Selasa, Disember 21, 2010

Tawan Melayu : Lim Guan Eng gunakan strategi Lee Kuan Yew


KUALA LUMPUR 20 Dis. - Masyarakat Islam di Malaysia perlu menolak DAP walaupun parti itu menggunakan pendekatan Islamik kerana jelas ia serupa dengan strategi PAP ketika parti utama Singapura itu mahu mendapatkan kuasa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, umat Islam harus sedar dengan 'silap mata' DAP itu kerana matlamatnya hanya mahukan sokongan penduduk Islam bagi membolehkan parti tersebut berkuasa.

Beliau meminta penduduk Islam melihat apa yang berlaku di Singapura, bagaimana umat Islam di negara tersebut dipinggirkan selepas menjadi alat kepada bekas Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew dan parti PAP untuk memperoleh kuasa.

"Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP.

"Melayu yang menjadi alat mereka mendapat kuasa akhirnya diterajang dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang daripada rumpun Melayu,'' katanya dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Beliau mengulas pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam, yang antara lain menyentuh mengenai nasib masyarakat Melayu Islam di Singapura yang semakin terpinggir selepas Kuan Yew dan PAP berkuasa.
Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan. Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi. Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat. Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.


Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa. Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu.
Menurut Awang, keadaan itu berlaku selepas orang Melayu menjadi alat kepada Kuan Yew dan PAP mendapatkan kuasa pada awal pemerintahan mereka.

Kini menurut Awang, DAP menggunakan strategi yang sama seperti PAP bagi menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.

Mengulas lanjut mengenai Singapura, Zulkifli berkata, sejarah Sang Nila Utama kemudian dipadamkan dengan kisah Stamford Raffles manakala nama Singa Pura (Bandar Singa) dari sejarah penemuan singa oleh Sang Nila Utama bertukar menjadi Singapore.

Ekoran apa yang berlaku di Singapura, beliau berkata, tidak hairan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sanggup turun naik masjid serta surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu.

"Siap isytihar diri sebagai Khalifah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan pun dijual tidak apa sebab Kit Siang dan anak lelakinya itu saudara kita sekarang, kata pak janggut,'' tulisnya lagi.

Sehubungan itu beliau berharap umat Islam dan umat Melayu di negara ini merenung kembali sejarah yang berlaku di Singapura.

"Sejarah itu cermin suatu bangsa. Kalau bangsa itu memilih untuk membutakan mata kepada sejarahnya, maka itulah permulaan untuk berakhirnya bangsa itu. Janganlah ulangi kesilapan dahulu,'' katanya lagi.

Utusan Malaysia

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Gelagat LGE sejak akhir-akhir ini seperti cuba berbaik dengan BN, dan cuba memburuk-burukkan MCA seperti ada udang disebalik batu. Mungkin mereka dah merasa kerjasama dengan PKR akan terkubur dan cuba jalan baru dengan BN. Diharap pemimpin BN berhati-hati, terutama sekali PM dalam membuat keputusan. Pembangunan di P.Pinang boleh dilakukan tetapi biarlah dengan sokongan rakyat P.Pinang kepada BN dan kerajaan persekutuan.

Tanpa Nama berkata...

xheran siapa penyokong kuat 1malaysia yang secara senyap di 1china kan?

Najib main wayang dgn DAP belakang

Tanpa Nama berkata...

PM Najib al DAYUS ni memang bodoh!

Buat pembesaran airport baru kat Pulau Pinang buat? Buatlah di Seberang Perai di mana ramai org Melayu di situ.

Business minded dia sangat cetek, org macam PM Najib ni boleh diganti dgn berjuta org Melayu lain. Kalau nak buat kerja PM, Pak Lah Bodowi pun lagi pandai TETAPI nak memikirkan keuntungan politik Melayu ke hadapan, cuma yg telah terbukti setakat ini hanya Che Det sorang!

Kongsi Link Anda