Popular Today

Khamis, Mei 15, 2014

Harith Iskander mohon maaf isu status hukum hudud

Harith Iskander mohon maaf isu status hukum hudud
Pelawak Harith Iskander

KUALA LUMPUR: Kecoh Khamis minggu lalu apabila pelawak dan pelakon iaitu Harith Iskander dikritik hebat selepas memuat naik status mempersendakan hukum Hudud di laman Twitter miliknya.

Ketika dihubungi pihak Astro Gempak, Harith menjelaskan dia tidak berniat untuk mempersendakan hukum Islam itu lebih-lebih lagi status tersebut disalah ertikan ramai pihak.

“Ya ramai yang marah dengan saya kerana status tersebut. Saya mohon maaf jika status tersebut mengguris hati sesetengah pihak. Sejujurnya saya tidak berniat untuk mempermainkan agama sendiri.

“Saya harap isu ini tidak lagi diperbesarkan kerana ianya hanya perkara kecil. Mungkin apa yang cuba saya sampaikan disalah ertikan sesetengah pihak,” jelas Harith ketika dihubungi Astro Gempak.

Dalam pada itu Harith menafikan status tersebut ditujukan kepada individu tertentu.

“Sejujurnya status tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak atau individu tertentu. Mungkin pandangan saya berbeza dengan orang lain.

“Macam saya cakap apa yang saya sampaikan mungkin apa yang orang lain baca disalah ertikan.

“Apa yang saya dapat lihat ramai yang marah dah bertindak terus tidak lagi jadi pengikut akaun Twitter saya.

“Saya tidak terkilan jika perkara tersebut berlaku kerana mereka ada hak untuk berbuat demikian,” tambah Harith lagi mengakhiri perbualan. -- Astro Gempak

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa KEJADAHnya si BANGSAT ni bilang, MENGHINA ISLAM/umatnya adalah "perkara KECIL"! Hidup mcm. omputih - nak BERLAGAK - PI BERAMBOS dok kat Barat; kalau dah benci sgt. kat ISLAM/umatnya!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Tanpa Nama berkata...

mak ciiiik,terlebih makan sambal belachan ke,,, biar menegur bukan membelasah, menegur ada lah mengajar,,message yang mak cik nak sampai pun untuk menegur kan,,

Kongsi Link Anda