Popular Today
Ahad, November 21, 2010
Lagi undi hantu dalam pengundian PKR!!!
Pemilihan PKR menutup tirainya hari ini. Pemilihan ini sewajarnya memberi banyak iktibar kepada parti, pemimpin dan anggota. Sebelum ini saya telahpun membuat desakan dan menyatakan bahawa pemilihan parti adalah tidak telus, mengandungi penipuan dan manipulasi undi. Pemilihan PKR penuh kecacatan, dan kecacatan ini jelas membayangkan kelemahan badan pengurusan dan pemantauan, dan kelemahan ini membuka ruang untuk berlakunya manipulasi dan penipuan.
Saya mendesak pihak JPP, Sekretariat atau pucuk pimpinan untuk menjelaskan kesahihan ‘posting’ yang disiarkan oleh blogger Haris Ibrahim melalui blog beliau pada 21 November hari ini. ‘Posting’ tersebut jelas menunjukkan kertas undi yang bakal digunakan pada hari ini bagi pemilihan di Cabang Gombak, Ampang, Selayang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor, Pandan dan beberapa tempat lain lagi. Posting beliau jelas membuktikan kertas undi telah bocor.
Persoalannya ialah bagaimana Sdr Haris boleh menyiarkan kertas undi di blog beliau 2 jam sebelum pusat-pusat pengundian dibuka pada jam 10 pagi? Sdr Haris juga mendakwa beliau menerima e-mel memberitahu kertas undi pemilihan PKR telah bocor. (Perkara yang sama juga dilaporkan oleh laman web Free Malaysia Today.)
Oleh yang demikian, saya sekeras-kerasnya mendesak JPP menjalankan kewajipannya untuk memberi penjelasan mengenai perkara ini. Walaupun hari ini adalah hari terakhir pemilihan tetapi apa yang telah berlaku seolah-olah mengiyakan dakwaan para anggota di peringkat akar umbi; JPP dan Sekretariat memainkan 'peranan' dalam memanipulasi undi bagi memenangkan calon tertentu.
Saya merasa sedih dan teramat-amat kecewa dengan pimpinan parti khususnya Anwar Ibrahim dan Presiden yang mendiamkan diri dan membiarkan sahaja JPP serta Sekretariat Ibu Pejabat bertindak kotor dan mencemarkan prinsip-prinsip luhur perjuangan reformasi.-21/11/2010
Sumber : Agendadaily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
sebenarnya pengundi hantu dalam pilihanraya adalah hantu2 pembangkang
Selama ini mereka mengamalkan pengundi hantu disemua P/raya kecil sebab itu mereka menang tak banyak apabila BN menang mereka kata BN guna pengundi hantu sebenar nya yg hantu ada lah PKR/DAP/PAS.
Catat Ulasan