan disuarakan, walaupun dalam diskusi itu ada disebut bahawa suara yang berbeza haruslah diterima. Tetapi itu hanya usapan jempul, bukan sesuatu yang dipercayai dan diyakini, sesuatu yang tidak diperjuangkan.

Oleh kerana itu amat sulit hendak membicarakan masalah yang dihadapi oleh Melayu, kerana setiap perbincangan mesti mengambil kira bahawa UMNOlah yang menjadi penyelamat bangsa Melayu. Bagaimana jika sebaliknya yang berlaku, yakni UMNO menjadi masalah kepada bangsa Melayu? Bolehkah kita mengambil pendirian ini sekadar untuk perbincangan, bukan untuk maksud lain-lain? Saya akan uji kejujuran bangsa Melayu seluruhnya, terutama UMNO, untuk mendengar pandangan yang berbeza daripada yang biasa didengar oleh mereka.

Saya harap bangsa Melayu dalam abad 21 tidak sama dengan bangsa Melayu zaman Melaka, yang sering disebut-sebut dalam diskusi itu. UMNO harus bijaksana untuk menerima hakikat bahawa masalah orang Melayu tidak akan selesai selagi UMNO berkuasa dan bertindak dalam konteks dua mitos agung yang dijadikan landasan politik Melayu.

Bangsa Melayu harus sedar bahawa mereka telah diperdaya oleh UMNO sejak 1946 hingga sekarang, untuk percaya bahawa UMNOlah penyelamat mereka, padahal UMNOlah yang membuat Melayu terumbang-ambing tak tentu arah pada waktu ini, dibebankan dengan masalah yang merugikan mereka akibat keputusan politik para peimpin UMNO yang hanya berminat mengekalkan kekuasaan, bukan menyelesaikan masalah mereka.

Adalah ironis bahawa pada hakikatnya UMNO menjadikan masalah orang Melayu sebagai landasan untuk mengekalkan kuasa, dengan menakut-nakutkan mereka bahawa mereka akan musnah jika tidak menyokong UMNO. Masalah yang dihadapi bangsa Melayu ialah masalah lama, yang diperbaharui setiap masa untuk menentukan segolongan pemimpin terus berkuasa dan berhak menentukan nasib bangsa Melayu sepanjang zaman.

Terikat kepada feudalisme

Masalah itu ialah orang Melayu masih terikat kepada feudalisme, baik dalam bentuk lama yang diwarisi dari Sejarah Melayu maupun dalam bentuk baru yang dicipta oleh UMNO dengan menggunakan peristiwa kebangkitan "menentang" Malayan Union sebagai akar feudalisme bentuk baru tadi. Kehidupan orang Melayu dikuasai melalui dua mitos agung, iaitu Mitos Sejarah Melayu yang melahirkan Waad Sejarah Melayu, dan Mitos Malayan Union yang melahirkan Waad Malayan Union.

Dalam waad pertama, yang dipersetujui oleh Demang Lebar Daun dan Sri Tri Buana, rakyat dilarang mengingkari perintah raja, walaupun salah, manakala raja pula dilarang menghina rakyat, walaupun mereka bersalah. Tetapi dalam amalannya, suara rakyat hilang ghaib. Yang wujud hanya suara raja, yang berkuasa mutlak. Yang boleh menentang hanya orang besar, berasaskan sama ada kepentingan orang besar tadi terjejas atau tidak. Suara rakyat juga hilang. Jadi Waad Sejarah Melayu telah menentukan bahawa pemimpin Melayu hanya berasal dari istana, yakni dari golongan raja dan pembesarnya. Ringkasnya, pemimpin Melayu mestilah dari golongan bangsawan.

Itulah keadaan politik Melayu apabila "penentangan" terhadap Malayan Union terjadi: hanya untuk mengembalikan kedudukan golongan bangsawan ke tempat asalnya seperti yang dimeterikan dalam Waad Sejarah Melayu. Apabila orang Melayu "menang" dalam perjuangan menentang Malayan Union itu, keadaan politik sudah berubah sama sekali. Orang Melayu harus menerima hakikat politik bahawa kuasa politik Melayu haruslah dikongsi bersama dengan bangsa asing, yang kini sedang menunggu untuk dijadikan rakyat Persekutuan Tanah Melayu setelah persetujuan baru diterima dan Malayan Union diketepikan.

Malayan Union tidak pernah dihapuskan, kerana unsur-unsur penting menjelma dalam Perjanjian Persekutuan. Pada waktu itu orang Melayu berada di persimpangan: sebahagian besar mereka menyokong perjuangan kemerdekaan yang dipelopori oleh pemimpin dari golongan rakyat, yang tidak mempunyai akar dengan istana atau golongan bangsawan. Inggeris tidak suka golongan pejuang kemerdekaan ini, lalu menggalakkan golongan istana mengambil tempat sebagai pemimpin rakyat dalam suasana politik yang sudah berubah itu.

Inggeris menyokong penuh golongan bangsawan istana ini, malah mereka digalakkan menentang Malayan Union. Kesempatan itu diambil Inggeris untuk memusnahkan kepemimpinan Melayu yang berasal dari golongan rakyat, dan memaksakan golongan bangsawan dan istana sebagai pemimpin bangsa Melayu. Dalam konteks inilah UMNO dilahirkan dengan sokongan Inggeris. Dengan itu feudalisme bentuk lama yang hampir lumpuh pada mulanya, dihidupkan dengan gagahnya dalam kepemimpinan baru yang dipelopori UMNO.

Satu ironi sejarah

Jika kita ingin berkata satu ironi sejarah telah berlaku, kita boleh berkata begitu, kerana dari segi sejarahnya UMNO menerima kemerdekaan dari Inggeris dengan syarat-syarat tertentu. Inggeris puas hati kerana Tanah Melayu jatuh ke tangan golongan bangsawan dan istana yang sediakala memihak kepada mereka, di samping dapat pula memberi hadiah kepada bangsa asing yang mereka bawa masuk, yang sediakala menyokong mereka.

Dari situlah UMNO mencipta mitos baru berasaskan "perjuangan menentang Malayan Union". Mitos itu jelas menegaskan bahawa UMNOlah yang menjadi penyelamat bangsa Melayu, yang memberi kedaulatan kepada rakyat, yang membangunkan negara ini. Bukan bersendirian, tetapi bersama-sama bangsa asing yang kini menjadi rakyat yang dijamin kedudukannya dalam Perlembagaan. Sejak permulaan "kemenangan" UMNO, hingga sekarang, rakyat sentiasa diberitahu bahawa keselamatan dan kemakmuran mereka hanya akan dapat mereka capai melalui UMNO.

Jadi dalam konteks ini, UMNO mencipta feudalisme baru berasaskan Waad Malayan Union tadi untuk menyediakan kepemimpinan orang Melayu dari kalangan mereka sahaja. Sesiapa yang menentang, akan dianggap menentang negara dan bangsa Melayu. Sesiapa yang menentang, akan dihukum dengan keras untuk memastikan kelangsungan feudalisme ciptaan UMNO terus kekal, dan UMNO terus berkuasa dalam menentukan sistem politik negara.

Itulah keadaan politik yang ada sekarang, ketika para pembicara diskusi membahaskan masalah orang Melayu. Mereka melihat persoalan itu dalam konteks yang dihuraikan di atas. Oleh itu apapun juga cadangan yang mereka buat, tidak akan terkeluar daripada Mitos Agung Kedua, yakni mitos di sekitar Waad Malayan Union. Walaupun mereka bercakap tentang kebebasan dan sebagainya, maksudnya hanyalah kebebasan dalam konteks Waad Malayan Union tadi. Tidak ada pilihan lain. Bolehkah masalah orang Melayu diselesaikan dalam konteks yang demikian? Saya akan membincangkan persoalan ini dalam siri tulisan berikutnya, jika pandangan yang berbeza boleh dikemukakan dan bersedia didengar.

Kongsi Link Anda