Isnin, Oktober 26, 2009

Lawak antrabangsa - bila samseng Perak (ADUN PR) mahukan perlindungan polis

Sangat lucu bila mendengar laporan berita ADUN-ADUN sengal Pakatan Rakyat mahukan jaminan keselamatan. SEdangkan kita mengetahui bahawa merekalah sebenarnya samseng dan punca kekacauan sidang DUN Perak.

Mengikut laporan berita, ADUN Perak daripada Pakatan Rakyat mungkin tidak akan menghadiri sidang DUN Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan gabungan pembangkang negeri.

Umumnya rakyat mengetahui bahawa kekacauan sidang DUN yang lalu berlaku kerana tindakan ADUN samseng Pakatan Rakyat yang mengganggu perjalanan Dewan... Kerana budaya samseng, ganas dan biadap merupakan budaya Pakatan Rakyat yang direstui ustaz-ustaz PAS.

Baru-baru ni pula, timbul cerita EXCO PAS Kelantan tumbuk tamu raya di rumah terbuka PAS Taman Melewar... bahkan Nik Aziz mengenali EXCO tersebut... ini menunjukkan ganasnya ADUN Pakatan Rakyat...

Sebelum itu seorang lagi YB Pakatan Rakyat, Tian Chua dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3000 kerana menggigit anggota polis... dan tak lain tak bukan ini semua ajaran Anuwar AlJuburi yang merosakkan rakyat Malaysia.

Sangat kelakar... kini Samseng Perak (ADUN PR) pula mahu perlindungan keselamatan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hentam Pas sama la nge ko hentam Islam ya akhi UMNOO..
x kan x tahu..belajar2 tinggi tapi hampeh..
x baca ke dasar Pas tu apo?
bukankah islam?
so..............
nak lawan lagi ke?
hapuskan blog yang menyampikan dakyah ini agar tidak terpesung dari akidah umat islam..

Aspirasi berkata...

Masya Allah Anon... janganlah keliru... Islamkan dah jelas... ada rukunnya yang lima... mana ada sebut PAS dalam rukun Islam tersebut...

Jika dasar PAS ada sebut Islam dasar UMNO pun ada sebut Islam... ya sheikh...

PAS adalah parti politik... keluar PAS bukannya murtad... masyaAllah... jika semua orang PAS berpendapat macam anta.... tak bezakan Islam dan Parti Politik.. ramai yang akan sesat.... bukankah ramai lagi umat Islam di dunia bukan ahli PAS... macam mana statusnya...

Ya Allah... baliklah kepada Islam sebenar...... bertaubatlah....

Tanpa Nama berkata...

ye la..islam memang jelas ya akhi..
islam ialah islam...lau dalam rukun islam x sebut PAS..umno ada x??
memang pAs dasar dia iSlam dah jelas,..uMNO ado tapi bukan yang utma..islam jugak tpi x mnyuruh..dengan kata lain bahasa arab..la syumuliah..bekas jordan mesti mantap bahsa arb....cayo2..PAS tu pasri Islam (dasr islam) lain2 walaupun bukan pas tpi dasar iSlam..x kra la nama apo pun..bila dasar islam..jelas parti itu islam...
islam dah cantik tpi manusia yang membuatnya x cantik menjadi haru biru...kita harus bergabung akhi...masalahnya saling berdegil..

Aspirasi berkata...

masya Allah... Islam kan agama... bukan parti politik... inilah yang merosakkan masyarakat Malaysia sekarang ni....

Bila PAS mengatakan dia sahaja Islam bermaksud menafikan yang lain sebagai bukan Islam atau kafir... inilah yang sedang berlaku.. inilah masalah utama dalam PAS menganggap dirinya sama sebagai agama... sehingga apabila orang mengamalkan Islam mereka berasa sebagai prejudis....

Biarkan Islam sebagai agama.. janganlah kotorkan dia... biarlah Islam itu indah... Islam itu persaudaraan... Islam itu kesatuan.... Manusia itulah yang merosakkan Islam...

Kongsi Link Anda