Popular Today

Khamis, April 02, 2009

Bukti terbesar pembohongan perjuangan PAS!

Astaghfirullah hal azim, Nauzubillah min Zalik!


Penafian Perjuangan Negara Islam PAS

Kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang memasuki hari ketiga semakin menarik kerana selain poster, risalah turut diedarkan ialah rakaman-rakaman video dalam bentuk cakera padat.

Daripada beberapa cakera padat yang diedarkan, rakaman perbahasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ketika Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih bergelar Menteri Besar, amat menarik kerana secara jelas Nizar mencabar supaya dibuktikan PAS hendak menubuhkan sebuah negara Islam.

Berdasarkan rakaman tersebut, isu berkenaan dibangkitkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli yang menyatakan PAS kini sudah lari daripada matlamat asal mereka untuk menubuhkan Negara Islam.

Nizar yang mendengar kenyataan Tajol itu, bangun meminta penjelasan.



“Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke ...dalam Perlembagaan PAS ... ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam,” tanya Nizar.

Jawapannya itu disambut oleh Tajol dengan menyatakan, “Saya tahu ramai orang PAS dalam Dewan ini tapi itulah jawapan YAB Menteri Besar (mengenai negara Islam)”.

Malah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang juga ADUN Pangkor bangun mencelah menasihati Nizar agar bertaubat . “Astaghfirullah...astaghfirullah, nauzubillahiminzaliq” kata Dr Zambry.

Rakaman sidang DUN Perak itu yang bertarikh 23 Jun 2008 tentunya menarik minat kerana secara rasmi ketika bergelar Menteri Besar, Nizar mengesahkan memang PAS tidak mempunyai apa-apa dokumen atau iltizam untuk menubuhkan Negara Islam.

13 ulasan:

bungaraya berkata...

Ini namanya sudah terang lagi bersuloh. Mana dia ucapan-ucapan serta tuduhan penyokong PAS dalam blog ini yang selama ini mempertahankan kononnya PAS nak memertabatkan sebuah negara islam. Mana dia Kifli, Mana dia Perunding mana dia Bro dan yang lain-lain termasuk Prof Hamirdin itu. Kamu semuaterpengaruh dgn dakyah pmbohongan dan kekeliruan dengan ucapan ulamak dan konon bijakpandai islam yang memimpin PAS sehingga kini. Rupanya PAS lebih jahat dari UMNO. Selama lebih 60 tahun UMNO diberikan amanah oleh kaum islam Malaysia untuk mempertahankan islam, PAS pula sesenangnya nak merubuhkan semua perjuangan itu dengan menjanjikan sebuah negara islam dan memperjuangkan islam yang sebenar kononnya. Tetapi apa yang telah jadi. Nizar sendiri mencabar rakyat Malaysia untuk membuktikan bahawa PAS sebenarnya tidak pernah berusaha dan mendukoumentasikan sebuah perjuangan keraha menjadikan Malaysia negara islam. UMNOlah yang sebenarnya terdokumen sebagai perjuang Islam sejatai. Dan terbukti dengan pelaksanaan penyinaran agama itu diatas muka bumi ini sehingga Malaysia terkenal dimata dunia sebagai sebuah negara islam. UMNO UMNO UMNO UMNO UMNO dan bukan PASPISPUS.

Jumayatara berkata...

Sabor yeop.....depa menjalankan tugas nak bagi anak bini makan.Macam-macam benda depa bawak keluar...biarkan depa nak tanggung anak-bini.



Uji minda anda.Jangan biarkan berkarat.

bungaraya berkata...

Tok Mudim,
Saya tak mahu sabar,
Nampaknya Penyokong PAS dah agak keterlaluan.
Mereka melaung-laungkan ayat-ayat suci dalam penulisan didalam blog, demi mempertahankan ketua mereka. Tetapi rupanya ketua mereka hanya bersandiwara dan berdusta kepada rakyat terutama gulungan muda.
Sehingga UMNO hampir kecudang pada pru ke 12 akibat fitnah dan penggunaan islam untuk kepentingan politik mereka. Tapi setelah Allah berikan peluang untuk mentadbir Kelantan, apapun tak ada, Lagilah Perak, bahkan mereka rakus mengejar harta dan kepentingan kuasa sehingga sanggup membuat persidangan DUN dibawah sepohon pokok. Rakyat butakah?
Saya saya bertambah bangangtu, gulungan muda bijak pandai kita boleh menyokong hasutan retorik mereka tanpa berfikir secara bijaksana sesuai dengan ilmu mereka didada.

Awekz Bukit Gantang berkata...

Salam...Awekz minta untuk ambil post ni dan diletakkan dakam blog Awekz untuk kebaikan kita semua...terima ksih...

Tanpa Nama berkata...

UMNO.. apa sudah jadi.. Menteri Agama menghalalkan parti liar.. lihat video ini...

http://www.youtube.com/watch?v=C1POW2-_G4M

Tanpa Nama berkata...

apa nak hairan dengan parti yang mempergunakan islam untuk kepentingannya.

dah ada video pun puak ni tak kan percaya punya.

kepada anon 303pm, isunya sekarang pasal nizar cakap. hang pi corner kot lain buat apa.

dah pas dok dabik dada lebih islam dari orang lain, jawab lah based on video tu. haprak betul..

ini samalah macam nak kata apa umno buat buat, pas pun nak buat juga.

kifli berkata...

Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang malam tadi, kini telah menjadi bahan perbualan.
Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Zahid dan Ismail selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.
Tiga artis Cina berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.
Majlis makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemui Zahid untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.
Dalam sidang akhbar tersebut, Zahid ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian yang digunakan bagi menarik pengundi Cina.
Dalam jawapannya, Ahmad menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."
"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian panas begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.
"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke Tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.
"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid.
Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina kepada BN, Zahid percaya oleh kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang Cina, sokongan mereka kepada BN semakin meningkat.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Zahid yang juga timbalan pengerusi Umno Perak mendakwa sokongan masyarakat Cina terhadap BN dalam pilihanraya kecil semakin bertambah.

"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.

Tambahnya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.

Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini.

"Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya.

nik berkata...

ADAKAH PAS AKAN MELARANG JIKA KAUM CINA MEMBUAT KONSERT DAN MEMANGGIL ARTIS-ARTIS MEREKA DAN YANG HADIR PUN KAUM CINA!

jawablah

chotz berkata...

berkenaan isu video 3 penari cina berpakaian seksi, suka saya nyatakan bahawa sekarang masyarat cina beragama buddha & toast sedang merayakan perayaan qing ming atau hungry ghost festival (perayaan hantu lapar)..

sepanjang perayaan ini, masyarakat cina menziarahi pusara nenek moyang & ahli keluarga yg telah meninggal dunia untuk memberi penghormatan dgn cara membakar duit kertas atau kelengkapan harian seperti baju, seluar, kereta, kondominum yg diperbuat daripada kertas kerana dipercayai ia akan dibawa ke alam akhirat.. selain itu mereka juga membawa makanan seperti ayam/itik/khinzir panggang bersama buah-buahan & kuih-muih untuk dipersembahkan kepada si mati..

menjadi tradisi mereka untuk memberi hiburan kepada si mati.. maka si mati akan dihiburkan dengan tarian oleh gadis berpakaian seksi sambil menyanyikan lagu karaoke..

sila rujuk internet untuk maklumat lanjut mengenai festival ini.. saya pasti anda yg membuat tuduhan melulu juga pasti tidak pernah melihat perayaan ini diadakan.. saya telah melihat melalui channel Travel & Living & Discovery Channel..

p/s: kita langgan Astro bukan nak tengok AF, kita nak tengok Discovery Channel, National Geography, Travel & Living supaya minda kita lebih terbua dengan budaya masyarakat luar...

p/s: kita sebagai masyarakat malaysia yg berbilang kaum harus menghormati kebudayaan masyarakat lain..

Darth Anwar berkata...

Kalau benar PAS tak pernah komited utk menubuhkan negara Islam, maka dokumen Negara Islam yang penat-penat dikarang oleh Haron Din tu apa dia? Cerita karton ke, toilet paper?

Ada sapa2 yang masih simpan dokumen tu tak? Aku nak berak la. Nak guna buat istinjak sebab tisu paper dah habis.

Aspirasi berkata...

itulah pemimpin hipokrit!

lidah bercabang

anti dap kafir harbi berkata...

Kifli,

Dato' Zahid Hamidi hanya hadir berkempen untuk BN. Program berkenaan bukan dirancang oleh Dato' Zahid Hamidi. Sama macam di kelantan, tok pekong buddha terbesar di dunia. adakah ini bermakna nik aziz menyembah tok pekong ?

Cuba tengok video macam mana nizar menafikan mana ada perjuangan pas nak tegakkan negara Islam ? kalau tak nak tegak negara Islam secara tak langsung tak tegakkan hukum hudud ? INILAH SIFAT MUNAFIK CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Dalam Surah Assf (3) "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu bercakap apa yang kamu tidak lakukan"

Tetapi demi tamakkan kuasa, pas sanggup join dap kafir harbi dan nuar aljuburi. Sanggup memaki hamun saudara satu agama, satu bangsa.

Tai berkata...

Biasalah. mereka sendiri yang dah kata taknak buat negara islam kan? nah sekarang, tuhan dah tunjuk terang-terang.

Kongsi Link Anda