Popular Today

Rabu, Ogos 13, 2008

Koh Tsu Koon : "Lim Guan Eng menafikan haknya"

0 Komen!!!
Oleh: Agenda Daily

Perkembangan Debat Koh Tsu Koon - Lim Guan Eng...

Bekas Ketua Menteri negeri itu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada debat itu pula menyelar Guan Eng kerana enggan membenarkannya merujuk fail dan dokumen melibatkan isu tanah bagi mendapatkan fakta yang tepat untuk program debat antara kedua mereka.

Katanya, perbuatan itu jelas menunjukkan Guan Eng cuba menafikan haknya untuk mendapatkan fakta dan maklumat membabitkan isu tanah itu sebagai persediaan untuk perdebatan itu.

``Selaku bekas Ketua Menteri saya perlu merujuk kepada fail dan dokumen yang relevan bagi mendapatkan maklumat supaya saya dapat memberikan fakta yang betul mengenai kes itu,'' katanya dalam kenyataan akhbar hari Jumaat.

MB S'gor: Sesuaikan agenda PAS bersama Pakatan atau?

0 Komen!!!

Hari ini, MB Selangor mengulas mengenai amaran Datuk Seri Hj Hadi Awang,

"Kita telah terima parti PAS. Saya pernah jadi setiausaha agung PKR. Kita telah terima parti PAS dan DAP sebagai rakan kita dalam politik.

"Kita terima hakikat bahawa PAS memperjuangkan pembangunan Islam, dan (hakikat) ini kita dapat sesuaikan dengan pembangunan negeri kita.

Pas bukan sahaja memperjuangkan pembangunan Islam tetapi perundangan Islam.... ini yang tidak boleh diterima oleh DAP dan PKR. Khasnya Karpal Singh! dan sesiapa yang berfikiran seperti DAP!

Sebelum itu Presiden PAS membuat kenyataan "Beliau juga menegaskan bahawa setelah 50 tahun orang Melayu memerintah negara ini, tetapi jika orang bukan Melayu mengambilalih, (maka) ia sukar kepada negara dan rakyat.

Dalam laporan itu juga menyebut "Oleh itu, kata Tuan Guru lagi, jika ahli Parlimen bukan Islam lebih ramai, ia akan menggugat orang Islam,"

Sebenarnya inilah hakikat yang perlu diterima oleh PAS.. Bahawa jika PKR dan DAP menjadi pemerintah negara usaha PAS memperjuangkan lagi akan susah.

Tidak mungkin DAP dan orang bukan Melayu dalam PKR akan menerima idea perjuangan ini.
Oleh itu, penyokong PAS juga memikirkan perkara ini..

Adakah PAS akan disisihkan oleh PKR dan DAP jika meneruskan hasrat untuk memperjuangkan agenda Islam.

Rasanya inilah amaran secara sinis yang ingin disampaikan oleh MB Selangor ini... terima gagasan Idea Pakatan Rakyat .. atau keluar dari Pakatan Rakyat!

Kongsi Link Anda