Popular Today

Sabtu, Oktober 24, 2009

Bersih: Kemungkinan 10 lagi p'raya kecil

2 Komen!!!
Lapan ahli parlimen dan dua ADUN Pakatan Rakyat mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya.

Selain ahli parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007 - tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama.

Mereka ialah ahli parlimen PKR - Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS.

"Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih - gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.

Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen.

"Dua DUN DAP (Selangor) - Ronnie Liu dan Lau Weng San - juga mungkin menjadi mangsa "gelombang" kedua terhadap perhimpunan haram.

Khamis lalu, Tian Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya untuk menjalankan tugas.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan. Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.

Bersih, yang menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu pendakwaaan terpilih, mengingatkan bahawa jika rakyat tidak membantah "tekanan" seumpama itu, maka 10 wakil rakyat pembangkang mungkin turut hilang kelayakan mereka.

MANA HADI? PAS MACAM TAK ADA PRESIDEN...

1 Komen!!!


DES : Anugerah Presiden Paling Diam (Terkunci Kata!)....Hj Hadi Awang. Tahun lepaih menang ke Wan Azizah..


Sumber: Berani membuat pilihan

EGM PAS - MASA SESUAI UNTUK ERDOGAN HAPUSKAN ULAMA

0 Komen!!!
EGM atau mesyuarat agung khas bukan sahaja melanda MCA bahkan akan melanda PAS. Nampaknya angin ribut taufan sedang melanda PAS apatah lagi angin ini dibawa oleh Nik Aziz iaitu presiden PAS Erdogan.

Banyak blogger PAS yang suka... tetapi dalam suka mereka risau dan bimbang dengan perpecahan yang bakal berlaku dalam PAS. Hakikatnya apbila Nik Ajis keluarkan kenyataan ini PAS kini telah berpecah dua dan kali ini adalah lebih parah.

Sebagaimana kata blog PAS (di sini) PAS, Jika ia menjadi kenyataan, ia akan mencatat satu sejarah, kerana biasanya peringkat akar umbi atau AJK Pusat yang tidak berpuashati dengan pimpinan yang mendesak diadakan Muktamar Khas Luar Biasa mengikut lunas-lunas perlembagaan parti, tetapi kali ini idea tersebut dilontar sendiri oleh Mursyidul Am PAS.

Apabila idea itu dilontar sendiri oleh Mursyidul Am, maka 'orang-orang' kuat PAS pun dengan tiba-tiba memberi wala' kepada Mursyidul Am. Ramai 'orang-orang' kuat telah pergi terlampau 'jauh' sehingga ada yang berani mengatakan, jika Presiden dan Timbalan Presiden PAS serta beberapa orang kuat Presiden di Terengganu dinyahkan maka Pakatan Rakyat akan belayar dengan licin.

Sekarang seolah-olah menjadi satu trend dalam PAS, kalau nak jadi pemimpin yang disayangi oleh 'orang-orang' kuat PAS, yang tak sabar-sabar nak perintah Malaysia, yang tak sabar-sabar nak memenangi setiap kali PRK dan PRU, mereka mesti berani beratib dengan perkataan yang 'lembut-lembut' seperti 'pergi jahanamlah UMNO', 'pergi mampuslah UMNO', 'UMNO - - - - -', ah terlalu banyak, tak termampu saya nak nyatakan disini. Tak tergamak untuk membongkar semuanya di sini kerana takut meludah kelangit, terpercik kemuka sendiri.

Nampaknya usaha pihak erdogan sudah tidak sabar jatuhkan pihak ulama dalam PAS dan keadaan ini tidak berkesudahan... dan ini adalah masa sesuai untuk puak erdogan membalas dendam kerana masa amat bersesuaian.

Kerana apa masa bersesuaian?... iaitu masa ahli PAS menyalahkan kepimpinan PAS apabila kalah di Bagan Pinang. Ianya masa untuk dijadikan kambing hitam oleh puak erdogan ini untuk menjatuhkan ulama kerana sentimen kebencian kepada puak ulama yang dikatakan pro muzakarah telah menyebabkan kekalahan di Bagan Pinang dan yang lebih parah adalah PAS kini telah ditolak oleh pengundi bukan Islam.

Punca kekalahan PAS di Bagan Pinang sering dikaitkan dengan isu Hassan Ali dan ramai lagi tokoh yang Pro Muzakarah sehingga menyebabkan Nik Aziz melenting dan terus menyarankan EGM dengan menggunakan sentimen kebencian kepada Hj Hadi atau puak ulama.

Nampaknya jika ini berlaku, Terengganu akan kekal di tangan UMNO pada pilihanraya umum ke-13 kerana ini bermakna menyisihkan kepimpinan PAS terengganu yang seterusnya menyebabkan PAS terengganu lemah.. tetapi apa salahnya PAS kalah hanya di Terengganu tetapi di negeri lain PAS menang dengan bantuan Pakatan Rakyat..

Inilah masanya puak erdogan untuk jatuh puak ulama... tiada masa lain yang lebih sesuai dari sekarang!

TG Nik Aziz bakal Presiden PAS Baru

1 Komen!!!
Nik Aziz dah beri 'hint'bahawa dia rela partinya berpecah asalkan beliau mejadi presiden parti. Rakyat sebenarnya tidak terkejut dengan kenyataan Nik Aziz ni, kerana dalam sejarah mereka ni tidak pernah diajar untuk mentaati pemimpin... sekarang bakal masuk sejarah lagi PAS akan menggulingkan pemimpin mereka.

Di antara apa yang diucapkan dalam temurah BERNAMA dengan TGNA semalam di Pulau Melaka "....Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri,"

Apabila ditanya sama ada Muktamar Luar Biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, TGNA berkata, "Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar."

Cukuplah Nik Ajis... berapa lama lagi nak berkuasa, teringat masa Nik Aziz kata Tun Mahathir sebagai Firaun. Nampaknya dalam PAS pun ada Firaun juga bahkan lagi teruk sehingga hendak menggulingkan presiden.... ini tidak pernah berlaku dalam UMNO walaupun mereka mempunyai krisis dalaman.

Cukuplah Nik Ajis... hari dah senja, PAS pun dah tua, kubur dah kata mari... siapa yang berkubur dulu pun kita tak tahu... Nik Aziz atau PAS?... wallahua'lam

PAS Selangor mula panas - tolak cadangan Muktamar Agung Khas

0 Komen!!!
Rata-rata Hassan dikatakan penyokong kuat kerjasama dengan UMNO - pro UMNO. Pas Selangor menolak cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi membincangkan kedudukan beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan sedemikian tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahu pun di negeri itu ketika ini.

Kata penyokong PAS, “Selangor punca masalah sehingga Bagan Pinang kalah teruk”

Sumber : baca di sini

Intipati bajet sulung Najib

1 Komen!!!
Berikut ialah intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah. - BERNAMA

Anwar Aljuburi gagal tolak kes liwat

0 Komen!!!
PUTRAJAYA 23 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam percubaan pertama untuk mengetepikan rayuan pihak pendakwaan berhubung arahan pembekalan dokumen kes liwat setelah Mahkamah Rayuan menolak bantahan awalnya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hasan Lah sebulat suara berpuas hati bahawa keputusan Mahkamah Tinggi agar dokumen tersebut dibekalkan kepada Anwar adalah muktamad dan boleh dirayu. - Utusan

Kongsi Link Anda