Jumaat, Julai 31, 2009

Malaysiakini promosi demonstrasi haram GMI

Walaupun dimaklumkan bahawa demontrasi GMI adalah haram namun ada pihak yang mahu mempromosikannya... apatah lagi yang mempromosikan ialah Malaysiakini yang terkenal dengan pro pembangkang...

Inilah contoh laman media dan web yang tidak menghormati undang dan perlembagaan. Inilah juga contoh laman web yang menyeru kepada ketidak stabilan poiltik dan keamanan negara... kerana pihak seperti inilah ISA perlu dikekalkan. Sebagaimana Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan:

(a) Untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau

(b) Untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) Untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau

(d) Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undangundang; atau

(e) Yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

(f) Yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya.

Selagimana ada PAS, PKR dan DAPigs... selagi itu ISA perlu kekal... jika hendak mansuhkan... mansuhkan sekali PAS, PKR dan DAPigs... kerana merekalah yang mengganggu ketenteraman awam...

2 ulasan:

bungaraya berkata...

Biarkan sajelah. Kita tengok nanti siapa yang putus leher.

eXception berkata...

Biasalah benda-2 haram mcm ni lah diorg suka....

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Kongsi Link Anda