Popular Today

Rabu, Januari 07, 2009

Bukti prihatin, Sime Darby batal ambil alih IJN -

Tahniah kerajaan Malaysia yang semakin peka dengan permasalahan rakyat dan tidak mengunggub terlalu lama untuk membuat keputusan

Sime Darby Bhd. (Sime Darby), sebuah konglomerat tempatan yang sebelum ini berhasrat mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN) sehingga menimbulkan bantahan ramai, hari ini memutuskan untuk tidak melaksanakan cadangan itu.

Syarikat milik kerajaan itu dalam kenyataannya di sini berkata, pihaknya telah mencapai satu persefahaman selepas mengambil kira sentimen orang ramai dan juga maklum balas yang diterimanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan penangguhan terhadap rancangan Sime Darby untuk memulakan perundingan dengan Menteri Kewangan Diperbadankan bagi membeli 51 peratus kepentingan dalam IJN.

IJN diurus oleh IJN Holdings Sdn. Bhd., dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dalam kenyataan yang sama berkata, pihaknya menghormati kehendak rakyat negara ini supaya IJN kekal dalam bentuk yang sedia ada.

Beliau berkata, ''Kami percaya pelaburan berterusan dalam penjagaan kardiovaskular penting kerana ia adalah punca utama pesakit dimasukkan ke hospital dan menjadi salah satu punca utama kematian di Malaysia.

''Perkongsian dengan IJN sekiranya terlaksana akan menguntungkan kami, IJN, pemegang kepentingan dan juga orang ramai, dan bersandarkan hakikat itu kami telah mengemukakan cadangan pembelian ekuiti itu kepada kerajaan.

''Tetapi, kami sebagai sebuah syarikat yang mana pemegang sahamnya mewakili lebih 10 juta rakyat negara ini, menghormati hasrat mereka supaya (status) IJN dikekalkan seperti mana adanya,'' kata beliau lagi.

Sime Darby menjelaskan, pada Ogos lalu, pihaknya telah memaklumkan kepada kerajaan tentang hasratnya memiliki kepentingan IJN kerana melihat kepada faedah meluaskan skop dan skala operasi Sime Darby Healthcare, sebuah cabang operasi penjagaan kesihatan Sime Darby dan IJN.

Jelasnya, semasa memajukan cadangan itu, Sime Darby menyedari peranan IJN dalam menyediakan rawatan perubatan yang cemerlang pada harga berpatutan, terutama kepada golongan pesara, berpendapatan rendah dan miskin.

Katanya, cadangan pemilikan IJN adalah memastikan rakyat tidak dipinggirkan daripada menerima rawatan kesihatan berkelas dunia dan juga menjamin mereka yang berkenaan termasuk juga golongan pendapatan rendah dan sederhana terus menikmati perkhidmatan seperti mana sebelumnya tanpa ada perubahan.

Berdasarkan cadangan dan jaminan itu, kerajaan memberikan 'lampu hijau' kepada Sime Darby untuk melaksanakan kajian berhemat ke atas IJN dan menyediakan pelan perniagaan bersepadu yang perlu diperakui lebih dahulu oleh Kementerian Kewangan sebelum Sime Darby dibenarkan menguasai kepentingan berkenaan.

Ahmad Zubir kekal optimis dengan prospek sektor penjagaan kesihatan dan akan terus mencari peluang untuk mengembangkan sektor berkenaan, sekali gus menjadikan Sime Darby sebagai penyedia penjagaan kesihatan standard di rantau ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KUASA BLOGGER DAN KEINSAFAN SIME DARBY!
Akhirnya Sime Darby insaf dan sedar bahawa wang bukan segalanya.

Sejak isu penswastaan IJN begitu hebat diperdebatkan oleh rakan-rakan blogger, saya lebih suka mendiamkan diri dan menilai isu ini dengan menelaah tulisan dan komentar yang terhidang di blog-blog yang saya lawati.

Sememangnya saya menentang penswastaan ini 100%!

Alasan penentangan itu memang mudah :

1) Harga dan kos rawatan akan meningkat.
2) Golongan bawahan dan miskin tentu akan terjejas.
3) Memburukkan lagi imej kerajaan di mata rakyat.
4) Tidak ada korporat yang mahu rugi bila berurusniaga.

Rasanya, tidak perlu alasan di atas dihurai dengan lebih panjang. Sime Darby telah membuat keputusan yang betul bila mereka menarik diri daripada meneruskan hasrat mereka untuk mengambil-alih IJN.

Sebagai salah sebuah syarikat GLC yang terbesar, sudah tiba masanya Sime Darby meneroka pasaran luar negara. Kini terdapat banyak syarikat luar negara yang sangat berpotensi untuk diambil-alih akibat kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat. Pakar pelaburan Sime Darby tentunya lebih arif tentang peluang ini.

Apa yang lebih penting kini adalah pengajaran yang sepatutnya dipelajari oleh Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri beberapa bulan sahaja lagi. Sebagai insan yang diberikan tanggungjawab besar untuk menguruskan harta negara, Najib sepatutnya lebih berhati-hati bila menerima sebarang cadangan yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Pepatah yang digunakan Khir Toyo “orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya” sepatutnya mengajar Najib tentang perlunya beliau berhati-hati bila berada di puncak kuasa. Tentunya kini, ramai yang sedang mengintai peluang untuk mendampingi Najib.

“Tak dapat peha, dapat betis pun jadilah. Tak dapat billion, dapat million pun jadilah..”

Orang seperti inilah yang sepatutnya Najib kenalpasti dan diterajang keluar dari senarai penyokongnya. Jika tidak, biar apapun kebaikan yang cuba Najib lakukan, ianya tetap akan dipandang serong dan dicemuh oleh rakyat. Lihat sahajalah bagaimana imej MR CLEAN Abdullah dimusnahkan oleh budak tingkat 4. Adakah Najib mahu pisang yang sama berbuah dua kali?

Ada yang berkata, keputusan Sime Darby hari ini berkait-rapat dengan PRK Kuala Terengganu. Pada saya, kaitan itu tidak penting untuk didebatkan. Tidak perlu menunggu pilihanraya untuk berubah, untuk insaf atau untuk melakukan kebajikan kepada rakyat. Pada bila-bila masa, sebuah kerajaan yang baik perlu mengutamakan kebajikan rakyat dan berbakti kepada rakyat. Tidak perlu menunggu blogger atau media membangkitkan sesuatu isu baru hendak bertindak.

Jangan dah terantuk baru nak tengadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Masih ada beberapa tahun untuk membina benteng ‘tsunami’. Tiada gunanya lari ke tempat tinggi jika tsunami yang bakal tiba itu lebih tinggi daripada tempat yang tinggi itu.

Pilih dan tegakkanlah kebenaran kerana kebenaran itu sentiasa memihak pada pihak yang benar.

Tahniah kepada semua blogger yang memperjuangkan isu ini tanpa mengira fahaman politik mereka.

bungaraya berkata...

Penulisan Kifli pada kali ini amat baik sekali. Yang jelas ia tidak menampakkan Kifli seorang penyokong PAS maupun UMNO. Beliau adalah seorang warga yang ingin melihat Pengurusan Negara ditadbir urus secara baik dan jujur/ikhlas.
Beliau adalah seorang warga yang berpotensi sebagai pemimpin yang cemerlang. Saya dah bercakap berulang kali bahawa pemimpin kerajaan memang sedar dan insaf akan kesalahan masa lalu. PRU ke 12 banyak mengajar mereka supaya menjadi pemimpin yang tidak degil, tidak sombong, tidak riak, tidak angkuh, tidak tamak, tidak melakukan perkara-perkara mungkar.
Insyallah menjelang PRU ke 13, mereka akan pulih drp kebiasaan yang durjana itu.

Tanpa Nama berkata...

BungarayaU tq sbb akhirnya awk persan jga hujjah yg kmi utarakan..
Cuma kami ammat yakin n percaya kebiasaan yg durjana telh menjadi darah daging pemimpin umno dan ianya x akn dpt lagi di rawati kecuali dgn menukar sahaja kepimpinan negara kpd org2 yg sanggat bertanggungjawab,mereka(pemimpin umno)sudah terlalu jauh drp rakyat bawahan dan hanya hdup di kalangan kelompok ilit n taukey2cina utk bincang tntang projek ALIBABAnya yg di rompak drp kuota bumi yg sepatutnya menjadi hak mutlak bangsa MELAYU n bumi..
Walaubagaimanapun insyallah umno sudahpun hampir sampai ke titik noktahnya dan di sini aku ingin mengambil peluang mengajak seluruh rakyat MALAYSIA dan tidak ketingalan sang bungarayaU juga marilah kita bersama membina negara MALAYSIA yg baru...Negara yg penuh nikmat,maju,aman,makmur,tanpa rahsuah(rahsuahlah penghancur seluruh peradaban manusia) dan berkebajikan dengan ISLAM menjadi dahsar pentadbiran..sipertimana yg tlah di janjikan oleh yg maha pencipta,yg maha tahu segala masalah manusia dan jalan penyelesaiannya bagi segala masalah..

Kongsi Link Anda