Adakah dengan pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bermakna DEB akan ditukar dengan 'baju' baru?
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, hari ini menegaskan bumiputera tidak perlu khuatir memandangkan kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun liberalisasi 27 subsektor diperkenalkan baru-baru ini,
"Kita tidak perlu khuatir bahawa dasar kita seperti DEB, akan sedikit demi sedikit dilonggarkan," katanya kepada media selepas merasmikan Forum & Ekspo Minyak, Gas & Petrokimia 2009, di sini.
Katanya dasar DEB walaupun pengkhususan kepada kaum Bumiputera, namun manfaatnya turut dirasai semua pihak.
"Hakikatnya, DEB akan terus diberi tumpuan, dan pada masa yang sama dengan terbukanya pasaran kita, saya yakin kita akan melihat banyak peluang baru, bukan saja dari segi pekerjaan apabila FDI (pelaburan langsung asing) masuk, malah peningkatan keupayaan kita bersaing dengan syarikat asing dan mengeskport produk dan perkhidmatan kita," katanya.
Mukhriz berkata pasaran negara sememangnya sudah terbuka dan kebanyakan peniaga tempatan sudah bersedia untuk bersaing dengan pelabur luar.
"Pasaran kita memang sudah terbuka, cuma polisi belum diseragamkan dan itulah yang dibuat kerajaan untuk menyeragamkan semula dasar yang telah diamalkan," katanya.
Rakyat kini melihat transformasi Satu Malaysia, bagaimana rupa bentuk DEB pada masa akan datang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan