Popular Today

Jumaat, Ogos 08, 2008

Antara Seksyen 377 B dan 377 C

Dr Novandri Hasan Basri

Seksyen 377B mengatakan bahawa sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan. (anyone who voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature, which is punishable by jail term which may extend to 20 years, and whipping).

Jika kita faham mengenai seksyen 337B ini, sepatutnya bukan Anwar Ibrahim sahaja yang patut didakwa tetapi juga Saiful Bukhari.

Tetapi Persoalannya siapa yang sondol siapa? atau saling menyondol...

Inilah pengertian yang perlu kita tahu dan ianya juga bermaksud bahawa Saiful Bukhari turut merelakan dirinya terlibat di dalam aktiviti seks songsang ini.

Dalam konteks dakwaan tersebut, ini juga bermaksud bahawa perjumpaan Saiful Bukhari dengan Anwar Ibrahim (didakwa sebanyak 6 kali), mereka berdua sebenarnya 'saling rela-merelakan' atau 'senang-menyenangkan' melakukan aktiviti seks luar tabii itu.

Dan walau pun untuk kita semua mahu menyebutkan 'perbuatan seks luar tabii' itu sendiri pun akan menyebabkan kita berasa mahu geli dan muntah isi perut ini! Ini merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, walau pun anda penyokong atau tidak Anwar Ibrahim.

Dan jika benar aktiviti seks luar tabii itu dilakukan secara 'rela-merelakan' atau 'senang menyenangkan', ianya menguatkan lagi kebenaran hasil pemeriksaan doktor di Hospital Pusrawi dan kenyataan penulis sebelum ini.

Jika surfers telah membaca artikel penulis sebelum ini, penulis telah menerangkan :-

"Untuk pengetahuan semua, apabila seseorang itu diliwat, perbuatan tersebut tidak semestinya menyebabkan kulit anus koyak atau pun pendarahan yang aktif terutamanya jika perbuatan itu telah dilakukan berulang kali.

Tetapi jika berlaku paksaan yang agresif, perasaan takut yang dialami oleh mangsa itu berkemungkinan besar akan menyebabkan anus pesakit tidak relax dan tercedera atau pun berdarah." (klik di sini)

Ironinya, jika kita benar-benar mengikuti isu ini, penulis pasti kita semua beranggapan bahawa isu Anwar Ibrahim ini berkisar kepada aktiviti seks songsang yang berlaku di sebabkan oleh paksaan atau pun ugutan.

Dalam erti kata yang lain, Saiful Bukhari terpaksa atau dipaksa untuk melakukannya. Dan jika isu ini adalah seperti yang kita anggap, ordinan jenayah yang patut digunakan ialah Seksyen 337C kanun Keseksaan dan bukannya Seksyen 337B kanun Keseksaan.

Seksyen 377C bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii tanpa persetujuan atau memaksa, sebagai contoh mengugut untuk membunuh atau mencederakan yang seorang lagi, akan dihukum penjara tidak kurang daripada 5 tahun sehingga maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. (someone commits carnal intercourse against the order of nature on another person without the consent or against the will of the other person, for instance by putting the other person in fear of death or hurt a minimum jail term of not less than five years, and not more than 20 years, and shall also be liable to whipping)

----------------------------------------

Tidak kira apa pertuduhannya... maksudnya Aanwar tetap lakukan liwat la? Rasanya Anwar ini memang ada penyakit songsang agaknya...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang patut mereka berdua di rajam dengan batu dan di humban ke dalam kandang babi di Selangor.
Untuk calon menentang anwar di Permatang Pauh, kita kempen untuk calon mak nyah Pulau Pinang...hidup mak nyah, hidup pondan.

Tinta Biru berkata...

salam,
tu yang saya tak paham, siapa yang sondol siapa? tapi macam inikah pemimpin yang rakyat mahukan? tepuk dada tanya selera,

MAWAR BERDURI berkata...

seram jugak dengar kes-kes liwat ni...apasal mcm dah tak da manusia di dunia ni yang patut dipilih untuk jadi pemimpin di permatang pauh ahh??? imej bertundung tu ok lah tak yah ah letak manusia yang ada kes liwat..mudah-mudahan pandai jugalah pengundi di permatang pauh tu memilih yeh..

tandubas-lady berkata...

ishh, takkan nak biar malaysia ni di makan bumi mcm kaum nabi lut?? wake up people!!! i'm still young & 'SINGLE'....! (tumpang promote diri jap, ahaks!)

Gagak di Rimba berkata...

Yang saya pelik mengapa si Saiful tu diam saja atau tak melawan masa nak disondol oleh si pulan tu?Rasanya dia lebih muda dan lebih kuat.Mengapa mahu disondol (kalau benar)oleh orang yang jauh lebih tua dan sakit pinggang pula?

Saya kira ini hanya konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar, dan Najib yang dijumpai oleh Saiful sebelum dia membuat aduan polis, tak kan tak memainkan apa-apa peranan!

Tanpa Nama berkata...

Tidak kiralah jika Anwar dituduh Syeksyen 377b atau 377c..

Maksudnya jika sabit tuduhan dia tetap melakukannya samada secara paksa atau suka sama suka...

Jika diliha orang Malaysia semua terpukau apabila Anwar bercakap.... semua rasa Anwar hebat.. dan ini memang tidak dapat dipertaikaikan...

Kalau orang lain boleh terpukau dengan cara ceramahnya...

Apatah lagi kalau dengan pujuk rayunya... Anwar memang hebat... sesiapa pun akan tersungkur dan terpikat... dan terpukau...

Jika angin tidak bertiup takkan pokok bergoyang...

Takkan ini pun konspirasi... lu pikirlah sendiri....

Kongsi Link Anda