Popular Today

Khamis, September 23, 2010

Jawatan Naib Presiden - Nurul Izzah bakal 'pancung' Fauziah Salleh

4 Komen!!!
PKR ni macam dah jadi 'company' Anwar Aljuburi dan family.. manakan tidak, semua yang duduk dalam PKR semuanya anak beranak dan keluarga.. Cuba tengok gambar di sebelah tu, biasanya kalau sidang media parti politik, yang duduk di depan tu ialah Presiden, timbalan presiden dan naib.. ini tidak!!! semua anak beranak..

Anwar Aljuburi akan terus meletakkan anak beranaknya dan kaum keluarganya dalam PKR.. dalam pemilihan PKR 2010 ini, bakal menyaksikan ANwar Ibrahim dan Wan Azizah akan bertanding jawatan presiden, kroni beliau, Azmin Ali pula akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan terkini ialah Anak Aljuburi, Nurul Izzah pula akan bertanding jawatan NAib Presiden [rujuk sini]..

Ianya adalah petunjuk bagaimana keluarga Aljuburi sangat obses dengan kuasa dan kini Anwar dan keluarga bakal memerintah PKR.. dalam satu rumah ada Presiden, ketua umum dan juga naib presiden...

Alasannya mudah iaitu, iaitu kehendak akar umbi, keputusan tersebut dicapai selepas melihat pencalonan yang menggalakkan yang diterimanya minggu lalu...

Namun ramai juga orang PKR yang bimbang melihat trend keluarga Anwar dalam kepimpinan tertinggi PKR... ianya sangat kontras apa yang berlaku ketika Tun Mahathir jadi presiden UMNO, tiada seorangpun yang terdiri dari anak beliau bertanding dalam jawatan teringgi UMNO, tapi Anwar berbeza, memang sikapnya suka meletakkan kroni dan keluarganya... dan ini adalah bukti secara terang-terangan amalan kroni dan nepotisme dalam PKR.

Ada juga yang melihat penglibatan Nurul Izzah adalah tidak sihat kerana beliau dilihat tidak jauh beza peranan beliau seperti Khairy Jamaludin di zaman Pak Lah yang menyebabkan kejatuhan UMNO.. bila anak beranak dalam kepimpinan tertinggi, keputusan mestilah ada unsur kroni dan nepotisme..

Namun ada yang melihat, ini adalah cara Nurul Izzah untuk bunuh Fauziah Salleh yang turut bertanding jawatan yang sama. Fauziah dianggap calon orang lama bahkan berkaliber oleh ramai orang PKR berbanding Nurul Izzah yang dianggap muka baru dalam PKR dan kurang bergelumang dalam dunia politik. Apatah yang ditandinginya ialah jawatan Naib Presiden..sesuatu yang besar dan penuh tanggungjawab.

Ramai melihat perpecahan pasti akan berlaku khasnya dalam sokongan kaum hawa yang terpaksa memilih antara 2 calon tersebut atau akhirnya semua terlepas. dalam masa yang sama perwakilan juga mengharapkan Nurul Izzah bertanding tidak akan menggunakan pengaruh ayahanda dan bondanya, tetapi di dalam politik persepsi orang ramai sukar untuk dielakkan. Sebelum ini pun pihak musuh menuduh bahawa PKR adalah sebuah parti yang dikuasai oleh `keluarga DS Anwar'. Bayangkan jika YB Nurul Izzah benar-benar bertanding dan memenangi jawatan tersebut.

Akhirnya Allah telah menunjukkan kebenaran.. siapa sebenarnya Anwar.. jika dulu dia menuduh UMNO kroni dan nepotisme tetapi... anwar umpama meludah ke langit.. dan terpaksa menjilat ludahnya sendiri...

Bukti dah ada - Pemimpin PAS Kelantan semakin kepanasan

3 Komen!!!
Ramai pemimpin PAS menafikan mereka tidak mengenali I'DA World Group.. tapi mari kita bongkar kemunafiqan mereka... ironinya pemimpin PAS negeri lain masih berdiam.. mahu melihat pemimpin PAS Kelantan menari..

Bukti Bersurat dan Bergambar Oleh I'DA WORLD Bongkar Pembohongan Munafiq Pas Kelantan !!!

Berikut adalah respons daripada I'DA World Group tentang kenyataan Mohd Amar Nik Abdullah ( Timbalan Pesuruhjaya 111 PAS Kelantan) dalam kenyataan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 September 2010.














Terima kasih kepada Blogger Minda Intelek atas info di atas dan marilah kita menyebarkan info ini di Blog dan Fb secepat mungkin.

Nak maklumat tambahan sila baca disini

Belum pun bertanding, Azmin dah mengaku sebagai Timbalan Presiden PKR

1 Komen!!!
Dahlah zaid... aku akan menang nanti jawatan Timbalan PKR... mungkin inilah mesej yang tersirat yang mahu disampaikan oleh Azmin kepada Zaid. Dengan kata lain inilah sikap angkuh dan ego yang dimiliki oleh Azmin berbanding lawannya. Biasanya orang bertanding merendah diri dan menghormati lawan...

Namun semua ini bukanlah satu kejutan, kalau nak tahu dari mana datangnya sikap takbur, angkuh dan ego ini.. dah tentu datang dari tok gurunya iaitu ANuwar Aljuburi.. bapa borek anak rintik, bapak kencing berdiri anak kencing berlari... inilah perumpamaan antara Azmin dan Anwar...

Walaupun keputusan belum ada, pencalonan masih berjalan.. Azmin dengan penuh yakin mengatakan beliau tetap memberi tempat kepada zaid jikalau beliau sebagai Timbalan Presiden [rujuk sini]..

"Percayalah, sekiranya saya diterima oleh anggota (PKR) sebagai timbalan presiden, Datuk Zaid juga akan diberikan peranan penting untuk meneruskan khidmat beliau dalam PKR, untuk mengukuhkan parti, (dan) menyediakan parti untuk menyertai pilihan raya yang akan datang," Kata Azmin
Wah.. jarang berlaku seorang calon yang belum pun bertanding mengaku sedemikian.. dah lah Zaid tarik je lah diri tu.. nak buat apa berlawan dengan Azmin yang disokong Anwar ini, who are u zaid compare to Azmin.. hehehe speaking sikit.... memang kompom kalah... ini PKR lah.. parti kuku besi dan bukan parti demokrasi... presiden tunggul, bukan presiden pulak berkuasa...

Bukan sahaja isyarat ini ditujukan kepada zaid bahkan kepada semua yang bakal menentangnya dalam pemilihan nati..

matilah ko Zaid... mati katak..

Pas Kelantan - Mana nak lari dengan RM 4 bilion?

3 Komen!!!
Mana nak lari wahai pemimpin PAS kelantan? 4 Bilion tuh!!!

Pemimpin PAS Kelantan kini umpama cacing kepanasan bila diungkit isu RM 4 bilion.. Pantas semua pemimpin PAS mengelak dan mahu melarikan diri. Lantas Kerajaan Kelantan akan menyenaraihitamkan Syarikat I'DA World Group Sdn Bhd yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan berjumlah RM4 bilion kepada PAS Kelantan.

Hakikatnya PAS terpaksa menolak kerana pihak media telah mensenasikan cerita RM 4 bilion dan tidak boleh sembunyikan lagi perkara ini, namun jika pihak media tidak memainkan isu ini pastinya RM 4 bilion ini dah masuk di poket pemimpin PAS.




Hakikatnya syarikat yang memberi wang tersebut kepada PAS Kelantan memang ada kepentingan dengan kerajaan negeri Kelantan bahkan telah bertemu Nik Aziz beberapa kali(lihat gambar di atas). Antara projek yang dibangunkan Syarikat tersebut seperti Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta. Apatah lagi pemberian ini dibua bukan secara tertutup bahkan secara terbuka dan didalam majlis rasmi.

Mana pemimpin PAS nak lari lagi dengam RM 4 bilion ni ha?... kalau UMNO sudah pasti ini dituduh kroni dan rasuah.. tetapi jika berlaku kepada PAS lantas pemimpin mereka mengatakan ini sebagai cerita penglipurlara.. lihat si mr 'mahfuz bean' [rujuk sini] namun pastinya jika berlaku pada UMNO, sudah pasti beliau minta SPRM siasat.. bahkan tiada pun beliau sentuh supaya disiasat perkara tersebut oleh sprm.. ironinya, PAS Kelantan kepanasan dan sedang berusaha untuk menutup lubang...

Pemimpin PAS sebenarnya hidup dalam kemunafikan dan berpura-puraan semata-mata. Jika rasuah berlaku dikalangan PAS, mereka hanya pejamkan mata... inikah dia pemimpin Islam.

Kongsi Link Anda