Popular Today

Rabu, Oktober 14, 2009

PAS terus menghina pengundi Pos.

Akibat tidak puas hati kerana kekalahan teruk di Bagan Pinang, PAS terus menyerang dan menghina pengundi Tentera iaitu pengundi POS.

Terkini menurut laporan harakahdaily:

Pengerusi Jawatankuasa Khas berkaitan Undi Pos DPP, Suhaizan Kayat membuat cabaran debat tersebut melalui blognya http://kentong-suhaizan.blogspot.com menamakan dirinya sebagai wakil PAS dan mencabar Mohamad Hassan atau Pemuda Umno mewakili parti pemerintah itu.

Manakala tajuk yang dicadangkannya adalah "Ruang Manipulasi Dalam Pengurusan Undi Pos Di Malaysia".

Image "Atas nama Pemuda PAS Pusat saya mencabar Pengerusi Badan Perhubunan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan atau mana-mana pihak dalam Umno terutamanya Pemuda Umno untuk berdebat dengan saya di bawah tajuk, "Ruang Manipulasi Dalam Pengurusan Undi Pos Di Malaysia,"tulisan di laman blognya dipetik.

Mohammad Hassan dalam kenyataannya sebelum ini memadankan pribahasa berbunyi 'tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket' kepada pemimpin PAS kerana didakwa menyalahkan undi Pos sebagai faktor kekalahan pada PRK Bagan Pinang.
Laporan yang berasingan pula dari Harakah daily:

Selain itu juga, PAS mengulangi saranan supaya pengundi pos di kalangan tentera mendaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana kawasan yang mereka mahu. Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, dengan cara itu menjadikan proses pengundian di kalangan anggota tentera menjadi lebih telus.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menyatakan demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Raya PAS Terengganu yang diadakan di pekarangan pejabat PAS negeri, Jalan Sultan Omar di sini, hari ini.

"Kita harap pengundi pos (tentera) kembali tempat masing-masing, jadi pengundi biasa, biar dia daftar di mana-mana kawasan yang dia mahu," ujarnya.


Cara PAS reaksi boleh dilihat sebagai parti yang sangat terdesak dan tidak mendapat terima kenyataan serta takdir Allah SWT.

Alasan manipulasi undi POS ialah satu pembohongan besar dari PAS dan sekutunya kerana menyaksikan proses pengundian dan pengiraan dilakukan di depan mata mereka.

Tindakan mereka boleh dikatakan sebagai tidak menghormati demokrasi dan hak perlembagaan yang membolehkan tentera membunag undi sebagai rakyat Malaysia yang sah. Ini merupakan penghinaan yang nyata dari PAS terhadap golongan tentera ini.

Sebagaimana diketahui memang terdapat juga pengundi pos yang mengundi pembangkang dalam mana-mana pilihanraya kecil. Dan setakat ini tidak pernah mereka ini dibuang kerja kerana itu.

Hakikatnya inilah kedangkalan pemikiran PAS yang dapat dilihat rakyat bertindak hanya untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan keselamatan negara. Idea supaya tentera pengundi pos di kalangan tentera mendaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana kawasan yang mereka mahu. Kerana tentera perlu menjaga post keselamatan mereka yang telas ditugaskan. Bukan boleh dibuat sesuka hati kerana ini berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara.

Alangkah sempitnya pemikiran politik PAS... jangan salahkan lantai jika tidak pandai menari... PAS patut cermin diri mereka... sebelum menyalahkan orang lain...

Dan jangan lagi menghina pengundi POS!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ingat tak masa kemenangan PAS di Manek Urai dulu.. menang tipis jer kan .tau apa mereka kata? "Janji menang!"

sekarang kata-kata itu memakan mereka sendiri. saya harap mana-mana pemimpin Barisan Nasional tidak melayan karenah orang terdesak ini. Buang masa saja, baik suruh KJ tumpukan kepada pembaikpulihan Parti. Jangan buang masa untuk berdebat, khidmat untuk rakyat harus diteruskan. Rakyat mahu pemimpin bekerja untuk mereka, bukannya berdebat untuk memuaskan hati pihak lawan.

Aspirasi berkata...

Sekarang ni bukan masanya nak layan orang PAS lagi... politik mereka politik isu... mereka bukan pandai pun buat kerja untuk rakyat.... bising macam tong tin sahaja.... harap bising tapi kosong sahaja...

Tanpa Nama berkata...

Sebab Ahli Pas pangkah BN nak tau kenapa? Bukan semua ahli PAS suka digabungkan sebagai sebuah parti atau Pakatan yg sah. Dah dianaktirikan oleh DAP/PKR nak bagi pendapat atau menyuarakan pandangan pun dah kecoh, apa hak pemimpin PAS kemudian hari kalau digabungkan? Ada syarat apa pulak atau hukuman, kalau PAS buat sesuatu berdasarkan prinsip parti? Pemimpin PAS mcm Nik Ajis tak terfikir ke tindak balas DAP/PKR jika mereka menentang?

Pak Ismail B Mustapa berkata...

PAS dan Harakah...biasalah tu..kerjanya memang menghentam kerajaan BN sepanjang masa. Ada sahaja putar belit..


http://manis18.blogspot.com

sasha2020 berkata...

Pegawai kerajaan memang akan menyokong kerajaan. Majoriti menyokong kerajaan. Sebab tu undi POS byk memihak kepada kerajaan/BN. Itu PAS masih tak tahu lagi ke??? Janganlah jadi bodoh...

Sebenarnya, mereka kena tanya kenapa ramai orang yg dulu menyokong PAS atau pakatan rakyat, sekarang telah berubah kepada BN/UMNO...\

Kalau BN/UMNO kalah, tak ada pulak, BN/UMNO mentungut atau mengadu ini atau itu yg tak betul..Mereka terima kekalahan dgn redha dan cuba memperbaiki diri.

Tapi berbeza dgn PAS, bila dah kalah, kata macam-macam. Seolah-olah mereka tak pernah redho tentang apa yg berlaku. Mereka tak tahu ke, semua kalah dan menang adalah ketentuan allah. Biarpun kalau ada penipuan pun, kalau Allah kata orang yg kena tipu tu menang, maka menang jugak walaupun ada orang main tipu.

Dengan kata lain, kuasa Allah mengatasi segalanya. Itupun kalau kita yakin dgn kuasa allah. Rasanya PAS tidak. Mereka lebih yakin dgn kuasa manusia.

Aspirasi berkata...

Pakatan Rakyat tidak percaya kepada takdir Allah.. sebab jika dilihat keputusan undi POS tidak banyak berubah berbanding Pilihanraya Umum 2008

Tanpa Nama berkata...

Standard le tu, Parti yg sentiasa ada alasan jika tidak berpihak kepada mereka.

Mereka perlu berpijak dibumi yg nyata. PRK yg dimenangi sebelum ini tidak dipertikaikan pun berkenaan undi pos, tetapi apabila undi pos tidak berpihak kpd mereka, mcm mcm alasan dan tohmahan yg diberi. Terimalah kenyataan dan Qada & Qadar Allah.

Jgn dilayan org yg mengajak utk berdebat, tak habis2 alasan. Kalau jadi A, dia cakap B, kalau jadi B, PAS cakap C, kalu jadi C, PAS cakap D............ sampai bila nak habis dah PAS oiiii.

Kenapa mereka tak nak berdebat berkenaan isu Ridhuan Tee Abdullah yg dicaci oleh DAP, kenapa mereka tak nak berdebat berkenaan isu Bir di Selangor. Debatlah cepat dgn DAP. Ini soal agama.

Game Over for PR

Tanpa Nama berkata...

BN menag dgn majoriti 8000 undi
kalo tolak undi pos 4000, Bn still menang lagi. pas cuma dpt 2000 undi.. kalo xsilap aku la..
bodoh punya pas. majoriti penduduk situ mmg sokong bn la. nk kecoh apa lg

Kongsi Link Anda