Popular Today

Sabtu, Mei 14, 2011

Wujudkan ruang untuk orang muda - Mukhriz

0 Komen!!!
KULIM 14 Mei — Pemimpin UMNO bahagian disaran membentuk satu pendekatan yang memberi lebih ruang kepada golongan muda untuk bersama-sama dalam proses transformasi parti khususnya di peringkat bahagian.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, langkah itu perlu bagi memastikan parti tersebut dilihat sebagai moden dan bergaya pada kalangan orang muda.

Malah katanya, ia juga disifatkan penting untuk meraih sokongan golongan muda terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada masa akan datang.

"Dengan penolakan golongan muda pada pilihan raya umum lalu memerlukan kita melakukan sesuatu yang baru...maksudnya kita kena remajakan UMNO,” katanya berucap pada perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, di sini hari ini.

Beliau berkata, UMNO harus ambil pendekatan lebih menarik untuk memikat sokongan golongan belia dengan merangka program yang tidak dilihat sebagai parti untuk orang lama sahaja. — Bernama

Kongsi Link Anda