Popular Today

Jumaat, Mac 06, 2009

PAS - LEBIH PENTINGKAN POLITIK DARI KESUCIAN AGAMA ISLAM

12 Komen!!!
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang penuh dengan keberkatan. Pada hari ini umat Islam akan berhimpun dan beribadat kepada Allah SWT.

Semalam Sidang Dewan Rakyat bergema, hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS.

Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian.

Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.

Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perakra 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.

Namun belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam. Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.

Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah. Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup.

Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”. Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.

Selain itu juga Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.

Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.

Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau.

“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.

Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)

“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.


Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.

“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.

“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.

Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.

“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.

Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama "

Terbukti sekali lagi - ramai ulama celup dalam PAS.

YANG TERBARU DAN MASIH PANAS.....

3 Komen!!!
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat ketika sidang akhbar di Bukit Mertajam, hari ini, berhubung pendiriannya menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu agar pucuk pimpinan dapat bertindak. - Foto BernamaBUKIT MERTAJAM:

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat, berkata beliau terpaksa menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu supaya pucuk pimpinan dapat bertindak.

"Pendedahan melalui media bertujuan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan parti," katanya susulan kenyataan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, yang menegurnya kerana membangkitkan isu itu di media tanpa memaklumkan perkara itu kepada beliau terlebih dahulu.

Amizudin berkata, beliau dipanggil oleh jawatankuasa khas siasatan parti itu untuk disoal siasat pada Sabtu ini berhubung dakwaannya pada 26 Februari lalu, kononnya beliau mempunyai bukti mengenai pemimpin parti itu yang menerima wang daripada pengusaha kuari.

Katanya, beliau terkilan kerana dituduh mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, tidak disambung. Amizudin berkata, beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan walaupun beliau sudah menyerahkan dokumen berhubung isu itu kepada presiden parti pada 8 Januari lalu.

Kalau dah jenis kaki belit

3 Komen!!!
Menurut laporan akhbar hari ini, di sebalik perhimpunan haram kerana mendakwa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), P. Uthayakumar tidak diberi rawatan di penjara, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menceritakan apa sebenarnya berlaku kepada tahanan itu.

Menteri Dalam Negeri itu berkata: ‘‘Uthayakumar dari semasa ke semasa enggan menerima rawatan yang dijadualkan serta ubat-ubatan yang dibekalkan.

‘‘Berdasarkan rekod Tempat Tahanan Perlindungan (TTP) Kamunting, Taiping, Uthayakumar telah 18 kali menolak untuk rawatan dan ubat- ubatan termasuklah di Institut Jantung Negara (IJN).”.

Syed Hamid dalam kenyataan akhbar di sini berkata, antara rawatan yang ditolak oleh Uthayakumar ialah pemeriksaan doktor pakar Hospital Taiping pada 28 April 2008, kardiologi di Hospital Pulau Pinang (6 Mei 2008) dan temu janji dengan IJN (22 Mei 2008).

Beliau menambah, tahanan juga enggan diperiksa oleh doktor panel penjara untuk ujian kandungan gula dan bulanan (31 Oktober 2008), tidak mahu jalani ujian darah di klinik tempat tahanan (22 Januari 2009) dan enggan menerima rawatan di Hospital Taiping (13 Februari 2009).

Sungguhpun begitu, Syed Hamid memberitahu, sejak Uthayakumar dikenakan perintah tahanan pada 13 Disember 2007, beliau telah diberikan rawatan dan menerima pemeriksaan kesihatan daripada doktor panel kerajaan dan Hospital Taiping sebanyak 42 kali.

Di samping itu, beliau juga telah dibekalkan dengan ubat-ubatan secara berkala dari hospital sama.

Syed Hamid menegaskan, Jabatan Penjara bertindak secara profesional dan melaksanakan segala usaha untuk memastikan tahap kesihatan tahanan terbabit terkawal.

Jabatan tersebut juga sentiasa mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan dalam pengurusan penahanan Uthayakumar, katanya.

Beliau menjelaskan, hak semua tahanan untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan bekalan ubat tidak pernah dinafikan.

Katanya, rawatan perubatan juga dijalankan oleh doktor kerajaan bertauliah.

“Isu kesihatan Uthayakumar telah banyak diperkatakan. Malah perkara ini diberikan liputan meluas oleh media khususnya pada 15 dan 16 Februari lalu.

“Antara tuduhan yang dilemparkan ialah kerajaan tidak memberikan perhatian sewajarnya terhadap kesihatan Uthayakumar dan dinafikan rawatan kesihatan,” katanya.

Syed Hamid menambah, bagi memastikan tahap kesihatannya terkawal, TTP telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyediakan dan membekalkan diet bersesuaian seperti disyorkan pegawai perubatan.

Katanya, diet tersebut diberikan bermula 21 Disember 2007 yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, roti jagung dan masakan tanpa gula dan garam.

“Berhubung dakwaan kakinya bengkak kerana tidak diberi rawatan sempurna, pemeriksaan oleh doktor panel Jabatan Penjara menunjukkan hanya jari kelengkeng pada kaki kirinya bengkak tetapi tidak serius.

“Pemeriksaan Hospital Kuala Lumpur pula mendapati jari tersebut sakit kerana tersepak batu dan tidak memerlukan untuk Uthayakumar ditahan di wad,” ujarnya.

Pada 28 Februari lalu, keluarga dan penyokong Uthayakumar mengadakan perhimpunan haram di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields kerana mendakwa tahanan itu tidak diberi rawatan di dalam penjara.

Uthayakumar merupakan salah seorang pemimpin tertinggi pertubuhan haram yang ditahan di bawah ISA atas sebab-sebab keselamatan sejak 13 Disember 2007.

Kalau dah jenis belit, cakap pun memang belit-belit jugak...

Kongsi Link Anda