Selasa, Februari 17, 2009

Rasa bersalah - Elizabeth Wong letak jawatan Exco, Adun

Elizabeth Wong Keat Ping yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogelnya di internet, mengumumkan meletakkan jawatan Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan berkuat kuasa hari ini.

Sebagaimana difahamkan bahawa foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Mungkin kerana rasa bersalah beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar pagi ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengajarannya adalah :
1. Jangan pilih calon Ekspress PKR
2. Siasat latar belakang calon yang bertanding.
3. Jangan main sentimen kepartian dan bukan peribadi calon.
4. Jangan pilih calon mempunyai masalah moral.


Akhir sekali... lu pikir la sendiri.. tak pasal-pasal Pilihanraya Kecil di 3 bukit....

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,

Tuan x pernah tido terkangkang tanpa seluar dalam ka? Tuan bernasib baik kerana photo tuan tido terkangkang blm didedahkan kepada umum lagi...tuan fikir2 lah sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Pengajaran disini..
1) Calon Adun mestilah tidak tidur terkangkang..
2) Calon Adun mestilah tidak berak...
3) Calon Adun mestilah tidak mandi bogel...

Calon BN ada ka yg layak mcm diatas? kekekeke

kang kang berkata...

lu pikirlah sendiri....

berani buat berani tanggung....

kangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkangkang

Tanpa Nama berkata...

berani buat apa bro? kasi detail satu kali....x paham laaa...

Shams "Bangi" berkata...

Saya selaku pengundi kerajaan Kelantan, setuju sesangat dengan penulis blog.

Jangan main tangkap sendat jer nak cari calon. Sana lompat sini Londeh!

kifli berkata...

Hoi ......katak-katak tak bertelor di Perak dan seekor katak betina Jelapang mali.... kome dengor berita ini..... Ini ceriter terbaru orang yang ader maruah diri dan bukan kepentingan diri.... orang tak gherogok kuasa dan kemarok $$$$$$$$ macam kome.... Cerita nyer Wakil Rakyat di tiga bukit....


Seorang meninggal dunia dengan penuh maruah.... allahyarham Roslan Shahrum, seorang, V. Arumugam letak jawatan dengan amat bermaruah..... kerana tak nak tunduk pada ugutan dan godaan dan seorang lagi akan letak jawatan juga kerana maruah dia dijaja oleh orang yang tak bertanggungjawab. Orang yang suka kunta-kinte orang pompuan ni.... pondan!!! Dan demi menjaga maruah diri, keluarga dan parti yang diwakili.... kemungkinan besar Eli Wong akan meletak jawatan untuk kebaikan semua. Tapi ingat... letak jawatan bukan kerana desakan hantu toyol makan tempe tu tetapi kerana ELI WONG ADA MARUAH!!


Amoi seorang ni memang cukup kuat bekerja.... bertenaga memberi sumbangan untuk kepentingan rakyat Selangor khusus nyer di Bukit Lanjan. Susah nak dapat yang mesra rakyat macam dia ni.... senyum sokmo.. Malang sekali bagi nyer.... dia terkena tikaman permainan politik kotor dan bila moral nyer dipersoalkan.... sebagai orang yang ada maruah dan harga diri akan bertindak rasional demi kebaikan parti yang diwakili nyer..... dia dikatakan kan melepas jawatan EXCO dan ADUN Bukit Lanjan dengan rela hati. Kalau betul berita tak rasmi ni..... Eli Wong..... I salute you!!! Kuatkan semangat menghadapi dugaan ni dan bila confirm orang yang buat kerja kotor ni..... 'hantam' sama dia. Ikut macam Teresa Kok. Jangan kasi orang.... kunta-kinte sama wanita....


Walau pun nanti dah tak pegang apa-apa jawatan tetapi khidmat cemerlang yang ditunjukkan oleh si Eli ni patut diteruskan kerana perjuangan ini bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk kesejahteraan rakyat dalam menuju Malaysia Baru ... Jadikan perjuangan dan pengorbanan anda... sesuau yang berbaloi.....


Oleh demikian.... nampak gaya nyer, kalau betul ler Eli akan letak jawatan, akan berlaku pertempuran di 3 bukit.... Bukit Gantang, Bukit Selamabau dan Bukit Lanjan!!! Meriah lagi ler suasana politik tanah ayor ku. Pakatan Rakyat.... on your mark... get set..... go....!!!

kifli berkata...

elepas Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor yang dilihat cuba menanngguk di air keruh di dalam isu gambar separuh bogel YB Elizabeth Wong, kini muncul seorang lagi pemimpin UMNO yang lapok bernama Muhammad bin Muhd Taib, calon Timbalan Presiden UMNO yang meminta Elizabeth meletakkan semua jawatannya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, berkata sehubungan itu Pakatan Rakyat khususnya di Selangor perlu membuat satu keputusan yang tepat kerana kes berkenaan telah menjejaskan anggota Exco berkenaan malah parti itu sendiri.

Tatkala beberapa orang individu dan pertubuhan termasuk menteri dari BN sendiri dan Wanita MCA melahirkan simpati kepada Elizabeth Wong, dua orang pemimpin UMNO yang perasan dirinya sudah bersih dari pelbagai skandal tiba-tiba menyongsang arus untuk mendesak Elizabeth Wong meletakkan jawatannya.

Apakah mereka terperasan sendiri dan berharapan bahawa UMNO dan Barisan Nasional boleh merampas kerusi Bukit Lanjan dari Pakatan Rakyat yang dipegang oleh Pakatan Rakyat kini?

Kita ingin nyatakan kepada kedua-dua pemimpin yang kini dalam keadaan terkapai-kapai mencari sokongan untuk pemilihan di dalam Perhimpunan Agong UMNO Mac ini supaya usah menabur benih di angkasa. Ia sesatu pekerjaan yang sia-sia.

Rakyat Selangor yang tidak ingat kepada kisah bekas kedua-dua MB Selangor ini dengan pelbagai skandal dan kezaliman mereka semasa mereka menjawat jawatan MB?

Semua orang tahu kisah dosa dan kesalahan Muhammad Taib. Dosanya bukan setakat mencuri tetapi 'merompak' dan 'melanun' juga. Peristiwa beliau ditahan di lapangan terbang Brisbane, Australia tahun 1986 masih segar dalam ingatan.

Suatu perbuatan tidak masuk akal telah dilakukan oleh bekas MB Selangor itu di lapangan terbang berkenaan bila mana beliau ditahan atas kesalahan membawa wang yang tidak istyharkan sebanyak RM2.4 juta.

Beliau telah membawa RM2.4 juta dalam sebuah guni dan ditahan di lapangan terbang berkenaan. Bayangkan betapa banyak wang beliau kalau wang dimasukkan dalam guni macam orang kampung bawa rambutan pula lagaknya, kata seorang sahabat.

Anak tua yang berjiwa muda ini (Muhammad Muhd Taib) pernah tidak ketinggalan untuk mewarnakan hidupnya dengan menikahi anak Sultan Selangor (Ku Yah atau Joan Collins) tanpa keizinan, lebih kurang melarikan anak orang.

Hebat dan sensasi cerita itu. Muhammad Muhd Taib penuh skandal yang nampak atau yang terselindung. Berfoya dengan kemewahan yang ada adalah agenda utama tapi malang rakyat yang duduk berbumbungkan awan dan bermandikan hujan tidak langsung menjadi perhatian.

Begitu juga kisah kezaliman Khir Toyo. Trajedi Kg. Berembang 20 November 2006, mana mungkin kita melupai! Ia mengenai kisah seorang manusia yang bernafsu besar bernama Khir Toyo, ia kisah air mata penduduk yang terpaksa merempat dengan berlantaikan tanah, berbumbungkan langit dan berdindingkan angin malam yang dingin.

Ia juga kisah seorang Menteri Besar yang tidak berhati perut dan tidak pernah kenal erti tangisan rakyat marhain - serta tidak pernah hormat kepada SUHAKAM - sebuah Suruhanjaya yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong.

Atas restu dan arahan MB yang berkuasa pada masa itu bernama Khir Toyo, yang ingin merealisasikan impiannya konon Selangor setinggan sifar, tanpa peduli warga emas, wanita atau kanak-kanak, pihak berkuasa MPAJ tidak mempunyai sedikit pun rasa belas simpati dan kasihan, meruntuhkan rumah serta merempuh mereka. Segala-galanya musnah. Yang tinggal hanya sisa-sia peninggalan, yang tinggal hnayalah runtuhan kemanusian dan yang tinggal hanyalah satu kenangan pahit tentang kezaliman!

Nah kedua-dua bekas MB Selangor ini kini cuba mencuri perhatian kerana masing-masing cuba nak menjadi hero untuk bekalan hari perhimpunan UMNO yang bakal menjelma ini. Khir Toyo bertanding sebagai Ketua Pemuda dan Muhammad Taib calon Timbalan Presiden yang disifatkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai Pak Lawak!

Nasihat kita: lihatlah wajahmu dicermin wahai kedua-dua bekas MB, anda bukan sahaja telah ditolak oleh rakyat yang rata-rata kini sedang mengikuti dan menyertai arus Pakatan Rakyat, tetapi anda berdua bakal ditolak oleh ahli-ahli UMNO sendiri pada Mac ini. Apa agaknya yang menyebabkan anda teramat asyik dengan mimpi kamu berdua?

kifli berkata...

Kepada semua RAKYAT yang menentang kezaliman, persundalan dan kesialan amalan UMNO/BN. Sila pautkan (link) diruang komen apa sahaja maklumat, samada dalam bentuk berita, rencana, gambar atau video yang wajar didedahkan kepada RAKYAT tentang salahlaku atau penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO. Website Kerajaan Rakyat adalah milik RAKYAT. Bongkarkan semuanya….!!!!

– Persundalan yang diizinkan oleh UMNO–
*

20 kes rasuah Khir Toyo
*

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.


3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.


Apa hukum bela TOYOL? Kalau kita bunuh TOYOL salah atau tidak?

Tanpa Nama berkata...

HIDUP KIFLI....JAWAB JANGAN TAK JAWAB

Tanpa Nama berkata...

Keadaan ini terjadi kerana Sumpah laknat Saiful terhadap Anuar Ibrahim. Ketua PR kaki liwat. Perbicaraan nya cuba di tangguh dan inilah balasannya
1- Perak Jatuh ke tangan BN
2- V Arumugam didapati mempunyai hubungan sulit
3- Gambar lucah Elizabeth Wong
Jangan asyik tuduh orang rasuah, zalim. Cuba Cermin diri sendiri jangan hanya pandai menabur fitnah.

CKT berkata...

Samada beliau jadi mangsa atau tidak soalnya...own privacy pun tak bole nak jaga camne nak jaga rahsia sulit negara?? Sendiri mau igt lah!!

singamaraja berkata...

Auuum !

Huh ! Masya Allah kenapa ti perempuan itu ya

kifli berkata...

aku cukup tabik dan respect dgn politician yang berbangsa Cina dan india(Elizabeth dan Chua Soi Lek dan juga YB Selambau iaitu V Arumugam) yg sanggup meletak jawatan apabila terbabit dgn masalah moral.walaupun dalam kes Elizabeth ni adalah kes aniaya tapi beliau sanggup meletakkan jawatan semata-mata kerana nak menjaga nama baik parti.Tapi yg politician melayu pulak spt jamaluddin jarji,najib, Muhammad taib,khairy,pak lah,hishamudin dan ramai lagi pulak walaupun terbabit dgn berbagai kes tidak bermoral dan rasuah tapi masih lagi tidak mahu letak jawatan.jadi tak heranlah kalau orang bukan melayu pandang rendah pada politician orang melayu.politician orang melayu berpolitik kerana $$$$$$ dan orang bukan melayu berpolitik utk menjaga kebajikan rakyat dan membela nasib rakyat.inilah yg perbezaan ketara antara politician melayu dan politician bukan melayu.yg terbaru isu bekas calon PKR(YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu) drpd perak walaupun terbabit dgn kesalahan menerima habuan seks tapi masih juga tak mahu letak jawatan.

Kongsi Link Anda