Jumaat, Disember 12, 2008

Tiada Pampasan Vs Negara Berkebajikan




Nampaknya statement Khalid Ibrahim bertentangan dengan manifesto negara berkebajikan yang dicanangkan. Setakat ini banyak lagi janji dalam manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang lalu. Kini banyak masalah yang menimpa Kerajaan negeri Selangor.

Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) menyatakan bahawa tiada pampasan akan diberikan kepada mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Kerajaan negeri Selangor cuma menawarkan 50% diskaun untuk mangsa menginap di hotel hotel milik kerajaan negeri Selangor.

Kini Pakatan Rakyat Selangor menyalahkan kerajaan sebelumnya sedangkan perkara ini berlaku pada zaman pantadbirannya iaitu setelah 9 bulan memerintah.

Menteri besar itu semalam mendedahkan sepanjang lapan tahun pentadbiran pemimpin Umno itu mulai 2000, 99 projek kawasan berbukit diluluskan, termasuk 27 yang sedang dimajukan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Projek-projek itu termasuklah 10 di kawasan Bukit Antarabangsa, yang mengalami tragedi tanah runtuh Sabtu lalu, dan 11 lagi di Bukit Melawati - dua kawasan yang dianggap berisiko tinggi.

Projek-projek di kawasan ini dikelaskan berada dalam kategori 3 dan 4 iaitu kecerunan lebih 25 darjah dan memerlukan penyeliaan teknikal yang lebih ketat.

Dr Mohamad Khir menambah, sistem pemantauan yang diperkenalkan sejak tragedi di Kampung Pasir, Hulu Kelang pada 2006 "tidak berjalan" sejak negeri itu jatuh kepada Pakatan Rakyat, Mac lepas.

"Dulu, setiap tiga bulan, laporan (pemantauan projek kawasan berbukit) dibentangkan.

"Sekarang, dibentangkan (juga) tetapi projek baru sahaja," katanya kepada Malaysiakini.

selangor adun ceremony 220408 khir toyoMenulis di blognya semalam, Dr Mohamad khir mendakwa banyak kejadian tanah runtuh melibatkan kawasan pembangunan lama kerana pengetahuan mengenai sistem aliran air bawah tanah dan keadaan muka bumi ketika itu yang amat cetek.

Teknologi dan kaedah pembangunan juga tidak mementingkan sistem perparitan yang baik dan pengukuhan tanah sekeliling kawasan pembangunan, katanya lagi.

Dr Mohamad Khir mendakwa, sewaktu pentadbiran BN dahulu, pasukan khas untuk memantau lereng bukit berisiko tinggi terdiri daripada pakar-pakar agensi kerajaan ditubuhkan.

Pasukan itu melibatkan pakar daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Geologi dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Laporan mesti dibentangkan setiap tiga bulan, sebab itu tiada kejadian tanah runtuh yang serius selepas peristiwa di kampung pasir tahun 2006," coretnya lagi.

Tambahnya, keseriusan pemerintahan BN menangani kejadian tidak diingini itu dibuktikan melalui pembekuan beberapa projek di kawasan bukit yang berisiko.

Wakil rakyat Sungai Panjang itu turut menempelak keputusan kerajaan Selangor kini yang tidak memperuntukkan wang bagi membantu mangsa tragedi di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama itu.

Menteri besar semalam dilaporkan berkata, semua hartanah yang terjejas milik persendirian dan Selangor hanya memberikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada mangsa terbabit.

Empat nyawa terkorban dan 14 banglo ranap dalam tragedi awal pagi Sabtu lalu.

Bila sudah menjadi kerajaan negeri, barulah Pakatan Rakyat rasa bagaimana sukarnya untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat. Itu pun, masih ada yang menuding jari menyalahkan pihak lain. Sedangkan, siapa yang berkuasa luluskan projek pembangunan di Bukit Antarabangsa? Takziah buat mangsa. Moga ini menjadi pengajaran terakhir untuk semua projek pembangunan di cerun dan lereng bukit. Usah terlalu tamak hinggakan nyawa menjadi taruhan.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda