Khamis, November 27, 2008

Ahli PAS batal usul kawal arak - takut kat DAP ke?

Seorang ahli PAS yang merancang membentang usul mengawal jualan arak di Majlis Perbandaran Klang (MPK) membatalkan hasrat itu di saat-saat akhir semalam kerana tidak mahu ia menjadi isu politik sehingga boleh mencetuskan kontroversi. Semalam, akhbar-akhbar berbahasa Cina mendedahkan cadangannya itu untuk membataskan jualan alkohol di beberapa premis terbuka sehingga mencetuskan kebimbangan bahawa Selangor berniat mengharamkan minuman keras.

Dalam kertas cadangan itu, kini tersebar meluas di kalangan media, Mohd Termizi mencadangkan:

bullet buttonarak dijual di sudut agak tertutup dan papan tanda melarang jualan kepada umat Islam hendaklah dipaparkan dengan jelas,

bullet buttonkaunter jualan hendaklah dikendalikan oleh pekerja bukan Islam. Kaunter khas harus diwujudkan untuk jualan barangan bukan halal.

bullet buttonMPK melarang jualan alkohol di premis-premis berikut: kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit, pasar mini, kedai ubat, restoran terbuka dan kiosk di stesen minyak.

Akhbar-akhbar itu juga membayangkan wujud gerakan di kalangan ahli-ahli PAS yang menduduki majlis PBT di negeri itu untuk memperkenalkan dasar itu setelah ditolak oleh mesyuarat exco kerajaan bulan lepas. Susulan kontroversi itu, menteri besar Selangor petang semalam berkata "semua keputusan di peringkat PBT mesti selari dengan keputusan yang dibuat oleh exco negeri".

Kata Aspirasi : Kalau bawa usul kawal arak pun takut, apatah lagi hendak kesediaan PAS untuk mengharamkan arak. Jika setakat memerintah negeri pun takut dengan desakan DAP... apa yang hendak diharap jika PAS memerintah negara. Matlamat PAS untuk perintah negara dan mendaulatkan Islam hanyalah pembohongan semata-mata. Macam mana nak perintah negara ni. penakut!.

Dakwaan isu arak hendak dipolitikkan hanyalah perkara remeh jika PAS betul-betul memegang teguh perjuangan menegakkan Islam. Hakikatnya PAS takut kepada DAP. Demi undi hukum halal dan haram diketepikan, ianya sangat memalukan.

Keadaan ini jelas menunjukkan ketidak sepatakatan ahli pakatan Rakyat dan terpaksa menerima sebelah pihak sahaja. Sangat memalukan jika setiap usul yang dibawa PAS ditolak oleh rakan kongsi mereka.

Sumber : Malaysiakini

7 ulasan:

Waris Pahang berkata...

Askum. Rata-rata kini PKR dan PAS tidak sebulu lagi kerana :

- Masing-masing berebut untuk tambah ahli baru.
- Kurang program bersama antara PKR dan PAS diadakan kini kerana bimbang pihak yang lain lebih popular dan diminati.
- Perselisihan faham dan pandangan antara mereka berlaku ditambah lagi dengan karenah DAP.
- PAS anggap PKR angkuh kerana mereka bersandarkan kepada DSAI berbanding PAS yang kini menjadi parti pembangkang kelas ketiga.(PKR : Kelas 1, DAP : Kelas 2, PKR : Kelas 3).
- PKR dan PAS tidak puas hati dengan DAP yang semakin berani menentang arus Pakatan Rakyat.

(Barangkali antara PKR dan PAS ada yang sedang menanti perpecahan salah satu parti politik tersebut)

(Selepas kewujudan Pakatan Rakyat, DAP yang lebih banyak untung)

Waris Pahang berkata...

Askum. Rata-rata kini PKR dan PAS tidak sebulu lagi kerana :

- Masing-masing berebut untuk tambah ahli baru.
- Kurang program bersama antara PKR dan PAS diadakan kini kerana bimbang pihak yang lain lebih popular dan diminati.
- Perselisihan faham dan pandangan antara mereka berlaku ditambah lagi dengan karenah DAP.
- PAS anggap PKR angkuh kerana mereka bersandarkan kepada DSAI berbanding PAS yang kini menjadi parti pembangkang kelas ketiga.(PKR : Kelas 1, DAP : Kelas 2, PAS : Kelas 3).
- PKR dan PAS tidak puas hati dengan DAP yang semakin berani menentang arus Pakatan Rakyat.

(Barangkali antara PKR dan PAS ada yang sedang menanti perpecahan salah satu parti politik tersebut)

(Selepas kewujudan Pakatan Rakyat, DAP yang lebih banyak untung)

mySacRedHeaRt berkata...

takut jadi isu politik??? alasan jer....MB selangor n exco2 melayunya hanyalah boneka DAP...ikut buntut DAP sepanjang maser...hey come on la xder pendirian ke....PAS ni skg mmg dlm ketakutan...kata nk wujudkan negara islam- skg aper dh jadik???

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

bukan takut itulah pakatan royak

bungaraya berkata...

Aku dah kata yang tindakan PAS menjadi komponen dalam Pakatan Rakyat adalah merupakan satu kesilapan parti tersebut.

1234567 berkata...

Amboi-amboi sensitifnya korang ni ya?? dah bepuluh tahun UMNO biar arak,judi,rumah sundal berleluasa, tetiba plak skarang ni naik gila nk hentam org..nape masa amno celaka jaga selangor korang langsung xda bunyi? korang ni pn cam sial gakla aku rasa..

ameno berkata...

Ooooh' diaorg ni mmg cam2..x kira betinajantan,sama je..

Kongsi Link Anda