Popular Today

Isnin, Julai 21, 2008

Tahniah UMNO dan PAS

0 Komen!!!

Hari ini pemimpin UMNO dan PAS buat kali pertamanya mengakui telah mengadakan pertemuan antara kedua-dua parti Melayu terbesar negara.

Dato' Seri Hj Hadi Awang, Presiden PAS dalam kenyataannya dalam Harakah Daily (20 Julai 2008) Beliau berkata, perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad.

Sementara itu juga dipihak UMNO juga, Dato' Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi, Presiden UMNO juga mengakui telah bertemu sebanyak 3 kali bersama pemimpin utama PAS.

Manakala seorang lagi tokoh PAS menafikan perjumpaan, mengulas mengenainya, Husam berkata Abdullah cuba memberi gambaran positif mengenai dakwaan pertemuan tersebut, "walaupun dia tahu mana-mana pertubuhan, apatah lagi parti Islam seperti PAS, tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin, sebesar mana pun pemimpin itu."

Apa pun yang dikatakan oleh Husam, Islam masih tetap Agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia sekalian alam. Tiada seorang makhluk pun di atas muka bumi ini berhak yang mengatakan bahawa Islam ialah milik mereka atau kumpulan mereka atau parti mereka. Kerana ini secara langsung menafikan Islam kepada yang lain dan ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pertemuan yang dibuat ini sebenarnya menceritakan masa depan orang Melayu sebagai tonggak kepada pelaksanaan Syariah Islamiah di negara ini.

Moga dengan pertemuan ini akan memberikan hidayah dan petunjuk kepada kedua pemimpin utama parti Melayu ini untuk menjalinkan kerjasama lebih akrab pada masa hadapan dan seterusnya dapat memperkukuhkan ketuanan Melayu dan ketinggian Syariat Islam di Tanah Melayu ini..

Kongsi Link Anda