Popular Today

Khamis, Februari 05, 2009

Alhamdulillah, Mahasuci Allah yang menentukan segalanya

Alhamdulillah akhirnya Sultan Perak telah membuat keputusan yang sangat penting dan seterusnya merobah lanskap politik negara.

Keputusan yang mungkin agak telah dijangkakan iaitu tidak akan membubar Dewan Undangan Negeri Perak.

Dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang, mengadakan Pilihanraya Negeri sememangnya banyak memakan kos dan kewangan rakyat. Duit untuk logistik, kempen BN dan Pakatan semestinya akan melibatkan peruntukan kewangan yang besar.

Bukankah lebih baik peruntukan yang berjuta ringgit ini bagi tujuan pengurusan Pilihanraya Negeri ini dibelanjakan untuk meningkatkan kegiatan ekonomi rakyat perak, dan semua rakyat Perak menikmati.

Bukankah masa berpolitik semasa pilihanraya negeri ini, lebih baik ditumpukan kepada mengatasi masalah ekonomi.

1 ulasan:

bungaraya berkata...

Broooooooo...
Perak dah kami punya sekarang.
Tapi jangan runsing kerana pemimpin UMNO/BN Perak akan memimpin dengan bijaksana tidak spt pemimpin anda yang sangat mentah dalam pentadbiran politik negeri. Apatah lagi politik negara.
Apakah ini boleh diertikan sebagai satu kesedaran rakyat Perak akan betapa tidak matangnya pemimpin yang mereka berikan laluan dalam pru ke 12 lalu? Kalau ini sebagai gambarannya, maka pru ke 13, BN akan memerintah ke 5 negeri dibawah pakatan itu semula. Aminnnn.

Kongsi Link Anda