Popular Today

Sabtu, Januari 10, 2009

Hudud: Pakatan Rakyat semakin tidak sehaluan

0 Komen!!!
KUALA TERENGGANU 9 Jan. - Pertikaian di kalangan pemimpin pembangkang mengenai hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud menunjukkan pakatan mereka tidak boleh membentuk kerajaan yang mempunyai dasar bersama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti-parti pembangkang tidak mempunyai polisi bersama, cuma ada pakatan yang agak longgar yang tujuannya hanya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, pakatan yang longgar menyebabkan semakin hari semakin banyak perbezaan pendapat timbul di kalangan pemimpin pembangkang.

"Apa yang berlaku sekarang jelas menggambarkan mereka tidak ada pendirian bersama.

"Mereka tidak boleh membentuk satu kerajaan yang mempunyai dasar bersama," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menolak hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya memerintah negara ini.

Anwar juga dilaporkan menolak teguran Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyatakan hukum hudud tidak menepati Perlembagaan Persekutuan dengan menyifatkan kenyataan itu bersifat umum.

Mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak perlu menjelaskan kepada rakyat bukan Islam mengenai hudud sebaliknya mahu menjelaskan perkara itu kepada UMNO kata Najib, perkara itu tidak perlu.

Ini kerana menurutnya, sikap pemimpin pembangkang itu menjelaskan bahawa mereka sebenarnya bermain politik sejak dari awal isu hudud dibangkitkan.

"Tak payah hendak jelaskan kepada UMNO, mereka sebenarnya main politik dari mula isu hudud ini," jelasnya.

Beliau percaya ramai pengundi bukan Islam tidak senang hati dengan apa yang dinyatakan pemimpin Pas itu mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Khamis, Januari 08, 2009

Kempen PAS di KT bergerak perlahan - bukti boikot?

5 Komen!!!
Tidak seperti keghairahan peminat politik di seluruh negara, kempen di hari ketiga pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu masih bergerak perlahan-lahan sejak penamaan calon.

Walaupun tiga calon, khususnya PAS dan BN, mula bertemu pengundi, poster-poster masih banyak belum dinaikkan sehingga menjadi tanda tanya sama ada wujud pilihanraya kecil di bandar ini atau tidak.

Seorang petugas Angkatan Muda PKR dari Gombak "terkejut" dengan gerak perlahan kempen dalam pilihanraya kecil ini, khususnya jentera PAS.

Muhamad Islam Ismail, yang berpangkalan di DUN Ladang, berkata daya gerak pilihanraya ini "sangat berbeza" daripada pilihanraya-pilihanraya kecil yang pernah disertai sebelumnya.

Menurut sumber ianya sangat berbeza pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, terdapat perbezaan ketara... apakah ini membuktikan memang terdapat 'boikot' oleh kumpulan tertentu di dalam PAS... ekoran tidak puas hati terhadap penamaan calon baru-baru ini...

Perang poster - yang menjadi kemuncak kempen tradisi BN dan PAS - hanya kelihatan di beberapa bilik gerakan dan simpang-simpang jalan tertentu sahaja.

Sementara banyak kampung masih lengang daripada suasana pilihanraya yang dianggap penting bagi parti-parti Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan lawannya Mohd Abdul Wahid Endut.

Bagaimanapun BN menaikkan banyak poster besar calonnya bersama barisan pemimpin kanan negera dan negeri.

Hudud: Kenyataan Anwar mengelirukan, kata Karpal

2 Komen!!!
Jan 8, 09 6:40pm
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, Kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara adalah mengelirukan.

"Kenyataan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa tidak perlu menolak hukum hudud kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam adalah bertentangan dengan hasrat PAS yang mengakui mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"Ini memang menjadi pendirian PAS sejak ditubuhkan sepertimana dicerminkan dalam kenyataan oleh bekas dan pemimpin PAS sekarang," katanya dalam kenyataan di ibunegara, lapor Bernama

Karpal Singh menegaskan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, dipetik dalam laporan berita pada 23 Disember tahun lalu sebagai berkata: "Saya tidak nampak kenapa mereka (iaitu orang bukan Islam) tidak dapat menerima hukum hudud yang tidak berbeza daripada undang-undang Barat".

Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata untuk hukum hudud diguna pakai, prasyaratnya ialah penubuhan sebuah negara Islam seperti Arab Saudi di mana undang-undang Islam terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam.

"Adalah penting untuk Anwar mengetahui apakah niat sebenar PAS yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam.

"Mungkin Presiden PAS (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang patut memberikan penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS terpakai kepada orang Islam dan juga bukan Islam sekiranya PAS berjaya menubuhkan sebuah negara Islam. Demi kepentingan orang ramai, beliau patut berbuat demikian," katanya.

Karpal Singh berkata Malaysia bukan sebuah negara Islam dan kelulusan serta pelaksanaan hukum hudud adalah melanggar Perlembagaan.

Jadi macamana PAS? Nak jawap ataupun tidak... Nak Jawap ke atau nak hilang undi bukan Islam?....

Jawap ... jangan tak jawap...

Apa beza sumpah, janji dan ikrar

0 Komen!!!
Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu membuat perubahan seandainya diberi mandat memerintah negara.

"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji, tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat.

"Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," katanya dalam satu ceramah di Kuala Terengganu malam tadi, lapor Bernama.

Persoalannya apa beza sumpah, janji dan ikrar....? rasanya semakin 'bengong'Anwar ini...

Mungkin kenyataan ini berikutan kegagalan Anwar pada 16 September yang lalu... namun dulu beliau sangggup bersumpah kerana beliau bertanding pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang lalu. Tapi kini apabila telah menang beliau mula melepaskan tanganlah secara halus... dan tak nak berjanji itu dan ini... sebab beliau memang tahu beliau tidak mampu menunaikan janji... ataupun beliau berpendapat PAS akan kalah di Kuala Terengganu?...

Rabu, Januari 07, 2009

Bukti prihatin, Sime Darby batal ambil alih IJN -

3 Komen!!!
Tahniah kerajaan Malaysia yang semakin peka dengan permasalahan rakyat dan tidak mengunggub terlalu lama untuk membuat keputusan

Sime Darby Bhd. (Sime Darby), sebuah konglomerat tempatan yang sebelum ini berhasrat mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN) sehingga menimbulkan bantahan ramai, hari ini memutuskan untuk tidak melaksanakan cadangan itu.

Syarikat milik kerajaan itu dalam kenyataannya di sini berkata, pihaknya telah mencapai satu persefahaman selepas mengambil kira sentimen orang ramai dan juga maklum balas yang diterimanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan penangguhan terhadap rancangan Sime Darby untuk memulakan perundingan dengan Menteri Kewangan Diperbadankan bagi membeli 51 peratus kepentingan dalam IJN.

IJN diurus oleh IJN Holdings Sdn. Bhd., dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dalam kenyataan yang sama berkata, pihaknya menghormati kehendak rakyat negara ini supaya IJN kekal dalam bentuk yang sedia ada.

Beliau berkata, ''Kami percaya pelaburan berterusan dalam penjagaan kardiovaskular penting kerana ia adalah punca utama pesakit dimasukkan ke hospital dan menjadi salah satu punca utama kematian di Malaysia.

''Perkongsian dengan IJN sekiranya terlaksana akan menguntungkan kami, IJN, pemegang kepentingan dan juga orang ramai, dan bersandarkan hakikat itu kami telah mengemukakan cadangan pembelian ekuiti itu kepada kerajaan.

''Tetapi, kami sebagai sebuah syarikat yang mana pemegang sahamnya mewakili lebih 10 juta rakyat negara ini, menghormati hasrat mereka supaya (status) IJN dikekalkan seperti mana adanya,'' kata beliau lagi.

Sime Darby menjelaskan, pada Ogos lalu, pihaknya telah memaklumkan kepada kerajaan tentang hasratnya memiliki kepentingan IJN kerana melihat kepada faedah meluaskan skop dan skala operasi Sime Darby Healthcare, sebuah cabang operasi penjagaan kesihatan Sime Darby dan IJN.

Jelasnya, semasa memajukan cadangan itu, Sime Darby menyedari peranan IJN dalam menyediakan rawatan perubatan yang cemerlang pada harga berpatutan, terutama kepada golongan pesara, berpendapatan rendah dan miskin.

Katanya, cadangan pemilikan IJN adalah memastikan rakyat tidak dipinggirkan daripada menerima rawatan kesihatan berkelas dunia dan juga menjamin mereka yang berkenaan termasuk juga golongan pendapatan rendah dan sederhana terus menikmati perkhidmatan seperti mana sebelumnya tanpa ada perubahan.

Berdasarkan cadangan dan jaminan itu, kerajaan memberikan 'lampu hijau' kepada Sime Darby untuk melaksanakan kajian berhemat ke atas IJN dan menyediakan pelan perniagaan bersepadu yang perlu diperakui lebih dahulu oleh Kementerian Kewangan sebelum Sime Darby dibenarkan menguasai kepentingan berkenaan.

Ahmad Zubir kekal optimis dengan prospek sektor penjagaan kesihatan dan akan terus mencari peluang untuk mengembangkan sektor berkenaan, sekali gus menjadikan Sime Darby sebagai penyedia penjagaan kesihatan standard di rantau ini.

ZIONIS KEJAM @ ISRAEL LAKNATULLAH VS UMAT ISLAM BERPECAH

2 Komen!!!
MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam.

------------------------------------

Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.

Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.

Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.

.

Selasa, Januari 06, 2009

Pertandingan tiga penjuru di K. Terengganu

3 Komen!!!
06/01/2009 1:15pm

Calon Barisan Nasional bagi parlimen Kuala Terengganu, Wan Farid wan Salleh (tengah) bersama calon Pas, Wahid Endut dan calon bebas, Azharudin Mamat (kanan) pada majlis penamaan calon yang akan bertanding dalam pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini di Kuala Terengganu

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA TERENGGANU 6 Jan. – Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Bebas.

BN yang diwakili oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.13 pagi.

Calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut pula menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.18 pagi.

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.58 pagi.

Pengumuman pengesahan pertandingan tiga penjuru itu diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya, Datuk Mat Razali Kassim pada pukul 11.28 pagi. - Utusan

Isnin, Januari 05, 2009

ISRAEL, OBAMA DAN PAKATAN RAKYAT SAMA SAHAJA..

3 Komen!!!
Ramai yang tergamam melihat kekejaman Yahudi dan Israel Laknatullah terhadap pembunuhan rakyat Palestin.

Pada masa kemenagan Obama semua meraikannya... kini Bakal Presiden Amerika Barack Obama tidak akan mengubah pendirian Amerika Syarikat menyokong Israel walaupun rejim Zionis itu secara nyata telah bertindak kejam terhadap Palestin, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Israel sebenarnya memerintah dunia melalui proksinya kerana tiada calon presiden Amerika termasuk Barack Obama yang berani mengatakan bahawa mereka tidak menyokong Israel.

“Malah orang kanan Obama, Joseph Biden, secara terbuka telah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Czarist. Jadi anda boleh bayangkan dasar luar negara Obama pada masa hadapan,” katanya pada satu sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini bagi mengulas kekejaman Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak seminggu lepas hingga menyebabkan hampir 500 penduduk Palestin di situ terbunuh.

Czarist mengamalkan konsep penjajahan atau penaklukan dalam pemerintahan mereka, sama seperti konsep penaklukan yang diamalkan oleh rejim Israel terhadap Palestin ketika ini.

Mengulas mengenai tragedi di Palestin dan sokongan Amerika terhadap Israel, Dr. Mahathir berkata seluruh dunia perlu bersatu menyatakan pendirian dan tentangan terhadap pendirian Amerika yang masih tidak mahu berganjak daripada terus menyokong Israel walaupun dikutuk oleh semua pihak.

Hakikatnya begitulah... harapan rakyat dan masyarakat dunia melihat perubahan apabila Obama menjadi presiden namun ianya hanyalah mimpi ngeri yang menjadi kenyataan.

Dan hal ini juga boleh dikaitkan dengan Malaysia yang mengharapkan perubahan.. namun mimpi ngeri yang mereka hadapi...... seperti orang Melayu di Selangor, Perak, Pulau Pinang.... satu persatu hak dan keistimewaan Melayu dan Islam dicabut secara terancang oleh Pakatan Rakyat..

Kezaliman dan keangkuhan Pakatan Rakyat yang sama seperti Israel dan Osama yang menggunakan nilai universal seperti samarata dan keadilan telah mencabut satu persatu segala terancang hak dan keistimewaan kaum Melayu dan Umat Islam dan tidak dapat disanggah lagi kerana PAS yang diharapkan untuk mempertahankan Islam hanya mampu berdiam diri dan senyap seribu bahasa apabila diserang oleh DAP dan PKR.

Perjuangan PAS selama lebih 50 tahun untuk menubuhkan negara Islam menegakkan undang-undang Islam kini tinggal kenangan..

Sangat memalukan apabila bukan sahaja Hudud tetapi untuk mengusulkan pengharaman arak sahaja tidak berani... Suara yang suatu masa dahulu lantang untuk mengharamkan kilang arak dan tempat perjudian kini senyap seribu bahasa....


Jadi bagaimana wahai penyokong PAS dan pengundi Kuala Terengganu... adakah mahu bersekongkol dengan sibacul PAS ini....

Kongsi Link Anda