Popular Today

Selasa, November 30, 2010

Malaysiakini panggil Dato' Onn pelacur

Malaysiakini sekali lagi menimbulkan kemarahan orang Melayu...

Ada ke patut nak samakan perjuangan Dato Onn dengan Presiden Tunggul..

Malaysiakini persoalkan Perkasa mempertikaikan PKR sebagai pelacur politik kerana mahu menghapuskan hak Melayu..

Katanya apabila Onn Jaafar mencadangkan UMNO dibuka keahliannya kepada kaum lain, Azizah dan Azmin juga buat perkara yang sama.. Perkasa patut label Onn sebagai pelacur juga..

Orang yang tulis ni pastinya buta sejarah.. Dato' Onn berjuang untuk orang Melayu dan tak pernah cerita nak hapuskan ketuanan Melayu.. Tetapi PKR memang tak pernah perjuangkan Melayu dan lebih teruk nak hapuskan perjuangan Melayu.

Perumpamaan yang dibuat oleh Malaysiakini tidak betul bahkan menghina Dato' Onn yang sangat berbeza perjuangan dengan PKR..

Dato' Onn pejuang sejati dan bukannya Presiden Tunggul macam Azizah..

Cukup-cukuplah PKR jadi pengkhianat, jangan pula nak wajarkan pengkhianatan mereka dengan mengaitkan nama hebat yang banyak berjasa kepda Melayu..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat PKR ni memperlekehkan perjuangan Dato'Onn...jangan kerana hendakkan sesuatu matlamat menghalalkan cara, perjuangan org lama dihina serendah2nya....saya begitu kecewa dengan sikap sebegini rupa...kepada rakyat, terutamanyaanak muda, baca sejarah dulu, pertimbangkan buruk baik sebuah parti samada pro atau pembangkang, dan sebelum membuat keputusan, pastikan diri sendiri adalah pengundi berdaftar...jangan ikut hentam keromo....saya doakan rakyat Malaysia dapat membuka mata, hati dan telinga mereka....


anak malaysia

Tanpa Nama berkata...

Salam

Ketuanan Melayu...Angkara PAS dan PKR!!?
PKR dan PAS ni memang tak boleh harap. 53 tahun memerintah Malaysia, entah apalah yang dibuat agaknya?

Temasik sudah jadi Singapura. Diberi begitu saja kepada Lee Kuan Yew.

Pulau Batu Putih, PAS dan PKR main2 di Mahkamah Dunia (Hague) sehinggakan Singapura sekali lagi memalukan kita semua.

Persekutuan Tanah Melayupun PAS dan PKR gadaikan dan kini namanya dah bertukar kepada Malaysia.

Punyalah celaka PAS dan PKR, dipindanya perlembagaan negara pada tahun 1983 dan 93 yang melibatkan Raja-raja Melayu. Kuntut dah kuasa Duli2 Tuanku Raja-raja kita dek kerja jahat PAS dan PKR. Patutlah Sultan Selangor murka.

Entah apalah yang PAS dan PKR buat selama 53 tahun? Nama saja parti melayu dan islam. Statistik terakhir menunjukkan peratus miskin tegar negara yang paling tinggi adalah milik orang melayu rupanya. 96.7% peratus yang hidup di paras kemiskinan ialah orang melayu.

30% sasaran ekuti untuk bumiputera masih tidak upaya dicapai setelah 53 tahun merdeka. Dari RM54b ekuiti dan saham bumiputera, hanya RM2b sahaja masih kekal milik mereka. Siapa kebas? Dah tentulah PAS dan PKR.

Habis dah bahasa melayu dan Utusan Melayu ditongganglanggangkan....ini sapa punya kerja kalau bukan Anwar dan Hj. Hadi?

Siapa yang menghancurkan sistem kehakiman negara kalau bukan PAS dan PKR? DAP jangan ceritalah. PKFZ jadi rugi berbillion2 RM tu kerja sapa kalau bukan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Khalid Ibrahim yang asalnya cuma bomoh siam jadi kaya raya buat rumah sampai RM24juta. Habis diangkut bibik2 dan tukang gunting rambutnya ke Disneyland guna duit rakyat masa jadi MB. Kalau tak jatuhkan dia...habis perbendaharaan Selangor.

Sehari semalam aku boleh tulis kat sini pasal kedurjanaan PAS dan PKR. Tapi lu orang fikirlah sendiri ya...

53 tahun di bawah PAS dan PKR (walaupun baru ditubuhkan 12 tahun yang lalu), memang jahanam orang melayu. Patut sangatlah kita semua pakat2 mengundi UMNO pada pilihanraya akan datang. Itupun orang melayu tak sedar2.

Cheh!!

Kongsi Link Anda