Popular Today

Khamis, Ogos 06, 2009

Arak - drama PAS Selangor untuk Pilihanraya Kecil Permatang PASir

3 Komen!!!

Ramai berpendapat desakan PAS Selangor supaya kerajaan negeri itu mengugurkan Ronnie Liu sebagai Exco adalah satu sandiwara.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata “Ini semua sandiwara PAS sahaja. Tidak akan ada apa-apa yang berlaku. Ronnie Liu akan terus jadi Exco dan dia (Liu) akan terus guna kuasanya menghalang mereka yang melaksanakan operasi penguatkuasaan.

“Dia akan terus campur tangan dan PAS akan bersuara kononnya dia serius tapi `nothing happens’ (tiada apa-apa akan berlaku) selepas ini,” katannya.

Apatah lagi kini PAS akan hadapi satu lagi Pilihanraya Kecil di Permatang PASir... macam biasa promote diri awal-awal lah...

bagaimana?.. Konon perjuangkan Islam...

bila?.. masa nak Pilihanraya...

Habis.. sebelum ni buat apa?.. makan gaji buta...


PAS pejuang Islam hanya bila Pilihanraya nak tiba... selain itu... Pas masukkan Islam dalam bakul sampah....

Jeff Ooi hina Islam - adakah PAS akan mempertahankan Islam dihina

1 Komen!!!

Banyak pihak mendesak anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi supaya menarik balik kenyataannya yang menyinggung perasaan umat Islam bukan sahaja di negeri ini malahan di seluruh negara.

"Saya secara tegas menolak kenyataan Jeff yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris 2 Ogos lalu yang saya anggap bersifat peribadi tetapi boleh disalah ertikan pelbagai pihak.

"Saya yakin umat Islam di Pulau Pinang tidak dapat menerima kenyataan sebegini lebih-lebih lagi ia menyentuh sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia," kata Abdul Malik.

Abdul Malik mengulas kenyataan Jeff, yang juga Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri terhadap seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan anggota Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Jeff dilaporkan berkata, MPPP tidak seharusnya membenarkan seorang "ekstremis agama" berada di dalam pentadbirannya dan kerajaan negeri telah mewujudkan teladan yang berbahaya apabila membenarkan seorang ekstremis agama menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.

Jeff juga memetik portal JIM yang meletakkan sasarannya untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang menggunakan sepenuhnya Undang-undang Syariah menjelang 2020.

.. Ke mana pemimpin PAS bila Islam dihina oleh sekutu meeka... mereka lebih sibuk perge ke pelantar minyak dari mempertahankan maruah Islam dihina sekutu mereka...

Pengajaran patut diambil seperti tindakan ekstremes Cina DAP, Jeff Ooi ini.. dalam orang Melayu dan Islam berkuasa mereka masih boleh mempertikaikan Islam... apatah lagi jika bukan Islam yang berkuasa.. semua ini agenda untuk menghakis masa depan melayu dan Islam yang patut ditentang oleh orang Melayu dan Islam sampai bila-bila...

Kerajaan PKR Selangor : Islam hilang suara, samseng dan pelacur berkuasa

2 Komen!!!

Samseng dan pelacur dipilih sebagai pemimpin kerajaan PKR Selangor.. manakala dasar Islam pula di tolak... orang Islam tidak boleh timbulkan soal arak secara terbuka... kerana ia salah di sisi undang-undang kerajaan negeri PKR...

Kerajaan Selangor Rabu menolak gesaan PAS Selangor supaya dilucutkan jawatan Ronnie Liu sebagai pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan berikutan dakwaan beliau telah mengganggu tugas penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan.

"Ronnie bukan isu bila menyelesaikan masalah penjualan arak di Selangor," kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini hari ini.

PAS Selangor menggesa agar Liu dilucutkan portfolio kerajaan tempatannya berikutan rampasan beer oleh majlis tempatan minggu lalu.

"logik ke arak yang dirampas boleh dikembalikan semula atas kuasa exco!.. ini seperti tindakan kumpulan samseng yang boleh membuat sesuka hati..!!"

Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dilaporkan berkata Liu mengganggu tugas majlis tempatan dan ini melemahkan semangat kakitangan.

Beliau juga mendakwa Liu telah mengarahkan beer yang dirampas dikembalikan kepada kedai 7-Eleven di Seksyen 8 walaupun Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) jelas bertindak dalam bidang kuasanya.

ini baru sedikit kuasa yang dia dapat... dan yang bodohnya ada manusia PKR bernama Khalid Ibrahim pula boleh mempertahankan tindakan samseng DAP ini... jika Islam boleh dimainkan oleh si pengkhianat Islam dan melayu ini... apatah lagi hak Melayu pada masa akan datang..

"jika PKR dan DAP memerintah... PAS memang sah melukut ditepi gantang... begitulah rendahnya martabat Melayu dan Islam PAS.."

Inilah akibat apabila Islam semakin hilang suara... samseng dan pelacur pula berkuasa...

Unit Upah PAS rekrut remaja seawal 13 tahun!

0 Komen!!!

Pemuda PAS Pulau Pinang mengakui seorang anggota Unit Amalnya, Muhamad Azreen Abdul Aziz dikerahkan untuk menyertai demonstrasi anti-ISA minggu lalu...

Mohd Yusni Mat Diah menegaskan pihaknya "terlepas pandang" soal umur pelajar itu kerana remaja 15 tahun itu "berbadan besar dan kelihatan seperti dewasa."

Apakah badan besar menjadi ukuran.. mewajarkan untuk menyertai unit politik ekstremes seperti ini..... apatah lagi penglibatan mereka secara 'under ground' tanpa pengetahuan ibu bapa mereka... ini semua bertentangan akta kanak-kanak..

Jadi apakah maknanya ini... remaja seawal 13 tahun telah direkrutkan untuk tujuan politik ganas PAS!.. Inilah bukti pembenihan nilai-nilai benci PAS kepada kerajaan sejak remaja lagi. Jika budak seusia 13 tahun telah di 'brain wash' untuk membenci kerajaan.. apakah yang akan terjadi jika mereka membesar.. mungkin gambar di atas adalah gembaran tepat hasil tarbiyah PAS ini..

Cuba gambarkan, pelajar 13 tahun yang tidak mengetahui apa-apa mengenai politik telah dibawa ke jalan yang salah.. Mereka ini telah dilatih membenci UMNO, membenci kerajaan, tidak membaca media arus perdana, hanya mendengar sumber ceramah mereka dan media mereka sahaja...

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia patut menyiasat perkara ini.. pelajar 13 tahun yang sepatutya menumpukan kepada pelajaran bukannya terlibat dengan badan politik apatah lagi unit amal PAS yang bersifat ekstremes ini. Perkara ini ialah pencabulan jelas terhadap kebebasan kanak....

Kongsi Link Anda