Isnin, Februari 09, 2009

KARPAL - ANWAR HARUS BERTAUBAT

Pengerusi DAP, Karpal Singh menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti dan turut mengecam Ketua Pembangkang itu kerana perbuatannya itu (mempromosikan budaya lompat parti).

Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini,” katanya.

Karpal turut menegaskan bahawa Anwar harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam pakatan pembangkang hari ini. Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pemimpin PKR dan DAP yang memberi sokongan terhadap tindakan lompat parti.

Katanya, sebagai Pengerusi kebangsaan DAP, para pemimpin dalam parti itu seharusnya memberikan sokongan terhadapnya dan bukan menyokong Anwar.

“Saya kesal kerana saya tidak berupaya mendapat sokongan malah daripada pemimpin parti saya sendiri. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya menyokong saya, bukan mengeluarkan kenyataan untuk menyokong Anwar Ibrahim.

“Saya mohon sokongan... saya adalah Pengerusi DAP hingga sekarang. Saya memberi amaran kepada pemimpin parti saya jangan keterlaluan mendesak saya... saya telah banyak bersabar selama ini, janganlah jadikan perkara ini semakin meruncing demi kepentingan PR dan demi kepentingan DAP,” katanya.

Karpal menegaskan bahawa pakatan pembangkang seharusnya terus memastikan kekukuhan parti dan mendapatkan sokongan rakyat sepenuhnya pada pilihan raya umum akan datang untuk membentuk sebuah kerajaan bagi mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN).

Kata aspirasi : Nampaknya Karpal dan belasah pemimpin Pakatan Rakyat secara terbuka. Mungkin bagi Karpal yang penting adalah parti iaitu DAP bukannya Pakatan yang belum tentu menentukan sokongan apatah lagi jika pakatan itu dipimpin oleh Anwar yang disifatkan sebagi rendah moralnya.

1 ulasan:

bungaraya berkata...

Nampak dengan jelas bahawa Karpal masih tetap memperjuangkan agenda penjajah kerana sekalipun rakan karipnya ( anwar ), tetap dibangkang jika berusaha untuk kemajuan anak bangsa jati Malaysia.
Tidak merupakan kehairanan kepada kita. Yang menghairankan ramai diantara kita yang memuji tidanakan seperti ini.
Brooooooooook.

Kongsi Link Anda