Popular Today

Memaparkan catatan dengan label PAS Boneka DAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS Boneka DAP. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 11, 2012

Hari Suami Isteri : Harussani bidas Nik Aziz

1 Komen!!!


SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membantah cadangan Pas menggantikan Hari Valentine kepada Hari Suami Isteri kerana tarikh itu adalah hari di mana agama Islam cuba dimusnahkan oleh kaum Yahudi beratus tahun dahulu.

Menurutnya, sejarah menunjukkan pada tarikh berkenaan, kerajaan Islam di Sepanyol dijatuhkan oleh seorang paderi.

Kesan daripada itu, umat Islam ditindas dan dinafikan haknya dan perkara ini boleh dilihat ke atas apa yang berlaku terhadap negara Palestin pada masa kini.

“Cadangan Hari Suami Isteri itu adalah baik. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Cuma, tidak perlu diraikan pada tarikh tersebut. Adalah lebih baik, Hari Suami Isteri dibuat pada tarikh Maulidur Rasul.

“Keperibadian Rasulullah sudah terbukti dan baginda bukan sahaja seorang pemimpin terbaik tetapi juga ketua keluarga yang begitu adil dan penyayang,” katanya kepada Sinar Harian.

Rabu, Februari 08, 2012

Pas dan DAP terus bergaduh di Johor

1 Komen!!!
Sebagaimana yang rakyat tahu, Pesuruhjaya Pas Johor telah sibuk mengatur kabinet kerajaan PAS Negeri Johor jika pakatan Rakus berjaya menawan Johor.(klik sini)

Inilah sebenarnya wajah Pas yang gila kuasa, belum apa-apa dah fikir nak kan jawatan MB .. Bukan setakat itu sahaja, bahkan dah tentukan siapa yang bakal menjadi Mb...

Yb Salahudin Ayub telah dicanang-canang bakal menjadi Mb sekiranya Pakatan Menang.. Namun dalam keluarga Salahudin bukan nama dia sorang sahaja akan menjadi Mb bahkan adik beradik beliau iaitu Ghazali Ayub juga dijangka bertanding di Kukup.. Maka dinasti Salahudin akan bermula di Johor...

Namun menariknya.. Apa yang Pas cakap umpama mimpi di siang hari hari apabila kenyataan Pesuruhjaya Pas Johor disanggah oleh Pengerusi Dap Johor iaitu Yb Boo cheng hau yang menegaskan Pakatan masih belum membincangkan mengenai jawatan MB...

Nampak sangat Pas ni sangat gila kuasa dan sanggup menjadi bonkeka DAP.. Kerana realitinya kerusi PAs sikit sahaja, kerana kawasan Melayu adlah kubu kuat Umno.. Maknanya DAP atau PKR yang bakal menjadi MB.. Namun apakan daya.. PAS lebih sudu dari kuah!!!! Pas bakal menjadi MB boneka sebagaimana di Perak!!!!











Selasa, Januari 31, 2012

Syabas PKR : Selangor sediakan peluang pelacuran dan perjudian!!!

0 Komen!!!
Hebat Selangor banyak menyediakan peluang pekerjaan termasuklah pelacuran dan perjudian....

Tahniah juga kepada EXCO Agama merangkap MB Selangor kerana berjaya menggalakkan aktiviti pelacuran dan perjudian terus berkembang di Selangor....


Inilah Akibatnya bila PAS terus menjadi Syaitan bisu!!!!

Sindrom PAS ( Pecat Ahli Sendiri)

1 Komen!!!
PAS kini sedang mengalami sindrom PAS (Pecat Ahli Sendiri).. ianya berikutan ketidakpuasan hati ahli parti tersebut terhadap dasar dan gaya kepimpinan parti tersebut..

Walaupun di nafikan oleh Salehudin Ayub, Naib Presiden PAS (klik sini).. namun hakikatnya sindrom ini semakin ketara berlaku dalam PAS.. selepas memecat Hasan Ali tanpa memberikan pengadilan sewajarnya.. kini Azizan pula sedang berhadapan sidrom PAS.. ianya akibat Azizan pertahankan Auku.

Apa yang berlaku dalam PAS menunjukkan parti PAS bukanlah parti yang demokratik tetapi autokratik.. kuku besi.. tiada ruang untuk berbeza pendapat dan memberikan pendapat kepada ahli mereka.. PAS tuduh BN tiada kebebasan bercakap.. tapi PAS patut cermin diri sendiri...

Apatah lagi kini PAS dilihat umpama boneka DAP dan PKR yang semakin jelas... siapa yang menderhaka pasti akan medapat hukuman... tiada kasihan kepada penderhaka... sebenarnya ramai yang tidak puashati... tapi takut... Syabas kepada DD Hasan Ali yang jelas mempunyai keberanian mengatakan bahawa PAS adalah Pak Turut dalam Pakatan (kil Sini).. walaupun terpaksa membayar harga yang mahal... termasuklah hilang kedudukan dan jawatan..

Namun apa sangat jawatan dan kedudukan sedangkan kepala dipijak, maruah diratah oleh DAP dan PKR.. Islam tidak boleh ditegakkan... Melayu tidak boleh dimertabatkan!!!!


Lebih 5,000 kehadiran : Selangor terus bergegar!!!

3 Komen!!!
Siapa kata ahli UMNO dan PAS tidak boleh duduk bersama...

Lihat sahaja gambar dibawah ini.. hakikatnya bangsa Melayu dan umat Islam jika betul-betul mencari titik pertemuan pastinya perpaduan terbina.....




gambar : GAP

Selangor akan terus bergegar... ANwar dan kuncu-kuncunya pasti tidak senang duduk... kehadiran lebih 5,000 orang pada ceramah Hassan Ali malam tadi di Shah Alam membuktikan beliau bukan kecil anak yang boleh diperkotak-katikkan oleh pemimpin Pakatan!!!

Mesej utama ialah tolak Khalid Gereja.. tolak ANuwar dan tolak Pakatan!!!!

Isnin, Januari 30, 2012

Lagi pemimpin PAS menderhaka kepada Pakatan!!!

0 Komen!!!



Masalah bertimpa-timpa kepada PAS.. ramai rakyat mula berfikir, adakah ini akibatnya apabila PAS menolak perjuangan Islam yang sebenar dan mula bersekongkol dengan kafir harbi!!!

Yang jelas perselisihan pendapat dalam PAS semakin jelas.. manakala PKR dan DAPigs pula semakin utuh!!!

Terbaru ialah apbila pemimpin PAS yang menyokong AUKU digunakan.. dengan kata lain pemimpin PAS ini bukanlah budak kecil dan beliau adalah MB kedah yang dikatakan telah menderhaka kepada pakatan.. maka semua juak-juak Pakatan telah membidas pemimpin PAS ini..

baca selanjutnya di sini

Hassan Ali cabar Azmin

1 Komen!!!

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.

Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR). (klik di sini)

Rabu, Jun 22, 2011

Selepas 'halalkan' Beer di Selangor,  PAS Selangor sertai BEERsih pula

0 Komen!!!
Pasngok Selangor kini sedang lalui transformasi .. Selepas mereka berjaya jatuhkan Hassan Ali yang dianggap sebagai penghalang cita-cita Pakatan Aljuburi kerana menghalang penjualan arak secara terbuka. 

Kini  agenda gereja yang dibawa oleh Khalid samad nampaknya lebih diberikan perhatian. Buktinya apabila Khalid gereja dilantik sebagai Tim. Pesuruhjaya Pas Selangor.

Namun ianya bukanlah yang mengeKjutkan.. mengikut sejarah politik malaysia Pas hanya umpama parasite.  Mereka hanya menumpang Dan berubah mengikut induk.. lihat sahajah seperti pokok parasite.. itulah hakikatnya.

Perubahan pas sangat radikal.. Dulu mereka kata kerajaan UMNO gunakan Wang haram kerana gunakan hasil arak Judi Dan sebagainya. 

Kini rakyat melihat Pas sudah menjadi lebih teruk daripda UMNO apabila bukan sahaja arak Dan Judi telah dihalalkan oleh pas tetapi lebih dahsyat apabila perjuangan Negara Islam yang telah diperjuangkan berpuluh tahun lamanya, akhirnya perjuangan Islam dengan mudah dibuang bagaikan sampah yang tidak berguna.

Kegagalan Pas dalam memperjuangkan isu umat Islam dilihat Pas semakin jauh Dari matlamat asal perjuangan. Dalam Hal ini Dap dilihat lebih cerdik berbanding PAS.. Dap berjaya menjadikan parti itu sebagai parti cauvanis Cina yang langsung tidak tergugat perjuangannya..

Dalam perhimpunan haram BERsih.,  PAS hanya dilihat sebagai kuda tunggangan Dap atau anjing yang taat kepada Tuannya.. Inilah sebenarnya nilai parti pas.. Kira boleh melihat nanti berapa ketul orang Cina mahupun India yang Akan turut berarak.. Orang Cina tetap duduk di kedai mereka menerima keuntungan perniagaan mereka.. Orang melayu yang hanya dilihat sanggup bersusah payah terpaksa bertempur dengan polis.

Melayu yang terlibat dalam BEERsih 2.0 hakikatnya telah diperbodohkan..

Selasa, Mac 15, 2011

PAS memang suka dirogol!!!

1 Komen!!!
Sebanyak 9,575 kes rogol di bawah umur direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh lima tahun sejak 2005, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Abu Seman Yusop berkata statistik yang direkodkan PDRM itu menunjukkan jumlah kes yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur.

Jika dikira secara purata dari 9575 kes rogol dari 2005-2010 ini bermakna 1596 kes berlaku setahun atau 133 kes sebulan atau 4.4 kes rogol berlaku sehari [SINI].
Di atas ialah fakta mengenai kes rogol yang berlaku di Malaysia sejak tahun 2005... ianya memang menakutkan.. namun lebih menakutkan fakta yang tidak dikeluarkan.. iaitu PAS kini lebih teruk dirogol DAP..

Bagaimana PAS telah menjadi alat pemuas nafsu DAP.. mana PAS nak letak maruah Islam.. lihat isu Arak di Selangor.. isu lesen judi di Kelantan.. isu kalimah Allah..  bagaimana kalimah suci Al Furqan menjadi alat mainan penceramah DAP.. fatwa yang dikeluarkan mengikut nafsu.. sokong UMNO hukumnya haram Syarie.. sokong UMNO dianggap jahiliyah.. sokong PAS masuk syurga...

Inilah bukti.. Islam juga telah dirogol oleh PAS dan Pakatan... di Malaysia, Islam tiada lagi kemuliaan.. Perjuangan PAS menegakkan negara Islam telah dibakula sampahkan.. begitu juga dengan perjuangan mendaulatkan syariat Islam..

Fakta rogol agama yang berlaku dalam PAS ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.. inilah pengkhianatan PAS pada Islam.

Lihat sahajalah bagaimana Nizar dengan sombong dan bongkak menjelaskan PAS rupanya memang tidak pernah berjuang untuk Islam.. jadi apa yang berlaku sekarang ini.. yang Nik Aziz kata nak buat untuk Islam semuanya tipu belaka semata-mata..

Lihatlah bagaimana ulama PAS mewajarkan perkataan Allah hilang kesucian dan keistimewaannya..

Islam bagi PAS ialah alat pemuas nafsu serakah mereka.. dan tidak lebih daripada itu..

Banyak kes rogol membuktikan kegagalan PAS sebagai parti dakwah... tetapi ianya membuktikan PAS adalah parti fitnah.. sebab PAS tidak pernah sibuk nak berdakwah kepada mereka yang terlibat dalam gejala sosial.. mana program PAS untuk menangani gejala sosial...

Cuba lihat sahajalah gejala pelacuran yang berlaku di Kelantan yang dikatakan serambi Mekah [SINI dan SINI].. Label yang diberikan sebagai serambi Mekah sepatutnya ditarik kerana ianya adalah penghinaan terhadap nama bandar Suci Islam...

PAS patutnya bertaubat dan kembali kepada Islam sebenar.. cukuplah sudah.. jangan Hina Islam lagi!!!

Sabtu, November 13, 2010

PAS tak iktiraf Melayu dalam perjuangan mereka, tapi nakkan undi Melayu!!!

2 Komen!!!
PAS tidak pernah mengiktiraf Melayu dalam perjuangan mereka.. sesiapa yang mahu memperjuangkan Melayu akan dianggap sebagai perkauman... maka dituduhlah UMNO sebagai sesat keranan mengamlkan perkauman [klik sini]..

Tiba-tiba Presiden PASberg terhegeh-hegeh nakkan undi Melayu [klik sini].. muka tak malu.. dah Melayu diabaikan oleh PAS.. lihat Harakah Daily.. PAS tidak pernah iktiraf Melayu..
Bukankah fahaman kebangsaan Melayu ( MelayuIslam) adalah akidah yang sesat lagi menyesatkan. Akidah kebangsan (Nationalisme) atau assobiyyah telah di haramkan dan dikuburkan oleh Rasulillahu 1.4000 tahun yang lalu
. Sekarang ni Bapak Presiden PASberg kata lain pula.. demi politik sekali lagi perjuangan PAS diketepikan...
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, Pas perlu berusaha meningkatkan sokongan orang Melayu jika ingin menguasai pemerintahan negara.

Beliau berkata, kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO.

"Kita tidak boleh menang dengan undi kita sahaja. Kita perlu undi-undi yang bukan ahli juga, yang bukan penyokong kita pun termasuk orang UMNO,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Seminar Pas Ganti UMNO di sini hari ini.

Rabu, November 03, 2010

Hari akhir kempen - BN berjaya tembusi kubu PAS Sg Terah

2 Komen!!!
Bila sebut Sungai Terah, orang Gua Musang tahu itu memang kubu kuat PAS. Allahyarham Chek Hashim Sulaima, orang kampong Kerinting, kebetulan bersebelahan dengan Sungai Terah.

Dalam pilihanraya umum (PRU) 2008, PAS menang semua peti undi di situ dengan majoriti besar.

Peti undi saluran satu di Sk. Tengku Muhammad Fakry dari 301 pengundi, PAS dapat 215, manakala BN hanya 78. Jangan sebut saluran lain sebab memang BN kalah teruk di Sungai Terah.

Tapi ‘angin perubahan’ sudah mula kelihatan, calon BN Abdul Aziz Yusoff diterima baik di situ.

Ini kerana, semasa berkerja dengan KESEDAR, Abdul Aziz memang ditugaskan di kubu kuat PAS itu, jadi beliau tahu dan kenal orang-orang di situ.

Baru-baru ini, selepas bersolat subuh di Sungai Terah, imam yang memang kuat PAS itu boleh suruh calon BN memberi ‘sepatah dua’ kata.

Sungai Terah dijaga oleh UMNO Jeli pimpinan Datuk Seri Mustapa Mohammed, khabarnya sudah bertukar status dari ‘hitam’ ke ‘kelabu’.

“Kena kerja kuat sikit lagi, insyallah kita menang ataupun undi BN akan naik di sini,” kata seorang petugas yang jaga peti undi di situ.

Sumber : Agenda daily

Bukti PAS mempermainkan hukum Allah

1 Komen!!!

KUALA LANGAT 2 Nov. – Pas yang sering mengeluarkan ‘fatwa baru’ bagi kepentingan politik parti itu, hari ini menegaskan, penerima bantuan daripada kerajaan negeri haram menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Fatwa itu dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang di sini hari ini.
Tegasnya, memberi sokongan kepada BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil.
Menurutnya, bantuan yang diberi sama ada melibatkan pendidikan, kebajikan dan sebagainya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan sewajarnya mereka membalas dengan memilih semula ketiga-tiga parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
“Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO,” katanya di sini.
baca seterusnya di sini 
Inilah sebenarnya perangai PAS yang mempergunakan agama untuk agenda politik sempit mereka, bukan sekali tetapi berkali-kali PAS mempergunakan agama, menjual ayat Allah dan menghina hukum Allah..

Siapa dia Muhamad Zain untuk mengeluarkan hukum.. apakah nas dan dalil yang digunakan... Apakah Kawaid Fiqhiah yang digunakan..

Adakah patut demi DAP dan PKR, PAS mempermainkan hukum Allah.. siapa DAP dan PKR dari kacamata Islam.. apakah dasar parti tersebut.. di manakah letaknya Islam di dalam parti tersebut... tak de..

Siapa Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Karpal Singh, Tony Pua, Elizabeth Wong, Tian Chua.. sehingga PAS sanggup gunakan Islam untuk mempertahankan mereka ini...

Kepada pemimpin PAS yang suka mempergunakan Ayat Allah wajar bertaubat..

Islam ialah agama dan bukanlah parti politik.. Apatah lagi parti politik yang telah terpesong dari perjuangan Islam bersekongkol dengan kafir harbi untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam.

Selasa, November 02, 2010

PAS semakin meroyan : PAS mula soal sendiri dan jawab sendiri

0 Komen!!!
Menjelang 2 hari lagi tarikh pengundian Pilihanraya Kecil Galas menunjukkan simptom-simptom PAS dilanda penyakit meroyan..

Mana taknya.. PAS dah mula cakap seorang diri, sendiri soal dan sendiri jawap...

Kita ingat tentang tuduhan Penasihat jentera Pilihanraya Kecil PAS kepada Ku Li sebagai pengkhianat orang Asli kerana apabila beliau bersama 46 masuk UMNO kembali, beliau dituduh melarikan fail-fail mengandungi permohonan tanah golongan itu semasa membawa Semangat 46 keluar dari Angkatan Perpaduan Umah dan menyertai Umno.

Siapa yang tuduh ni... PAS lah jawapannya.. dengan kata lain, kerajaan PAS Kelantan gagal menyelesaikan masalah orang Asli kerana fail-fail hilang..

Hari ni pula PAS juga yang menafikan yang fail-fail tu hilang...
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak menghadapi masalah untuk menyelesaikan isu hak milik tanah khususnya membabitkan Orang Asli.

Sebaliknya, kata beliau, dakwaan ketiadaan fail atau dokumen berkaitan Orang Asli sehingga menyukarkan kerajaan negeri menyelesaikan isu berkenaan adalah tidak benar.

"Kita tak ada masalah seperti itu, tak timbul masalah yang mengatakan kita tak ada fail-fail yang berkaitan.

"Kerajaan negeri boleh dan sedang teruskan prosesnya (pemberian tanah), ia cuma ambil masa kerana perlu lalui proses tertentu," katanya
Cuma nak tau kebenarannya sahaja.. sekarang ni dah terbukti siapa yang berbohong sebenarnya... siapa yang menipu rakyat Kelantan..

Sebab tu, kenyataan Ku Li sangat tepat, nama parti Islam tapi pembohong... memanglah tepat sekali..

PAS semakin meroyan menjelang PRK Galas ni..

Khamis, Oktober 28, 2010

PAS akai tak dak, pandai tiru UMNO je!!!

0 Komen!!!

Sebenarnya apa yang dibuat oleh UMNO ketika bekerjasama dengan MCA dan MIC memangpun mengikut kehendak Islam, Islam tidak melarang membuat kerjasama dengan bukan Islam [klik sini]..

Apa yang UMNO buat memang tidak salah dan sangat bersesuaian dengan kehendak Islam.. inilah yang Rasulullah SAW buat dahulu ketiak mula-mula sampai di Madianh iaitu tahun pertama Hijrah dengan memetrai piagam Madinah..

Kata TS Muhyidin,
"Dari dulu lagi, kita berpendapat kerjasama seperti ini (antara UMNO dengan komponen bukan Islam dalam BN) tidak salah dari segi hukum (Islam) dan kepentingan awam.

"Malah, kerjasama kita yang terjalin lebih 50 tahun ini bermula dengan Perikatan dan kini BN, hasilnya adalah kebaikan untuk negara dan rakyat, jadi mereka (PAS dan pembangkang) belajar dari kita (BN).

"Kenapa perlu ada berbeza pandangan, kita tidak katakan (hubungan) mereka salah tetapi dulu mereka (PAS) tuduh kita bersubahat dengan orang kafir, tetapi sekarang ini apa yang mereka tuduh kita dulu, itulah yang mereka sedang lakukan, hakikatnya mereka belajar dari kita,".
Namun disebabkan kejahilan dan otak letak kat lutut.. akai tak dak.. jadinya PAS tuduh UMNO sebagai kafir apabila menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam..

Tapi sejarah membuktikan segalanya.. akhirnya PAS yang terpaksa menjilat ludah sendiri apabila PAS terpaksa menerima Kafir harbi DAP.. dan lebih teruk ialah PAS hanya keldai tonggengan DAP..

Itu bezanya kerjasama UMNO - MCA dan kerjasama PAS - DAP.. Dalam Islam kerjasama mestilah memberi ruang kepada Islam untuk memimpin.. ini yang dibuat oleh UMNO.. tapi dalam kerjasam PAS, PAS dipimpin, mulut terkunci dari berkata-kata tentang Islam.. tiada negara Islam, tiada undang-undang islam.. inilah penghinaan PAS terhadap Islam.

Khamis, Oktober 14, 2010

Kegagalan mentadbir Kedah : Menteri Besar PAS didesak letak jawatan

2 Komen!!!
oleh: Tarmizi Md. Jam

Adalah difahamkan bahawa sekumpulan ahli PAS Kedah akan mengadakan demonstrasi pada minggu depan untuk mendesak Menteri Besar, Dato’ Seri Azizan Razak agar meletakkan jawatan.

Kumpulan tersebut menyatakan bahawa mereka tidak puas hati dengan kepimpin Azizan yang tidak prihatin akan masalah rakyat, bersikap sambil lewa dalam pentadbiran serta tidak mampu menunaikan 80% dari Manifesto Pilihanraya 2008.

Mereka juga menyatakan ketidakpuasan hati dengan barisan EXCO Kerajaan yang lemah, kurang bijak serta korup.

Mereka yang turut disertai beberapa pemimpin kanan PAS negeri dan kawasan juga dikatakan tidak berpuashati dengan kenaikan tarif air baru-baru ini yang dianggap membebankan rakyat miskin di negeri Jelapang Padi itu.

Keluhan PAS Kedah ini sebenarnya tidak ada yang baru. Malah semua negeri yang berada di bawah pakatan pembangkang sememangnya melalui perkara yang sama.

Adalah diingatkan kepada semua rakyat Malaysia, iaitu apabila memberi undi kepada PAS, seseorang pengundi itu seharusnya sudah bersedia untuk menghadapi hidup seperti rakyat Kelantan.

Negeri Kelantan sengaja dibiarkan Allah berada di bawah PAS agar umat Islam di Malaysia boleh menjadikannya sebagai iktibar dan tidak membuat kesilapan yang sama. Kelantan terus kekal menjadi negeri termundur dari segi pembangunan, ekonomi, sosial dan juga akhlak rakyatnya akibat dari kejahilan kepimpinan PAS.

Kini, akibat dari tidak belajar dan tidak mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Kelantan selama ini, rakyat Kedah pula terpaksa menghadapi masalah yang sama.

Namun begitu, kita cukup maklum bahawa bukan semua rakyat Kedah mengundi PAS kerana sayangkan Azizan, Nik Aziz atau terpedaya dengan imej dan slogan Islam PAS.

Ramai rakyat Kedah mengundi parti itu dalam Pilihanraya yang lepas kerana sudah terlalu muak dengan karenah pemimpin UMNO yang korup serta sombong.

Lalu, mereka menaruh harapan tinggi agar kejatuhan UMNO di Kedah menjadi pengajaran bukan saja kepada UMNO sendiri tetapi juga kepada PAS yang diberi kepercayaan untuk menerajui Kedah agar tidak membuat kesilapan yang sama.

Namun begitu, semua harapan rakyat Kedah hanya tinggal harapan. Setelah lebih dua tahun memerintah, kepimpinan PAS Kedah ternyata sama saja dengan Kelantan. Selagi namanya PAS, ia tetap lemah, tidak bijak dan tidak berupaya.

Seharusnya, slogan PAS Kedah iaitu “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua” harus ditukar saja kepada “Berani undi PAS, berani tanggung akibat”.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Ustaz Azizan adalah Menteri Besar yang menghadapi begitu banyak dugaan. Beliau ditentang dari kiri kanan depan dan belakang oleh UMNO, DAP dan orang-orang PAS sendiri.

UMNO menentangnya kerana ingin mengambil alih pemerintahan dan menebus kekalahan. DAP menentangnya kerana beliau tidak boleh diperkotak-katikkan untuk menjadi barua kaum Cina sepertimana mereka lakukan terhadap Nizar di Perak. PAS pula menentangnya kerana rakus ingin mengambil alih tempatnya.

Ustaz Azizan tidak disenangi oleh ramai ahli-ahli PAS kerana sifatnya yang dikatakan terbuka dan menyamai UMNO. Beliau juga dilihat cenderung bersahabat dengan pemimpin UMNO berbanding PAS/PR dan sering tidak ‘bersetuju angin’ dengan Mahfuz dan juga Anwar Ibrahim yang dianggapnya ‘mengarut’.

Malah, beliau juga bertindak meninggalkan Harakah suatu ketika dahulu akibat tidak setuju dengan pendekatan yang diambil oleh akhbar itu yang suka memfitnah dan berbohong.

Namun, untuk menghadapi cabaran dunia hari ini, sesebuah negeri dan negara itu memerlukan lebih dari ‘seorang pemimpin yang berpendirian’. Untuk memastikan rakyat benar-benar sejahtera dan negeri benar-benar maju, kita memerlukan pemimpin yang bijak dan tegas yang mana tidak ada dalam diri Azizan.

Azizan tidak mampu mencetuskan idea bernas untuk Kedah, tidak mampu menjana ekonomi Kedah, tidak mampu menyelesaikan masalah yang dikatakannya dimulakan oleh kerajaan terdahulu dengan bijak dan segera.

Malah hampir semua masalah tersebut menjadi semakin buruk apabila Azizan membiarkan rakyat Kedah menanggung akibatnya pula. Contohnya, masalah ketiadaan air, penebangan balak yang mengakibatkan banjir, hutang air, sampah dan berbagai-bagai lagi dibiarkan berlarutan dengan alasan bukan dimulakan olehnya dan dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Lebih buruk bila dia meletakkan beban masalah itu di bahu rakyat sepertimana yang dibuatnya dalam isu kenaikan tariff air.

Azizan sering mengelak untuk memikul masalah di atas bahunya.

Kesemua exconya pula kalau tidak berdengkur, sedang sibuk mengatur strategi untuk menggantikannya. Isteri-isteri exco yang mengalami kejutan budaya menjadi ‘orang penting’ juga tidak kurang hebat menjadi besar kepala dan menunjuk-nunjuk kuasa ke sana ke mari.

Jelas, rakyat Kedah telah berbuat kesilapan. Ternyata benarlah bahawa PAS itu adalah parti kampungan, dan selamanya juga kekampungan PAS tidak boleh dibuang.

Kata orang, kita boleh membawa seorang budak keluar dari kampung, tetapi seringkali kita tidak akan boleh mengeluarkan sifat kekampungan dari dirinya walau di tahap mana pun dia berada. Begitulah halnya dengan pemimpin-pemimpin PAS.

Kini, PAS mendesak agar Azizan turun, siapakah yang mereka inginkan untuk menggantinya? Benarkah pengganti itu akan lebih baik dari Azizan?

Apa yang pasti, selagi PAS bermursyidkan orang tua nyanyuk, selagi itulah apa yang dibuat oleh PAS tidak akan berkat. Selagi PAS menentang perpaduan ummah, selagi itulah menyokong PAS adalah satu perbuatan yang salah.

Rabu, Oktober 13, 2010

Bukti ADUN PAS menjilat 'Jub**' Khalifah Kaki Judi Guan ENg

1 Komen!!!

Oleh : Pejuang bangsa




lihat lah sendiri warga emas dari penyokong PAS dijadikan balaci untuk pegang
kertas sokong Guan Eng lidah biawak ini


Semalam diadakan sesi penerangan untuk menjawab isu wang hasil judi kerajaan DAP di P.Pinang telah diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi sebelah pagi oleh Salleh Man selaku Adun Permatang Pasir .

Menurut sumber , hanya 70 orang sahaja warga emas yang hadir ini walaupun mereka ini dikumpulkan dari lebih 10 kawasan Seberang Perai iaitu Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan lain-lain . Target mereka sasarkan adalah 600 orang warga emas sekitar Seberang Perai yang menerima wang ehsan supaya hadir ke program bertujuan menyokong Guan Eng diketuai anjing peliharaaannya iaitu PAS !

Nampaknya sambutan terhadap program berbentuk bodek dan jilat Guan Eng celaka ini telah diboikot ramai warga emas walaupun usaha telah dilakukan oleh petugas parti supaya ramai penerima wang ehsan hadir . Bagi duit RM 100 sahaja yang bersamaan 28 sen sehari , selepas itu kena mai tunjuk muka sokong Guan Eng lidah biawak itu .

Untuk makluman , 70 orang yang hadir dalam gambar di atas semunya penyokong tegar PAS dan PKR yang menerima duit RM 100 . Itu pun mereka hadir untuk dengan ceramah Salleh Man ini kerana di bawa oleh petugas parti Pas -PKR .

Guan Eng nampaknya semakin terdesak dalam isu wang judi dan tindakan PAS yang membuat sesi penerangan bodek celaka lidah biawak ini mungkin mendapat arahan daripadanya . Nak meloya aku tengok banner di atas ini yang menunjukkan tahap menjilat gred A oleh PAS terhadap Guan Eng .

Selasa, Oktober 12, 2010

2 monyet PAS terlepas dalam parlimen

2 Komen!!!
Parlimen ialah tempat yang mulia dan merupakan tempat tertinggi dalam institusi demokrasi negara. Parlimen juga adalah pemimpin pilihan rakyat untuk berdebat secara hemah dan budi bahasa yang tinggi sesuai dengan sifat ketimuran.

Dalam adab ketimuran dan Islam, hormat menghormati dan toleransi menjadi asas tamadun manusiawi.. Jika seorang manusia pastinya akan menyanjung tinggi tamadun dan sifat manusia yang mereka miliki.. kecuali mereka ini bukan manusia dengan kata lain binatang.. lembut sikit bunyinya haiwan.. maka haiwan tidak terlibat dengan adab susila ketimuran.. apatah lagi ajaran Islam.. khasnya mereka yang sentiasa suka bangun dan duduk, bangun dan duduk, bangun dan duduk serta suka buat kacau tidak lain dan tidak bukan pastinya monyet yang terlepas dari Zoo negara..

Syabas kepada YDP Dewan rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memberi amaran untuk tidak lagi membenarkan mereka bertanyakan soalan tambahan sepanjang sesi sidang yang akan berakhir 15 Disember ini... ini sahaja langkah yang sesuai untuk monyet-monyet ini diajar [klik sini]..

Kepada YDP Dewan Rakyat.. mungkin tindakan akan datang boleh YDP kurungkan je monyet-monyet di luar dewan jadi mereka tak payah masuk terus.. kalau boleh masukkan mereka dalam kurungan lagi bagus...

"Ahli-Ahli Yang Berhormat, kalau ada lagi yang membuat kacau dan bercakap seperti yang dibuat oleh Shah Alam, saya tak akan benarkan lagi kemuka soalan tambahan, begitu juga dengan Pokok Sena," katanya.

Ianya ketika Hishammuddin yang menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) juga beberapa kali diganggu oleh Mahfuz yang mencelah secara tiba-tiba sambil menyifatkan jawapannya tidak memuaskan.

Ini mungkin disebabkan retreat PAS baru-baru ini mengajar Ahli Parlimen mereka menjadi monyet untuk mengganggu sidang DUN.. patutnya Ahli Parlimen PAS ni patut dibirkan bersidang di Zoo Negara..

Isnin, Oktober 11, 2010

PAS tak perlukan Galas

1 Komen!!!
Nak buat apa PAS nak kerusi DUN Galas lagi.. kata KuLi.. PAS kan dah cukup dua pertiga jumlah kerusi [klik sini]..

Inilah masanya PAS nak memuliakan KuLi.. sebagai bekas ahli Parlimen dan bekas Menteri..beri kemenangan percuma kepada UMNO... mesej yang mudah, simple tapi menusuk kalbu pemimpin PAS... pastinya ianya akan menimbulkan emosi geram dan marah tak terkata oleh pemimpin PAS.
Katanya, parti itu sepatutnya tidak perlu bersusah-payah kerana telah memiliki majoriti dua pertiga dalam DUN.


“Menang atau kalah tidak memberi perbezaan kepada PAS. Mereka sepatutnya beri kita kerusi itu percuma," katanya
Memang betullah.. pelantikan KuLi sebenarnya tepat masanya.. dan penerimaan KuLi membuktikan beliau ahli UMNO yang setia... bukanlah mudah untuk mempengaruhi beliau sebagai orang lama dalam politik.

PAS perlu ingat.. PAS dapat tawan Kelantan hanya bersama dengan KuLi ketikan tahun 1990.. iaitu KuLi dalam 46.. adakah KuLi juga bertanggungjawab untuk menjatuhkan kerajaan PAS.. itu sesuatu yang boleh diperbincangkan..

PAS pastinya sedang tertekan sekarang berhadapan dengan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang yang telah memgang jawatan tersebut selama lebih 50 tahun.. tentunya ianya ada signifikan yang  tertentu kepada pengundi Gua Musang amnya dan Galas khasnya.

Sabtu, Oktober 09, 2010

SPR sahkan Nik Aziz nyanyuk

1 Komen!!!
Dah lupa ke Pok Nik wei... atau nyanyuk...

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjawab tuduhan PAS "Perkara yang paling penting ialah sama ada tarikh yang dipilih itu bersesuaian serta tidak menyusahkan pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekesalan Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berhubung pemilihan tarikh mengundi yang bertembung dengan persidangan DUN negeri yang bermula 1 November depan.

Malah Mursyidul Am PAS itu menganggap SPR tidak menghormati sidang DUN dan seolah-olah sengaja memberi kelebihan kepada Umno.

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, dakwaan bahawa SPR hanya mengambil kira tarikh yang bersesuaian dengan Umno iaitu selepas Perhimpunan Agung yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober ini adalah tidak benar.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa SPR juga pernah mengambil kira tarikh berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS ke-54 yang diadakan pada 2008 iaitu semasa berlakunya kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

"Ini masalahnya... mereka mudah lupa perkara yang SPR lakukan yang berpihak kepada mereka. Sebaliknya mereka akan tuduh kita macam-macam kalau ia berpihak kepada parti lain.

"Kita pernah ambil kira mengenai Muktamar PAS ketika itu, dan kali ini kebetulan Umno mengadakan perhimpunan agung mereka, jadi ia turut diambil kira oleh SPR," katanya.

Selain itu Wan Ahmad berkata, soal tidak menghormati sidang DUN tidak timbul kerana ia hanya melibatkan beberapa pemimpin parti itu.

"Sidang DUN bukan melibatkan semua pemimpin PAS, ada ramai lagi jentera mereka yang boleh menjalankan aktiviti berkempen.

"Malah kebanyakan aktiviti ceramah diadakan pada waktu malam, jadi mereka yang terlibat dengan sidang DUN boleh mengambil tempat untuk berkempen di waktu malam," katanya.


Bodo!!! sah dah nyanyuk pok nik ni wei...

Kongsi Link Anda