Ada yang setuju dan mungkin ada juga yang setuju....
Ini semua berkaitan laporan akhbar baru-baru ini yang melaporkan ramai ahli UMNO yang didakwa dan direman oleh SPRM kerana politik wang dengan kata lain rasuah politik.
Yang bersetuju akan mengatakan inilah jalan terbaik untuk mengatasi politik wang. Namun bagi yang tidak bersetuju pasti akan berkata "apa guna menteri gaji besar, projek berjuta-juta, setakat hendak campak sepuluh, dua puluh sen pun berkira", "buat apa nak undi A, tak ada apa-apa pun".. semua kenyataan ini memang biasa didengar oleh perwakilan... sehingga yang PUTERI pun yang baru setahun jagung mengenal politik, ada yang mula pandai berjinak-jinak dengan politik wang...
Namun jika difikirkan, apakah jalan baik yang terbaik untuk membenteras politik wang ini yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim suatu masa dahulu sehingga menjadi 'trend' yang kini berterusan.
UMNO patut menjadi wadah yang relevan bagi orang Melayu sehingga bila-bila. Oleh itu, jika ahli UMNO itu seorang pejuang maka dia akan relevan sampai bila-bila, namun jika ahli UMNO itu seorang mata duitan dan oppurtunis maka nescaya mereka pasti tenggelam.
Rasulullah SAW pernah bersbda "sesungguhnya sesuatu amalan itu bermula dengan niat dan sesuatu perkara itu dilakukan bermula dengan apa yang diniatkan, sesiapa yang berhijarah demi Allah dan Rasulnya, maka Hijrahnya itu akan kembali kepada Allah dan Rasulnya, tetapi jika Hijrah semata-mata untuk urusan dunia dan wanita untuk dinikahi, maka Hijrahnya ke atas apa yang diniatkan" maka niat sesoranglah yang akan menentu segala.
Tidak kiralah sesiapa yang besar mahupun yang kecil, yang tinggi mahupun yang rendah dan sesiapa yang benar-benar berjuang demi agama, bangsa dan negara maka tidak boleh tidak politik wang ini mestilah ditangani. Sesiapa yang ikhlas dan jujur hendaklah laporkan kes politik wang ini.
Apa yang penting kita tidak mahu UMNO dihancurkan oleh mereka yang berkepentingan, jadi tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) amatlah tepat, jika tiada cara lagi untuk tangani isu politik wang di dalam UMNO.
Namun padangan ini jika dilihat ianya hanya idealistik semata-mata, bukan realistik yang sepenuhnya. Memang sukar untuk diatasi, namun jika azam dan iltizam yang kuat pasti sesuatu yang sukar manapun pasti dapat diatasi.
12 ulasan:
Setiap kali tewas pilihanraya, pemimpin-pemimpin UMNO kelihatan seperti cacing kepanasan. Bermula dengan kekalahan dalam PRU ke-12, PRK Permatang Pauh dan baru-baru ini PRK Kuala Terengganu, demam UMNO nampak seperti tidak kebah-kebah.
Tapi demam lepas PRK Kuala Terengganu ini nampak seperti lebih dahsyat dari demam selepas PRU ke-12 dan PRK Permatang Pauh dahulu. Mungkin pemimpin-pemimpin UMNO fikir mereka boleh bangun semula di Kuala Terengganu selepas 2 siri kekalahan sebelum ini. Lagipun Kuala Terengganu adalah kerusi milik BN bukan kerusi milik PR seperti di Permatang Pauh. Suatu lagi berdasarkan sejarah lampau BN selalu keluar sebagai pemenang dalam PRK, malah kawasan yang secara tradisi dipegang pembangkang pun seperti DUN Permatang Pasir dan Parlimen Pendang pernah mereka rebut dalam PRK.
Tetapi dalam PRK di Kuala Terengganu baru-baru ini mereka tewas dengan majoriti besar. Rasa malu akibat kalah menyebabkan ramai pemimpin UMNO yang meracau. Lalu pelbagai yang mereka katakan tentang parti UMNO, sesetengahnya adalah kata-kata yang selama ini keluar dari mulut PAS, PKR dan DAP. Lihat apa yang pemimpin-pemimpin UMNO katakan terhadap parti mereka dan rakan-rakan mereka:
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak: Pemimpin Umno kurang mesra dengan pengundi.
Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin: UMNO telah hilang daya penarik terutamanya di kalangan orang muda.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Seri Khir Toyo: Imej BN ketinggalan zaman
Exco Pemuda Umno, Datuk Idris Haron: Umno hilang daya tarikan di kalangan rakyat kerana masih terikat dengan cara lama.
Ketua Wanita Umno Terengganu, Wan Ramlah Wan Ahmad: Pengundi wanita di kawasan Parlimen Kuala Terengganu akan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.
Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Razali Ibrahim: Pemimpin Umno kini kurang mesra dengan rakyat sehingga menimbulkan tanggapan bahawa parti itu tidak mesra rakyat.
Timbalan Pengerusi UMNO Perlis, Dato Zahidi Zainul Abidin: Orang Melayu kini muak dengan UMNO
Kata-kata beberapa orang kuat UMNO itu seolah-olah menggambarkan UMNO telah insaf dan ingin berubah agar kembali diterima rakyat. Tetapi adakah UMNO akan berubah dan jika berubah bagaimana bentuk perubahan itu?
Beberapa hari lepas saya ada bercakap dengan seorang bekas pemimpin UMNO di peringkat Bahagian yang kini menyeberang ke parti lain di bawah PR. Dia tidak percaya UMNO akan berubah kerana berdasarkan pengalamannya parti itu lebih berpaksikan wang dan kuasa. Katanya UMNO bukan cuma setakat parti politik tetapi sebuah syarikat yang berasaskan perniagaan. Ramai pemimpin yang berjuang untuk wang dan kuasa dan bukan untuk rakyat. Rakyat pula semakin cerdik dan dapat menilai pemimpin-pemimpin mereka. Apabila mereka nampak pemimpin hanya mementingkan diri sendiri mereka tanpa ragu-ragu akan menolaknya.
Bila saya tanya apa perubahan yang rakyat harapkan dari UMNO, dia menjawab "macam-macam". Contohnya ialah Kerajan Pusat perlu menjadi kerajaan yang gentlemen, jangan bermusuh dengan Kerajaan Negeri yang dikuasai PR. Hormati keputusan rakyat yang memilih PR dengan menyalurkan peruntukan sama-rata kepada Kerajaan Negeri di bawah PR, menerapkan kebebasan media, mengelakkan politik wang, mengelakkan ahli politik peringkat atasan terbabit dalam perniagaan yang menyebabkan mereka tiada masa mendampingi rakyat, jangan berlagak elit di hadapan rakyat dan lain-lain sifat menarik .
Bila saya katakan UMNO pasti akan mengkoreksi diri dan berubah selepas ini, rakan itu tidak percaya dan berkata, "Jika nak berubah, UMNO dah lama berubah sejak lepas PRU dulu lagi. Tapi UMNO tak berubah. Jika UMNO berubah, aku berani potong jari ini!" sambil menunjukkan jari telunjuknya. Ngeri saya mendengar kata-katanya yang berani mengorbankan jarinya itu. Nampaknya dia yakin benar UMNO tidak akan berubah! Dalam hati saya berharap UMNO benar-benar tidak berubah bagi menyelamatkan jari rakan saya itu terputus!!
Mereka kata mahu berubah. Tetapi mereka tidak pun berubah. Maka, sama ada mereka berubah atau tidak berubah, pandangan kita terhadap mereka tetap tidak berubah.
UMNO ni sebenarnya xda siapa pun yg xda kepentingan di dalamnya, termasauk bolger2 ni pn penuh dgn hasil drp UMNO KHIANAT ni, NAFIKANLA KALAU BERANI..
Aku bukannya x tau apakah budaya jijik UMNO ni, sbb tu la ramai org2yg jujur n xda kepentingan akan keluar n ianya umpama sebuah MIMPI NGERI utk masadepan bangsa apabila beberapakali mengikuti meeting dgn org2 lama UMNO, semuanya cakap soal duit n projek sahaja dan semuanya begitu RAKUS & BUAS bila cakap tentangnya,soal anak bangsa n nasib rakyat mmg langsung tak kedengaran lagi apabila soal projek n kepentingan muncul..
Haih' umno-umno...
malanglah siapa yg bersamanya...
bungarayaU, kau pun tak terkecuali jugak rakusnya bila bercakap soal kepentingan ni...
AKU KENAL LA KAU TU!!!
Soal rahsuah ni akan kekal menjadi budaya mulia di dalam UMNO n ianya x akan mahu di hapuskan kerana itulah umno yg tidak harus di letakkan sebarang harapan bagi org melayu dan manusia2 yg mulia ...
Di sana dan di sini SPRM ligan mencekup pengamal rasuah politik dalam UMNO. Ya..... UMNO penganjur rasuah politik teragung di Malaysia. Bila dengar jer politik rasuah..... nama yang naik pasti UMNO. Pelik... kenapa parti politik lain sepert PAS, tak pernah kita dengan dikaitkan dengan rasuah politik....
Parti -parti politik lain, ade jugak pemilihan.... tapi tak dengor pun, orang bersuap-suapan. Tak dengar pulak, hang garuk belakang aku.... aku garuk belakang hang. Mungkin mereka ni tak gatei kut, macam orang dalam UMNO!! Kita bertanding..... menang atau kalah... tak kisah. Yang penting... perjuangan parti diteruskan.
Tapi UMNO ni.... lain sikit.... menang itu maha penting, kerana kemenangan melambangkan 3K
Kuasa... Kedudukan... Kekayaan!!!
Itulah segala-galanya bagi mereka dalam UMNO. Gejala ini telah mencemarkan imej parti 'Dulu... Kini dan Selamanya' itu. Lantaran itu.... UNMO beriya-iya, mahu memulihkan imejnya sebagai parti rasuah.
Dan hari ini.... yang dicekup dan didakwa, hanyalah ikan-ikan bilis yang melibatkan suapan 'tahi gigi' sahaja...... Bila lagi, kita dapat melihat ikan jerung menjadi mangsa SPRM.
Ikan jerung yang mana satu....??? Aha... itu kena tanya Abang YB Saifuddin Nasution!!!
GERAK Lembu lah yg sepatut nya mainkan peranan untuk melapurkan pada SPRM kes kes ikan JERUNG ni,,,
Imej UMNO makin terjejas akibat politik wang yang semakin buruk. Golongan muda, intelek dan pengundi atas pagar memandang ini sebagai satu penyakit yang boleh melumpuh sesebuah organisasi dan negara.
Apalagi kini pemimpin UMNO di peringkat Bahagian kebanyakannya adalah di kalangan koporat yang lebih mementingkan keuntungan perniagaan berbanding dengan jati diri dan perjuangan parti. Mereka jadi UMNO sebagai batu loncatan untuk mendapat pengaruh dan kekayaan. Ini juga yang menjelekkan persepsi rakyat.
Selepas PRU yang lalu, imej UMNO/BN terjejas teruk. Terlalu banyak pekung yang terdedah dengan adanya media tambahan untuk rakyat dapatkan maklumat.
Cuba tanya manusia muda dan yang berpelajaran adakah pemimpin pemerintah yang ada hari sedang memandu negara ke arah yang betul?
Selama ini semua media yang dikuasai kerajaan menglabukan pandangan rakyat. Zaman berubah, media berubah, pemikiran berubah maka persepsi juga akan berubah. Malangnya UMNO tertinggal kapal di dalam bab ini.
Seorang pemimpin Umno kanan peringkat pusat, yang dipercayai terlibat dalam politik wang dalam pemilihan parti, menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam. Beliau merupakan orang yang ke-13 ditahan oleh SPRM berhubung politik wang, yang hangat diperkatakan menjelang pemilihan parti itu. Semalam tiga orang didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh, Kuala Lumpur dan Alor Gajah berhubung tuduhan memberi wang untuk mendapatkan sokongan ketika pemilihan bahagian tahun lalu. Pemimpin dari Wilayah Persekutuan itu ditahan selepas beliau menyerah diri kepada SPRM di Temerloh, Pahang. Beliau yang berusia lewat 40-an disoal siasat beberapa jam sebelum dibebaskan dengan ikat jamin berhubung dakwaan bahawa telah membuat bayaran kepada beberapa orang untuk tujuan meraih sokongan menjelang pemilihan pusat Mac ini. Sumber-sumber memberitahu, beliau yang telah layak untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) membayar antara RM300 dan RM500 setiap perwakilan. Tiga orang yang didakwa pagi tadi termasuk Naib Ketua Umno Beruas, Azman Noh, 42 di Ipoh dan seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Junaidi Abdul Hamid, 46 di Kuala Lumpur. Sementara itu, seorang lagi adalah Ketua Umno cawangan Kampung Panchor yang juga seorang kontraktor, Johari Ibrahim, 46, didakwa melakukan kesalahan yang sama di Melaka.
[Senario yang berlaku ini sebenarnya menguatkan lagi hujjah bahawa 70% Najib Razak tidak akan menjadi Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO. Ini kerana Pak Lah dan Khairy nampaknya akan menggunakan SPRM dan laporan Lembaga Displin UMNO untuk mendakwa mana-mana pemimpin UMNO yang didapati bersalah kerana politik wang. Ini bermakna jika calon terbabit menang kerana politik wang, sudah pasti ia akan dibatalkan dan mesyuarat bahagian itu tidak sah. Bila banyak mesyuarat bahagian tidak sah maka ia akan diadakan semula. Bila penangguhan semula berlaku maka peralihan kuasa Mac 2009 ini pasti akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Maka kempunanlah gamak anak Tun Razak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Syabas dan tahniah kepada Pak Lah kerana berjaya melakukannya. Dengan membangkitkan isu rasuah dan mendakwa mana-mana pemimpin terlibat maka Pak Lah akan dapat dua "milage politik". Pertamanya, beliau akan dilihat pemimpin yang bersih dan konsisten terhadap menghapuskan rasuah dalam UMNO dan kedua beliau akan berjaya menghalang Najib Razak menjadi PM dan Muhyiddin Yassin jadi TPM seperti yang dirancang. Masa depan Khairy Jamaluddin juga akan kembali cerah jika bapa mertuanya terus berkuasa].
Bro, Kau orang mana? Kau kata kau kenal aku. Aku nak tanya kau, aku kaya kah miskin? Aku berpangkat Datuk ke atau aku orang biasa? Aku memiliki ijazah ke atau aku memiliki hanya sekadar SPM? Aku bujang kah atau aku telah berkahwin? Berapa isteri aku ada?
Aku pemimpun UMNO kah atau tak ada jawatan?
Kifli,
Nampaknya pemimpin UMNO sekarang ini berusaha memulihkan kembali maruah UMNO akibat pukulan TKO PAS dan PKR sejak kebelakangan ini. Kalah dan menang tu adalah perkara biasa dalam politik. Berapa lama PAS mengalami kekalahan. Sejak merdeka. Manusia seperti "BRO" ujud adalah hasil kekalahan yang terlalu kerap dirasai oleh PAS. UMNO ( kami ) hanya berusaha mencari seorang pemimpin yang mampu mengembalikan kegemilangan UMNO suatu ketika dulu. Apabila UMNO kembali pulih kelak sudah pasti semua melayu dibumi Malaysia ini akan bergembira kerana tidak ada seorangpun akan merasa kecewa dan tindak mendapat layanan setimpal. Bukan janji hanya harapan yang pasti akan nyata.
PAS sesekali tidak memiliki kemampuan yang ada pada UMNO. Pemimpin PAS jauh dari berkelayakan menjadi pemimpin Nombor satu negara. Malah untuk menjadi nombor 2 pun tidak layak.
PKR? Ia langsung tidak ada dalam perkiraan kita. Sebab utamanya ialah kerana ia ditubuhkan bukan untuk agama, bangsa dan negara tapi untuk individu tertentu.
Saya hairan kenapa PAS boleh bekerjasama dengan PKR? atau DAP?
DAP yang nyata sekali memusuhi Islam boleh bekerjasama dengan PAS.
Apa ke namanya ni? Agak terlalu jelas tujuannya dimata kami.
Tulisan Kifli elok tanpa sinis dan menghina UMNO. Satu perangai yang sama seperti suara bukan islam.
Suara Brok ( beruk ) memang selalu spt itu. Panas Baran.
Oleh sebab itulah UMNo akan pupus pada PRU ke 13 nanti-kenyataan Sanusi Junid...
tentang blogger UMNO...sebenarnya merupakan perancangan teliti dari KUala Lumpur...dulu sejak sekian lamanya mereka cuba mengempur blogger pakatan rakyat serta web alternatif seperti Malaysia kini serta Harakadaily....namun gagal...maklumlah perjuangan tidak ikhlas..kini mereka muncul lagi tetapi dengan blog yang lebih hebat kononnya...tetapi sayang kebebalan serta sikap berat sebelah dan rasis menyebabkan blog pakatan rakyat lebih konsisten serta menerima hits visitor yang lebih tinggi...kenapa....sebab blog pro UMNO tak ubah seperti rangkaian TV milik penguasa...isi kandungannya sama dengan TV 1,TV3...Utusan..Bharian,The Star...New ST..dlll...buat bro dan kifli...maklumat dalaman menunjukkan blogger umno sebahagian besarnya menerima upah menghasilkan blog...sebahagian yang lain pula ikut-ikutan sahaja...dan sebahagian kecil pula merupakan tunjang..proksi pemimpin UMNO...percayalah mereka tidak akan ke mana pun....
Saya sendiri sebagai ahli UMNO menolak blog UMNO...malahan orang Cina dan India lagilah menolaknya...maklumlah blog pro umno..BPN contohnya 98% rasis serta bertunjangkan kepada ketuanan melayu...
Politik wang bukan dimulakan pada zaman Anwar....buat Aspirasi bangsa....politik wang sudah bermula sejak zaman Tun Abdul Razak.....berhati-hatilah membuat kenyataan...mungkin sdr masih belum hidup lagi kut pada waktu itu.....keadaan ini berterusan hingga kini.....kenyataan mudah begini
UMNO HIDUP KERANA WANG.....
TANPA WANG UMNO MUSNAH...TAPI KINI
DENGAN WANG JUGA UMNO AKAN MUSNAH...Keadaanya sangat serius...sudah tidak terkawal....penangkapan beberapa politikus UMNO pada politik wang hanyalah sebesar kuman....sebesar gajah masih ada...belum tertangkap serta tidak akan tertangkap....cukuplah beretorik...siapa mampu mengubahnya...sepatutnya sejak sekian lama pesalah politik wang(nama mesra kepada si perasuah) di bebaskan...sekadar dikenakan tindakan parti,tatatertib..manghakis keyakinan rakyat...BPR...pejam sebelah mata sahaja...contohnya Isa samad....kenapa dikena tindakan tatatertib parti sahaja? Mengapa BPR tidak campur tangan....sekali lagi Suruhan Jaya rasuah ini merupakan make up buat rakyat....
Buat pengetahuan sdr Aspirasi Bangsa....laporan rasuah yang pertama di laporkan kepada suruhanjaya terbaru anti rasuah ini adalah pertuduhan Rasuah terhadap Datuk Najib......60ms kalu tidak silap saya.....rakyat akan menunggu lagi....bukan sekadar Khalid Ibrahim sahaja...silalah lihat perasuah di seluruh negeri di malysia....nantinya sdr aspirasi jangan terkejut kerana jika sebenar-benarnya Suruhan jaya itu bertinndak adil tanpa ada tekanan kuasa eksekutif(Kabinet...UMNO dan BN la senang cakap)...sang perasuah terbesar akan disumbat ke lokap...tetapi sayang ini tidak akan menjadi kenyataan....
Buat sdr Aspirasi berhati-hatilah membuat kenyataan...bukan di mulakan zaman Anwar...tetapi sejak zaman TUn Abdul Razak...cuma caranya berbeza tetapi sama sahaja kesannya....
Sebagai orang lama di dalam UMNO saya melihat kehancuran UMNO sudah pun tiba....selagi pendakwaan terpilih...pendakwaan tidak penyeluruh...pendakwaan sekadar melegakan perasaan rakyat...pendakwaan low profil..selagi itulah UMNO sukar dipulihkan.....kalau tidak masakan ada cadangan dari Rais yatim supaya kepimpinan UMNO dibaut secara tender terbuka....barah ini sukar dihapuskan....sdr aspirasi merupakan pemain umno yang kecil sahaja...jika melawan nanti....kepimpinan serta tangan-tangan perasuah yang mempunyai dana yang mencukupi akan menjentik sdr....jentik pun sudah cukup parah......Politik wang memang budaya UMNo..dengan perkataan lain...kepimpinan umno 90% penuh dengan rasuah....buat sdr Aspirasi politik wang di dalam UMNO sukar dihentikan...malahan sudah menjadi konsertium...you serahkan RM 400,000 ribu 20 undi confirm untuk you.....sehingga begitu sekali...tak usah berbahasa-bahasi...sdr hanyalah pemain kecil sahaja..sedangkan pemain besar akan terus bermain dengan prasuah atau nama manja supaya sedap didengar ditelinga rakyat'politik wang'
UMNO tidak akan berubah...memang benar ianya kan terus begitu....lihat sahaja nanti...
Nampaknya saudara umno net(org lama)telah memdedahkan sedikit apa yg telah menjadi budaya di dlm umno dan nampaknya dia ni bukanlah kecik anak, tapi percayalah walau sehebat mana pun fakta yg di hujjahkan oleh siapa pun, puak2 umno yg berkepentingan ni akan terus begitu..
BungarayaU apa yg aku katakan tentang kau,x perlukah aku jawab sbb kamu selalu aje salah tafsir apa yg org maksudkan, dan aku pun x lah bercadang nak kaitkan hal2 peribadi di sini..
Cuma pada aku apa yg di katakan oleh kebanyakkan org hendaklah di ambil kira oleh kita sebagai nasahat yg baik, walaupun gaya bahasanya tidaklah di senangi/selesa, yg penting fakta n isinya..
SISPAKAH LAGI YG AKAN KEKAL BERSAMA UMNO PENGKHIANAT BANGSA NI?????
Sama2lah kita tunggu dan lihat episod demi episod duka pemimpin UMNO yg penuh khianat ni...
Degil lagi keras kepala menyebabkan semua ini berlaku..
BERUBAHLAH atau REBAH!!!
Marilah kita fikirkan bersama apa yg di cadangkan oleh MP yg mementingkan ugama n bangsanya ini...
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang sebelum ini disebut-sebut menyertai Umno atau PAS, menggesa ahli-ahli Parlimen dari Umno agar menyertai PAS untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
Zulkifli, yang menjadi perhatian ekoran kontroversi dalam isu membantah forum anjuran Majlis Peguam Ogos lalu berkata, cara terbaik menyelesaikan masalah penyakit kronik Umno ialah dengan membubarkan parti itu.
"Apa yang menyedihkan, kelemahan pimpinan dan parti Umno hari ini menyebabkan bukan sahaja hak istimewa bangsa mula dipertikaikan, malah agama Islam sendiri turut diserang dan diperlekehkan.
"Saya percaya cara terbaik untuk memartabatkan dan memperkukuhkan Islam dan bangsa Melayu ialah dengan membubarkan Umno, sekali gus saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan Umno supaya menyertai PAS," kata beliau dalam blognya.
Zulkifli memenangi kerusi itu atas tiket PKR, yang Jawatankuasa Disiplinnya pernah memangil beliau berhubung isu tersebut.
Kata beliau, jika cadangan itu diterima, PAS yang mempunyai 24 Ahli Parlimen, akan menambah kedudukannya sebanyak 89 anggota Dewan Rakyat.
"Ini akan menjadikan Ahli Parlimen PAS berjumlah 113 orang, sekali gus membolehkan PAS membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (sebanyak 112).
"Dengan sokongan Ahli Parlimen PKR seramai 31 orang (21 beragama Islam) maka PAS akan boleh membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang selesa.
"Insya-Allah dengan menjadikan peristiwa Gaza sebagai pengajaran, saya berharap dan berdoa agar pimpinan dan ahli Umno akan dapat berlapang dada dan memikirkan serta menimbang cadangan saya ini," katanya lagi.
Kelmarin, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddin mencadangkan pembubaran kesemua sayap Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri Umno sebagai salah satu cara membendung masalah politik wang, rasuah dan salah guna kuasa dalam Umno.
PKR merupakan salah satu komponen Pakatan Rakyat, yang Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan sasaran mahu membentuk kerajaan pusat yang baru dengan menarik wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai pihaknya menjelang 16 September lalu.
Tetapi ia tidak menjadi kenyataan.
Ahad lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno, Datuk Nasarudin Hashim menyertai PKR.
Labels: Zulkifli Noordin
Sebaik menerima keputusan pilihanraya umum pada malam 8 mac yang lalu, aku terus membisikkan pada seorang teman bahawa PRU ini tidak akan berakhir. Aku begitu yakin kerana menyaksikan kemaraan mendadak Parti Pembangkang ketika itu, dan yang paling menarik BN hilang duapertiga majoritinya.
Maka aku menduga bahawa peristiwa ini akan berlanjutan sehingga PRU seterusnya, atau mungkin lebih panjang lagi. Aku dapat rasakan yang UMNO tidak akan begitu mudah menyerah...tambahan pula, mereka sudah berkuasa terlalu lama. Mungkin Pak Lah yang terkenal dengan perwatakkan lembutnya akan mengaku kalah...tetapi tidak bagi Najib. Najib mempunyai nilai sentimental terhadap parti ini, keluarganya bergantung harap kepada survival UMNO untuk terus hidup.
Oleh itu, Najib sekali-kali tidak akan mengaku kalah.Beliau akan menggunakan apa saja cara untuk meneruskan dinasti ini, kebetulan pula situasi yang dihadapinya kali ini...pernah menimpa ayahnya iaitu Tun Razak dulu. Tun Razak berjaya melepasinya, cuma jangka hayat tokoh itu tidak lama.Najib sedar bahawa resepi kejayaan ayahnya tidak relevan untuk digunapakai waktu ini, zaman sudah berubah...anak muda sudah tidak terikat dengan pemikiran perjuangan kebangsaan, mereka dahagakan pembaharuan dan sudah jemu dengan retorik kebangsaan.
Untuk itu, Najib harus memikirkan dengan teliti isi kandungan resepi agar mampu menyelamatkan dinastinya. UMNO wajib diselamatkan oleh Najib, jika tidak...seluruh kerabatnya berdepan dengan bencana.Yang paling menyesakkan Najib saat ini ialah berkenaan musuhnya, musuh ini pernah menggoncang ketuanan bapanya diera 70an dulu. Kegoncangan itu menyebabkan bapanya terpaksa menawarkan kerusi Menteri kepada musuhnya itu. Dan yang paling menggusarkan ialah, musuhnya ini pernah menjadi bos kepada Najib.Hmm...mahu tidak mahu Najib terpaksa menghadap musuhnya ini yang bernama Anwar Ibrahim.
Anwar pula terkenal dengan sifat kedegilannya, beliau juga mempunyai sifat tidak mudah berputus asa. Manakala menyerah pada Takdir bukanlah prinsip Anwar, sebaliknya kecekalan jiwa dalam mengharungi perjuangan merupakan pegangan kuat tokoh ini dari dulu hingga sekarang. Anwar sudah pasti tidak akan mengalah lagi, Apatah lagi musuhnya kali ini hanyalah bersifat cicak mengkarung.
Penderitaan selama dipenjara menjadi pembakar semangatnya, justeru pernah silap percaturan..Anwar sudah tentu lebih bersedia kali ini. Jarang ada orang yang punya peluang sepertinya, . Anwar cukup bernasib baik, walaupun beliau dipijak,dicerca dan dihina serta dipenjarakan oleh penguasa..namun masih punya peluang yang kedua untuk meneruskan pertarungan.Oleh itu menebus maruahnya yang dijijak selama ini, sudah tentu menjadi keutamaan Anwar dalam pusingan kedua ini.
Ini juga merupakan pusingan akhir bagi mereka, samada Dinasti bangsawan Najib terus kekal ataupun hembusan Mantera Anwar akan melenyapkan empayar Razak serta seluruh organisasinya sekaligus menjadi bahan arkib untuk tatapan anak cucu kita dimasa hadapan.
Jika dilihat diatas kertas, sudah tentu Najib punya kelebihan untuk menang pusingan ini, namun harus diingat! Anwar pernah berperang dengan bapa Najib, dan peperangan itu dimenangi olehnya..Dan perkara yang paling penting untuk Najib tahu ialah "Anwar mampu membuat sesuatu diluar jangkaan". Oleh yang demikian, aku kira peristiwa kekalutan diPerak adalah merupakan langkah awal bagi permulaan pertarungan ini. Dan pastinya selepas ini akan lebih hangat serta sengit lagi, Aku juga berkeyakinan penuh bahawa disaat itu, jiwa kita semua akan bergoncang kuat tatkala melihat pertarungan yang sebenar.Kita tunggu babak seterusnya...
Satu analisis menarik yang dibuat oleh blogger Nuraflah tentang strategi licik Anwar. Betul atau salah boleh fikirkan!!!!!
DS Tajol Rosli pernah memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos 2008. Seperti misi 916 Anwar, misi Tajol juga gagal. Biarpun kedua-kedua misi itu gagal disempurnakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan, namun itu tidak bermakna yang kedua-dua misi itu telah ditamatkan.
Dalam posting saya yang bertajuk “Patutkah Adun Bota Buat Begitu?” [di sini], memang saya tidak mahu mengulas sesuatu yang bersifat ‘khabar angin’. Oleh kerana khabar angin yang saya maksudkan itu sudah bertukar nyata, saya terpanggil untuk mengulasnya ‘sedikit’. Gerakan untuk menarik ADUN Pakatan Rakyat berhijrah ke BN sudah bermula sejak Nizar dilantik sebagai MB Perak yang baru.
Mulanya, Tajol memujuk PAS menyertai BN secara terbuka dan pada ketika itu, isu muzakarah UMNO-PAS sedang heboh diperkatakan oleh peminat politik. Oleh kerana PAS menolak untuk bersama UMNO dan memilih untuk kekal dalam Pakatan, maka UMNO terpaksa memikirkan strategi baru. Tajol diberikan kepercayaan untuk menyerang kerajaan Pakatan Perak dari dalam. Sasaran mereka adalah ADUN Pakatan yang tidak bersetuju dengan perlantikan Nizar (PAS) sebagai Menteri Besar.
Jika dilihat dari permukaan air, pemilihan Nizar sebagai MB seolah direstui oleh semua ADUN Pakatan. Akan tetapi, realiti sebenarnya bukanlah begitu. Terdapat beberapa ADUN DAP dan PKR yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Nizar. Mereka mahu wakil PKR menjadi MB dan bukannya wakil PAS. Nizar sedar tentang perkara itu. Sebagai wakil PAS, Nizar cuba bersikap neutral biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah wakil PKR dan DAP.
Nizar terpaksa membelakangkan dulu prinsip perjuangan PAS untuk mendengar dan melaksanakan permintaan PKR dan DAP. Beliau berbuat begitu kerana mahu memastikan kerajaan Pakatan berada dalam keadaan stabil.Hasilnya, Nizar berjaya mengubah persepsi masyarakat Cina di Perak mengenai parti PAS. Jika sebelum ini mereka menganggap PAS sebagai parti ‘Islam Ortodok’, kini mereka mengganggap PAS sebagai parti yang jujur, ikhlas dan kuat beragama.
Perkara ini diluahkan sendiri oleh bapa saudara saya (bukan Melayu) yang tinggal di negeri Perak.Oleh kerana masyarakat bukan Melayu Perak semakin menyukai cara Nizar berkhidmat, beberapa ADUN DAP yang dulunya menentang perlantikan Nizar mula berlembut dan semakin menerima kepimpinan Nizar.
Bagaimanapun, tindakan Nizar mendahulukan perjuangan DAP dan PKR membuatkan dirinya dikritik hebat oleh masyarakat Melayu. Nizar dilabel sebagai pembelot bangsanya sendiri malah dituduh menderhaka kepada Rajanya. Dalam masa yang sama pula, 2 exco PKR gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”. Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap.
Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kestabilan kerajaan Pakatan kembali bergolak. Penyokong Melayu PKR dan PAS mula bertelagah sesama sendiri. Tajol Rosli nyata gembira dengan perkembangan ini. Untuk mengelakkan ‘perang mulut’ yang lebih parah, Nizar mengambil jalan tengah. Dia membela kedua-dua ADUN itu sehingga kedua-duanya diputuskan bersalah oleh pihak mahkamah.
Bila Nizar mengambil pendirian itu, penyokong PKR semakin menghormati Nizar dan penyokong PAS menerima pendirian itu sebagai sesuatu yang lojik dan patut disokong. Isu penahanan 2 exco itu lebih menjejaskan nama baik PKR daripada kerajaan Pakatan di Perak. Masyarakat mula menyamakan PKR sebagai ‘UMNO yang berkulit baru’. Untuk mengelakkan persepsi itu berterusan melemahkan imej PKR, Anwar cuba memancing ADUN UMNO untuk memulihkan semula imej PKR.
Usaha Anwar berjaya, Nasaruddin berjaya dipujuk dan keyakinan rakyat kepada PKR dapat dipulihkan. Strategi ini hanya dapat menjamin kedudukan kerajaan Pakatan Perak buat sementara waktu. Jika kedua-dua ADUN PKR didapati bersalah oleh mahkamah, kerajaan Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Pakatan perlu berbuat sesuatu untuk terus mengukuhkan kedudukannya. Dengan segala bukti yang ada (termasuk pengakuan melakukan hubungan seks), keputusan mahkamah sudah dapat dijangka.
Anwar mula mengatur strategi seterusnya. Beliau mahu 2 ADUN PKR itu berunding dengan UMNO. Untuk berunding, 2 ADUN itu perlukan ‘modal’ dan modal yang mereka gunakan, ada ADUN DAP yang mahu mengikut jejak mereka [di sini]. UMNO tentu tertarik untuk berunding kerana kerajaan Pakatan dapat ditumbangkan dengan mudah. Bagaimanapun, Tajol Rosli tidak setuju dengan kemasukan 2 ADUN itu. Jika UMNO menerima mereka, liabiliti yang ditanggung PKR akan berpindah pada UMNO. Biar apapun alasan yang diberikan UMNO nanti, UMNO akan dilabel sebagai parti yang melindungi pesalah dan natijah sebenarnya pada PRU ke 13 nanti.
Tajol mengambil keputusan untuk berundur. Tugasnya digantikan Najib dan Zahid. Sebagai anak didik Anwar, Zahid gagal membaca strategi Anwar. Zahid tidak sedar yang kedua ADUN PKR itu sudah menandatangani surat perletakan jawatan. Apa-apa sahaja tawaran balas yang Najib dan Zahid berikan pada 2 ADUN itu hanya akan menguntungkan ADUN PKR itu dan merugikan UMNO. Strategi ini akan melemahkan imej Najib sebagai pemimpin harapan UMNO dan BN. Jika tidak, Anwar takkan me’link’kan keputusan ‘undian’ yang dibuat blog The People’s Parliament dan tulisan Raja Petra yang telah diterjemahkan oleh Mat Saman Kati di blog peribadinya malam tadi.
Semua ini dilakukan untuk mengaburkan mata penganalisis politik mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Malah media juga berjaya dipergunakan kerana berita kehilangan ADUN PKR dan ADUN DAP berjaya menghangatkan lagi pentas politik Malaysia. Lebih hebat lagi, penyokong UMNO dan BN yang sedang teruja menantikan perubahan kerajaan Perak akan bertambah hampa pada kepimpinan mereka. Bahkan, penyokong Pakatan pun turut terpedaya dengan strategi ini.
Yang sebenarnya, Anwar memang mahu mengadakan pilihanraya kecil untuk memalukan lagi UMNO dan BN. Lalu, tidak perlu dihairankan bila Jamaluddin menafikan surat perletakan jawatan yang sampai ke tangan Speaker Perak [di sini].
Anwar memang sudah bersedia untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana peluang untuk Pakatan menang kini 60:40. Kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti amat penting untuk projek seterusnya di Persiangan dan DUN Sarawak.
Kini kita sudah tahu, kenapa Anwar digelar pemimpin yang bijak di Asia dan kenapa Tun Razak memujuknya masuk ke dalam UMNO dan kenapa Mahathir lebih sayangkan Anwar daripada anaknya sendiri pada suatu ketika dahulu.Fikir-fikirkanlah.
Nur Aflah: Sebelum ini ada yang bertanya, kenapa Nasaruddin masuk PKR dan bukannya PAS? Jawapannya mudah. Pemimpin PAS tidak meminang Nasaruddin.
PERMAINAN BARU JE NAK BERMULA!!!
Catat Ulasan