Terdapat laporan MalaysiaKini yang mengatakan Pakatan Rakyat bersedia untuk mengadakan demontrasi besar-besaran di Studium Ipoh.
Cuma inginlah nak nasihatkan di sini... hormatilah Sultan Perak, kerana bangindalah yang membuat keputusan untuk bubar atau tidak membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan bukanlah BN.
Sultan adalah lambang dan simbol ketinggian, kekuasaan dan kedaulatan bangsa Melayu dan Umat Islam di negara ini. Janganlah dihina dan membelakangkan Sultan. Jika bangsa Melayu sendiri yang membelakangkan sultan mereka, apatah kaum lain. Jika ini yang berlaku ianya sangat memalukan.
11 ulasan:
KURANG AJAR BETUL PAKATAN RAKYAT NI. INGKAR TITAH SULTAN.
KITA HARAP PIHAK POLIS DAPAT MENGAWAL KEADAAN.
Thursday, February 5, 2009
Nizar terpaksa menyampaikan sembah derhaka kepada Tuanku sultan
Dato Seri Anwar Ibrahim sedang berbincang dengan Dato seri Nizar di kediamannya di sini.Lim Kit Siang dijangka akan hadir sedikiot masa lagi sementara tuan guru dalam perjalanan di Simpang Pulai.
Mengikut cerita Setiausaha akhbar MB, Anuar Hashim, Sultan tiodak mahu membubarkan Dun tetapi meminta agar MB Nizar meletakan jawatan Menteri Besar.
Dato Seri Nizar terpaksa mendatangkan sembah derhaka menolak perrmintaan kebawah duli yang jelas berpihak kepada BN/ Umno.
Orang ramai berpendapat adalah lebih molek jika Tuanku berpihak kepada rakyat - menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih.
Posted by alhusseyn
Saya berpendapat DS Nizar sedar yang dia dijolok dari belakang, terpaksa akur dengan cubitan dan tijakan yang adakalanya merimaskan...apa nak buat..adat berpolitik dan menjadi MB secara tumpangan..
Mula-mula izinkan saya menyampaikan kata-kata Tahniah kepada Tuanku Sultan Perak kerana kebijaksanaan dan akal panjang Tuanku dalam membuat keputusan keatas suasana politik Perak yang berlaku sejak kebelakangan ini. Kedua izinkan saya ketawa besr untuk melepaskan stress saya yang sejak sekian lama terbendung didalam jiwa..Hahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah. Tentu..tentu "bro" emoasi melihat hahahah dari saya. Bukan untuk riak atau takabur. Cuma untuk melepaskan stress semata. Kepada Kifli saya minta maaf. Anda menulis penuh dengan data-data dan fakta-fakta bagi mempertahankan PAS sebagai pejuang Islam sejati. Namun suasana di Perak mengambarkan PAS hanyalah sebuah parti politik biasa yang didalamnya juga dipenuhi oleh manusia double standard dan hidup hipokrit. Sembah derhaka Nizar sangat tidak mulia dan tidak patut bagi mereka yang bergelar educated politicion lebih-lebih lagi seorang pemimpin PAS yang diharap-harapkan memiliki akhlak dan "pembawaan" politik muslimin.
Sorry lah Kif.....
Macam-macam boleh jadi dalam politik. Itulah kata-kata yang sering kita dengar apabila berlaku sesuatu yang pelik dalam perkembangan politik, sama ada politik di dalam Malaysia, mahupun di peringkat antarabangsa.
ITULAH POLITIK
Kelmarin diberitakan Iran melancarkan satelit mereka yang pertama, tujuannya adalah semata-mata untuk perkembangan komunikasi. Namun berita-berita di UK sudah bersangka buruk dengannya, dengan memberikan gambaran Iran akan menggunakannya untuk tujuan ketenteraan. Isu tenaga nuklear sudah lama dibincangkan. Peliknya, mengapa Israel dibenarkan menggunakan dan menyimpan senjata nuklear, demikian Amerika, dan lain-lain Negara besar dibenarkan tanpa banyak soal boleh menyekat kebebasan sebuah Negara lain seperti Iran dan Korea. Mudah jawapannya, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', orang kata ‘tidak adil' dan lain-lain.
Apabila terang-terang, Yahudi Zionis melakukan jenayah kemanusiaan apabila membunuh begitu ramai orang awam di Palestin. Mereka tidak dikutuk teruk, Presiden Obama dan sekutunya seolah-olah BUTA, dan terus mengemukan hujjah-hujjah yang kelihatan ‘amat kurang aqal' dan melucukan. Orang akan kata, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil' dan lain-lain.
Apabila beberapa pemimpin dan ahli sebuah parti Islam yang menentang habis-habisan sebuah parti kebangsaan yang disebutnya kafir dan munafik. Tiba-tiba melompat ke parti yang dikatakan munafiq. Juga dengan ‘hujah tahap tadika'. Orang kata ..ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil' dan ‘jilat ludah sendiri' dan lain-lain.
Apabila seorang bekas ketua gerakan orang muda sebuah parti yang mendokong ‘perubahan' dan anti rasuah, dahulunya HEBAT ya AMAT HEBAT membantai beserta sumpah dan kotak-kotak bukti rasuah orang daripada parti yang ditentangnya. Tiba-tiba tidak semena-mena membawakan hujjah ‘tadikal lalu melompat kepada parti lawannya. Orang kata..ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil', ‘jilat ludah sendiri', ‘tiada maruah' dan lain-lain. Pedulilah apa orang nak kata.
Seorang wakil rakyat melompat parti dari A kepada parti B, dalam tempoh beberapa hari, apabila dirasakan keadaan tidak selamat bagi dirinya, melompat semula kepada parti A. Dikemukan beberapa hujjah ‘t tadika' juga. Lalu dirasakan dirinya telah berjaya menjustifikasikan tindakan ‘beraqal tadikanya'. Orang kata, ITULAH POLITIK!
Beberapa orang lagi, tidak melompat ke parti lain, tetapi melompat juga, melompat ke parti tiada cap. Diri sedang diteliti akibat kes-kes rasuah, termasuk rasuah seks. Tetapi seolah gentleman yang bijak pandai, menjustifikasikan tindakannya dengan hujah ‘tadika'. Tidak segankah mereka? Orang kata, ITULAH POLITIK! Tiada yang malu dalam politik? Semua boleh buat asalkan boleh manfaat untuk diri, peduli orang lain.?
BODOH SANGAT RAKYAT DI MATA AHLI POLITIK?
Tidak sedarkah individu-individu seperti yang disebut di atas, betapa hina mereka di sisi mata orang ramai?. Atau terlalu bodohkah orang ramai di mata mereka.? sehingga boleh didatangkan dengan hujjah-hujjah versi ‘tiada aqal', lalu tersenyum lebar menyangka semua orang masih menghormatinya luar dalam.
Sedangkan manusia yang reti, faham dan ‘ada aqal', memandangkan dengan pandangan busuk. Orang busuk sedang berjalan, orang busuk sedang bercakap, sedang menghadiri mesyuarat.
Kita kerap mengganggap POLITIK sebagai tiket atas segala kepelikan hasil perlakuan orang politik.
Seeloknya, jangan lagi diletakkan beban dan sebab kepada POLITIK apabila ingin melakukan sesuatu yang TIDAK BERMORAL, TIADA MARUAH dalam industri politik. Beritahu sahaja sedemikian.
"Saya rasuah sana sini, tipu sana tipu sini, buat ini, buat itu, lompat sana, lompat sini sebenarnya KERANA SAYA INI TIADA MARUAH, TIADA MALU DAN TAMAKKAN DUNIA "
Amati sekali lagi bagaimana politik Khalifah Umar al-Khattab r.a dalam tulisan saya sebelum ini. Betul, banyak dilakukan atas dasar politik, tetapi politik yang didasari malu terhadap Allah swt dan sedar rakyatnya punyai hak besar untuk meneliti dirinya.
Adakah ahli politik tidak perasan bahawa seribu satu macam jenayah mereka sebenarnya adalah 'open secret' di kalangan rakyat.? Cuma gagal di buktikan di mahkamah dunia sahaja, kerana itu masih bebas.
Lihat sahaja rumah ahli politik sebelum dan selepas, padahal gaji dan elaun sebagai ahli parlimen Malaysia hanya sekitar RM 10,000 dan ADUN sekitar RM 8,000.
Lihat pula rumah dan harta pegawai atasan kerajaan termasuk Polis. Cubalah jenguk dan tinjau rumah mereka dan lihat gaya hidupnya. Jika ada Umar al-Khattab, pastinya tercabut semuanya.
KERAJAAN NEGERI PERAK
Semasa saya menulis artikel ini, belum ada keputusan dari pihak Sultan sama ada untuk memperkenankan pembubaran DUN atau tidak. Namun, adalah sangat bijak jika diperkenankan pembubaran bagi menyapu bersih muka-muka yang tiada ‘malu' DENGAN PERLAKUAN SALAH MEREKA atau yang juga sedang merendahkan minda dan hak rakyat di negeri mereka.
Sangat elok kiranya, rakyat diberi peluang semula untuk memilih pemimpin mereka agar individu tiada parti diganti dengan yang ada parti. Yang melompat-lompat diganti dengan yang tidak melompat. Amat diharap DUN boleh dibubarkan. Ia saya kira keputusan yang terbaik di mata pemerhati awam khususnya saya.
Bagi saya, kes di Perak sebenarnya membuktikan betapa ‘TIDAK TAHU MALUNYA' sebahagian orang-orang politik di Malaysia. Seolah tidak lagi mereka mengendahkan perasaan, kebencian dan minda rakyat.
Tiada lagi malu untuk berbuat apa sahaja atas nama politik. Yang penting boleh dijustifikasikan walaupun dengan hujjah tidak beraqal.
INILAH POLITIK TIDAK TAHU MALU namanya dan politik hina dan membawa kepada kehinaan dan tiada maruah. Nabi s.a.w pernah menyebut kita PERLU MALU, kerana malu adalah agama, dengan terang lagi jelas baginda menyebut :-
إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت
Erti : Sesungguhnya, perkara yang telah diketahui ramai dari perkataan nabi-nabi awal dahulu adalah : Apabila kamu tidak lagi mempunyai perasaan malu, kamu buatlah ( akan berbuat) apa sahaja ( Riwayat Al- Bukhari)
Dan satu lagi :
الحياء خير كله
Ertinya : Perasaan malu itu semuanya (membawa) kebaikan (riwayat Muslim)
dan sebuah lagi hadis menjelaskan :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( استحيوا من الله حق الحياء ) ، قلنا : يا رسول الله إنا نستحيي والحمد لله ، قال : ( ليس ذاك ، ولكن الاستحياء من الله حق الحياء أن تحفظ الرأس وما وعى ، والبطن وما حوى ، ولتذكر الموت والبلى ، ومن أراد الآخرة ترك زينة الدنيا ، فمن فعل ذلك فقد استحيا من الله حق الحياء )
Ertinya : Ibn Mas'ud menceritakan : Rasul bersabda : berasa malulah dengan Allah SWT DENGAN sebenar-benar erti malu, sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah pun berasa malu itu Alhamdulillah,
Baginda menjawab : Bukan demikian, tetapi malu kepada Allah swt yang sebenar-benarnya adalah dengan menjaga kepalamu dan setiap apa yang di dalam pemikiranmu, menjaga perutmu dan setiap apa yang diingininya, dan perbanyakkan ingatan kepada mati dan kehancuran, barangsiapa yang inginkan Akhirat, bakal meninggalkan perhiasan dunia (tidak ditipu dengan kepentingan dunia), seseiapa yang berbuat demikian seperti disebut di atas, mereka telah malu kepada Allah swt dan melaksanakan hak ‘malu' ( Riwayat At-Tirmidzi )
AKHIRNYA
Akhirnya, buat diri saya dan semua warga Malaysia di mana jua kita berada, berperanan dalam apa jua jawatan dan kapasiti. Malulah dengan Allah swt, diri sendiri, orang ramai. malu dalam kejahatan, bukan malu untuk melakukan kebaikan.
Janganlah bermain dengan POLITIK TAK TAHU MALU!! Janganlah menjadikan tindakan TIDAK TAHU MALU sebagai strategi politik. Kerana ia memalukan kami untuk mempunyai pemimpin yang TIDAK TAHU MALU.
Sekian
x ada perhimpunan pun kat stadium smlm. polis dh tutup jalan ke stadium. cuma pembgkang bengong tu buat perhimpunan kt umah mb perak.
aper2 pun takziah pakatan rakyat perak!
umno terus mara..!
AJI-AJI
Kesian kamu ni,dah la tu' umur mcam kamu ni usahla berkelakuan mcam ni lagi..
Kami x kesah sangat apa yg berlaku di perak klo dgn cara begini kamu rampoas kuasa dr kami, xpa'rampaslah apa yg kamu rasa boleh rampas,nnti akn tiba masanya kamu pula akn di balas di atas apa yg kamu ushakan ni..
Kami ttap menang di mata rakyat dan itulah yg menjadi keutamaan bagi kami sebagai sebuah jamaah yg mempunyai MARUAH N MORL yg cukup tinggi..
Dengan taktik jijik kamu ni, aku AMMAT PERCAYA IANYA AKAN MEMAKAN DIRI dan kamu akan semakin di lihat sebagai sebuah parti yg terlalu terdesak n muflis sehingga ke tahap ini..(mahathir pn dah kata)
BUNGARAYAU...
Sikap kamu adalah cermin kpd apa yg menjadi amalan di dlm kehidupan kamu dan janganlah nanti kamu terkejut apabila anak2 kamu mempunyai sikap yg kamu sendiri kurang senang dengannya...
Bukan pakatan rakyat kurang ajar, cuma hendak mempertahan kan hak dan mandat rakyat yang dberikan pd pru 12 dahulu...
adakah mnjadi salah untuk mmpertahankan hak kiter???
dalam masalah ini sepatut nyer semua pihak kn ikut undang2 yang ada ar...tidak kira samada sultan ker, nizar ker kn ikut blako undang2 ni.klau kiter nak suh org hormat kiter kiter kn hormat org.tu prinsip yg kiter kn pgang br btul...
satu lgi kite smua xleh mngikut spenuhnyer apa yang pejabat sultan ckap sbb mereka jga manusia biase kadang2 silap gak wat keputusan ni..
kiter tgk ptut ker ader yb2 yg mcm yb osman,jamaludin ngan dato nasa yg xder prisip langsung dah mdah digoyang2....
mereka ni telah mngkianati amanah yg rakyat berikan kpda mereka dahulu....
kn ingat smua ni akan Allah tnyer d akhirat kelak....
kiter xakan hidup selamanyer....
sendri mau ingat ar......
SUDAH2 LAH BERJUANG ATASDASAR BANGSANYER XAKAN KEKAL DAN SELAMAT XKIRALAH SAMADA DIDUNIA MAU PUN DIAKHIRAT NANATI.....
BERTAUBATLAH WAHAI SAUDARA.......
RASULLAH XPENAH AJO KITER BERJUANG ATAS DASAR BANGSA PUN....
ATAS DASAR BANGSALAH YANG AKAN MENYEBABKAN BERLAKU KEHANCURAN UMAT SELURUH DUNIA
TGK LA DUNIA KINI....
SEMNGAT BANGSA SGT....
XDER APA YANG BLEH DILAKUKAN.
PALESTIN DISERANG OLEH YAHUDI LAKNAT....
XDER MN2 NEGARA UMAT ISLAM PUN BANTU PALESTIN,SBBNYER PALESTIN BANGSA LAIN.....
SY HARAP CIK BLOGER NI PKIR AR....
Ni lah bukti kalo tak dapat terima hakikat.....
minta laluan sikit.....
minta penjelasan... kalau imam kita kain koyak semasa solat sah ke solat tu????
yang jahil.... tq
Catat Ulasan