Popular Today
Isnin, Julai 14, 2008
Tindakan tepat : Speaker tolak usul tidak percaya
Tindakan Speaker Dewan Rakyat untuk menolak usul tidak percaya yang diusulkan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Wan Azizah Ismail.
Pandikar Amin berkata, penolakan usul itu dibuat di kamar Speaker berdasarkan Peraturan 18 (7) dan ia sudah dimaklumkan kepada Wan Azizah. Ianya jelas bertentangan dengan peraturan dewan serta tiada kena mengena dengan usul yang dibahaskan ketika ini.
Ianya dilihat hanya mainan politik Anwar melalui isterinya Dato'Seri Wan Azizah Ismail, untuk mengelakkan anwar sebagi tumpuan utama di dalam kes liwat. Dengan itu isu usul tidak percaya hanyalah gimik PKR yang mengelak dari isu sebenar.
Selain itu usaha pembangkang ini hanyalah tindakan yang membuang masa. Sepatutnya masa yang terhad di dewan Rakyat ini digunakan untuk membahaskan isu untuk kepentingan rakyat namun...... apa yang dibuat oleh pakatan pembangkang masa yang ada digunakan untuk berpolitik di dalam dewan.. sehingga banyak masa yang dibazirkan membahaskan isu-isu yang remeh... yang tiada kena mengena dengan kepentingan rakyat... hanya membincangkan teknikal. perjalanan peraturan mesyuarat...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan